Saturday, February 14, 2009

AWAN!!


Pernah tak korang duduk dan merenung awan?...hmm...kekadang rasa macam seronok lak berkhayal...."kalau lah aku boleh terbang ke awan itu...."....hahaha..


Kekadang bila tengok awan ni menggambarkan macam perasaan kita jugak...ada kalanya ceria, sedih malah pelbagai rasa lagi...


Sejak dua menjak ni, setiap kali balik kampung, Adi akan jenjalan dengan naik motor EX5 adik, pusing pusing kat kampung dan sawah bendang...

Biasanya time time nak maghrib tu memang cantik suasana dia...redup dan nyaman jer..hahaha



Tak tergambar dengan kata kata untuk menceritakan keindahan ciptaan yang Maha Esa ini...Subhanallah!!!!

Setahun di ERA FM


KHAMIS 12 FEB 2009

Setahun dah berlalu, cepat sekali rasanya...yup..hari ni genap setahun kat ERA , rasa macam baru semalam pindah dari Xfresh FM. Sejujurnya banyak benda nak kena buat untuk mengukuhkan karier kat Era ni, sepanjang menjaga slot Pagi Era sebelum ini, memang agak rasa happy, tertekan,gundah gulana...semuanya ada... memandangkan bergabung dengan senior di Era. Bila terlalu banyak "kepala" dan "mulut" susah nak menentukan atau melakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri...asyik kena ikut "kepala" orang saja...

Alhamdulillah semua tu kini dah berlalu, sekarang dah rasa enjoy bekerja kat ERA. Walau pun kini kerja makin bertambah , sekurang kurangnya ..happy dan takde tekanan masa buat kerja..mesti korang pernah merasi betapa susahnya kalau terpaksa ikut "kepala" orang lain jer...hahaha...

Terima kasih kepada korang yang sudi mendengar dan menyokong Adi selalu...:D
Moga tahun baru ini dan tahun kedua di Era ini akan lebih bermakna dan Era semakin berjaya!! AMIN!!!

Monday, February 2, 2009

Dealova

SELASA 2 FEB 2009





Lagu ni Adi persembahkan kepada Haji Aznil Nawawi yang baru sahaja mendapat pingat dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia sempena Hari Wilayah Persekutuan di sebuah restoren iaitu Restoren 39 di Kuala Lumpur.Dalam restoren tak ramai, hanya keluarga dan teman rapat jer..tu yang berani Adi nak nyanyi...hahahaha..Thanks kepada Kak Anne yang bagi Adi nyanyi kat sini...:)

Saturday, January 17, 2009

Liga Malaysia - Selangor VS N.Sembilan

Hari yang sama juga...lepas tengok badminton kat stadium Putra Bukit Jalil, Adi balik ke rumah dan bersiap sedia untuk ke stadium Shah Alam lak untuk menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia antara Selangor menentang N.Sembilan. Lepas Maghrib Adi keluar rumah , sebab member ambik..hahaha..malas nak pergi actually..tapi sebab ada "driver"..oklah...huhuhu...On d way ke Shah Alam, singgah dulu beli air kat stesen minyak dekat stadium.. lepas tu terus beli tiket dan juga cari makanan dulu..sebab dari tengahari tadi kat stadium Putra Adi just makan ayam goreng jer..perut lapar la..ingat nak cari berger jer..hahaha..paham - paham la..berger stadium takde la happening sgt ..tapi boleh jer la....tapi rupanya sekarang ni dah ada juga yang jual nasi....hmmm..apa lagi... beli nasi la...heehehehe..

Pic: Tempat jual nasi..

Memandangkan Adi pergi ke stadium Adi ni dengan 2 orang member dari Kedah..so diarang ajak duduk kat penyokong N.Sembilan...huhuhu..Adi tak kisah la..sebab Adi nak tengok jer...sebab ada juga penyokong Selangor yang duduk kat bahagian penyokong pihak lawan..ala sempoi jer la...hahahaha....tapi apa apa pun..makan dulu la kan..huhuhu...kitarang duduk kat atas sikit ..jauh sikit dari orang dan makan..macam berkelah lak..huhuhu..lapor beb...laporrr..

Pic; Berkelah di dalam stadium



Pic: Menu "Nasi stadium"


Pic: Geramnya tak dapat join diarang!!!!

