Monday, September 15, 2008

16 SEPT


Ada sesuatu yang akan berlaku di ERA FM esok (16 SEPT)...hmmm..kenapalah ini terjadi...hmmm...dengar lah sendiri esok ok..ERA!

Wednesday, September 10, 2008

Berbuka Puasa di rumah Pendengar Setia Era -Linda

RABU 10 Sept 2008

Pic: Lynda a.k.a Tuan Rumah!!

Hari ni masa Pagi@Era , kami buat topik pasal krew Pagi@Era teringin nak berbuka puasa kat rumah pendengar bertuah. Maka ramailah yang menelefon dan sms kami mengajak kami berbuka puasa di rumah mereka.Hehehe.


Antara banyak-banyak permintaan , kami telah memilih Lynda dari Shah Alam. Kami memilih Lynda kerana katanya dia tinggal bersama suami , dan juga 3 orang anak..iyer lah kiran tantya dia masa on air


" Kieran: Lynda, berapa orang dalam rumah awak?

Lynda: 5 orang...

Kieran: Oh jadi awak, suami awak dan 3 orang anak awak la?..

Lynda: Errrr...Yea!!

Kieran: Haa..kan saya betul!!!"


Haha, ni masa perbualan kami dengan Lynda masa on air ka Era, di sebabkan Lynda ni ada suami, anak pun tiga , dekat pulak tu, maka kami pun pilih lah dia, tetapi masa nak umumkan siapa yg terpilih, baru kami tahu Lynda ni belum kahwin lagi. Tetapi di sebabkan Kieran tanya mengejut...dia pun kata "Yer" la...nervouse punyer pasal..hahaha. Sebetulnya Lynda ni tinggal ngan adik beradik nya dan juga ibunya.


Pic: Makanan yang bakal jadi mangsa!! Ini baru sikit! Ada banyak lagi!!


Jadi kami pun berjanji , akan jumpa kat Shah Alam jam 630ptg. Adi dan Kieran sampai dulu kat Saha Alam, jadi Lynda ambil kami kat satu tempat. Hehehe..tengok kereta Lynda dah tahu dah, dia ni memang peminat setia Era..sebabnya ada banyak sticker ERA yang terlekat kat keretanya! Kata seorang kawan Lynda, tahap kefanatikan Lynda terhadap ERA ialah apabila dia hampir hampir membuat "airbrush" logo ERA kat kereta nya..Hahah..ni karang jadi macam kereta Skuad ERA la pulak! Hmmm ..memang kami tak salah pilih rumah nak berbuka ptg ini!


Pic: Kieran jumpa Kieran Superman!
(sebab rambut Kieran dulu cam Superman, ada jambul di depan!)

Masuk rumah Lynda jer , terus mata tertumpu kat board yang ada gambarKnK...heheh..Kieran versi KnK, ..Alamak, rambut ala-ala Superman la..huhuhu. Masih lagi di simpan dengan baik board ini oleh Lynda! huhuhu

Pic: Sesi bergambar sblm berbuka utk mengelakkan dari teringat kat makanan,

Ramai orang yang dtg kerumah Lynda hari ni, disebabkan masa dia telefon ERA pagi tadi kat ofis, maka satu ofisnya tahu Krew Pagi@Era nak dtg rumahnya, jadi , kawan kawannya yang lain juga teringin turut serta..hehehe..dengar citer Lynda terpaksa ambil cuti setengah hari , sebab nak buat persediaan,.(actually , ini yg kitarang tak mahu, sebab menyusahkan tuan rumah., sebab itulah kami bawa juadah.) Tapi Lynda ni beriya0iya jugak nak masak kami..jadi Alhamdulillah la...mungkin sebab kawannya datang , dia pun masak hjuga, sebab kami ingatkan dia hanya berlima sahaja..huhuhuhu.

Pic: Adi bersama Lynda dan juga kawan-kawan ofis Lynda!

Tu dia, dah macam nak kenduri la pulak! hehe, tapi seronok la , meriah , silapnya Lynda tak pasang lagu raya, kalau tak..hehe..dah jadi macam rumah terbuka hari raya lak..hehehe.

