Saturday, October 4, 2008

Mentaliti Kita.....

Jumaat 3 Okt 2008

Hari Raya ke-3 ADi bertugas, on air dengan Kieran dan Nana, lepas tu sebelah petang Adi baliklah ke kampung..sambung beraya..Masa nak sampai kat pekan Sg Buloh..ada lah satu kereta ni memandu dihadapan kereta Adi...Kami tak laju pun ..sebab dalam kawasan pekan dan kami berada di lane sebelah kiri sekali...ketika dah nak keluar dari kawasan pekan, Adi pun bergerak lak ke lane sebelah kanan sebab nak memotong kereta di depan Adi ni...tetiba masa nak memotong tu....

Kedebus!! Kedebus!!!

Aik!!! terkejut ADi..ingatkan apa..rupanya orang yang kat dalam kereta di depan membuang sesuatu dan kena kat cermin kereta Adi...kalau tak silap Adi macam kuih raya jer...terus Adi beamkan lampu...bunyikan hon dan terus pecut memotong kereta tu yang agak penuh dengan penumpang..yup! dengan geram dan bengangnya..Adi pandu seiring dengan pemandu kereta itu dan menjeling kat kereta itu....langsung dia tak pandang kat Adi...tak minta maaf pun..buat dek jer!!

Lagi la Adi bengang....terus Adi potong kereta tu dan berada di hadapan kereta tu..dan Adi perlahankan kereta sehingga mencapai 40km/j.....tak kasi kereta tu potong..agak lama juga Adi buat cam tu..adala dalam 5 minit...

Tak puas hati lagi..Adi kasi kereta tu potong Adi dan kali ni Adi "cucuk" kereta tu rapat -rapat....memang betul betul bengang la..Jauh juga Adi "cucuk" kereta tu ..dalam 20km...mana kereta tu pergi Adi akan ikut sahaja.. cuak jugak pemandu tu bila Adi buat cam tu...

Bukan apa...niat Adi nak bagi tahu kat orang tu jgn buat cam tu lagi...Takde adab ketika berada di jalan raya...Apa la salahnya kalau yer pun ada sampah..simpan dulu dalam kereta..bila sampai mana-mana ..barulah buang..ini tak..di buangnya kat tgh jalan ...dan menggangu orang lain..memanglah cermin kereta Adi tak pecah...tapibayangkan kalau org lain terkejut dengan tetiba ada benda melayang ke arah kereta ada..dan mengenani cermin...kan bahaya tu...kalau ikutkan Adi nak jer buat benda benda yg tak sepatutnya....tapi mengenangkan hari raya..dan Adi tengok dalam kereta tu pun ada budak budak..mungkin diarang nak berhari raya....tapi mentaliti diarang tu, memang cukup mengecewakan!!!!

Hormati lah pengguna jalan raya yang lain!! Kalau korang kena macam Adi..apa yang korang akan rasa?....Moralnya kat sini...Pandu Cermat Jiwa Orang Lain tak Terbakar!!! Huh!!

14 comments:

nyonyacyber said...

betul la adi... mentaliti org kita nih... sivik kureng betul... itu kes kuih raya.. Kak Nya selalu terserempak pemandu yang main campak jer puntung rokok... betul2 angin jer bila nampak camtu.. bayangkan kalau kat atas jln ada titisan minyak ker kertas ker.. terbakar kang naya... hubby Kak Nya pun selalu kalau keter depan buat camtu.. nanti mesti dia kasi lampu tinggi2 biar cucuk mata org tu.. geram betul...

Edzlin said...

huh, kalo saya pun mmg hangin punya. kereta belakang mau terbabas kalo terkejut.

tp abg adi ni berani la, dulu penah ada van potong kiri kereta saya, saya potong balik tp kanan lor. tak pasal2 kereta ku calar, sbb pemandu van dan penumpangnya rupanya road bully, selamba jerk calarkan kereta guna kayu panjang.

