Hari ni merupakan hari untuk lawatan ke Bangkok sempena company Trip untuk semua staff AMP .Yahoooooooo!!!!
Adi dah beberapa kali ke Thailand, ..tapi ni baru 1st time nak ke Bangkok..Berkumpul kat Astro dalam pukul 5pg sebab flight akan berlepas dalam pukul 9pg la...sampai ke Bangkok dalam pukul 10pg waktu Bangkok...Bangkok adalah satu jam di belakang KL. perjalanan ambil masa 2 jam.
Actually Adi tak jangkakan apa - apa..cuma bila sampai jer.. rasa Bangkok ni macam KL jer..huhuu..lebih kurang..Airport baru ni pun macam KLIA jer..tapi ianya lebih panjang..jauh juga menapak apa bila sampai kat terminal untuk ke bahagian bagasi..rasanya adalah berjalan dekat 1km..huhuhuhu..penat ..
Airport ni memang cantik , tapi mungkin sebab baru ada beberapa bahagian yang belum bercat lagi..ataupun memang mereka biarkan tak payah cat..so kurang menarik la...hmmm nampak buruk la kalau tak cat. Lepas tu sistem bagasi kat sini ni kurang cekap sikit..agak lama juga kami tunggu bagasi nak keluar..yang menariknya ruang gelongsor untuk bagasi kat sini di perbuat dari besi nipis atau aliminium...hmmm gerun ..boleh buat potong sayur la..huhuhu..kalau letak jari silap silap terluka jari..kat KLIA..gelongsornya di perbuat dari getah..so tak merbahaya..
Hampir 1/2 jam jugalah menunggu bagasi ni..alahai lembabnya..dah la mengantuk giler..hahaha..akhirnya beg yg di tunggu selamat sampai..hehehehehe
Airport Suvarnabhumi ni agak menarik dan besar jugak apabila berada di bahagian luarnya..macam kat stesyen angkasa lepas lak......hehehhe..lapangan terbang ni baru berusia 2 tahun kalau tak silap Adi.
Wallaweii..sebelum naik bas..nampak lagi gadis gadis Thai dengan pakaian tradisional mereka ..huuhuhu..apa lagi berebut la ambil gambar..hehehe...tulah pasal si Smek ni mengacau Adi jer..haduss...nak cepat punyer pasal..so takpe la..huhuhuhu
Lepas naik bas, ingatkan boleh la bergerak..rupanya kena tunggu jugak sebab ada 2org hilang..haaa?!!! Hilang?!!...yer..adusss..anak sapalak tertinggal ni...jadi kitarang tunggu la sampai hampir sejam jugak..duk dalam bas..aiyooo...penat menunggu jer....lepas tu Adi duduk depan lak...jumpa lak microfon..hehehe..apalagi belasah la buat konsert unplugged kat dalam bas...la la la la laaaaaa..Sawadeekap!!..Made In Thailand!!
Nak gi ke hotel dari airport agak jauh juga..ambil masa 1 jam lagi..tu kalau tak jem la kata pemandu pelancong kami..tapi nasib baik time ni ..time org bekerja..so jalan takde la jam..hehehehe..
Nama hotel kitarang ialah Hotel Garden Queen Imperial ...sebab ianya berada di dalam kawasan taman bunga Queen Imperial. Jalan nak masuk kecil jer..tapi hotelnya boleh tahan la jugak besarnya...hehehehe...
Sampai sampai jer kat Hotel ada sambutan yang cukup meriah..siap ada tarian lak..di sebabkan ADi duk sibuk bergambar kat papan tanda yang menyambut kami ini..maka terlepas lak sesi tarian alu-aluan tu..hahaha..so takde gambar la..aisyehh!!
Masa kitarang sampai hotel dah dalam pukul 1ptg..memang sesuai lah untuk makan tengahari.apa lagi, makan tak ingat la..sekali teringin lak nak makan ABC..ABC diarang lain sikit..diarang tak gunakan ais yang di kisar halus..tapi mereka gunakan ais yang di pecahkan dan agak kasar sikit.Takpela..isinya lebih kurang sama tapi diarang ada letak jelly kelapa..hmmm memang sedap !!. Lepas makan kami tak boleh naik ke hotel, alamak kena buat sesi ala-ala motivasi sikit la..ok lah bukan apa sangat pun, just main beberapa permaianan .kiranya ni team building la..hehehe..adala dalam 2 jam jugak kami meluangkan masa..naik ke hotel lebih kurang jam 5ptg ..dah penat sangat dah..huhuhuhu
Alhamdulillah, dapat juga berehat..biliknya cantik dan kemas..memang sesuai la tido...hehehe. hotel ni diketegorikan 4 bintang.
