Tuesday, July 24, 2012

Showcase T.R.I.A.D di KL



AHAD 15 APRIL 2012


Minggu lepas tengok KOTAK, minggu ni pulak tengok rakaman showcase band T.R.I.A.D . Kumpulan yang di asaskan oleh Ahmad Dhani pada tahun 2010 .




Pic: Dapat bergambar ekslusif dengan T.R.I.A.D...thanks mas Dhani!! 


Adi memang peminat tegar Ahmad Dhani sejak tahun 1990an lagi ...time tu tak ramai yang kenal Dewa19 atau Ahmad Dhani itu sendiri. Hahaha....Alhamdulillah sampai sekarang masih berkesempatan bertemu dengan Ahmad Dhani dan menikmati lagu lagu ciptaannya !


Oh yer T.R.I.A.D ada mengeluarkan album terbaru yang bertajuk ISTIMEWA ...lagu lagu dalam T.R.I.A.D ni banyak lagu yang emo, tapi emo yang sedap!! Tak caya?..korang dengarlah sendiri lagu ISTIMEWA kat bawah ni....:)



Ada lagi satu lagu yang best iaitu RATU DI HATI KU....Ahmad Dhani bawak awek awek/ artis Indonesia yang cun melecun dalam video clip kat bawah ni...termasuklah Mulan Jameela...:)




Dalam showcase ni, Ahamad Dhani ada menyanyikan lagu lagu dari pada album pertama T.R.I.A.D sebelum ni dan album ISTIMEWA serta lagu lagu daripada album Dewa19 dan The ROCK! Memang rugi pada sesiapa yang tak datang menyaksikan showcase T.R.I.A.D hari tu kat Dewan Seri Putra Bukit Jalil!! Sama samalah kita tunggu tayangan showcase ini di Astro Ria nanti :)



LMFAO Live in KL

Pic: Ni lah kumpulan LMFAO......ehh bukan...ni kump BOOM BOOM CAK!!

9 April 2012


Dengan berbekalkan semangat nak bershuffling...Adi, Dina dan Ira sepakat pergi tengok konsert LMFAO kat Sunway Lagoon. 


Pic: Adi, Anne, Dina dan Ira...


Saja nak tengok gelagat peminat peminat unik LMFAO menari mengikut muzik rancak LMFAO....Kita orang duduk jauh gak lah kat belakang, tak sanggup nak meredah lautan manusia kat sini. Persembahan LMFAO memang best dengan peminat yang fanatik bershuffling...actually Adi lebih seronok tengok bebudak ni menari...perghhhh giler ah...manala diarang ni belajar....kalau Adi Dina dan Ira buat mesti diarang gelakkan...maklumlah tak reti nak buat shuffling yg fancy fancy ni...hahaha....




Pic: Orang lain  sibuk sorak sorak berkonsert...kita orang ambik gambo ler...:)


Actually sebelum tgok konsert ni , kitarang dah melantak dulu sushi kat Sunway Pyramid...so paham paham la , kalau perut penuh , lepas tu terkinja kinja....mahunya terkeluar balik sushi tu..hehehe...


Apa apa pun konsert ni menag terbaik la . Terima kasih pada Anne dari Warner Music Malaysia yang temankan kita orang nonton sama sama konsert ini...hehehe...





Pic: LMFAO...LMFAO....err ..saya nampak bumbung jer...:P

Showcase KOTAK



AHAD 8 April 2012


Ahh salah satu band rock kegemaran Adi daripada Indonesia iaitu KOTAK datang ke KL lagi membuat promosi album soundtrack mereka "Tendangan Dari Langit" .Tendangan dari Langit adalah filem Indonesia yang dilancarkan pada 2010. Album ini ada  5 buah lagu baru antaranya n lagu Tendangan dari Langit yang Cinta Jangan Pergi dan Energi yang ditulis oleh Kotak . 


Pic: Bersama Chua yang kiut miut!!



Adi dan kumpulan KOTAK memang dah lama kenal sejak album pertama mereka dulu dan Adi pernah menemubual mereka di ERA.fm . Bila dorang nak buat showcase ket KL , sudah semestinya Adi datang menonton
.
Tidak menghampakan vokal Tantri (vokalis KOTAK) tetap bertenaga seperti dulu dengan persembahan yang bertenaga.


Suker giler bila Kotak mendendangkan lagu mereka "MASIH CINTA " .....ahhhh....lagu yang ada makna pada diri Adi....yeah.