Alhamdulillah Selangor menang bergaya dengan 3-0..Hehehe...member Adi yang menyokong N.Sembilan tu gigit jari la..hahaha..habis jer game terus balik ke rumah sebab nak tengok Arsenal main lak...cellemek..hari ni memang hari sukan bagi Adi la..tapi tengok game Arsenal tu tak lama la..sebab tertido depan TV...hmmm TV tengok Adi....Zzzzzzzzzzzz...esok nak tengok Final Badminton Terbuka Malaysia

Tuesday, January 13, 2009

Tengok Badminton Terbuka Malaysia 2009


Sabtu 10 Jan 2008

Hari ni Adi tengok kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2009 . Saja jer sebab lama tak tengok badminton secara Live ..alang - alang ada kat KL ni..so datang la..Masa Adi sampai takde la ramai sangat orang...beli tiket RM25 dan terus masuk..wahh rupanya kat dalam dah agak ramai juga..

Walau pun nampak cam kosong buat masa ni , sebab masa Adi sampai tu dalam pukul 2 ptg...tetapi semasa perlawanan yang awal ni takdela ramai sangat, sebab ramai yang datang dalam jam 3 ptg sebab nak tengok perlawanan Dato Lee Chong Wei menentang Peter Gade...perghhh..Adi pun memang nak tengok perlawanan ni la...

Pic: Dato Lee Chong Wei

Dalam perlawanan ini nampaknya kalau ikutkan skill..memang la memihak kepada Peter Gade..tetapi Dato Lee Chong Wei adalah seorang pemain yang cukup tenang dan mampu mengawal apa juga situasi serangan..hehehe...sudah pastilah kemenangan berpihak kepada Dato Lee Chong Wei..

Pic: Buat bising ..terjerit jerit sampai hilang suara!!hahaha

Memula Adi sensorang jer..haha..sekali dah masuk dalam stadium jumpa la..kawan -kawan yang kaki badminton juga..hahaha...masuk "line" diarang la..hehehe..sempoi jer...Lama jugak Adi kat dalam stadium ni..dari jam 2 ptg sampai kul 630 ptg...

Thursday, January 8, 2009

La la la laaa..ilang suara...

Pic: Senyum..senyum..huhuhu

Sekarang ni memang musim orang demam, sakit la, selsema la..tak terkecuali Adi la..adus..hari Selasa lepas , masa baru bangun tido dapat rasa sakit kat tekak..alamak, tanda - tanda awal nak selsema dan juga sakit tekak...takpe la ..makan jer gula gula untuk tekak...still semakin melarat lak..hmm..sah..kena selsema la sikti..huhuhu..memang tak selesa...suara jadi sengau dan susah nak bernafas kalau malam..huhuhu.

Ohhh..7 Jan 2009 , terjuma Dato Siti Nurhaliza yang datang ke AMP..huhu..ambil kesempatan untuk "pinjam" suara dia la..hehehe..tgh borak -borak ngan dia, tetiba phonenya berbunyi.."sekejap lagi sampai, Bie tuggu yer.." hahaha..panggilan manja Datuk K dari Dato Siti. Hahaha...ooo dia ada temujanji la..dan suaminya dok tunggu dah..alahai kesiannya...tak lama lepas tu Dato Siti berlalu pergi..meninggalkan kitarang termasuk Ray yang tersengih-sengih sebab baru tadi dapat berduet dengan Dato Siti..hahaha...Sapa yang dengar show 10-1 ERA pada hari ni (8 Jan) ..dapatlah dengar Ray nyanyi....

Pic: Dengan Roslin Hashim..yang duduk tu ialah Raja Azmi


Balik rumah dalam pukul 5ptg..mengantuk dan juga rasa cam nak demam dah..sejuk semacam...telan paracetamol dan juga vitamin C untuk elak demam makin teruk..lepas maghrib, Azhari (PR for Imran Ajmain, 6ixth Sense , etc )ajak Adi main badminton kat Damansara Height. Jauh juga tu..memula rasa berat hati nak pergi main, memandangkan badan tak berapa sedap....tapi sebab lama dah tak bersukan, so Adi SMS Azhari balik...

"Aku nak main..jap lagi aku sampai!!!!"

