Sunday, May 20, 2012

Pertandingan Badminton Tertutup Astro



AHAD 1 April 2012

Setelah menanti hampir sebulan, akhirnya pertandingan badminton tertutup Astro berlangsung juga. Acara berlangsung di Stadium Juara di Bukit Kiara. Acara berpasukan ini melibatkan single, double lelaki dan miz double....basically, team Adi ada 4 lelaki dan seorang wanita tanpa ada pemain gantian....hahaha...harap harap tiada yang cedera la, sebab perlawanan hari ni akan berlangsung sampai lah petang....fuhh jenuh tu...!

Pic: Piala yang menjadi rebutan..

Pic: Pendaftaran dan undian sedang berlangsung.

Kalau ikutkan team badminton Adi tak lah kuat sangat sebab 2 drpd team Adi ni dah lama tak main badminton...dah berbelas belas tahun tak main badminton katanya...hahaha....terutama sekali pemain wanita team Adi ni ....oh yer ..nama team kitarang ialah "The Boom"....!!






Bunyinya mcm poyo sikit...hahaha...tapi bukan Adi yang bagi  nama tu...kalau ikut kan Adi nak letak nama lain..err...err..cthnya "TEAM SUKA SUKI" hahaha....takde dalam hati nak masuk ke final atau nak memenangi kejohanan ini berdasarkan pasukan Adi dan pasukan lain yang betul betul lebih bersedia .....oh yer...ini lah kali pertama kitarang bertemu as a team.....sebelum ni kitarang tak berlatih pun....cuma berbalas balas email sahaja...hahahaha...itu jer la latihan kitarang..Adi bermain untuk bergu lelaki.....


Pic: Adi dan Zach sedang beraksi

Dalam peringkat kumpulan pasukan Adi telah menjadi Johan setelah menentang 3 pasukan sebelum ini. Jadi team Adi layak untuk pergi ke pusingan separuh akhir....yess!! Melebihi jangkaan Adi sendiri...hehehe




Pic: Reket Zach patah...lain kali beli reket mahal sikit ok! hehehe



Ketika pusingan separuh akhir..perseorangan lelaki pasukan Adi telah tewas...maka Adi dan rakan bergu (Zach) kena menang untuk menghidupkan peluang...ketika perlawanan sedang berlangsung.., reket Adi telah berlaga dengan reket partner Zach...PAANNGG!!!...reket si Zach patah di bahagian kepalanya..aisyehhhh...terpaksalah dia menggunakan reket lain ...nasib baik kami still menang walau pun mendapat tentangan yang hebat...Reket Adi tak patah...cuma calar jer la....kalau tak , nangis la weeiii..


So now seri lah satu sama...tinggal perlawanan Mixed Double....malang tidak berbau...ketika perlawanan nak bermula, pemain wanita team The Boom  telah terpelecok ketika warm up...asiyehhh terus bengkak kaki dia...alamak!! Terus  tertutup rasanya peluang nak pergi ke final.. Namun begitu dia tetap terus bermain walaupun kakinya bengkak..respek la...walau macam mana pun ia menyebabkan Mixed double team Adi kalah la....so kami tak layak ke final...cuma layak ke penentuan tempat ke-3 dan 4 shj...:)



Pic: Dapatlah voucher bernilai RM150


Alhamdulillah dalam penentuan tempat ke-3 dan 4 , kitarang berjaya memenangi perlawanan tersebut, secara keseluruhannya team The BOOm mendapat tempat ke -3 la !! Ok lah tu!! Hehehehe Takper! Next time cuba lagi la yer...


Pic: Pasukan The Boom!! 

Pic: Suka hati dapat no -3!!

Walau pun kitarang tak layak ke final , tapi kitarang puas hati sebab tanpa latihan , kitarang dapat juga masuk separuh akhir dan dapat tempat ke tiga lak tu...hehehe....terima kasih pada teammates yang best!! 

Pic: Bergambar kenangan!!

Friday, May 18, 2012

Makan dan makan lagi kat Ben's Pavilion



Isnin 26 Mac 2012


Lepas kerja janji nak lepak ngan Dina dan Ira kat Pavilion sambil nak shopping sikit kat sana..
Ira dan Dina pergi "servis" kuku diarang dulu...sambil sambil tu Adi dan Zahid pergi shopping beli barang masing masing la...
Pic: Air yang Adi order ni patutnya air asam boi ngan limau...tapi dalamnya juga ada timun....erkkk...timun ni terjatuh ker apa?..lolz..tapi rasa dia sedap! Nice!

Lepas tu dah habis shopping tu Dina call suruh jumpa kat Ben's Restaurant.  Laaa...rupanya si Ira dan Zahid dah tunggu dah....kitarang pun terus pesan makanan, jam dah pukul 920pm dah.....sementara nak tunggu foods datang kat meja...Dina , Ira dan Zahid kata nak keluar kejap untuk beli barang...aikk???...memandangkan Adi dah shopping dulu maka lepak la kat situ sensorang...


Pic: Makan wild mushroom sup jer katanya....


Nasib baik kat sebelah meja ni ada satu family dari Melbourne tgh dinner...sempat jugak kitarang berborak pasal percutian diarang kat KL....jam 940pm.....aik...diarang tak datang lagik...makanan dah sampai...


Pic: Wedges..

So Adi makan la dulu ...tak sanggup nak tunggu diarang...sekali pelayan restoren tu datang ke meja....


"Encik, lama lagi ker kawan kawan encik nak datang....?"


"Naper yek?"


"Kita nak tutup pukul 10pm ni"...


Aik?! lagi 10 minit lagi nak tutup...terus call Dina, Ira dan Zahid supaya balik ke restoren dengan cepat...ngam ngam tinggal 5 minit baru diarang sampai dan makan.....makan punyalah laju..haha..sapa suruh merayap tadi...


Pic: makanan dah sampai....orang yang nak makan takde?...

Lepas habis makan , terus kitarang bayar, dan makan pulak kat tempat lain kat Pavilion tu....hehehehe....seronok kalau ada kawan kawan yang kuat "mencekik" ni...hehehe...

Sambut birthday dengan kawan kawan a.k.a pendengar dari zaman Xfresh FM!




Pic: Bersama Zareena yang giler giler...

SABTU 24 Mac 2012 

Hari ni jumpa kawan kawan yang selalu menyokong Adi daripada zaman Xfresh FM sampai la sekarang ni...Sebetulnya ramai yang nak datang ..tapi disebabkan memasing ada komitmen lain , maka Adi pun setuju keluar lunch dengan Zareena, Sally dan Atie.


Pic: Kek comel dr diarang...tq!



Pic: Sally dan Atie ...diarang ni malu malu kucing...meowwww


Lokasi kitarang lepak adalah kat MidValley...dah lama dah diarang ajak Adi lepak..cuma tak ada masa..so alang alang ada kelapangan tengah hari ni so dapat lah jugak lepak lebih kurang 2 jam ..mengenang kisah kisah masa zaman Xfresh FM dulu.....





Thanks to Atie yang belikan kek comel tu ...dan Sally yang bagi hadiah birthday , walaupun dah seminggu lebih my birthday berlalu...Thanks korang...next time kita karoks lak...hehehe...

Pic: Ada hutan la kat Garden...huhu



Pic: Bergambar sebelum balik...:)