Sunday, October 21, 2007

Hari Raya 2007


Pic: Err macam dalam StarTrek! hehehe..takde kerja..
Sabtu 13 Okt 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin, terima kasih kepada yang menghantarkan kad raya dan jug aucapan kepada Adi. Actually sepatutnya Adi bercuti mulai hari Rabu 10hb Okt 2007. Tetapi disebabkan ada pelancaran Angkasawan pertama Malaysia pada hari Rabu tu..maka terpaksalah Adi bertugas di waktu malam, Nasib baik boss kasi cuti sepanjang minggu depannya..iaitu minggu raya la..Yahoooo!! Lama giler tak cuti la..dari minggu survey radio April Mac lepas.

Ok sebelum balik kampung..kenalah potong rambut..hehhee..tapi yang bosannya potong rambut + cuci rambut ni kekadang membosankan gak..hahhaa..lama sangat duduk!

Pic: Di rumah nenek di Sg Nibong bersama sanak saudara.

Jadi Adi pulang ke kampung pada malam Khamis , saja balik lambat - lambat , nak gak rasa kesesakkan jalan raya..tapi tak sesak pun...hahahahaha..konon nak rasa keseronokkan pulang berhari raya..ada trill la...kat umah lak nasib baik pelita semua dah pasang..hahha..tinggal main bunga api la..(errr bunga api ker?..)..

Raya pertama Adi berkunjung la ke rumah nenek di Sg Nibong , Sekinchan, Sel. separuh hari jugalah berada di sana, lepastu baru mengunjungi rumah pakcik dan makcik sebelah bapa Adi di sana sampailah petang. Tahun ni nampak gayanya Raya di sambut dalam musim hujan..hmmm ..mlm pertama raya hujan turun lebat di sertai dengan ribut petir melanda Tg Karang. Memang menakutkan..hasilnya..hampir 20 buah rumah di sini tercabut bumbung nya di tiup ribut..kesian ...raya pertama kena musibah ni, habisla semua persiapan raya basah dan bekalan elektrik pun terputus , nasib baik rumah Adi takde apa-apa la..Alhamdulillah..Inilah namanya dugaan di hari raya.


Pic: Astro Disc milik orang kampung yang terjatuh akibat di tiup ribut..terpaksalah letak atas tanah jer..

Pic: Mari - mari siapa mahu ikut Baraan!! Hahaha


Ahad 14 Okt 2007 - Ok hari raya kedua lak mula Baraan, yup naik motorla sama kawan-kawan di kampung pergi rumah jiran-jiran..hahah..actually bagi Adi, inilah kemeriahan raya sebetulnya..kalau tak , tak tahu nak buat apa da...baraan ni mengambil masa 3 hari nak di habiskan..so adalah aktiviti nak buat kan...dari pada duk melepak kat rumah , bancuh air..errr...lagi letih.hahaha..ni kita dapat jalan-jalan, jumpa member dan dapat makan kuih raya banyak banyak..hahahaha..duit raya tak dapat la..

Pic: Senyumlah dapat Baraan,setahun sekali!

Tapi tahun ni Adi tak pergi sangat Baraan ni sebab nak berehat jer kat rumah ..lagi pun sekarag musim hujan..kekadang nak keluar rumah pun susah , tapi bila cerah..panasnya tu lak lain macam..perghhh ..cobaan..

Pic: Dengan kawan-kawan di kampung , rakan muda Tg Karang..hahahaha

Seronok dapat jumpa kawan - kawan lama masa baraan..tapi sedih gak tak dapat jumpa beberapa member kamcing yang sekarang masing-masing ada komitmen dah..(kawin laaa...) Arghhhh bosan gak raya tahun ni....


Pic; Makan Tengahari di Surau lepas Baraan

Lepas Baraan , kenalah berhenti berehat utk sembahyang Zohor, jadi sebalum balik rumah biasanya kitarang akan pergi ke Surau atau masjid utk makan tengahari..hahha..walaupun lauknya simple iaitu sup ayam, ikan kembung bgoreng dan juga kuah tumis serta sambal kicap..tapi nikmatnya memang tak terkata...haha..maklumlah dah penat baraan..lagi pun makan ramai-ramai ni sedap!!


Pic: Bersama Sanak saudara yang berkunjung ke rumah !

Baraan akan di sambung dalam jam 230ptg atau 3ptg sampai la pukul 6ptg baru habis..Malam lak Adi duduk rumah la..sebab biasanya sanak saudara datang sebelah malam ke rumah Adi..kenalah jadi tukang bancuh air profesional lagi! hahahahhaa..


Sabtu 20 okt 2007



Pic: Beraya bersama keluarga di sebelah Perak! One big happy family!

Setelah seminggu raya, hari ni keluarga besar Adi pergi ke Perak untuk berhari raya bersama keluarga di sana, kitarang ada sistem giliran, dimana tahun ni kami berkunjung ke Perak..jadi tahun depan keluarga Perak pula akan berkunjung ke Selangor la pulak, Keluarga sebelah Perak berada di Bagan Datuh. Kiranya 2 tahun sekali la Adi akan pergi sana . Dulu suka la pergi kampung di perak ni, sebab rumah-rumah tradisionalnya unik , tinggi dan juga besar..sejuk jer bila ada kat kampung, tapi sekarang dah banyak rumah-rumah batu di bina..hmmm Adi memang suka tengok gambar-gambar rumah tradisional dan mambil gambarnya..

Apa-apa pun raya tahun ni dah hampir tamat..balik ke KL memang sibuk balik dengan kerja la.Semoga dapat bertemu lagi di Aidilfitri pada tahun hadapan!! Selamat Hari raya Aidilfitri!!!!

No comments: