Monday, October 22, 2007

Kerja Semula daaaaa....


Pic: Alamak! Lupa lak nak tekan butang apa ni?..aisyehh

ISNIN 22 OKT 2007
Publish Post
Yeahhh..Raya dah habis so sekarang kenalah kerja balik..Actually semalam dah balik dah dari kampung buat Fulus Mania. Malam pula tak ke mana-mana , nak beraya tapi takde kawan..so duduk rumah jer la.

Minggu ni agak sibuk juga nak buat macam-macam antaranya rumah terbuka (semestinya) dan hujung minggu ni ada rakaman untuk rancangan 3R..buat penampilan lagi la....hahah..ni kali ke -3 kalau tak silap ADi muncul dalam 3R. Haa..nanti jengok -jengokla 3R ok! Jadi selamat bekerja kepada semua..

Sunday, October 21, 2007

Hari Raya 2007


Pic: Err macam dalam StarTrek! hehehe..takde kerja..
Sabtu 13 Okt 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin, terima kasih kepada yang menghantarkan kad raya dan jug aucapan kepada Adi. Actually sepatutnya Adi bercuti mulai hari Rabu 10hb Okt 2007. Tetapi disebabkan ada pelancaran Angkasawan pertama Malaysia pada hari Rabu tu..maka terpaksalah Adi bertugas di waktu malam, Nasib baik boss kasi cuti sepanjang minggu depannya..iaitu minggu raya la..Yahoooo!! Lama giler tak cuti la..dari minggu survey radio April Mac lepas.

Ok sebelum balik kampung..kenalah potong rambut..hehhee..tapi yang bosannya potong rambut + cuci rambut ni kekadang membosankan gak..hahhaa..lama sangat duduk!

Pic: Di rumah nenek di Sg Nibong bersama sanak saudara.

Jadi Adi pulang ke kampung pada malam Khamis , saja balik lambat - lambat , nak gak rasa kesesakkan jalan raya..tapi tak sesak pun...hahahahaha..konon nak rasa keseronokkan pulang berhari raya..ada trill la...kat umah lak nasib baik pelita semua dah pasang..hahha..tinggal main bunga api la..(errr bunga api ker?..)..

Raya pertama Adi berkunjung la ke rumah nenek di Sg Nibong , Sekinchan, Sel. separuh hari jugalah berada di sana, lepastu baru mengunjungi rumah pakcik dan makcik sebelah bapa Adi di sana sampailah petang. Tahun ni nampak gayanya Raya di sambut dalam musim hujan..hmmm ..mlm pertama raya hujan turun lebat di sertai dengan ribut petir melanda Tg Karang. Memang menakutkan..hasilnya..hampir 20 buah rumah di sini tercabut bumbung nya di tiup ribut..kesian ...raya pertama kena musibah ni, habisla semua persiapan raya basah dan bekalan elektrik pun terputus , nasib baik rumah Adi takde apa-apa la..Alhamdulillah..Inilah namanya dugaan di hari raya.


Pic: Astro Disc milik orang kampung yang terjatuh akibat di tiup ribut..terpaksalah letak atas tanah jer..

Pic: Mari - mari siapa mahu ikut Baraan!! Hahaha


Ahad 14 Okt 2007 - Ok hari raya kedua lak mula Baraan, yup naik motorla sama kawan-kawan di kampung pergi rumah jiran-jiran..hahah..actually bagi Adi, inilah kemeriahan raya sebetulnya..kalau tak , tak tahu nak buat apa da...baraan ni mengambil masa 3 hari nak di habiskan..so adalah aktiviti nak buat kan...dari pada duk melepak kat rumah , bancuh air..errr...lagi letih.hahaha..ni kita dapat jalan-jalan, jumpa member dan dapat makan kuih raya banyak banyak..hahahaha..duit raya tak dapat la..

Pic: Senyumlah dapat Baraan,setahun sekali!

Tapi tahun ni Adi tak pergi sangat Baraan ni sebab nak berehat jer kat rumah ..lagi pun sekarag musim hujan..kekadang nak keluar rumah pun susah , tapi bila cerah..panasnya tu lak lain macam..perghhh ..cobaan..

Pic: Dengan kawan-kawan di kampung , rakan muda Tg Karang..hahahaha

Seronok dapat jumpa kawan - kawan lama masa baraan..tapi sedih gak tak dapat jumpa beberapa member kamcing yang sekarang masing-masing ada komitmen dah..(kawin laaa...) Arghhhh bosan gak raya tahun ni....