Mainlah,sampai kat dewan tu..rupanya ada Gigi (6ixth Sense), Azrul Cham 9Raja Lawak) dan pelakon dan juga pelawak Farouk Hussein...wahh meriah...pulun lah lagi..tgh main tetiba nampak kelibat Roslin Hashim..huhuhu..dia dtg dengan Raja Azmi..agaknya tengok kitarang main kot..tapi dia tak main la..kalau dia main..mahunya kitarang di bulinya..hahaha..maklumlah "pro"....

Lama juga la dia lepak ngan kitarang, hampir satu jam jugak..lepas tu dia chow la..hahaha...tapi Adi memang seronok la..main start jam 10 malam dan tamat jam 130pagi..haha..tak sedar masa dah lewat..sebab enjoy sangat! ....Yeahh!

Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun baru Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum,

Adi ucapkan selamat tahun baru 1430H dan juga 2009. Nah, tahun baru ni takde la buat apa sangat. Masa sambutan kedua-dua tahun baru ni Adi duduk kat rumah jer..nak keluar, tapi mengenangkan jam kat mana - mana, so duduk jer la kat rumah..dari rumah Adi boleh nampak bunga api kat KLCC dan juga Genting.

Tahun 2008 dah berlalu..antara peristiwa yang menarik dan yang akan Adi kenang berlaku pada Adi sepanjang tahun 2008 ialah


1. Dapat anak buah yang pertama, seronok tak terkata..hehehe..dah jadi "Pak Long" dah Adi, Farah Aulia lahir pada 12 Feb 2008.Maklumlah anak buah yang pertama ..so excited sikit la..huhuhu...





Pic: Farah Aulia dah nak setahun dah!!

2. Pada 12 Feb 2008 juga hari terakhir Adi keudara bersama Xfresh FM. Setelah hampir 3 tahun lebih bersama Xfresh dan 2 tahun mengendalikan segmen "Planet Xfresh" bersama Julia, dan selepas itu "Beyoncet" . Akhirnya hari ini Adi terpaksa mengundurkan diri dari Xfresh FM. Sayang memang lah sayang, sebab Xfresh FM ni lah yang mengasah Adi untuk jadi penyampai radio..dan banyak juga kenangan yang Adi lalui masa kat Xfresh FM. Walau pun Xfresh FM ni "kecil" sahaja...tapi semangat kerja kat sini memang menyeronokkan..kitarang macam adik beradik kat sini...hmmTak ramai yang tahu Adi akan meninggalkan Xfresh..malah Adi juga tak boleh ucapkan bye bye kat pendengar setia Adi..:(...arahan orang atasan..harap pendengar "Planet Xfresh" faham..dan kenangan dengan korang memang best giler!!!


Pic: Gambar masa hari terakhir kat Xfresh FM!!


Pic: Dengan Beyoncet dan Dina yang ucapkan bye bye kat Adi pada malam last kat Xfresh FM!

3. 13 Feb 2008. Hari ni Adi menyertai keluarga ERA. yup..tawaran ini di berikan oleh pihak Era dan memang Adi teruja untuk bersama ERA dan Adi diletakkan bersama Kieran dan Nana untuk segmen Pagi@Era. Sesuatu yang berbeza tapi sesuatu yang menarik juga Adi lakukan.


Pic: Kieran, Nana dan Adi ...Pagi@Era 2008


Pic: Team ERA masa lepak kat PD!!

4. Satu hari Adi berjalan - jalan drive kereta...tiba tiba ternampak iklan kat tiang lampu..Iklan pasal rumah, Adi pergi lah ke pusat pameran rumah tersebut...entah kenapa terus minat kat rumah tu selepas melihat rumah contohnya..dan terus booking...hmm am i crazy?...satu pelaburan yang memerlukan komitmen yang agak berat untuk Adi..takper la, dari duit tu berbelanja utk entah apa-apa nanti..baik beli rumah..alhamdulillah ..ni tak sabar nak tunggu rumah siap la..tapi banyak jugak kena buat..nak cari duit lagi...untuk renovation la..


5. Seronok sangat dapat menyertai Konsert Jelajah Era keseluruh negara! Selama 5 minggu tanpa henti...penat memang la penat ..tapi best!!



