Tuesday, February 19, 2008

My Last Day in Xfresh FM

13 Feb 2008 Rabu..


Hari ni ada dua perkara besar berlaku pada Adi..yup..hari ni Adi dapat anak buah baru..dan juga hari ini merupakan hari terakhir Adi kat Xfresh FM..setelah 4 tahun bersama sejak dari mula. Yup..sedih la jugak kan sebab kena berpisah dengan my baby! Dan sebetulnya adi tak di benarkan untuk ucapkan selamat tinggal kepada semua pendengar Xfresh.FM..


Tapi walau macam mana pun, lagu terakhir tu , mungkin boleh menggambarkan perasan Adi..iaitu lagu IzinKan Ku Pergi - Kaer...hahaha...



Apa-apa pun Adi nak ucapkan kepada semua yang menyokong karier Adi selama ini..dan harapnya akan terus menyokong Adi selamanya...Yup! mulai 14 Feb ...Adi telah menjadi warga ERA.FM..

Adi ke ERA.FM?


10 Feb 2008 Ahad

Tgh layan tido tiba2 pagi ni dapat call...banyak lak tu..kecoh citer pasal Adi nak ke Era..haa?..mana diarang tahu..la rupanya keluar kat PancaIndera , Mingguan Utusan...

Laa...sapa pulak la yang bagitahu ni...so Adi tak boleh nak bagitahu pasal benda ni..coz masih tak ada hitam putih..tapi pelik la jugak sampai press pun tahu pasal benda2 ni..mesti la ada orang dalam yang bocorkan rahsia ni..

Dapat Anak Buah- Farah Aulia


Rabu 13 Feb 2007

Hari ni Adi dapat khabar gembira bila dapat tahu my sis dah melahirkan baby perempuan di Hosital Sg Buloh jam 1ptg...hahaha..Ini adalah anak buah pertama Adi la..kira, xcited giler gak..terus Adi bergegas ke Hospital Sg Buloh dari Astro..

Masa lahir memang gak berat, iaitu 3kg..hahhaa.. rasanya cam tak larat nak angkat.


So sekarang ni...farah Aulia ni la "buah hati" Adi dan juga keluarga...sayang "Aloya"

Teater Mono - Ellie Suriati


9 Feb 2008 Sabtu

Hari ni pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan Teater Mono oleh Ellie Suriati dan kerabatnya. Tetaer Mono ni dilakunkan oleh pelakon solo..Ellie Suriati hanya menyelit sebagai tokey panggung jer..hehehe..satu teater yang menarik..yang boleh mencabar kemampuan seseorang pelakon untuk menghiburkan penonton...

Tuesday, February 5, 2008

Selamat Pengantin Baru Ning Baizura


Sabtu 2 Feb 2007

Selamat Pengantin baru kepada Ning Baizura dan suaminya Omar Dalton yang telah berlangsung di MATRADE, KL. kebetulan pulak hari ni hujan ..so memang agak dingin la..hujan turun agak lebat juga sebelah petangnya...Thanks kat Ning yang menjemput Adi.



Majlis kahwin ni konsepnya adalah "Majlis Perkahwinan di dalam Desa"..so memang macam dalam kampung lak..dengan di sediakan para-para untuk diduduki oleh para tetamu..dan duduk bersila. Dekosarsi dalam majlis ni juga berlatarkan suasana kampung..hingga zink-zink berkarat pun boleh di jadi kan prop..hahhaa. So kiranya majlis perkahwinan ni bertema la..so tetamu kenalah berpakaian macam orang kampung..hahahaha..ada gak yang pakai baju nak pergi ofis..huhuhuhuu

Adi just pakai baju Melayu jer..simple..dengan sampai...tapi baju kat luar la..so stail kampung sikit la kan..hahahah. kalau ikutkan stail kampung memang sempoi giler la..hahahaha

Seronoknya dalam majlis-majlis macam ni ialah dapat bertemu kawan kawan lama..cthnya kak Nita ni yang kerja kat Tayangan Unggul..kak Anne lak aadalah Fan AF yang setia ,..terutama AF1..huuhuhu...sampailah sekarang ni...