Pemandangan di luar hotel lak..sama macam kat KL lak..hehhe..tak jauh beza , dengan bangunan kecil antara bangunan besar, terasa macam kat jalan Pudu..hehehe..
Tapi Bangkok takdela sepanas KL masa time ni..jerebu pun ada la jugak. matahari pun takde la nampak sangat , redup semacam jer..agaknya mungkin jerebu punya pasal kot.
Adi berehat (tido) sampai lah nak maghrib, lepas tu mandi bersiap nak jalan jalan sekitar kawasan hotel. Nak ajak juga kawan yang lain , tapi memasing macam dah ada tujuan memasing. So Adi pun jenjalan lah sensorang..takut takut gak..tapi sebab nak tengok sangat suasana malam di Bangkok , so Adi pun jalan sensorang. Dekat dengan area hotel ni memang banyak rumah urut urut tradisional thai dan juga Spa..so kalau nak mengendurkan urat-urat tu memang banyak la pilihan...Adi nak juga buat reflexology..tapi bukan lah time ni..time ni jenjalan dulu...
Tengah duk melayan pemandangan , tetiba Adi nampak ada benda besar kat depan..Ya Ampun gajah rupanya..selalu tengok dalam kandang, tapi gajah ni di biarkan lepas dengan penjaganya.Aduhh...takut juga adalah..sebab mengenangkan tak lama dulu ada kes gajah mengamuk di Thailand dan gajah tersebut terpaksa di tembak ..akibat gajah tersebut terlalu stress dan juga kepenatan..rasa kesian lak kat gajah ni..nak buat cam mana..dengan cara tu jer la mungkin tuan dia boleh bagi makan..Tengah leka tengok gajah, tetiba ada mamat ni cakap Thai dengan Adi...mak aii..manalah Adi faham...pastu dia cakap Inggeris sikit bila Adi tak faham..ada ke minta 20Bath untuk ambik gambar gajah tu....cehhh..banyak cantek!! adi terus blah jer la...cuak tu cuak gak..mana tau kalau dia gangster ker kan..huhuhuhu...
Jauh juga Adi berjalan , hampir 5km jugak la jalan kaki, tengok pemandangan bangkok dan panorama Bangkok yang pelbagai..nak gak cari shopping complek..akhirnya jumpa juga la..hehehePic: Emporium Shopping Complex
Shopping complex pertama yang Adi jumpa iaitu Emporium ..ok lah takde la besar sangat. Kira dalam nya ala - ala seperti Berjaya Times Square...tapi yang ni kecil jer la..banyak kedai yang menjual barangan berjenama mewah la..even butik LV , Gucci, Versace pun ada kat dalam ni. Adi cuma beli T shirt jer kat sini. Kira mahal la jugak barang barang yang ada kat sini...relax dulu..jangan habiskan duit dulu..huhuhuhu...
Pic: Sajer jer ambik gambar perhiasan dalam Emporium ni, cantik kan?!!..huhuhu
Lepas keluar dari Emporium, terus sambung jalan jalan lagi, tapi lepas Adi rasa dah makin jauh dan dah tak jumpa apa-apa yang menarik..balik la ke hotel..alamak..nak jalan balik yang malas ni..hahahaha..
Pic: Kolam Utama Hotel
Pic: Hotel Penginapan dari Taman Queen Imperial
JUMAAT 16 Mei 2008
Pagi ni aktiviti bebas dilakukan, Adi dan juga member yang lain bercadang nak jalan jalan kat Bangkok ni, dengan menaiki BTS. BTS ni sama cam LRT kat KL ni. Lagi pun stesyen BTS tak jauh dari hotel. Jadi kenalah naik BTS dari Stesyen Phrom Phong menuju ke Stesyen Siam
Pic:Wahhh ada AF5 kat sini...tapi kena beli baju dulu..hehehe..kalau nak jumpa AF5..
