Friday, September 9, 2011

Riuh Raya Erathon bermula....Hari Pertama minggu pertama



Sabtu 3 Sept 2011

Bermulalah Riuh Raya Erathon pada hari ini, Adi bangun pukul 6pg dan bersiap untuk bertolak ke Alor Setar dari Penang dalam jam 7pg. Yup rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Nor Azlinda


Pic: Me with Azlinda.

Rumah pertama ni dah meriah dengan suara kami yang ada antaranya kelaparan juga, belasahlah laksa yang disediakan..hehehe..konon nak makan sikit untuk simpan ruang bagi rumah rumah seterusnya, namun belasah banyak jugak makanan yang disediakan..:)

Pic: Dengan keluarga Azlinda.




Pic: Azlinda dapat duit raya..



Sepatutnya kami berada di rumah ini dalam jangkamasa 20 minit sahaja, tetapi rasanya kami berada hampir setengah jam jugak...:) timing sudah lari...


Pic: Dengan Eppy (pilot) dan Dina


Rombongan kami ini juga turut disertai oleh 3 orang rakan kami dari Endurance Malaysian Chapters (EMC)

Pic: Bersama geng EMC , Capt Adly, Nolan dan Syawal.


Pic : Di rumah Siti Aishah di Kampung Lahar Parang.....best!!

Rumah kedua , kami berada di rumah Aliza di Sg Petani, Kedah. Kebetulan tuan rumah tgh buat kenduri doa selamat...sebab esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan di rumah ini.

Pic: Cuba teka berapa CC motor ni?..

Rumah yang ketiga, kami telah berkunjung ke Kampung Lahar Parang yang terletak di Kuala Ketil, Rumah Siti Aishah ni.... mak aiii memang jauhlah ...nasib baik kami jumpa rumah Aishah ini yang terletak agak terpencil. Kedatangan kami di sambut dengan motorsikal unik yang di hiasi dengan bendera Malaysia...kreatif pakcik ni....tapi motorsikal ni tak boleh bawak laju laju la...rangka motorsikal unik ini menggunakan buluh sebagai rangka yang ditutupi dengan bendera Jalur Gemilang..:)

Pic: macam Gaban....


Pic: Geng nakal Petang ERA

Kat rumah ke tiga ni, nampaknya semua penyampai penyampai Era sangat teruja sebab dapat suasana rumah kampung dan raya di kampung la!! :)

Pic: Teruna pingitan...:P



Memang sejuk rumah kampung ni sebab dinding nya diperbuat daripada bahan bahan semulajadi...memang nyaman lah. Di rumah ini juga kami disediakan dengan laksa yang sedap dan lemang tepung...yup...ada lemang tepung la...Adi tak sempat nak rasa la pulak...agaknya rasa tepunglah kan!?!!


Pic: Siti Aishah dapat duit raya bersama bapanya..:)


Pastu kami ke Bagan Serai kat ruma Mira Nabilla, memag paling riuh...korang tengok sendiri la video yang ada kat sini....:)


Pic: Riuh riuh jugak...solat ..solat jugak...:)

Dari Bagan Serai, kami bergerak ke rumah Abg Shukri yang terletak kat Kulim, sambutannya pun meriah jugak dengan para jiran tetangga memeriahkan majlis ini.Kami dihiangkan dengan sup gear box. Hehehe memang seorang pendengar setia ERA agaknya Abg Shukri ni..sampaikan rumahnya di cat dengan warna hijau jugak!! Perghhhh!!! Kitarang suka dengan ketupat pulut yang ada kat rumah Abg Shukri ni....sedap ooo....Paknil sampai menyorok nyorok sebab nak makan...hahaha

Pic:* Kat rumah Abg Shukri di Kulim, Kedah.




Lepas tu kami pergi kerumah Dzurriyatie salah seorang pendengar ERA yang berada di Kulim juga..:) Kat rumah Dzurriyatie ni siap disediakan pelamin sekali..hahah..pastu ada upacara sarung cincin lak dari PakNil utk Dzurriyatie..hahaha....dengar citer ada majlis pertunangan semalam....sebab tu ada pelamin ...


Pic: Di Rumah Dzurriyatie



Terima kasih juga sebab hidangkan kek untuk team ERA..hahaha...selain itu sempat juga kami dendangkan lagu raya secara live ...perghhh...meriahhh


Pic: Makan cendol atas pelamin?...poyo giler...haha


Pic: Inilah Dzurriyatie....peace!!

Selepas itu , rumah ke -7 , ialah rumah pemenang teka bunyi ERA yang telah memenangi RM7900 tempoh hari...namanya Hamidah terletak kat Ceruk To'Kun.


Pic: Di rumah Hamidah..


Rumah Hamidah terletak kat area kampung, so suasananya cukup damai dan sunyi...tapi hari ni orang kampung dan sanak saudara datang ke rumah Hamidah ...:)

Pic: Inilah Hamidah yang menang RM7900 dalam teka bunyi ERA


Pic: Di kampung Ceruk To'Kun

Selepas rumah Hamidah, kami nak ke Pulau Pinang pulak untuk pergi kerumah seorang chef hotel..iaitu Cheff Aliff. Sebenarnya kami dah agak kepenatan ketika sampai kerumah Cheff Aliff ni..sampai sampai jer semua muka dah toye jer...Cheff Aliff dah sediakan nasi Bojari...tetapi tiada siapa yang nak sentuh dulu sebab kekenyangan...


Pic*: Kat rumah Cheff Aliff

Pic: Cantik kan?!!


Memandangkan dah waktu maghrib, kami tumpang sembahyang kat rumah Cheff Aliff ni....tetapi selepas sembahyang..team ERA telah menyerang Nasi Bojari Cheff Aliff....perghhhh sedapppppp gilerrr....percaya atau tidak....sampai licin kami kerjakan nasi bojari cheff Aliff ni....aik...tadi kata dah kekenyangan....hahaha....alhamdulillah tersenyum puas Cheff Aliff melihat makanan dia habis...thanks Cheff ...memang sedap giler....


Di Jambatan Pulau Pinang

Dan rumah yang terakhir ialah rumah Azureen yang terletak kat Bayan Lepas...si Azureen ni dah menantikan kami sejak pagi lagi dan mengikuti perkembangan kami dalah Riuh Raya Erathon ini melalui tweeter...hahaha...rupanya dia terperasan bahawa kami ni sedang mengidamkan durian...sejak dari KL lagi kitarang dah tweet nak makan durian kat Penang...kalau jumpa...dan alhamdulillah malam ni Azureen telah menunaikan impian kami bila dia menyediakan durian Balik Pulau yang sedap giler....malah kami di sambut dengan meriah sekali termasuklah kawan kawan Azureen yang berasal dari German dan Iran...perghhh...Kami juga dibekalkan dengan pizza buatan Azureen sendiri....perghhhh best!!!

Terima kasih pada semua yang menjemput ERA yer.....sayang korang..sampai ke Hotel hampir jam 12tgh malam...so rest dan esok mahu sambung hari yang kedua pulak yer....:)

Pic: Makan durian la!! :)

Pic: Hantu Durian...hehehe


* Gambar dari www.era.fm

Tuesday, September 6, 2011

Bertolak ke Penang untuk Riuh Raya ERA



Jumaat 2 Sept 2011

Bermulanya jelajah Riuh Raya ERAthon , di mana penyampai penyampai ERa berkunjung ke rumah pendengar ERa yang terpilih yang sudah mendaftar di laman web Era sebelum ini. Kami akan berkunjung ke rumah anda sepanjang bulan Syawal ini dengan kenderaan Honda.


Pic: CRV Riuh Raya ERATHON

Pic: Gambar penyampai penyampai ERA di kenderaan Honda

Menariknya di setiap kereta Ho da iaitu City, Civic, Insight, Freed dan CRV yang kami gunakan , semuanya ada tertera gambar penyampai penyampai ERA!

Pic: Insight dan Freed

Hari ni kami akan ke Utara iaitu ke Pulau Pinang , dan menginap ke sana sebelum memulakan Riuh Raya Erathon di sana . Kami berkumpul di Astro pada pukul 6 ptg dan bertolak tak lama kemudian dengan di iringi 3 buah motorsikal berkuasa tinggi. :) yang di kendalikan oleh Capt Adly, Syawal dan Nolan.


Pic: Salah satu motorsikal berkuasa tinggi yang mengiringi kami.



Pic: City Riuh Raya Erathon

Dah lama kami tak menjelajah beramai ramai seperti kali ini. semua orang termasuk Adi teruja untuk berhari raya di rumah pendengar Era yang terpilih. Dalam perjalanan ke Penang , hujan renyai renyai turun dibeberapa tempat , tapi tidak menggangu sangat kawan kawan bikers kami .
Pic: Gerimis di highway

Sampai kat Penang dalam jam 10 malam, sebab kami singgah untuk solat dan lunch dulu kat Sg Buloh...tapi bila sampai kat Penang, still lagi diarang nak lepak makan nasi kandar dulu...hehehe..


Pic: Civic Riuh Raya Erathon


Pic: Zack, Faraa, Nadia, me and Dina yang seronok dapat jenjalan...:)

Pic: Jumpala senarai tempat tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di Penang...durian ...durian....duriannnnn

Pic: Pekena nasi kandaq la...

Adi tak makan pun , tengok ajalah diarang makan...hehehe....sejam lepas tu kami pun pulang ke hotel untuk berehat sebelum memulakan Riuh Raya Erathon yang akan menjelajah Alor Setar dulu.....jumpa esok la...:)



Jenjalan malam raya dengan mak....ke rumah pusaka embah..

Pic: Sepupu, mak dan makcik sedang berborak.

ISNIN 29 OGOS 2011


Habis kerja kat Astro Bukit Jalil, Adi terus shoot balik ke Tg Karang. Dalam on d way nak sampai ke rumah tu, Adi sempat melencong masuk ke area kamupung arwah nenek Adi kat Kg Sungai Tengi Kanan. Kalau dari pekan Tg Karang jauhnya cuma 5km sahaja. Saja masuk kampung kot kot terjumpa kawan kawan melepak di malam malam raya macam zaman zaman semua muda belia dulu...hahaha...sayangnya takde la...


Pic: Ruang dapur.

Jadi terus balik lah ke rumah lah, masa nak balik ke rumah dekat pekan Tg Karang, Adi melepasi rumah pusaka arwah nenek kat kampung ni. Adi pernah duduk kat rumah ni semasa Adi sekolah darjah 1 hingga darjah 6.

Lepas nenek Adi meninggal dunia pada tahun 1998, makcik yang duduk rumah ini, lepas tu makcik pulak meninggal 3 tahun lepas, rumah ini dijaga oleh pakcik Adi pulak . Rumah ni banyak kenangannya pada Adi, yerla zaman zaman sekolah rendah dulu, keluarga Adi duduk kat rumah nenek ni.

Masa Adi lalu rumah ni malam ni, kelihatan ramai orang yang ada kat dalamnya. Adi nampak dari jalan lah..memang setiap tahun pakcik Adi yang duduk kat Puncak Alam dan dari Kepong akan kembali ke rumah ini dan beraya di rumah ini.

Pic: Tengah mengepoww ayam goreng..hehe

Jadi bila Adi sampai kat rumah , Adi cakap kat mak Adi yang rumah embah dah ramai orang...adik beradik mak dah balik kampung......agaknya sebab mak nak jumpa adik adik dia...pukul 12tgh malam mak ajak Adi pergi masuk kampung balik dan jalan jalan jenguk persiapan adik adiknya kat rumah embah tu...hehehe...


Pic: Gelas mini klasik, milik arwah embah...ada banyak lagi ni...

Lama tak masuk rumah pusaka ni, sebab ianya agak uzur juga, mujur pakcik dan anak anaknya telah membaik pulih rumah ni masa bulan ramadhan hari tu...dengan citer satu rumah diarang bergotong royong mencucinya.....nampak bersih dah!!! Yawww..