Pic: Sedang mendengar adi memberikan tazkirah! ..err..bukanlah ..ni sesi buat lawak!


Pic: Bergambar ala-ala sekolah sebelum balik!

Masa berbuka, hallamak jgn citer la, sekali masa layan mee rebus Lynda, alahai tangkap ke dalam kalbu la, sedap!! hehehe, walaupun Adi terambil banyak (actually sajer jer ambil banyak!) Adi berjaya menghabiskan juga dalam masa yang singkat, memandangkan ramai lagi orang jadi Adi tak tambah la..hehehe,..takde la..perut dah penuh..dengan murtabaknya, air tebu, kuih -kuih dan kurmanya..alahai memang buka kali ni memang makan banyak...mungkin juga sebab ramai orang, seronok la makan, sambil makan , sambil berborak! Nasib baik lepas tu takde sesi main bunga api...kalau ada , lagi best!! huhuhuhu


Pic: Inilah keluarga Lynda bersama krew Pagi@ERA

Apa -apa pun nak ucapkan terima kasih kat Lynda sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami, mee rebus Lynda memang klass! Masa nak balik tu mak Lynda telah bekalkan kami dengan mee rebusnya ! InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi! ...Hmmm..minggu depan nak berbuka rumah sapa lak yer?!!!!

Saturday, September 6, 2008

TAYANGAN EKSKLUSIF CAMP ROCK

SABTU 6 SEPT 2008

Pic: Adi bersama Suki yang menyanyikan lagu tema CAMP ROCK!

Yup, seperti yang Adi dah citer sebelum ni , Tayangan eksklusif CAMP ROCK telah pun selamat berlangsung semalam di GSC PAVILION. Adi sampai kat Pavilion dalam jam 245ptg dengan hujan yang turun agak lebat, nasib baik ianyatidak terllau jam sangat kat Jalan Tun Razak...Alhamdulillah ..sebab Adikeluar rumah pun agak lewat..sebab malam sebelumnya Adi main futsal sampai pukul 4pg dan terus sahur..kat bangi..hahaha..gian nak main futsal.

Sampai jer..semua dah Ada, Farah, Amylea, Syawal..cuma Rizz jer yg tak sampai lagi sebab jam la tu. ahahaha..nasib baik Adi bukan yang terakhir sampai..lega!!

Pic: Farah dan Syawal, kitarang kena tahan dalam bilik menunggu!! huhuhu

Lepas Rizz datang terus kami di terangkan tentang perjalanan majlis, Kena lalu kapet merah , main game dan juga sesi bersama peminat. Oklah, takde la lama sangat .

Pic: Dengan Syawal..kata Syawal gambar ni macam dalam filem "Matrix"...huhuhu.

415ptg kami dah turun untuk red kapet. Wah tak sangka, ramai lak orang time puasa-puasa ni. hehe..kalau ikutkan budget Adi tak la ramai sangat org datang memandangkan hujan turun mencurah-curah kat luar..Wah Ean dari Hitz FM pun mengalu-alukan kehadiran kami..Ean lak baru balik dari Hong Kong buat Event kat sana..cellemek..cayalah bro.

Pic; Alamak baru perasan, mata ku rabak!!!dengan Farah Brep! Brep!


Pic: Errr betul ker diarang ni bercinta?...Amylea dan Rizz dalam CAMP ROCK?..

Pic: Di atas pentas..
(Pic Oleh Wan& Sally)



Pic: Dengan kawan-kawan, Zareena, Sally, Ameer dan juga Wan..."Peluk Kawan"!!!

Lepas acara di atas pentas, terus kami masuk ke dalam panggung utk menonton dan mendengar suara kitarang yang telah kitarang rakamkan, scene Adi takde la banyak sangat. Tapi kira ok la. yang peliknya bila dialog Adi keluar jer , semua orang gelak?..naper yek?..hahaha..bebudak kata suara Adi kelakar dan juga kena dengan watak..hahaha..iyer la tu..macam suara "Sinyo" dalam citer Doraemon kot?..hahahaha..lantak la korang..hahaha.


Pic: CAMP ROCK dalam panggung!