Lepas pusing pusing kat Siam Central terus cari sky bridge pergi ke MBK.Kira MBK ni agak fames jugak la kat Bangkok ni..MBK ni kira macam Sungai Wang macam kat KL.Sebab kat sini macam- macam boleh di cari khabarnya. masa kat jejantas baru nampak suasana kat Bangkok ni..warna warni la...sebab teksi dia yang pelbagai warna..
Memang betulah, memang rambang mata sikit kat dalam MBK ni, barang dia pun boleh tahan murah juga la dan banyak pilihan dari pakaian sampailah ke kedai spare part kereta.huhuhuh..Kebetulan Adi nampak kedai spare part kereta..apa lagi shopping sakan la..samapai pokai!! Beli barang kereta jer...hahahaha
Pic: Siam Paragon
Pic: Sawasdeekappp! Kap Kun Kappp!!
Di sebabkan tempat untuk menaiki cruise ni agak jauh ..ambil masa 1 jam juga nak pergi..maka kami bertolak awal..takut tertinggal kapal la pulak.Kami bertolak dari hotel dengan 4 buah bas bertolak dalam jam 545ptg..dan kena berada di jeti sebelum pukul 7ptg. sebab cruise akan bermula jam 8mlm.
Pic: Bukan Cruise ini yang kami akan naik...mak aii ramainya orang tapi jaket keselamatan ada ker tu?
Pic: Cantik nyer kapal ni..tai ini bukan kapal kami..kapal ni tak muat ni...huhuhuhu
Makan malam ni cukup meninggalkan kenangan yang indah , sebab tgh kami menikmati malam di atas kapal ini , tetiba pengacara menyuruh kami semua memandang ke langit...Adi tengok la..takde benda apa-apa pun..tetapi tiba tiba...wah!!! bunga api!! cayalah!!! best giler la..ada bunga apai..memang garand giler la malam ni!! cayalah AMP!! ..Persembahan bunga apai berlangsung selama 5 minit..walaupun sebentar tapi terharu dengan usaha AMp untuk membuatkan perjalanan ke Bangkok ini menjadi bermakna sekali!..Syabas AMP!!
Kami pulang ke Hotel dalam pukul 10 malam dan ada yang mengambil kesempatan untuk singgah sebentar ke Pasar Malam Pat Pong....Tapi Adi lak memilih untuk balik ke hotel, sebab dah tak larat nak berjalan..hehehehe..
SABTU 17 Mei 2008
Hari ke -3 berada di Bangkok, Hari ni kami di bawa ke sebuah pasar terbuka yang terkenaldi sini..iaitu pasar Chatuchak .Pasar ni memang jadi tumpuan ramai sebab banyak barang anda boleh dapat kat sini. Chatuchak di katakan antara pasar hujung minggu yang terbesar di dunia.Kami sampai dalam pukul 10 pagi..kira pasar ni baru nak buka. memang baru nak buka pun. .kawasan untuk pasar terbuka ni memang besar la..lebih besar kot dari kawasan Tamana Teknologi Malaysia..huhuhuhu...Adi pun tak tahu nak cari apa kat sini...
Pic: Pose ..jangan tak pose!!
Pic: Mana nak cari EXIT ni?..hmmm..kanan yer..hmmm
Kalau tak biasa datang sini boleh sesat..tapi takpe..pasar ini di bahagi kan dengan beberapa zon yang di wakili dengan pelbagai warna. tak pun tengok sign board la..huhuh..kalau tak tahu baca sign board..takpe cari la Abg Polis yang pakai baju ketat tu tanyakan arah..Kalau dia tak tahu cakap Inggeris , hmmm kena belasah la cari jalan keluar sendiri...pasar ni memang besar
Dari pakaian sampailah kemakanan ..sampailah ke haiwan..pun ada juga di jual..cuma Adi tak jumpa lak kedai jual spare part kereta..hahaha...takkan lah nak jual kat pasar kan?..huhuhuhu...manalah tahu kalau rezeki..siapa yang tahu..betul tak?..tapi dah banyak kali Adi pusing memang tak jumpa.