Shukri said...

hahaha...

cuaknyer keter tu ek adi..

kalu aku jadi pemandu keta tu,
aku nk minta autograf ko..
ahahahahha..artis katakan..ahahah

tindakan ko mmg patut pun,
lain kali ko kejar je smpi uma,
aku rasa lg cuak die..
ahahahah

ADIFASHLA said...

Hahaha, takkan lah nak kejar sampai depan rumah..mana dia nampak ADi sangat..sebab Adi pakai cermin mata besar...tutup separuh muka..huhuhuhu...semoga org itu akan tidak ulangi lagi perbuatannya!!..

Fizah said...

kesian sampah yag x berdosa tu.. hehehe.. Nnt sampah tu akan tuntut semula hak nya pd org yang membuang nya ditempat yg x betul di akhirat nnt.. baru diaorg tau nnt Adi.. Biar jd pengajaran utk kita semua.. :)

* adeqya8284 * said...

raya ketiga dah keje...sama la kita adi...haha..pengajaran dari cerita adi..jangan buat camtu kat keta2 org lain nanti lagi banyak korban jalanraya ^_^

ADIFASHLA said...

Hahaha, pembetulan Adeqya...Adi kerja dari hari raya ke-2..hehehe...lagi teruk...hehehe

Enche' Adykasyah said...

Adi, actually niat tidak menghalalkan cara.

Dimana nilai-nilai murni yang dilatih selama sebulan berpuasa kita?

Puasa mengajar erti kesabaran dan kedaifan.

Walaupun orang buat macam tu, urusan dia dengan Allah dan sesama manusia. Kita tak patut balas macam tu Adi.

Kalaulah orang yang memandu kereta tu kemalangan dan terjadi kehilangan nyawa..? Adi suka tak?

Saya sebagai rakan seagama, nak nasihatkan kepada semua.. Ingatlah Allah itu Maha Pengampun.. KIta sebagai 'hamba' ni takkan tak boleh nak mengampunkan orang lain.

ADIFASHLA said...

Ady,
Nah..memang Adi berniat nak bagi pengajaran kat orang tu..Kalau kita berniat..tak semestinya tak menghalalkan cara...sedangkan guru atau ibu kita, memukul kita ..kalau kita buat salah..niatnya..adalah untuk memjadikan kita jadi insan lebih baik..adakah dengan memukul itu tidak di halalkan?..sama juga situasi Adi...

Dan rasanya tindakan yang adi lakukan bukannya mmebahayakan kedua-dua pihak..memandangkan Adi memperlahankan kereta dan kereta itu juga turut memperlahankan keretanya sehingga 4okm/j..dan ketika Adi megikuti kereta itu pun tak lebih dari 70km/j...

Nah...takkan Adi nak membahayakan orang lain..lebih - lebih lagi nak membahayakan diri Adi sendiri di hari Raya..itu memperbodohkan diri sendiri namanya.

Ady,
Mungkin perbuatan Adi salah pada pandangan awak...tetapi bagaimana pula dengan tindakan orang itu membahayakan diri kita sendiri?.Adi pun tak nak benda tu berlaku kat orang lain..sudah tentu kalau kita nampak sesuatu benda terbang ke arah kita secara automatik kita akan mengelak..dan itu yg boleh menyebabkan kemalangan...

Im not a perfect driver, but im a good guy to respect other ppl even on the road..kalau nak citer pasal memaafkan ni..ada 2 major eksiden yg kena pada Adi..Adi pernah maafkan seorang pakcik yang terjatuh dari motornya akibat jln licin dan motornya menggelongsor masuk bawah kereta Adi...Adi maafkan tanpa claim sesen pun..malah Adi tak claim insuran..Baru baru ni..Ada wanita melanggar belakang kereta Adi ...walaupun Adi sudah berhenti sebab lampu merah...Adi maafkan , dan dia cuma bayar 50% jer kos baik pulih kereta Adi, sebab dia minta maaf kat Adi...Adi maafkan..