Honestly, citer Camp Rock ini sesuai untuk para remaja yang mungkin nak membesar dan yang mungkin minat giler ngan muzik..citernya sedikit ringan, tapi itulah yang menjadi kegilaan satu dunia sekarang..Pelik kan?..mungkin di sebabkan kehadiran The Jonas Brothers menjadi kan Camp Rock ni meletup-letup..huhuhu.

Pic: Syawal dan Adi bikin kecoh dalam panggung!!

Adi dan Syawal kat dalam panggung bikin kecoh jugak la..hehe..yer la sebab scene kitarang tak banyak, masa tayangan si Syawal ni siap tanya kat Adi..."Lama lagi ker scene kita ni bro?.."...hahaha...


Pic: Lepak ngan geng "Peluk Kawaannn!!" kat KFC..Amerr..diet la weii!! huhu

Tayangan tamat jam 630ptg, lepas tu Adi hantar barang kat kereta dan salin baju sekali.pastu sambung jalan - jalan kat Pavilion sebelum berbuka puasa. Mak aii, memang ramai org yang ada kat Food Republic. hehe..Adi berbuka puasa kat sebuah restoren Mexico kat aras -3 ... Not bad la makanan dia. tapi Adi makan sikit jer..lepas tu lari ke KFC lepak ngan si Zareena, an, Amier dan Sally..hehehe...lepas berbuka kitarang pun balik la..nak balik tu hujan masih lagi turun...yeah...malam minggu yang basah!!. Jangan lupa tengok Camp Rock mulai hari ini ( 7 Sept) di Saluran Disney!!

Thursday, September 4, 2008

Siapa nak kerja!!!!!

Astro will be conducting a Walk-In Interview for various positions:

Team Leader; Team Leader, Quality; Team Leader, Customer Service; Training & Recruitment Executive; Customer Service Officers & Service Recovery Executive.

on:

06 September 2008 (Saturday)

From 10am to 3pm

Astro (TPM)

Please inform your family and friends who are interested about this interview.

Interested candidates should bring along:

Resume & identity card;

A passport-sized photograph;

Original & copies of relevant certificates;

Latest payslip

Candidates who are unable to attend the interview may also send their detailed resume to:

csd_recruitment@astro.com.my

or mail to:

Astro

All Asia Broadcasting Centre,

Technology Park Malaysia,

Bukit Jalil, 57000, KL

Rumah Ku Syurga Ku!!

KHAMIS 4 SEPT 2008

Pic: Bila la nak siap rumah ku ni??.....

Hari ni lepas jer on air, takde buat apa-apa, borak-borak jer kat depan studio..lepas tu teringat lak nak tengok rumah Adi yang masih dalam pembinaan . Lama tak jenguk rumah ni, nak gak tahu apa perkembangannya...oklah dah hampir 90% siap..InsyaAllah raya tahun depan beraya kat rumah baru la..kalau siap la..huhu..

Apa yang Adi tengok tinggal nak letak tingkap, daun pintu, pagar dan juga elektrik serta air..sebab jalan semua dah siap. Adi bajet dalam setahun atau 2 tahun lagi siapla sepenuhnya rumah Adi..luar dan dalam. Banyak oo nak pakai duit buat renovation lepas ni. Ikat perut juga lah nak beli dan buat rumah ni...Alhamdulillah now dah ada rumah sendiri...


Masa Adi beli rumah nimemang orang kata tak sangka la, sebab niat Adi cuma nak jalan-jalan tengok tengok kawasan perumahan . Sekali Adi tertarik lak dengan satu kawasan perumahan ni, cantik dan teratur..Kebetulan lak fasa ke2 baru bermula..Adi singgah kat bilik pamerannya ..dan terus tertarik untuk ambik rumah ni.terus booking...hahaha...macam beli baju lak...Adi suka sebab rumah ni besar, aman, jauh dari hiruk pikok KL, senang nak pergi, kawasan nya berpagar dan diawasi oleh pegawai keselamatan. InsyaAllah , sekarang ni tgh kerja keras untuk cari rezeki bagi nak renovate rumah ni lak..berusahalahhhh!!!Kerja! Kerja! Kerja!!!!

