Saturday, October 29, 2011

Majlis Kahwin kawan Badminton - Shakir.


Pic: Geng ceria meria!!
SABTU 8 OKT 2011

Selamat pengantin baru utk rakan badminton Adi ni, iaitu Shakir dan juga isterinya, Julie. Majlis berlangsung di The Duchess Place di Ampang. Memang cantik tempatnya, sesuai untuk majlis perkahwinan la..:)

Pic: macam nak pergi awards Show!!!


Pic: Gambo beramai ramai..

Adi datang bersama dengan kawan kawan badminton yang dapat 2 meja pada hari tersebut. Shakir ni dulu mulanya adalah lawan kitarang bila kelab badminton Adi mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab si Shakir ni. Tapi sekarang dia dah jadi regular kat kelab badminton kitarang lak...hehehe...


Majlis berlangsung dgn santai dan menarik. Makanannya pun sedap. Lebih lebih lagi pengantin perempuan telah menyanyikan sebuah lagu khas untuk pengantin lelaki..alo lo lo looo...so sweet lah!! Hehehe....

Pic: Pie yang sedap!!

Paling kelakar semasa majlis sedang berlangsung, ketika Adi tengah makan...entah macam mana ...ada orang tersilap gesel kaki...hahaha....agaknya entah siapa la yang tergeselkan kaki Adi...bukan sekali , tetapi 3 kali....hmmm.....kali pertama terkejut gak..tapi buat buat cool jer.....kali kedua, rasa kehairanan dan tertanya tanya dalam hati pulak.....tgok muka kat meja...takdelah sesiapa yang boleh disyaki...hahaha....dalam hati Adi berkata...ni mesti tersilap gesel kaki orang ni....hahaha

But kali yang ketiga tu.......Adi terkedu jugak...hampir tersembul fillet ikan yang ada dalam mulut ni.....pasti Adi pun berkata dengan lembut tapi tegas....

"Woi!! Tu kaki aku la yang ko gesel...!!"


Pic: Sedang menutup muka dengan keropok , teknik terkini bagi mengesan penggesel kaki ku...uhuhu

Semua orang kat meja tu senyap beberapa saat....lepas tu semua berderai ketawa...hehehehe...termasuklah Adi...merah muka....hahaha....sampai sekarang tak tahu kaki siapa yang menggesel kaki ku itu...hahaha



Pic: Shakir dan Julie...doi...i need a better camera la lepas ni...

Selamat pengantin baru kepada Shakir dan juga Julie, semoga berbahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat!!! :) Amin!! Terima kasih juga sebab jemput Adi :)


Pic: Licccccciiiiiiiinnnn!!!

2 comments:

nyonyacyber said...

hahahah ada jugak suka gesel kaki ek... lawak pulak baca

Edzlin said...

Hahahaha. adeh sampai udah taktau ya sape yg buat.