Pasal makanan , yes memang stail kampung habis..baik dari lauknya, makanan sampingannya hinggalah ke pinggan mangkuknya, semuanya stail kampungla...ada sambal belacan, kerabu, masak emak, ayam goreng, sotong merah , dim sum pun ada serata ulam...sedapp!! ohhh ikan masin ada juga...sedapnyaaa.....hehehhe


Adi tertarik dengan ais krim soda ni..manala si Ning ni jumpa Aoskrim soda zaman 50an ni..?hahah,..rasanya macam air gula campur soda sedikit...tak la kuat sangat rasa sodanya tu..hahaha..Adi belek belek...rupanya buatan Kajang la..tapi tak tahu la kalau Ning just print pelekat yang baru...hahahaha..tapi tak kot..sebab siap denagn tudungnya sekali..takkan Ning nak print tudung nya sekali?..hahaha

Pencuci mulutnya lak..memang klasik..gula-gula duit, sagu , kuaci dan kacang tumbuk...kuaci tu pun memang klasik..tu zaman kecik kecik Adi adala..sekarang ni mana ada lagi...hahaha..tapi kuaci yang ni memang keras...huhuhu...kreatif tak diarang..

Dalam Dewan Matrade ni juga mereka bina pelantar yang tinggi utk rakaman foto atau video..selain itu ada juga bangsal di bina..pakai daun nipah lagi tu atapnya..manakala dinding kayu lama(entah ambik dari rumah sapa latu?..hahaha) di jadikan hiasan untuk membangkitkan suasana kampung..sampai zink berkarat pun boleh di buat hiasan..hahaha..tak caya?..tengok kat belakang kumpulan Marhaban tu!!!!


Semasa pengantin baru sampai, persembahan Marhaban telah di laungkan oleh kaum kaum ibu dari Cheras..Adi perhatikan diarang ni agak Xcited...mungkin terkenang kembali masa zaman mereka muda - muda dulu....yer la sekarang ni kalau kat KL mana nak tengok majlis kawin cam ni...siap ada Marhaban, silat pengantin dan banyak lagi..


Malam ni Ning bersanding dengan 3 persalinan, Tradisional, Jawa, dan juga Moden( potong kek)..Semasa Ning bertukar baju ...para hadirin sudah mula menikmati hidangan dan juga muzik irama asli di nyanyikan secara LIVE ..apa lagi..mula la ada yang dah start berjoget lambak...hahaha..yang di mulakan oleh Azwan Ali dan Chef Wan..huhuhu

Selain itu artis2 juga ada yang menyampaikan lagu..antaranya..Farhan, Farawahida, Nas Adilla, Haziq, Syafinaz (nyanyi soprano lagi...power gilerr) dan juga Ifa Raziah...dangdut, jgn tak dangdut!!

Adi sempat mengambil gambar untuk majlis potong kek secara dekat la..sebab ramai giler jurugambar yang bertugas..korang tengok la sendiri..so..jadi kita tengok jurugambar la, bukan tengok Ning sanding..hahaha...yer la sebab jurugambar asyik keroyok Ning jer..hadusss...

EH! macam kenal jer minah ni?..hahaa..inilah Julia my X-Partner kat Xfresh dulu..tapi sekarang dia dah berhijrah ke Suria FM..jadi penerbit kat sana..lama gak la tak jumpa..haha..so kitarang pun happy happy la sekali..sambil berjoget lammmbaakkkkk....memang melambak la org berjoget!!


Dalam pukul 1130 mlm tu barulah Adi dan kawan kawan yang lain pun mulai berangsur-angsur pulang.. tapi memang menarrik majlis ni..hahaha..Syabas kepada Ning kerana berjaya merialisasikan majlis kahwin yang unik ni..hahaha...Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru kat Ning dan moga cepat dapat baby!!..


Adi maksudkan babbbyy...bukan kambennn..hahaha...Selain ayam kampung...ada 8 ekor kamben di gunakan untuk hiasan di dalam dewan Matrade ini..fuhhh memang suasana kampung la...mahal ni nak jemput kamben ni....kena bayar duit penampilan..hahhaa..enjoy!!!

Sunday, January 20, 2008

CUTI RAYA HAJI....


Pic: Sawah Sempadan yang baru nak dalam proses menanam padi baru..

13 Jan 2008

YAHOOOOOOOOOO CUTIIIIIIIIIIIIIIII......

Hari ni mula bercuti utk Raya haji..patutnya raya Haji cuti seminggu..tapi di sebabkan dah semua nak cuti..jadi Adi kerjalah masa raya haji..so sekarang ni baru ambik cuti tu..kalau ikutkan cuti tahun lepas ada 8-9 hari lagi..cehhh rugi...

Cuti kali ni tak pergi mana-mana la...walau pun ingat nak gi Singapore lagi..tapi just booking ticket flight for end of April nanti baru gi sana balik.


Pic; Aman dan damai di kampung...hmmmmm bestnya kalau KL pun macam ni....

Haa..jangan di tanya apa aktiviti di kampung..apa lagi..makan , tido , lepak ..dan bersukan..pusing pusing tu jer la..dan juga jalan -jalan gi rumah nenek kat Sg Nibung..


Pic: Rumah "Embah".....so peacefull..


Balik kampung nenek (embah) sekejap jer la..minum petang dengan parent Adi sekali..hahaha

Pic : "Ngombe" petang!! hahahaha

Err satu jer yg tak best kalau time cuti ni..mana taknya ..makan tak ingat..maklumla ada sambal belacan kat umah..dannnnn berat badan mencecah rekod sekarang..70kg..adusssss...kena turunkan balik ni...


Pic: Mari - mari..ada sesiapa nak lawan Adi?..

Nasib baikla dapat main badminton..dapat la jugak 3 kali main..haha..tapi kena kunyit la..sebab lama tak main...


Pic: My Gears....

Dulu masa sekolah Adi pernah mewakili daerah Kuala Selangor dalam badminton..kira ok la jugak..memang minat la ngan Badminton selain Bola Sepak ngan Futsal..hahahhaa...raket yg pemegang nya biru tu reket terbaru yg Adi beli..kopak la jugak..sebab harganya..RM1XXX...huhuuhuhu....

Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

ISNIN 1 JAN 2008

Alamak dah tahun 2008 dah..hahaha....selamat tahunbaru 2008la kat semua..macam biasa tahun ni sambut ney year ngan kerja kat konti la..dah biasa dah...tapi tahun ni lain sikit..biasanya habis kerja Adi balik rumah.tapi kali ni sebab ada Olie dan Rex Muzdek yg kerja malam..so kitarang decide nak keluar enjoy lepas kerja....

Pic: Macam Sarkis laaa..

Kebetulan pulak ada Xfreshers yang ajak keluar ..apa lagi kitarang pun jumpa la kat Hartamas Square...dalam kul 1230 pagi juga la kitarang jumpa..tengok tengok bila sampai dah macam sarkis la pulak..dengan belon dan lampu lip lap memasing..hahahhaa..ada Rio, Zirah,Zareena , Elida , Kimie dan juga Wawan...hhuhuhu..yang lain nak join tapi takleh..sebab mak marah..heheheh

Pic: Mangsa fesyen di tahun baru...hahaha..

Pic: Pagi buta di Hartamas 2008

Pic: Pemenang pakaian paling Sarkis...hehehe...Adi dan Kimie..hahahaha

Hahaha....ada la pulak sorang mamat ni baik hati sebab buatkan kitarang belon2 ni..hahaha...Selamat Tahun Baru 2008 untuk semua!!

Sunday, December 23, 2007

BANTUAN BANJIR AMP

Jumaat 21 Dec 2007

Adi telah terpilih bersama beberapa penyampai radio yang lain terlibat dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Johor, Kelantan dan Pahang. Adi telah terpilih untuk menyampaikan bantuan di Kelantan. Hari ni ada 2 team akan bertolak. satu akan ke Kelantan dan satu lagi ke Johor. Team ke Johor di wakili oleh Honey Madu dari Hitz.fm dan juga Jack dari MY.FM..Manakala yang ke Kelantan pula di wakili oleh Adi(XfreshFM dan juga DJ Nasa ( THR)

Bertolak dari KLIA dengan flight pukul 8pg dan sampai di Kelantan sejam kemudian , kami terus di bawa menaiki 2 buah van ke Pasir Mas.


Pic: Sarapan dulu la, semasa on d way ke Pasir Mas.


Destinasi yang di tuju ialah Pusat Pemindahan Banjir di Sek.Men. Keb. Kedai Tanjung di Pasir Mas, 45 minit dari Kota Bharu.





Pic: Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Tanjung, Pasir Mas



Di pusat pemindahan ni ada lebih kurang 800 orang. tapi semasa Adi dan krew yg lain sampai..ada sebahagian dari mereka mengambil peuang untuk pulang ke rumah masing - masing untuk menaksirkan kerugian mereka..walau pun kalau ikutkan banjir masih lagi tinggi.



Pic: Bantuan yang di bawa dari KL. Yang paling masalah ialah membawa minuman, sebab sekarang sebarang cecair tidak di benarkan di bawa dalam pesawat.

