SELASA ( Raya ke -3)
Baraan kat kampung Adi bermula pada hari raya ke dua..tetapi di sebabkan ramai tetamu dan kepenatan, maka Adi join baraan tahun ni masa raya ke-3..haha....yang bestnya..Adi suruh sorang kawan Adi ambik kat rumah...sekali dia bawak semua budak baraan datang kerumah Adi..hahaha..Actually Baraan hanya di lakukan kat area kampung...5 km dari rumah Adi ...sebab my house dah kira area pekan Tg Karang....terkejut la dengan kehadiran bebudak kampung ..hahaha..adalah dalam 50 orang huhuhuhu....dah lah tak bersiap lagi..kesian diarang terpaksa tunggu Adi ...hahahaha....
Baraan hanya naik motor beramai ramai..kalau di tempat lain memang agak senyap..tapi kalau di kampung Adi ni agak bising sedikit..sebab bebudak ni dah ubah suai ekzos motor memasing..malah ada jugak yang tak pakai ekzos pun..
On my behalf...i dont really like it..bising gila..terpaksa pakai earplug..kalau tak berdesing telinga..bebudak ni ..bukannya takde orang yang menasihati..tetapi di sebabkan mungkin dah tradisi dari dulu..tu yang jadi ikutan bebudak ni...Ada jugak yang lenjan motor mak bapak ..nak bagi gempak..diarang cabut bodykit motor tu..sampai togel..konon lagi hebat la...hahahaha...kesianlak kat motor mak bapak tu...Ya ampunnn!!!
Biasanya kitarang naik ke satu rumah dalam jangka masa tak sampai 10 minit..setiap kali naik rumah ...tuan rumah akan bertanyakan khabar ...dalam bahasa jawa halus....dan kemudian akan di balas oleh ahli baraan..Actually Adi tak faham jawa halus ni...tak pernah belajar...memandangkan banyak rumah kat kampung yang perlu di ziarahi..kalau lama sangat nanti tak sempat nak habiskan ...kalau tahun tahun sebelum ini memang kitarang masuk kampung sebelah..jadi ada 3 kampung yang perlu di ziarahi..tetapi entah kenapa tahun ni cuma naik kampung sendiri jer..hmmm..rasa mcm tak best la sebab selalu boleh luang banyak semasa baraan bersama kawan kawan...hahaha...
Bila sampai masa tengah hari dalam pukul 1 ptg..kitaorang akan berhenti sekejap untuk makan dan solat Zohor kat masjid..sebelum di sambung balik jam 230ptg kebiasaannya...bebudak ni kalau pasal makan memang ligat..tapi itulah kemeriahannya semasa raya di kampung Adi...kalau takde baraan ni memang tak meriah la...harap budaya ni akan terus berkekalan walaupun ada tanda tanda yang tak gemarkan budaya ini kat kampung...hmmmm...mungkin bebudak baraan ni kena ubah mentaliti sikit berkenaan motor motor mereka yang bising tu...tapi jangan salah sangka..bebudak baraan ni cuma bising jer...tapi diarang takde nak berlumba..hahaha..tu yg respek tu....oklah..tahun ni baraan sampai hari raya ke -4..Alhamdulillah ..semuanya selamat tanpa ada apa apa kejadian buruk...:)...Semoga tahun depan boleh baraan lagi..InsyaAllah!!!!
Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 20, 2009
Hari Raya keluarga Pak Juraimi...:D
Ahad 20 Sept 2009
Salam Aidilfitri
Arghhhhh..balik Tanjung Karang bila raya ..memang meriah...rasanya sekarang Tg Karang ni macam Jalan TAR kat Tg Karang...banyak giler orang shopping...kenapa orang banyak shopping?..sebabnya kat Tg Karang ni banyak penduduk kampung yang mungkin jarang nak keluar bandar untuk shopping..Memandangkan kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada peladang dan pesawah..jadi kuasa membeli mereka juga boleh tahan gak la...( diarang loaded loaded lor..)..Lebih lebih lagi baru lepas menuai sekarang ni...hahaha..Senang kata ..balik Tg Karang ..bila nak time raya..memang meriah dan jem giler...itulah mukadhimahnya.
Back to topik!!! Selamat Hari Raya!!!!!!