Pic; Makan Tengahari di Surau lepas Baraan

Lepas Baraan , kenalah berhenti berehat utk sembahyang Zohor, jadi sebalum balik rumah biasanya kitarang akan pergi ke Surau atau masjid utk makan tengahari..hahha..walaupun lauknya simple iaitu sup ayam, ikan kembung bgoreng dan juga kuah tumis serta sambal kicap..tapi nikmatnya memang tak terkata...haha..maklumlah dah penat baraan..lagi pun makan ramai-ramai ni sedap!!


Pic: Bersama Sanak saudara yang berkunjung ke rumah !

Baraan akan di sambung dalam jam 230ptg atau 3ptg sampai la pukul 6ptg baru habis..Malam lak Adi duduk rumah la..sebab biasanya sanak saudara datang sebelah malam ke rumah Adi..kenalah jadi tukang bancuh air profesional lagi! hahahahhaa..


Sabtu 20 okt 2007



Pic: Beraya bersama keluarga di sebelah Perak! One big happy family!

Setelah seminggu raya, hari ni keluarga besar Adi pergi ke Perak untuk berhari raya bersama keluarga di sana, kitarang ada sistem giliran, dimana tahun ni kami berkunjung ke Perak..jadi tahun depan keluarga Perak pula akan berkunjung ke Selangor la pulak, Keluarga sebelah Perak berada di Bagan Datuh. Kiranya 2 tahun sekali la Adi akan pergi sana . Dulu suka la pergi kampung di perak ni, sebab rumah-rumah tradisionalnya unik , tinggi dan juga besar..sejuk jer bila ada kat kampung, tapi sekarang dah banyak rumah-rumah batu di bina..hmmm Adi memang suka tengok gambar-gambar rumah tradisional dan mambil gambarnya..

Apa-apa pun raya tahun ni dah hampir tamat..balik ke KL memang sibuk balik dengan kerja la.Semoga dapat bertemu lagi di Aidilfitri pada tahun hadapan!! Selamat Hari raya Aidilfitri!!!!

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2007

Khamis 11 Okt 2007

Adi ingin mengucapkan kepada semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan btin..salah dan silap harap di maafkan ok..Adi akan berada di kampung di Tg Karang sehingga 21 Okt 2007 .Selamat beraya sakan!

Anugerah TV Asia 2007




Sabtu 29 Sept 2007

Hari ni Adi membawa keluarga membeli belah bagi persiapan raya , kitarang berkunjung ke beberapa pusat membeli belah di KL dan juga Shah Alam, ketika sedang membeli belah Adi mendapat panggilan dari Red.com bahawa rancangan kanak-kanak yang Adi kendalikan dulu Rafidah (3R) iaitu BREEZE PADANG PINTAR yang pernah ke udara di TV3 pada bulan Jun 2007 lalu telah tercalon untuk ANUGERAH TV ASIA yang ke -12.

Wahh! Adi memang rasa seronok sangat dengan pencapaian ini, memandangkan ketika melakukan rakaman BPP dulu memang memeritkan di sebabkan Adi sedang demam kuat ketika itu, tetapi Alhamdulillah Adi berjaya juga menyelesaikan tugas yang di berikan dan kini ianya sepetri berbaloi apabila di calonkan untuk kategori RANCANGAN KANAK-KANAK TERBAIK.

Dianugerah ini jugalah MACAM-MACAM AZNIL telah memenangi anugerah BEST TALK SHOW pada 2005 yang lalu . Pak Nil pun dah tahu pasal perkara ini dan telah mengucapkan tahniah kepada Adi..dan dia mengucapkan good luck nanti di ATA2007. Terima kasih Pak Nil!!!!
Apa- apa pun tercalon di ATA2007 dan berada BEST TOP5 adalah sesuatu yg di idamkan oleh semua lebih -lebih lagi di peringkat Asia.

Majlis Anugerah TV Asia 2007 ini akan berlangsung di Suntec Convention Hall di Singapura pada 29 November 2007 ini, dan InsayaAllah Adi dan Rafidah turut akan menyampaikan salah satu Anugerah yang di pertandingkan pada malam itu.

Antara yang tercalon dalam ketegori yang sama ialah :


Best Children’s Programme (PR030)Asian Television Awards 2007
Todsagun Kid Game Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Hi-5 Southern Star International Australia
Breeze Padang Pintar Red Communications Shd Bhd Malaysia
Raggs Southern Star International Australia
Fight for Mom….Backpack Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Mortified – Ep 6 Australian Children’s TV Foundation Australia



Untuk lebih maklumat pencalonan layari laman web ATA2007

http://www.asiantvawards.com/ATA2007nominees.htm

Kalau tengok pencalonan yang ada , memang amat hebat ..Apa-apa pun doakanlah kejayaan Adi dan krew BREEZE PADANG PINTAR ok..!!