Akhirnya setelah hampir 2 minggu merancang, Adi dapat juga berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah , Pahang. Tak jauh dari KL..Perjalanan lebih kurang satu jam ke satu jam setengah dari KL....masuk lebuh raya Pantai Timur dan exit kat Lanchang...lepas tol Lanchang belok ke Kanan dan terus sahaja sejauh 14 KM...
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974. Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia
Sampai di sana , kena parking kereta kat luar , lepas tu jalan kaki masuk ke Pusat Konservasi Gajah ini dan boleh masuk ke kaunter pendaftaran. Tiada tiket di kenakan tetapi kena bayar permit masuk hutan jer...
Masa masuk ke pejabat ni kita boleh tengok tengkorak gajah dan juga info info yang berkaitan dengan gajah..so boleh korang baca kat bawah ni......
Pic: Komen komen dari pengunjung!
Bila Adi selak selak buku pengunjung dapat lah tengok beberapa komen yang menarik terutama dari kanak kanak yang berkunjung..hahaha....
Memandangkan Adi sampai agak awal kat sini ...so kami di bawa untuk mandi air terjun dulu kat Institut Biodiversiti Perhilitan dekat Bukit Rengit. Jadi kami keluar balik dari Pusat Konservasi Gajah dan jaraknya ke air terjun tu cuma 5km saja.
Memandangkan Adi sampai agak awal kat sini ...so kami di bawa untuk mandi air terjun dulu kat Institut Biodiversiti Perhilitan dekat Bukit Rengit. Jadi kami keluar balik dari Pusat Konservasi Gajah dan jaraknya ke air terjun tu cuma 5km saja.
Sampai kat sini Adi salain baju dulu...lepas tu bergerak turun bukit lebih kurang 400 meter melalui denai hutan . Agak senang nak pergi ..
Pic: Bersama x student UPM dan Pegawai UPM -Ijat!
Trip ni di sertai oleh pemenang peraduan Fotografi masa Hari Perhilitan kat Zoo Melaka bulan 10 dulu..dan kebetulan kesemuanya adalah bekas student UPM...dan di iringi oleh Pegawai Perhilitan, Suzie...
Pic:Air Terjun Bukit Rengit.
Air terjun ni tidak di buka untuk orang awam, memandangkan ia berada dalam kawasan kawalan daripada Perhilitan.Memang seronok dapat menikmati kedinginan air terjun dan boleh berenang di kolam semulajadi yang ada di air terjun ini....
Lepas mandi dalam satu jam, kami pun bergerak kembali ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk makan tengah hai dan menyaksikan aktiviti gajah pada pukul 2 ptg nanti...biasala bila mandi air terjun mesti perut cepat rasa lapar...hahaha...sejuk punya pasal.
Sampai di Pusat Konservasi Gajah dalam pukul 130ptg, hidangan telah di sediakan oleh kakitangan Perhilitan.Menu orang kampung la...awesome!!!!
Nah...bila dapat makan menu kampung macam ni..memang takde malu punya la..lebih lebih lagi time time kecut ni...hahaha....sedap oo walaupun pedas tak ingat......hahaha...makan punya makan tak sedar rupanya dah pukul 2ptg...tanpa berlengah lagi kitarang bergerak untuk bertemu dengan gajah gajah yang ada di sini...yeah!!
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.
Pic: Marilah..jangan takut...gajah ni jinak!!.
Pic: Pengunjung boleh memberi makan kepada gajah gajah yang ada...termasuklah kacang!
Pic: Pengunjung boleh memberi makan kepada gajah gajah yang ada...termasuklah kacang!
Antara anak gajah yang ada di pusat ini adalah Selendang...iaitu anak gajah yang di jumpai terperangkap dalam perangkap di hutan dan kakinya terpaksa di potong untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.Bila tengok Selendang berdiri tetap memang macam gajah biasa...tapi bila tengok Selendang berjalan...baru lah rasa sdih sangat bila tengok ia berjalan dengan agak susah sedikit....sebab berjalan dengan hanya 3 kaki sahaja...ia terpaksa berjalan dengan melompat lompat .....:(
Pic: Jumlah pengunjung yang di benarkan menaiki gajah gajah ini adalah seramai 150 shj dalam sehari.
Dalam pukul 3ptg hujan mulai turun, walau macam mana pun orang ramai seperti terpegun bila melihat gajah di depan mata dan tidak berganjak..malah ada yang merayu untuk menaiki gajah gajah itu walaupun koata untuk menaniki gajah utk hari tersebut sudah habis. Bukan apa..sebab di khuatiri gajah akan stress kalau banyak sangat orang yang nak menaiki gajah tersebut. HUjan memang turun dengan selebat lebatnya....apa lagi ..ambik kesempatan bermain hujan lah sekali..perghhh teringat zaman kecil kecil dulu..Pic: Main hujan di atas pelantar menaiki gajah..hujan lebat giler oooo...
Lepas menaiki gajah, ada acara mandikan gajah pula.actually bukan mandikan sangat..tapi ini salah satu acara yang melibatkan gajah dan juga pengunjung di mana...pengunjung akan menaiki gajah dari pelantar yang ada di tepi sungai..kemuadian gajah akan bergerak ketengah sungai..dan kemudian gajah akan merebahkan diri di dalam air bersama sama pengunjung yang ada di atasnya. Aktiviti ini dikawal sepenuhnya oleh petugas petugas Perhilitan yang cekap. Acara ini bergantung dengan keadaan air sungai..sekiranya air terlalu deras atau terlalu dalam..maka acara ini di batalkan, tetapi nasib baik acara ini di teruskan walaupun hujan lebat turun..
Pic: Gajah sedang makan petang!!
Itulah yang menarik tentang kunjungan Adi ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ini....puas?..nope....Adi akan datang lagi nanti ...nak bawak lebih ramai kawan - kawan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali haiwan yang besar ini , tetapi lemah lembut gerak gemalainya...
Anda di alu alukan untuk hadir ke pusat ini , tetapi sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.
Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah...
Jumpa lagi di trip yang lain!!!
Anda di alu alukan untuk hadir ke pusat ini , tetapi sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.
Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah...
Jumpa lagi di trip yang lain!!!
5 comments:
wow best gile ni. saya cuma tahu gajah mempunyai ingatan yg kuat. kalau jatuh kat tempat tu, takkan jatuh lg di tempat sama. harap dpt pergi tmpt ni
nak ikut blh? heheheheee....jum2 wt rombongan cik kiah.. :)
HAI ABG ADI....
Wah!!menarik sungguh di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan tu kan!!mcm nak pi ke sana jerk!!mesti seronok kan!!bile Abg Adi nak wat rombongan cam tu lg?jgn lupe ajak Rusma tau!!
tq ady 4 de info....
baru nak plan nak gi sini nih
wow...bestnya...tq 4 info
Post a Comment