Pukul 1030pagi selepas bermaaf - maafan dan bergambar bersama keluarga..Adi dan family bergerak ke Sg Nibong ( di Sabak Bernam) ..ke rumah "embah"( nenek) Adi kat sana...lama tak jumpa embah!!..RINDUUU!!!Dapat alam embah..dapat cium embah...make me happy!!!..Dulu masa kecil kecil..lepas mak Adi habis pantang...mak Adi tinggalkan Adi dengan embah..sebab mak kena mengajar kat sekolah di Sabah...sampai la umur 6 bulan...lepas tu pergi Sabah dengan bapak Adi...jadi..Embah memang jaga Adi masa baby la kiranya...hahaha
Rutin hari raya pertama memang sama jer setiap tahun, Adi akan berkunjung ke rumah makcik pakcik dan juga nenk saudara terdekat ..sampai la pukul 6 ptg..dan lepas tu balik ke Tg Karang balik..jarak antara Tg Karang dan Sg Nibong adalah 24 KM.
Balik Tg karang bersiap sedia la..sebab sebelah malam keluarga mara Adi akan "menyerang" rumah Adi..hehehe...best best...
Senang citer hari raya pertama ni memang meletihkan...dan menyeronokkan..!!!Syukur kerana kita semua masih dapat merasai kenikmatan Syawal...Teruskan enjoy raya anda!!...untuk raya yang kedua...

Pic: Berjaya paksa my dad and my mom pakai cermin mata hitam..ples dont tell them i put this photo here!!
Balik Tg karang bersiap sedia la..sebab sebelah malam keluarga mara Adi akan "menyerang" rumah Adi..hehehe...best best...
Senang citer hari raya pertama ni memang meletihkan...dan menyeronokkan..!!!Syukur kerana kita semua masih dapat merasai kenikmatan Syawal...Teruskan enjoy raya anda!!...untuk raya yang kedua...
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Assalamualaikum,
Adi nak ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Adi ini..di harapkan anda semua akan terus berbahagia..dan Adi ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan atau melukakan hati seseorang...
Jangan lupa saksikan "Konti Raya ERA TV" .Pada hari raya kedua (Isnin) jam 1130 pagi dan ulangan pada hari raya ketiga jam 530ptg!
Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!
Adifashla.

Tuesday, September 15, 2009
Anak Buah Baru.....
Isnin 14 SEPT 2009
Hari ni mak Adi call, katanya my sis dah masuk hospital nak bersalin...dari suara dia dah tahu dah ..my mom tgh tidak keruan sebab nak tunggu cucu baru ...hahaha. ..Adi kat ofis..so takleh la nak keluar tengok my sis kat hospital Sungai Buloh...lagi pun Adi kena berbuka puasa di Shah Alam petang ni.
Lepas berbuka puasa di Shah Alam..lepak ngan Burn kat Shah Alam gak la..tgh lepak..mak Adi call ...
"Mak dah dapat cucu dah!!"
"Lelaki ker perempuan?"
"Cubalah teka???"
Bila mak cakap suruh teka tu..tahulah mesti cucu lelaki la tu..hahaha...excited dapat cucu lelaki pertama..hahaha..
Barulah hari ni ( Selasa 15 Sept ) dapat jenguk kat Hospital Sg Buloh...
Bila tanya namanya siapa......terbelit jugak nak sebut...lepas tu ada tanda koma atas...
Mohammad Sya'airillah Abid Bin Sahli...nama anak punyalah panjang nama bapaknya satu perkataan jer..hahahaha...Tahniah to my sis , Ani yang dah jadi ibu sekarang!!!

Thursday, September 10, 2009
SABTU 29 OGOS 2009
Adi berpeluang untuk bersama-sama ERA TV dan juga Murai.com.my mengunjungi rumah anak yatim Nur Hikmah di Taman Mesra Kajang ...bersahur dengan adik adik kita. Selalunya majlis berbuka kita lakukan..tapi usaha yang di lakukan oleh pihak MURAI memang lah murni dan lain dari yang lain. Adi pun teruja nak bersama adik adik kita...kalau ikutkan memang penat seharian sebelum tu kerja...tapi bila nampakmuka muka adik adik kita ni..terus bersemangat..
Acara bermula jam 12 tengah malam sehinggalah jam 3 pagi. Program ini juga telah di hadiri oleh artis-artis seperti Alyah, Riz, Adila, Qhaud, Obri dan Chaq Mentor.Adi cuma cover untuk ERA TV pagi itu.