Pic: TV klasik mak....dah takleh pakai dah ni...siap ada penutup tu..huhu


Masa Adi dan mak sampai, makcik Idah tgh memasak kari ayam untuk makan dengan ketupat...pastu ada ayam goreng lak tu...perghhhh sempat juga membedal ayam goreng ler....so far keadaan rumah ni nampak baik sekali selepas dibaik pulih...yeah...peralatan peralatan milik arwah embah masih lagi boleh digunakan seperti cawan cawan kecil yang selalu kami gunakan semasa hari raya. nostalgia tu...sambil mak dan makcik berborak, sempat juga Adi menyelongkar isi rumah ni...

Pic: TV jenama Sharp Cinytron....

Masa nak balik tu, mak siap tersenyum bila mak tengok TV besar klasiknya masih ada di tempat yang sama sejak hampir 17thn yang lalu. Hahaha Kata emak, televisyen tu Abah Adi belikan untuk mak awal tahun 80an dulu....hehehe...1st tv warna kat kampung katanya...hehehe

Masa nak balik, makcik Idah pujuk mak....

"Esok beraya la kat sini dulu....rindu nak beraya sama sama waktu pagi raya"

Yup selepas arwah embah takde ..dari tahun 1998...cuma sekali jer kami berada di rumah ni di pagi raya...sebab keluarga Adi akan beraya di rumah embah sebelah bapa di Sg Nibong .....

mak cuma tersenyum...


Pic: Rumah Adi di malam raya...

Balik rumah dekat pukul 1pagi jugak...nak tido la..esok mahu beraya ma....tapi pekan Tg Karang tetap meriah dengan org shopping last minit.....beli kuih agaknya.....:)


Main pondok pondok ngan anak buah!! yeahh



Anak anak buah ku dah besar besar...makin lincah makin perkasa.....

Main basikal ,main motorsikal dalam rumah!!

Pak Longnya cuma tumpang main pondok pondok saja....

Anak anak buah ku dah besar besar...makin lincah makin perkasa.....

Akil, Adam, Abid dan Aulia........



Monday, September 5, 2011

Agenda Awani di Raya Pertama

SELASA 30 Ogos 2011 (Malam raya pertama)


Pic: Zura THR, Me, Ira and Zul.

Malam ni Adi bersiaran di saluran Astro Awani dalam segmen AGENDA AWANI mewakili radio ERA bersama Ira, manakala Zura pula mewakili radio THR Gegar...Ianya keudara dalam jam 8:15malam .....Adi dan Ira telah memberikan penerangan kepada semua penonton bagaimana untuk menyertai "Riuh Raya Erathon" dan pengalaman berhari raya yang lepas lepas...:)

Me and Rozita Che Wan.


Selain itu juga ada artis artis lain yang terlibat seperti Rozita Che Wan, Kumpulan Jambu dan beberapa orang artis lain yang Adi tak sempat nak jumpa....hahaha...sempat juga bergambar sakan dengan Rozita Che Wan dan kumpulan Jambu...

Pic: With Kumpulan Jambu

So sekali lagi, kepada korang yang nak kami kunjungi untuk Riuh Raya Erathon ini...silalah isi butiran tentang diri anda di www.era.fm

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya 2011




SELASA 30 OGOS 2011

1 Syawal menjelma lagi...Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan ramadhan , semoga dapat bertemu kembali dengan ramadhan. Nasib baik tahun ni dapat juga bercuti pada hari raya pertama. Kalau ikutkan memang penyampai penyampai Era takde cuti langsung, memandangkan servey radio sedang berlangsung sekarang. Actually Adi dan berulang alik dari KL- Tg Karang sejak hari Jumaat lepas...nasib baik ada lebuhraya LATAR yang baru menghubungkan KL dengan K.Selangor..jadi perjalanan untuk pergi kerja takde la jauh sangat, jimat 30 minit. Lagi pun lebuhraya LATAR masih lagi dalam promosi ...sampai 1 Sept tidak dikenakan sebarang bayaran.