6. Dapat meminjamkan suara untuk Filem "CAMP ROCK"....Adi memegang watak suara yang di bawa atau dilakonkan oleh Kevin Jonas..dari kumpulan Jonas Brother...Terima kasih Disney's Movie yang memberikan peluang ni pada Adi




7. Pertama kali dalam hidup Adi, bertugas di hari raya ..Selalunya sebelum ini Adi biasa cuti seminggu atau 2 minggu..tapi raya kali ni kena kerja..so ..sedikit sebanyak raya tahun 2008 tak berapa seronok sangat la..:P


8. Mengembara seorang diri ke Singapore..hahaha..dah lama nak cuba mengembara seorang diri ni..so pilih la Singapore dulu, sebab rasanya kat sana selamat sikit...3 hari kat sana berjalan sakan la..mana tahu future nanti boleh backpack sensorang atau dengan kawan la ke tempat yang jauh sikit.



9. Pertama kali berat badan Adi mencecah 70kg..cess dan rasa cam dah gemuk!! dulu 64kg jer..hahaha...tahap metabolisma dah jatuh dah ni..hahaha..nak kena jaga kesihatan dan pemakanan la...boss pun dah bising dah...hahaha..


10. Adik Adi yang ke-3 berkahwin pada 2 Nov 2008. Dapat adik ipar lagi..hehehe..


Untuk tahun 2009 ni...

Azam Adi nak kerja lebih baik, nak stabilkan ekonomi ..dan nak happy selalu!! tak nak dah stress stress...orang cuma tengok luaran jer..dalam hati..haha..tak siapa yang tahu..betul tak?..actually tahun 2008 adalah tahun yang agak stress bagi Adi...harap-harap tahun 2009 ni akan lebih baik la..AMIN!! Selamat tahun baru semua!!

Thursday, December 18, 2008

SABTU 13 DEC 2008

Hari ni sebelah malam ada konsert Pirates Of The Carribean yang berlangsung di pintu masuk Sunway Piramid. Hahaha..memang best la..sebabnya menampilkan nama - nama besar dalam industri seni suara sekarang ni. Ada Adam, Mila , BunkFace, Hujan, Saidah, Saerah dan juga Dato Siti Nurhaliza. Pergh..Adi pun bersemangat sebab kehadiran penonton memang ramai..yer la..semangat la sebab Adi dan Nana kena jadi host konsert ini..yeah!!

Pic: Ramainya...yeah!!

Sebelum konsert bermula kami berkumpul sambil makan malam di sebuah restoren Thai di sini. makan ringan -ringan jer..lepas tu Adi dan penyampai Era yang lain di berikan taklimat ringkas berkenaan konsert ini..

Pic: Captain Jack Sparrow dan musuhnya - Captain Davy Jones

Konsert ni adalah konsert promosi untuk tayangan trilogi Pirates Of The Carribean yang di tayangkan di Star Movie , Astro pada 14, 21, 28 dan marathon pada 31 DEC ini. Jadi jgn lupa tengok yer..Adi memang minat giler dengan citer ni, actually Adi pun dah ada koleksi DVD filem ni yang asli..cuma episod ke 3 tu jer yang belum ada. ..ada sesiapa nak sedekah kat Adi?..huhuhu


Pic: Adi dan Captain Jack Sparrow (tak sangka dia pandai cakap melayu..hahaha!)

Konsert bermula jam 9 malam, tapi lepas maghrib dah ramai yang mula datang dan tunggu..
terima kasih yang datang. Memang ramai..tengok pun excited..dari nervous nak jadi host ..jadi seronok lak bersama penonton..hahaha..memang konsert ni sempoi jer..gelak sakan jugak la dengan gelagat penonton yang datang malam ni.


Pic: Bang Davy Jones, ambik gambak sat! ..Ko tau tak aku tgh panas ni...!! Jangan marah bang, nanti kena buat tumis sotong.....baik baik! senyumm!!!

selain artis yang membuat persembahan, juga ada watak -watak dalam filem Pirates Of The Carribean ini turut memeriahkan konsert, seperti watak Jack Sparrow, Davy Jons, William Tuner, Elizebeth Swan dan lanun - lanun Davy Jones..agaknya , manalah diarang ni dapat costume costume ni..

Pic: Watak watak (dari kiri) lanun Davy Jones, William Tuner, Elizebeth Swan, dan askar.