Actually bebudak ni tak tahu pun tentang kehadiran kami..dan bila semuanya dah tersedia baru lah kitarang gerakkan adik adik ni bangun untuk bersahur..hahaha..ada yang terkejut..malah ada yang tak percaya ..bila celik mata diarang lihat ramai orang yang berada di dalam asrama atau pun rumah mereka. Hahaha...comel sungguh.
Asrama lelaki dan asrama perempuan berada dalam kawasan yang lain, terpisah antara jarak 50 meter antara asrama lelaki dan perempuan..kami kejutkan adik adik perempuan dulu..sebelum kami kejutkan adik adik lelaki pula..
Kesian pulak bila tengok diarang ni di ganggu tidurnya..maklumlah diarang selalu sahur dalam pukul 5 pagi..tapi hari ni kena sahur dalam pukul 1 pagi...
Adajuga yang sambung tidur bila dah di kejutkan ..hehehe...tak biasa la tu...
Tanpa berlengah - lengah lagi kami jemput mereka makan...
Lepas makan, ada acara bermain permainan ringkas dengan adik adik kita bersama artis artis jemutan...dan mereka juga menang hadiah..Selepas beberapa lama kemudian..adik adik ni bersama samamenyanyikan lagu raya untuk kami..dengar cerita diarang dah berlatih..jadi ..nyanyilah lagu raya jam 2pagi..hahahaha...selain daripada hadiah..mereka juga dapat duit raya daripada pihak MURAI....
Im so happy bila dapat berjumpa adik adik kita yang kurang bernasib baik ini..sekurang kurangnya mereka pun seronok dapat berjumpa kami..hahaha...dan kalau ada masa dan kelapangan, Adi tak kisah untuk join sahur bersama adik adik kita ini...Kalau korang nak menghukurkan bantuan..bolehlah datang terus ke rumah Nur Hikmah ini...kerana mereka amat memerlukan sumbangan dan perhatian daripada kita semua...
Semoga mereka pun akan berbahagia di hari raya nanti!!! AMINNN!!!!!
Wednesday, September 2, 2009
SELASA 1 Sept 2009
Balik dari kampung malam tadi , Adi buat kerja sikit sambil online kat ruang tamu rumah...sementara nak sahur ...dah ngantuk dan lepas sahur dalam pukul 2 pagi Adi pun masuk beradu ...memandangkan housemate takde..so Adi biarkan pintu bilik Adi terbuka supaya udara senang keluar masuk...tambah lagi sejuk sebab hujan turun....pastu pukul 7pg Adi bangun dari tidur...lepas mandi tu..Adi keluar ke ruang tamu....
"Eh..apasal pintu terbukak?"..
Adi ingatkan housemate balik dan buang sampah la..pintu ternganga dengan kasut sukan Adi di gunakan untuk menyendal pintu...grill memang terbuka seluasnya la....so Adi bukak TV dan tgok TV...tapi ..pintu tu tetap terbukak dah hampir beberapa minit..takkan tak balik lagi..bukan jauh pun nak buang sampah...
Adi pun jenguk la kat luar..
"Takde sesiapa?"....
Time ni la baru Adi rasa macam "tak best" jer....
"Arghhh not again!!!"
Bila Adi pandang kat tempat Adi letak my netbook malam tadi...DAH HILANG!!!!
yang peliknya mangga rumah ADi pun hilang jugak...memang profesional la pencuri ni...memandangkan Adi ni cukup sensitif kalau ada bunyi ..tapi kali ni mcm tak dengar apa-apa..tidur mati la gamaknya...hmmm .Dalam hati memang geram la..tapi memandangkan laptop tu jer yg hilang , syukur jugak la sebab Adi tidur tak jauh dari laptop tu...takper la..laptop boleh cari...kalau cedera ..sapa nak tanggung?....hmmm..takde rezeki...
Selepas apa yang terjadi ni..harap takkan berlaku lagi la....fobia jugak kalau tido malam...Adi pun nak pindah tak lama lagi dari rumah ni ...selepas hampir 7 tahun kat sini....so sempena nak raya ni..mesti ramai yang nak tinggalkan rumah....pastikan rumah berkunci...kalau boleh gandakan keselamatan...memandangkan pencuri sekarang ni makin pandai....kita boleh mencegah dan juga sekurang kurangnya dapat melengahkan mereka....:)..ok...berhati hati selalu..
Subscribe to:
Posts (Atom)