Wednesday, September 3, 2008

Hujan di bulan Ramadhan

RABU 3 SEPT 2008

Pic: Hujan turun (pemandangan dari anjung rumah Adi)

Hari ni dah masuk hari ke-2 Adi berpuasa kat KL selepas bercuti..nampaknya awal Ramadhan ni agak sejuk sikit. Ialah sebab hujan , so setelah 2 hari puasa kat KL ni , nampak gayanya Adi tak dapat nak pergi pasar Ramadhan beli juadah, Kat Serdang ni hujan turun agak lebat sebelah petang..hahaha.


Pic: Cantik la pemandangan time hujan ni!!

Hmm semalam buka puasa dalam jam 8mlm jugak la, makan KFC jer..huhuhu..Adi tak cerewet sangat masa berbuka, tapi sahur kena makan banyak sikit la..huhuhu..kalau kat kampung seronok la sebab mak ada, kat KL..huhu..beli lauk awal , lepas tu masukkan dalam rice cooker..huhuhu. So subuh tinggal nak makan jer..huhuhu. Harap-harap esok boleh la pergi pasar ramadhan.

Aulia dah baik!!

Alhamdulilah, Alia dah baik dah, walaupun masih batuk batuk kecil...macam biasa, dia dah lasak balik, seronok tengok Aulia tersengih sengih dan ketawa..hehehe

Pic: Aulia yang busyukkk!!!


Puas dukung Aulia sepanjang cuti ni...hehe..tapi tulah bila dah balik KL, rasa rindu lak kat anak buah Adi sorang ni..huhuhu...Aulia!!! Cak!!! Hanya gambar dan video dalam phone jadi pengubat rindu..hehehe

Jemputan ke Tayangan Eksklusif CAMP ROCK!

OK Adi nak ucapkan tahniah kepada pemenang - pemenang tiket untuk menyaksikan tayangan ekslusif filem CAMP ROCK pada Sabtu ini di GSC Pavilion .Mereka yang telah menghantar email kepada Adi , berdasarkan siapa cepat dia dapat..sudah pun di hubungi menerusi email masing masing oleh pihak Disney! Jadi semakla email memasing yer..dan printkan jemputan itu.

Korang yang tak menang tiket ini juga berpeluang untuk ke majlis ini, sebab kami ada acara red carpet di sana nanti pada jam 3ptg. Juga Ean (Hitz FM DJ) akan mengacarakan majlis dan akan memberikan hadiah -hadiah kepada pengunjung yg bertuah.

Tahniah! dan jumpa kat sana nanti!!

Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa..


Adi ucapkan selamat menyambut ramadhan, semoga kita sama-sama boleh mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan kita yang mungkin selama ini kita tertinggal, terlupa, terabai, tertangguh dan banyak lagi alasan-alasan yang ada. Setahun cepat berlalu dan Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah..kita masih di sini!!!

Friday, August 29, 2008

Selamat Pengantin Baru Aimee

28 Ogos 2008 Khamis
Pic: Azril dan Aimee

Yer, penyampai Era iaitu Aimee telah selamat melangsungkan majlis perkawinan bersama suaminya tercinta, Azril. Majlis berlangsung dirumah Aimee, Adi baru tahu rupanya Aimee ni anak yatim, jadi malam pernikahannya ni telah di sempurnakan oleh adiknya sendiri. Jarang dapat tengok adik nikahkan kakak. Yup!

Adi sampai dalam pukul 830malam. yes malam Jumaat majlis ni diadakan, katanya nak ambil berkat malam jumaat selain itu , buat majlis tahlil dan juga tarikh tu sendiri yg unik iaitu 20.08.2008. Menarik juga yer.

Walaupun majlis nya sederhana, tetapi ramai yang datang, Penyampai Era yang dtg majlis ni ialah Adi, Pak Tam , Linda Onn, dan juga Ray, tak tahu la kalau penyampai yang lain dtg kemudian. Sebab adi kat rumah Aimee pun tak lama. Lepas tu lepak ngan Ray kat Petronas sebelah rumah Aimee dan borak sampai pukul 1130mlm..hahaha...terus Adi balik ke Tg karang!! Selamat Pengantin Baru kat Aimee, semoa berbahagia ke anak cucu!!


Pic: Pengantin baru dengan Penyampai Era FM yang lain.