Pic: Ni masa sesi taklimat!

Konsert di mulakan oleh Saerah, kemudian di sambung oleh kakaknya Saidah, dan seterusnya di sambung oleh Dato Siti Nurhaliza dengan 3 buah lagu termasuklah lagu terbaru dia ..eksklusif di perdengarkan buat pertama kali malam itu..."Di Taman Teman" tajuk lagu barunya...album barunya akan muncul tak lama lagi.Lepas tu ketiga-tiga adik beradik ini beradu suara menyampaikan lagu bersama-sama..yeah!

Pic:Dato Siti yang makin slim..huhuhu


Persembahan seterusnya di kecohkan lagi dengan Adam bersama The Bad Boyz yang menanyi dan turut mengiringi tarian Adam, memang gempak! walaupun stage agak kecil..tapi Adam dan The Bad Boyz pandai menggunakan ruang yang agak terhad itu..dan terus menari agresif..giler ahh..
Pic: Bunkface

Selepas Adam, maka kini giliran Bunkface, band yang makin di kenali ramai ini, membuatkan peminat indie band pula bergoyang badan..hahaha...mendendangkan lagu mereka antaranya.."Silly Lilly" dan juga "Sitauasi"

Pic:Mila yang rockin !!

Mila tampil dengan simple, t-shirt , seluar jeans dan juga boot paras peha, mendendangkan lagu - lagu popularnya dan juga lagu "Ayat - ayat Cinta"...best!!

Pic: Hujan dengan line up baru lagi...

dan persembahan terakhir ialah ...HUJAN..time Hujan perform..penonton yang duduk kat depan stage..semua bangun dan sama-sama nyanyi dengan HUJAN..yeah..memang best giler time ni..haha..sampai la habis konsert..

Pic; Thanks kat korang yang datang konsert ni yer...terimalah lagu dari saya....ehh ..ehh.jgn balik dulu....ehh saya nak nyanyi ni...ehh....ehh...

Konsert habis dalam pukul 11 malam, masa nak balik on d way ke kereta Adi..tetiba ada orang tegur Adi dari belakang....

Budak misteri: Abang !!!...

Adi: Yer dik,..

Budak misteri: Abang , boleh tak tolong saya..

Adi: Naper dik?

Budak Misteri: Sya nak balik ke Klang tapi bus dah takde..nak naik teksi duit tak cukup..

dalam hati adi kesian dengan budak ni..patutla sepanjang konsert di cam nak usha Adi jer...

Adi: La..yer ker...nah gi ambik duit ni ..pergi ambil teksi sekarang..

Budak Misteri: Terima kasih Abang "RIZAL"....

Hahaha...dalam hati Adi gelak jer...Adi di panggilnya Rizal..silap orang ni..haha..terus budak lelaki misteri tu berlari ke hentian teksi..sian lak Adi tengok budak laki tu..takut tak sampai rumah nanti Adi tengok dari jauh je, just make sure dia dapat teksi. haa..itulah kisahnya di konsert POC di Sunway Piramid!!



Monday, December 8, 2008

Pic: Lembu dari Era yang cerah sikit tu..

ISNIN 8 DEC 2008

"Berkorban , apa saja...harta atau cuti raya....."..hehehe..lagu ni liriknya cam kena jer ngan Adi..yup..Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua pembaca blog Adi ni. Sebetulnya Adi dah balik ke kampung dari hari Jumaat lepas...seronok balik nak beraya...tup tup balik ke kampung demam la pulak..makan panadol dan tido ..makan...tido ..makan jer la..nasib baik hari Ahad reda sikit..cuma pening-pening la...

Pic: Cubaan untuk menjatuhkan lembu dari ERA

Hari ni Adi kena pergi ke Taman Seri Medan Jaya , Sijangkang ..1st time seumur hidup raya tidak bersama keluarga, nasib baikla raya Aisiladha jer..bukannya tak meriah kat kampung ..tetapi tahun ni kat kampung Adi pun takde ibadah korban dilakukan..tak tahu la..mungkin takde orang nak buat korban la kan...jadi Adi rasa ok jugak la..( memujuk hati...)

