Saturday, July 4, 2009

AHAD 21 Jun 2009

Hari Jumaat Adi baru pulang dari Perhentian, dan semalam Dai buat MC untuk konsert AF7 kat Tg Agas , Pekan Pahang....dan terus bermalam di Kuantan...so pagi pagi subuh hari ni Adi bertolak balik ke KL sebab nak menyertai Tree Party 2009 Kat Hutan Komuniti Kota Damansara. So kena ada kat sana dalam pukul 830pagi..so bertolak dari Kuantan dalam jam 6pg la..ini pertama kali Adi drive ke Kuantan...seronok pulak masa perjalanan balik ke KL sebab kabus embun memang menyamankan.



Yup sampai kat lokasi memang ngam ngam la...wahh dah ramai dah..adi ingat takde la ramai orang sangat , tapi jangkaan Adi merosot la..sebab agak ramai juga yang menyokong acara Tree party ni....semangat ni!! hehehe

Pic:Penyampai-penyampai Radio AMP!

Selain Adi..dan Burn mewakili ERA ..ada juga pemyampai radio lain bawah naungan AMP bersama menjayakan acara ini...jadi macam hari keluarga la pulak..hehehe

Pic: Burn menunjukkan cara cara menanam pokok sambil mengusya..mak budak..hehehe

Ada lebih kurang 300 anak pokok yang kena kami tanam..yup semua tahu kan tujuan utama kita tanam pokok ini adalah untuk menjadikan tempat kita lebih sejuk dan damai..Adi kalau kat astro ni pun selalu parking kereta bawah pokok...tak kisah kalau pokok tu agak jauh...Adi akan letak jugak..sebab panas sangat la sekarang ni...memang la pokok ni kekadang buat sampah...sebab daun daun kering luruh...tapi ok la...janji laman kita sejuk..betul tak?...



Selain penyampai radio AMP..ada juga syarikat syarikat swasta dan juga induvidu turut terlibat dalam projek ini...diarang kena beli anak pokok yang bernilai RM50 untuk di tanam..!!



Adi dulu memang masa zaman muda muda..memang selalu tolong ayah Adi menanam pokok anak sawit....tapi kat sini senang sikit nak buat lubang ..sebab tanah bukit ..korek beberapa kali dah dapat lubang besar....

Pic: Lubang pokok!!

Disebabkan seronok buat lubang..kekadang terlalu besar dan dalam pulak..haha..dah kena marah dengan Burn..hehehe...yer la ..sambil buat lubang ..borak tak ingat!! tu yang terbabas siap boleh tanam burn kalau nak..hehehehe..

Pic: antara pokok yang di tanam...pelik kan nama dia..

dalam pukul 1230 tgh hari , kami dah siap menanam pokok pokok tersebut, nasib baik hari ni tak panas sangat dan suasana hutan komuniti ini sedikit sebanyak menyejukkan suasana la..hehehe....lepas habis jer sesi menanam pokok..ada acara perasmian dan juga persembahan artis....daripada Joanne&Co

Pic: Bersantai sambil dengar persembahan Joanne&Co


Semuaorang nampaknya happy sangat hari ni..yup memang yang datang hari ni menunjukkan komitmen bahawa mereka sangat mengambil berat tentang alam sekitar...dan majlis berjalan dengan suasana yang akrab dan sempoi...yang penting tanam pokok beb!!

Pic: Bergambar kenang kenangan!


Pic: I was here!!!

Pic: Sesi tandatangan!!

Selepas acara perasmian dan persembahan semua yang datang ke Tree Party ni menandatangani poster gergasi kat pentas...tak terkecuali Adi pun jugak la..

Pic: Aktivis yang membawa sepanduk untuk pokok!!

Apa-apa pun , ingat lah dunia kita sedang menderita..kalau ada tanah kat rumah tu , tanamlah pokok untuk sejuk kan halaman rumah atau persekitaran kita..kurangkan penebangan pokok...sampai jumpa lagi ke Tree Party di tahun hadapan.

3 comments:

faRah said...

acara yang bagus sgt2..kt umh farah penuh ngn pokok bunge smpai ats bumbung pon ade pokok..parents mmg suke tanam n jage pokok so kire okaylah dapat hirup udara yg segar n sejuk skit kan..yup btol klu parking keta mesti nk bwh pokok kan tmpt yg redup coz tak nak naik keta yg hot semcm jerk...
good job era....

Edzlin said...

bagus2. selalu la join event mcm ni ya abg adi. kalo d utara, sibuk dengan penanaman pokok bakau.

ADIFASHLA said...

teruskanlahhh!!!!