Selain makanan dan minuman kami juga membawa pakaian yang di sedekahkan oleh warga ASTRO. sebetulnya pakaian pun penting memandangkan kebanyakkan dari mereka tak sempat nak bawa pakaian kerana banjir ini dan ada juga memberitahu apa yang mereka pakai ..itulah yg mereka dapat selamatkan..sedihkan..


Pic: Dengan kanak-kanak yang menetap sementara di Sek Men Keb Kedai Tanjung.

Manakala di Pusat pemindahan ini mangsa banjir terpaksa tidur dengan keadaan kurang selesa kerana tidak ada kelambu dan bekalan elektrik juga tiada di sebabkan bekalan terputus selama beberapa hari.

Pic: Para mangsa banjir berkumpul untuk mengambil bantuan yang di hantar.

Bantuan yang kami bawa terus di agih agihkan mengikut keluarga yang ada di pusat pemindahan ini. Malangnya kepada keluarga yang dah pulang ke rumah mereka tidak dapatlah bantuan ini.

Pic: Proses pengagihan bantuan banjir

Nama keluarga akan di panggil dan mereka akan mengambil bahan bantuan banjir yang telah di susun, bantuan di berikan sama rata kepada semua keluarga.


Pic: Salah satu rumah yang di landa banjir bersebelahan dengan pusat pemindahan banjir di Sek . Men .Keb.Kedai Tanjung, Pasir Mas


Tak perlu nak pergi jauh untuk melihat kesan banjir..kerana kawasan keliling pusat pemindahan memang masih lagi banjir. Adi dan krew AMP yang lain pergi meninjau kesan banjir dan mengalaminya sendiri.


Pic: Banjir yang masih berlaku di sebelah luar Pusat Pemindahan banjir Pasir Mas.


Oh yer sebetulnya banjir di tempat lain dah kering, tetapi di bahagian ini sebenarnya banjir di sebabkan sebuah empangan di Thailand telah pecah dan air masuk memenuhi Sg Golok, menyebabkan air terus melimpah hingga ke kawasan rendah di sini.


Pic: Bersama Jaja (Sinar FM) , DJ Nasa (THR) dan Adi (Xfresh)


Ada juga yang mengambil kesempatan "berkelah"di sini. hahaha..bahayanya sebab air yang mengalir ni ada yang agak deras...tambahan pula airnya bukanlah bersih sangat. hehhee.


Pic: Berkelah di pantai yang indah...errr bukan pantai..tapi atas jalan raya yang banjir..huhuhuhu


Paling kelakar ialah ada seorang bapa ni , memakasa anaknya belajar berenang..dengan baju melayu lagi budak tu pakai..tapi budak tu tak nak belajar berenang..so dia meraung la..Adi nak ambik gambar rasa tak sesuai lak..takut bapak budak tu nampak..hahaha..


Pic: Err takde ikan ke yang lalu sini..kalau dapat tangkap, best gak ni.


Pic: Kat Belakang Adi tu ialah penunjuk aras banjir...sekarang ni di paras kuning .

Apa pun lepas tu kami pulang ke KL hari yang sama dengan flight pukul 5ptg. Satu pengalaman yang baru kepada Adi dan kepada anda yang tidak di landa musibah banjir ni..cubalah cari peluang untuk membantu mereka...semoga banjir akan cepat surut dan kanak-kanak boleh ke sekolah kembali tak lama lagi..



MAIN BOWLING LAGI....KALAH LAK TU!!


Pic: Kategori DJ terlampau....

ISNIN 17 Dec 2007

Hari ni dapat jemputan lagi dari Media Hiburan untuk bermain bowling..hahhaa..kali ni team Xfresh di sertai oleh Adi , Beyoncet, Noor dan juga Olie...berlangsung kat Ampang Bowling di Berjaya Times Square. Ramai gak la artis yang terlibat juga.

Pic: Bersorak kegembiraan kerana akan kalah..hahahaha

Memandang kan kitarang tak pernah berlatih..so kekalahan itu sudah pasti..jadi bersorak la kesukaan.
Pic: Sedang cuba untuk menyedapkan hati masing masing kerana tahu akan kalah! hahahha

Kebetulan pulak Team Xfresh bersebelahan dengan Team Elyana dan Dafi..apa lagi ..makin kecoh la..terutama Elyana..baling bola bowling punya la slow..sempat gi makan dulu baru bola tu sampai kena pinball..huhuhuhu..terima kasih kat Media Hiburan dan juga Karangkraf yang menjemput Adi dan Xfresh.


Pic: Sapa lebih rock?..inilah kumpulan SENDU...sendu habis..