Pic: Lepas Adi ambik gamabar ni..terus Adi 'terkam' lembu ni cam Crocodile Hunter..hehehe

Bangun subuh terus berkemas dan sarapan dengan mak ngan abah..lepas tu mintak izin dari mak dan abah...bertolak la..tapi sebelum bertolak ke Sijangkang..Adi singgah dulu kat surau..menunaikan solat sunat AidilAdha..yup...sekurang kurangnya lepas solat sunat raya pun dah puas hati..huhuhu

Pic: Tanda di mana lembu dari Era berada..

Habis jer solat , Adi terus bergegas ke Sijangkang. pagi ni hujan memanjang dan agak lebat jugak. So drive kena hati hati la..sebab jalan basah...masa Adi bertolak dari Tg Karang jam dah pukul 850pg....hmmm ada masa sejam untuk sampai ke Sijangkang..yup..ok kot..sempat sampai sebab jalan pun lengang..cuma basah jer la...

Pic: Hujan dan lecak mewarnai majlis hari ni...

Alhamdulillah, Adi sampai ke Taman Seri Medan Jaya dalam pukul 10pagi...upacara baru jer nak bermula..Alhamdulillah Adi sempat sampai. Era menyedekahkan seekor lembu kepada penduduk taman ini yang mengundi di ERA.

Pic: Dengan kanak-kanak yang seronok menyaksikan upacara korban hari ini..

Walaupun hujan turun mencurah curah..tapi majlis tetap di jalankan dengan meriah sekali..sebab ramai penduduk kampung yang turun..

Lembu yang ERA sedekahkan di sembelih dahulu ...maka tugas pertama kami ialah untuk "menjatuhkan" lembu itu..lembunya tidak la besar sangat..tetapi lembu tu agak liar dan juga garang..tak boleh duduk diam...ambil masa juga nak jatuhkan lembu itu...bila satu ketika lembu tu terjatuh....dan tukang sembelih menjerit..pegang lembu tu..entah cam mana..Adi lak yang lompat atas lembu tu cam "Crocodile Hunter"..hahaha...semua orang dok sorak Adi pegang badan lembu tu sensorang..alahai...time ni rasa takut pun ada jugak ooo..sebab tali kat kaki lembu tu cam nak terlerai jer..alamak...nasib baik dah makin ramai yg himpap lembu tu dan juga ada org kemaskan balik ikatan kat kaki lembu tu, kalau tak...nyaya Adi kena penerajang kaki lembu tu...lepas semua kaki lembu tu dah terikat dan dah terbaring di posisinya..adi mengundurkan diri...dalam hati...cam tak caya lak ...boleh terbang himpap badan lembu tu sensorang tadi..hahaha..nasib baik la semuanya selamat..hahaha...

Pic: Selepas sembelih..kenalah lapah daging tu..cepat dan pantas mereka bekerja.


Lembu itu akan di sembelih oleh YB Dr Yunus B. Hj Hairi. Adi mewakili ERA telah menyerahkan lembu itu dengan akad kepada Yang Berhormat untuk di sembelih sendiri oleh beliau...respect la..YB sendirik yang sembelihkan lembu tu...

Pic: Kaum Ibu "rewang" untuk membuat sup tulang!

Alhamdulillah upacara sembelih lembu dari ERA tu berjalan lancar....1/2 jam lepas tu terus dagingnya di lapah. Actually kat taman ni ada 6 ekor lembu di sembelih..bayang kan betapa meriahnya upacara sembelih lembu raya ni kat sini..walaupun hujan..namun semuanya berjalan lancar..budak budak suka la..dapat main hujan...hehehe...

Terharu dengan kesudian mereka menerima Adi dan skuad Era yang datang pagi ni..sampaikan Adi membuat ucapan dalam bahasa jawa....hahaha..terkejut diarang...jowo totok sudah mari...hahaha...malah masa kami nak balik pun siapa ada pengumuman keberangkatan pulang..alahaiii...segan giler...

Terima kasih kepada YB Dr Yunus B. Hj Hairi...AJK surau Al Ansor , penduduk Taman Seri Medan Jaya yang menerima kunjungan kami dan juga melayan kami dengan penuh mesra dan meriah sekali..huhuhu.. ..dan juga kepada En Anuar yang mengundi taman nya untuk menerima upacara korban ini dari Era . Semoga dengan ini dapat mengeratkan pendengar Era dan pihak Era FM sendiri..AMIN!!!!!