Tuesday, March 18, 2008

Selamat Hari Jadi Adifashla..

ISNIN 17 Mac 2008

17 Mac datang lagi..hehehe..maknanya bertambah lagi usia Adi , so, adakah setakat ini Adi sudah berpuas hati dengan pencapaian dalam semua perkara?..Nope, belum lagi, banyak lagi nak di kejar..Yup..kali ni umur dah mencecah 30 Tahun..ehh rasanya baru kelmarin jer habis ambik SPM..tup tup now dah 30..huhuhuhu..rasa tua?..emmm sikit la..terutama masa hari yang terakhir berada di usia 29 tahun..hahaha..Tahun ni harap "ong" sikit la harap-harapnya, dengan kerjaya berada di puncak , rezeki bertambah, alhamdulillah, dan harap harap tak lama lagi bertemu jodoh la..hahaha..InsyaAllah.


Pic: Zareena, Sally, Kidrow, thanks la sebab sambut Birthday Adi..hahaha

Apa yang penting sekarang adalah sokongan dan kasih sayang dari keluarga serta kawan- kawan berterusan untuk menceriakan hidup Adi..hahaha..Apa-apa pun macam selalu bila tiba 17 Mac, Adi kalau boleh malas nak ingat tarikh ni, hahaha..tetapi sms dan juga ucapan yang di terima memaksa Adi teringat tarikh ini..hahaha..thanks atas ucapan semua. Selalunya Adi akanbalik ke kampung, tetapi di sebabkan terlalu sibuk hari ni , dan juga ada meeting sampai kul 1ptg, so tak sempat la nak balik kampung..sebab Mak Adi kat kampung mesti masak special nyer..hahaha. Tapi tak sempat la..

Apa apa pun pukul 3pm baru dapat SMS dari mak Adi , wish me Birthday dan terus Adi call berborak la..hehehe..Adi pretend jadi "baby besar"..hahahaa...so sweet la..hahaha..Ucapan dari ibu itu sudah cukup bagi Adi..hahaha...takpe la, nanti weekend balik kampung , barula makan dengan family..hahaha...


Pic: Hahaha..rasa cam budak sekolah potong kek ...hahaha..



Hari ni sebelah petang selepas kerja , Adi cuma duduk kat rumah sahaja, malam lak Sally,Zareena, dan Kidrow belanja Adi makan kat Midvalley..alahai..masuk kali ini baru 3 kali Adi potong kek masa birthday..hehehe..Adi ni tak kisah sangat pasal benda benda ni..tapi terharu juga la bila di ingati ..huhuhuu..malu wehhh!!..Apa-apa pun terima kasih pada mereka bertiga dan juga yang hantar kad ucapan harijadi pada Adi..huhuhu.



Pic: Lilin 3 batang itu menandakan umur Adi baru masuk 3 tahun..Yahoooo...err yer ker?..

Apa-apa pun doakan Adi di usia 30an ini untuk terus sukses dan di murahkan rezeki serta di jaga dan di pelihara kesihatan selalu..AMIN!..Terus ceria , terus muda, terus gembira!!!Peace!!

Monday, March 3, 2008

Selepas era Xfresh kini era ERA...

Rabu 13 FEB 2008

Hari ini secara rasminya Adi telah menyertai keluarga ERA FM. Perasaan time ni ..entahlah ..cam takde rasa apa apa pun ...stress ada la. Yer la sebab menyertai stesyen radio no 1 Malaysia ni..berikan sedikit tekanan juga la, sebab cara kerja diarang mungkin agak lain sikit compare dengan Xfresh yang more "street"

Cabaran utama yang menanti Adi ialah untuk bangun pagi seawal 4:45 pagi bersiap untuk pergi ke studio (ASTRO). Memang susah oo nak bangun sebelum subuh ni. Tapi Adi kena bangun awal sebab nak pastikan suara kena "bangun" ketika keudara.


Cabaran seterusnya ialah menyesuaikan diri dengan suasana kerja kat ERA ni. Dulu masa kat Xfresh , boleh la buat sesuka hati, sebab Adi on air just sensorang jer..Tapi kat ERA ni Adi di letakkan di Slot Pagi@ERA bersama KIran dan juga Nana. 2 nama yang agak senior kat ERA. So kiranya Adi ni "budak baru" la. So kenalah ikut rentak diarang. So Far , masih dalam tahap menyesuaikan diri.Maklumlah on air 3 orang tu..kalau silap percaturan nanti bunyinya macam pasar la pulak.hehehehe


So harap warga dan pendengar ERA dapat menerima Adi , dan berikan masa untuk Adi menyesuaikan diri dalam suasana yang baru dan team yang baru. Jangan risau lah Xfresh tetap di hati.


Jangan lupa dengarkan Adi , Kiran dan Nana di Pagi@ERA setiap hari Isnin hingga Jumaat 6-10 pagi..Hanya di ERA ..Rentak Muzik Terkini.