Pic: Sarapan pagi raya...:)

Pic: Sayang mak ngan abah selalu..:)


Pic: Foto keluarga :)


Malam tadi balik dari KL, terus pergi masuk kat kampung (Kg Sungai Tengi Kanan)..terletak 5 km jer dari rumah Adi yang terletak kat Pekan Tg Karang. Selalunya malam malam raya adalah member lepak kat simpang , bertemu sejak sekian lama...tapi takde sesiapa malam ni..hmmm mana diarang lepak agaknya?....takde rezeki jumpa kawan kawan lama nampaknya..


Pic: Bersama keluarga pakde Mahbot dan Bokde Dura..

Pagi raya macam biasa, lepas sarapan dengan ketupat rendang , terus ke surau dekat rumah Adi, sembahyang sunat raya, dengar khutbah dan buat tahlil ringkas terus pulang ke rumah. Sejak adik beradik dah ada famili sendiri kenalah cepat bersiap di pagi raya untuk upacara bermaaf mafan, maklumlah , lepas ni mereka nak balik ke rumah ibu mertua masing masing. Semua adik beradik Adi ada di kampung, cuma adik Adi yang ke-3 (Cuna) tak dapat bersama sebab beraya di rumah keluarga mertuanya di Muar , Johor.
Lepas upacara bermaaf maafan , kami sekeluarga pun bergambar ramai ramai...:) Foto keluarga...

Pic: Bersama embah dan keluarga Maman Lan dan Maman Zani..:)

Paling best ialah dapat ke rumah embah Adi (embah=nenek dlm bahasa jawa) kat Bt 23, Sungai Nibong di Sg Besar, Selangor. 24km jer dari Tg Karang. Sampai kat rumah embah dah pukul 1030pg. Sampai kat rumah embah , rupanya keluarga pakde Mahbot dan bokde Dura (pakde=pak long, Bokde = mak long) dah sampai dah..meriahnya....dah lama kitarang terbertemu di pagi raya kat rumah embah..dah bertahun tahun jugak la..seingat Adi ini pertama kali kelurga Adi dan keluarga Pakde Mahbot ni bertemu dalam 10 tahun kebelakangan ini..:) Sempat juga kami mengambil gambar beramai ramai di depan rumah embah..:) . Embah pun join sekali...bestnyerr!!! :)

Pic: Cute lak cerek mini ni ...isinya air zam zam..:)

Lepas tu keluarga Maman Lan dan maman Zani pun sampai ...lagilah meriah..hahaha...lepas Zohor kami pun beraya beramai ramai kerumah sanak saudara terutama sekali ke rumah embah embah saudara yang ada di sekitar kampung ini. Memang Adi akui , cuma pada hari raya sajalah dapat bertemu dengan embah embah saudara Adi ni ...jadi tak boleh nak skip atau ponteng ziarah keluarga ini....rugi rasanya...:)


Pic: Tok Sedara...


Dapatlah juga 5 buah rumah yang keluarga Adi kunjungi petang raya pertama ini, Senang citer rutin Adi di hari raya pertama, sama jer seperti tahun tahun yg lepas...Tahun ni juga Adi kurang makan ketupat atau lemang...entahlah, tak rasa sensasinya seperti tahun tahun yang lain....maybe sebab ketupat yang mak buat tu tak berapa nak umphh sebab tersilap masuk beras....hahaha....


Selamat hari raya Adi ucapkan kepada seluruh keluarga Adi , mak , abah, adik beradik, anak anak buah, embah, pakcik makcik dan sepupu serta saudara dan rakan taulan....Maaf Zahir dan Batin andai Adi pernah menyakiti dan mengguris perasaan sesiapa...aduhai dah umur macam ni Adi lebih menghargai masa bersama keluarga berbanding dulu suka layan diri sendiri jer...:)
Selamat Hari raya juga kepada semua pembaca blog Adi ni....mari kita rayakan hari raya ini selama sebulan....oh yeahhh!!!!


Pic: Abang Pink!! lol...


Pic: Jenang Kerisik...my fav...:)

P/s: Terlebih satu sampul duit raya untuk anak buah ku , khas untuk Allahyarham Haziq...Pak Long takkan lupa....:) Al-Fatihah.