Rakaman showcase KOTAK ni berlangsung di Dewan Seri Putra,  Bukit Jalil, dan ianya akan di tayangkan di Astro tak lama lagi...maybe masa hari raya kot. Tiada lagi pengesahan bila tanyangan untuk showcase ini akan berlangsung. Tapi yang best,  nantikan juga kemunculan istimewa kumpulan Bunkface dalam showcase KOTAK  ini....




Oh yer..KOTAK sekarang tinggal bertiga sahaja iaitu Chua (Bass), Tantri (Vokal) dan Cella (Gitar) 



Pic: Boleh tak Adi join band Kotak ni...boleh tukar nama jadi KOTAK AIS! niceee!!





Pic: Sama Tantri yang sentiasa ramah dan sporting!! :D 

Interview Maher Zain



 Sabtu 7 April 2012


Jarang kena datang studio masa weekend untuk interview artis, tapi kali ni kena la buat interview dengan Maher Zain . Maher Zain datang ke Malaysia mempromosikan album terbaru dia MAHER ZAIN : Forgive Me. Dia datang kat Astro dalam pukul 11 pagi. Masa jemput dia kat kafe Astro tu , dia tgh check email dia dan FB dia .






Orangnya ramah dan sangat bersopan santun. Setiap soalan yang ditanya , sebaik baiknya dia akan fikir dulu , sebab katanya dia takut memberikan jawapan yang salah dan akan menyebabkan peminatnya keliru. Kalau dia rasa soalan tu agak kurang selesa , dia akan menanyakan kepada pengurusnya samada solan itu boleh di jawap atau tidak..


Maher Zain memang takkan jawab soalan soalan kontroversi atau pun gosip gosip berkenaan dirinya.Malah dia tak suka bila orang bertanyakan hukum hakam agama..... Yup! Maklumlah dia kan kira mcm artis nasyid jugak la...so dia lebih suka cerita pasal mesej mesej yang nak di sampaikan menerusi album terbarunya ini. 


Maher Zain tak suka bolasepak katanya, sebab dia kaki bangku. Sukan yang dia terlibat sebelum ini hanyalah taekwando...seronok jugak interview MZ ni...tergelak gelak jugak di buatnya..




BTW, terima kasih pada Maher Zain yang sudi datang untuk di temubual dalam keadaan santai...:) dan terima kasih atas pemberian album terbaru beliau..:D



Perasmian Anugerah Hijau 2012



Khamis 5 April 2012


Hari ni Adi drive daripada Kuala Lumpur menuju ke Institut Biodiversiti Perhilitan  (IBD), di  Lanchang, Pahang. Dekat 2 jam juga drive dari KL untuk ke sana. Adi ke sana adalah untuk menjadi emcee bagi majlis perlancaran ANUGERAH HIJAU 2012 .



Anugerah Hijau 2012 ini terbuka kepada remaja antara umur 14 tahun hingga 29 tahun. Penyertaan adalah secara individu ataupun berkumpulan (maksimum 3 orang).

Terdapat TIGA kategori iaitu Pembikinan Video Bertema Alam Sekitar (Green Film), Rekabentuk Fesyen Lestari dan Mesra Alam (Green Fashion) dan Seni Bina Lestari  (Green Space) bagi merebut hadiah wang  tunai bernilai RM8000 . 






Majlis ini juga di meriahkan dengan kehadiran Ktua Pengarah Perhilitan iaitu Dato Abd Rasid Samsudin. Selain daripada itu wakil wakil daripada ngo dan juga pelajar pelajar sekolah berhampiran Lanchang dan Kuala Gandah serta  wakil wakil media berkunjung ke sini. 




Pic: Bergambar kenangan dengan tetamu VIP dan juga pelajar sekolah




Selepas makan tengah hari, dengan dihidangkan dengan makanan kampung orang Pahang dan ikan patin masak tempoyak...perghhh ..terus balik ke KL.....memang mencabarlah nak balik KL dengan perut yang kenyang...alhamdulillah..hehehe....pukul 130ptg  Adi  bertolak balik ke KL sebab kena on air pukul 4 ptg di ERA.fm ..hehehe...Terima kasih kepada PERHILITAN yang menjemput Adi memeriahkan majlis hari ni..:D. Nak tahu lagi pasal Anugerah Hijau 2012 ni boleh lah layari  :www.anugerahhijau.my




Pic: Sajer bergambar ala ala majalah sekolah ...fun!! hehe


P/s : Sejak join Perhilitan ni baru kenal "ikan patin masak tempoyak"...yum yum!!