Sunday, September 26, 2010
Hari Alumni Kolej Pendeta Za'ba UPM
SABTU 25 SEPT 2010
Hari ni Adia dapatr jemputan untuk majlis bersama Alumni Kolej Pendeta Za'ba UUPM, di mana Adi belajar dan menetap suatu masa dulu...Adi duduk di kolej ini dari tahun 1997 (Matrikulasi) sampai lah grad pada tahun 2001.
Kiranya dah 9 thn tinggalkan blok tercinta -Blok Cendikiawan- atau kitarang sebut CENDI sahaja. Nasib baik Adi berpeluang untuk duduk di Kolej sampai grad...kalau nak ikutkan , Adi takde la aktif sangat dengan aktiviti kolej, kecuali main band dan main badminton and volley ball jer..hehehe...
Tapi sekarang ni blok Cendi KPZ ni dah jadi blok perempuan lak..tinggal satu blok jer untuk lelaki kat KPZ ni iaitu Blok Pintar. Blok yang bertukar jantina!!
Sejak dari tahun 1997 hingga tahun 2001 , Adi telah duduk dibeberapa bilik di Blok Cendi ini, paling lama adalah di bilik 206 ini..haha..kat bilik inilah Adi mengasah bakat nyanyian dan juga sering jadi tumpuan sebab kitarang buat bilik ni macam bilik studio...hahaha...dengan gitar, amplifier dan juga sound system ada dalam bilik ni...haha...
Nanti kalau ada kelapangan Adi akan cerita pulak tentang band Adi masa kat UPM dulu -PUTRA LRT-hehehe
Kat tengah tengah blok ni ada gelanggang badminton, boleh di katakan setiap petang Adi akan turun bermain badminton di sini dengan kawan kawan blok lain...dulu gelanggang ni bersih berkilat sebab kitarang selalu main, tapi sekarang , mcm berlumut jer...maybe takde orang pakai kot?..hahaha..
Banyak kenangan manis yang ada kat blok ini , antaranya kitarang selalu buat BBQ, makan sama sama kat koridor blok ni...dan kalau bulan puasa lak...main mercun dan buat meriam kat atas bumbung blok ni...hahaha...shhhh...tu masa zaman belajar dulu...agak nakal la...hehehe
Ahh..kalau cerita memang tak habis la...biar ianya tersimpan dalam benak Adi ni ....:))
Oh yer, Acara hari ni sebetulnya untuk mengumpulkan seberapa ramai alumni dari kolej ini utk bersama sama beramah mesra...Alhamdulillah Adi dapat juga meluangkan masa dalam 2jam setengah melawat KPZ ini.
Pun begitu , Adi dan rakan rakan alumni yang lain berkesempatan melawat beberapa blok di dalam KPZ dan memberi sedikit nasihat dan bercerita pengalaman kami dulu kepada penghuni KPZ sekarang ini....boleh la citer sikit sikit...hehehe..
Apa apa pun nak ucapkan terima kasih kepada warga KPZ yang menjemput Adi tempoh hari...Cendi dan KPZ tetap akan berada di dalam hati Adi selamanya!Setelah 9 tahun, baru aku dapat kembali...ke CENDI!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Wow! 9 tahun. bestnya...bilik korang boleh ya bawa amplifier, sound system semua. hebat2...
abg adi,mana cite pancing ikan, curi rambutan....sape yg makan roti canai je tiap2 ari ek??heheheh
terbaik la. jangan lupe support junior2 kpz ye.
hehehe....panjang citernya...hahaha
adi ade degree in mechanical???...
ha,adi...teringat aku kt bilik sebelah 206 tu..bilik mattop n hadri,
rgds
mattop
Ooo...ex-KPZ rupanya..hihi..jiranla kiranya, dari KTP, perasan tgk bentuk bangunan tu sbb bangunan kolej kediaman KPZ n KTP lebih kurang je ^_^
hai adifashla..nama saya nora.. saya adalah staf Kolej Pendeta Za'ba, UPM.. boleh tak kalau saya nk minta share link website rasmi kpz jika ada posting2 mengenai UPM di blog ini? jangan lupa follow juga blog kpz ya untuk maklumat dan berita2 terkini kolej. Jasa anda amatlah dihargai ;)
Website Rasmi KPZ : http://kpz.upm.edu.my/
Blog KPZ : https://kpz9upm.blogspot.com/
Post a Comment