Oh come onnnn..please!!! aiyaaaa...kenapa la tokey jual haiwan ni bengong sangat..bukan apa, Adi kesian giler tengok arnab ni kena kurung dalam sangkar kecik ni..nak pusing badan pun susah agaknya..memang lah nak jual..tapi patut-patut la letak kat sangkar besar ke atau dalam bekas besar ker..suppaya arnab tu bebas sedikit..alahai...cubala kalau kita kena kurung cam ni..mahunya menangis selalu!!Siap ada yang pakaikan baju lagi..huhuhu..wish can help u my frens... :(
Selain itu juga ada ppuppy dan anak kucing yang dijual. comel giler anak kucing tu..dan amat murah. Kalau kat malaysia kita nak beli kucing siam ni ..mahu dalam RM800 hingga beribu kan..tapi kat pasar ni anak kucing ini di jual dengan harga Bath 2000 jer atau RM200 jer..murah giler...tapi tulah takleh la beli, sebab takleh bawak balik KL..Ingat senang nak bawak balik KL..some more kucing ni mungkin takde sijil beranak nyer..so takleh la nak beli..kalau beli pun nanti kat KLIA kena kuarantin dulu..alahai lecehh...
Pic: Di stesyen BTS Mo Chit..
Sampai Kat Siam Square dari Chatukchak shopping jap kat dalam Siam Central..sekali terjumpa sebuah konti yang beroperasi dalam shopping complex ni..wallaweii..cool giler ahh. Tapi takde DJyang bertugas..tapi sistemnya tgh ON. HmmAdi duk usha - usha jugak la kan..hahaha..kerana sistem yang di gunakan sama juga dengan apa yang ada di konti Era.fm..hahhaa..so boleh kerja kat sini la..cuma tak pandai cakap Siam la..hehehe..
Balik ke Hotel dalam pukul 3ptg dan bersiap sedia untuk Malam Gala AMP..di mana kami di khendaki memakai pakaian yang meniru artis masa lalu...hahahaha..Malam Gala AMP ini adalah untuk menghargai para petugas yang selama ini yang berkerja keras untuk AMP..kiranya malam penghargaan AMP kepada pekerja nya la...temanya ialah BACK FROM THE PAST...macam macam ikon yang muncul malam ini..antaranya..
Pic: The Matrix
Malam Gala AMP tamat dalam pukul 1 pagi. Tapi memang puas hati dengan gelagat memasing yang memperagakan fesyen ikon mereka..Adi lak?..hmm actually Adi takde nak buat persiapan, so masa Malam Gala tu Adi cuma pretend jadi Tom Cruise...hahahah...sebab nak selamatkan diri..sebab sesiapa yang tak pakai pakaian ikon ni akan kena denda iaitu makan belalang goreng atau cili padi...huhuhuhu.
AHAD 18 Mei 2008
Setelah 4 hari at Bangkok, akhirnya dapat balik ke KL semula..yahoo..bukan apa..sebab dah rindu nak makan makanan dengan selesa , sebab kat Bangkok ni, malah kat airport ni memang susah nak cari makanan halal. Terpaksa la berpuasa dan hanya makan coklat jer...kebanyakkan masa..nak merasa tom yam..alahai tak dapat la kat Bangkok ni.Pic:Selamat tinggal Bangkok!! sampai jumpa lagi!!
Kami sampai ke KL dalam pukul 9 malam...itu sahaja catatan Adi untuk kali ini..InsyaAllah kalau ada rezeki Adi akan berkunjung lagi ke sini..Tapi tak tahu la bila...syukur alhamdulillah selamat kembali ke KL dan kerja balik!!!!!! waaaa!!!!!!!!
7 comments:
waahhh...cayalah bro..luv ur writing. lengkap tu beb. tp nape tak pakai costume canggih2 sket? pepun, u tetap best lor
huhuhu..tak sempat nak sewa baju, coz during that week busy terkejar sana sini..huhuhu...ingat nak cari baju gaban la..huhuhuhu
Detail punya laporan....jajan tak ada ker..wakakaa....
Hi bro..ho r u?
cerita yang menarik dan gambar yang lengkap..seronok baca coz ada gambo sekali..
next trip pi mana pulak?
Yeahh! akhirrnyaa...update jugak cerita di Bangkok...sukaaa!!! ;-)
Hahaha..Iddin, jajan tak beli sangat....hahah..beli spare part kereta, hahahaha..thanks la kat korang yang sudi baca catatan adi ni..huarghhhhh..teruskan membaca!!
I love Thai, but lamer dah tak pergi situh. Soon I pegi again I hope.. kelapa dier sedaps kan kan.. yumyum, especially time panas2 keliling city tuh, jumper org jual kelapa mesti beli.. yumm!
Post a Comment