Tapi yang ini..bila Adi jeling pemandunya..takde riaksi pun .nak minta maaf jauh sekali la.., sekurangnya2 angkat tangan dan bagi isyarat minta maaf..pasti Adi akan maafkan..tapi dia buat dunno jer..hmm mcm mana tu..

Ady,
sedangkan Nabi ampun kan umat..dan di hari raya juga kita disuruh untuk meminta maaf antara satu sama lain...sesama umat manusia...tidakkah itu tandanya manusia/hamba Allah boleh memaafkan manusia/hamba Allah yang lain.

Ady,
Kalau korang rasa tindakan Adi ini salah..Adi minta maaf..so janganlah tiru apa yg telah Adi lakukan...mungkin kita senyum saja kalau kena mcam ni sekali lagi...macam mana pun semoga jadi pengajaran pada kita bersama, benda dah berlaku pun.

Akhir sekali...

Ady,
Adi harap..awak bukannya pemandu kereta itu....hehehe..gurau jer!!!

Enche' Adykasyah said...

Hai Adi,

Saya bukan pemandu kereta itu. Tapi saya terkena dengan pemandu yang berkelakuan seperti Adi dan saya rasa adalah sesuatu yang tak sepatutnya memandu secara berbahaya.

Perjalanan pulang dari Pantai Timur lebih kurang jam 5 pagi hari Isnin yang lepas saya terjumpa dengan pemandu seperti ini.

Dia memandu terlampau dekat dan memasang lampu limpah berwarna kuning selepas sahaja melepasi sekatan jalan JPJ. Bila saya perlahankan kenderaan untuk memberi peluang dia memotong dia masih meneruskan perlakuan sebegitu.. Apa masalah mereka-mereka seperti pemandu ni?

'Berbahaya' dalam erti kata lain memandu dengan cara yang boleh menyebabkan kemalangan. Sama ada memandu secara perlahan atau terlalu laju. Jarak pemanduan juga diambil kira. Kalau Adi kata dah cucuk angin maksudnya Adi memandu dengan terlalu dekat dan menyebabkan pemandu dihadapan hilang tumpuan pada pemanduannya.

Kes ni boleh diibaratkan seperti kes Exco kerajaan sebuah negeri negeri baru-baru ni. Jangan samakan sedekah dengan sesuatu yang haram.

Kalau Adi rasa cara Adi tu betul, saya rasa Adi perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari 'betulnya' Adi tu.

Maaf kalau komen ni kurang menyenangkan Adi tapi bila terbaca komen-komen pembaca yang lain sebelum ni saya rasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran. Saya tahu ramai yang menyokong tindakan Adi tu mungkin sebab Adi adalah seorang selebriti. Tapi Adi, kita ni hamba sahaja.. Tak ada bezanya..

'Nyatakan kebenaran itu walau sepahit mana sekali pun'.

Memetik kata-kata Adi..

'Im not a perfect driver, but im a good guy to respect other ppl even on the road'

Kalau adi kata Adi menghormati pemandu lain, apa bezanya perlakuan Adi dengan (maaf kalau kasar sikit) pembuli jalan yang lain?

Adi,

Saya tahu Adi tak berniat nak mencederakan orang lain dan niat Adi nak memberi pengajaran, tapi pilihlah cara yang lebih sesuai dimasa-masa yang mendatang.

Wasalam.. Selamat Hari Raya..

ADIFASHLA said...

Nah!! Adi bukan pembuli jalan raya..tapi Adi yg di buli...hahaha...Tapi Adi adalah pembuli Nana dan Kieran...ataupun Adi yg kena buli Oleh nana dan Kieran..hahaha..chill!!

Fizah said...

Ermmm... Rasanya ni lah komen paling panjang yg fizah penah baca dalam blog Adi...

Enche' Adykasyah said...

Maybe u can do that as a one of the topic to discuss during TPE.

ADIFASHLA said...

Nah its a good idea..nnati Adi cuba bawakan ke meeting..kalau diarang nak buat la..