Sabtu 13 Nov 2010
Hari ni Adi menyertai acara Do The Dew kat Taman Ekstrim Shah Alam , selain memberi peluang kepada pendengar Era untuk memanjat dinding, acara ni juga bertujuan mendermakan RM5000 kepada badan amal terpilih. Ada 4 kumpulan yang mneyertai acara pada hari ini iaitu Era.FM, Hitz.FM, MyFM, dan THR FM.
Senang jer rupanya nak cari Taman Ekstrim ni...betul betul; sebelah Stadium Shah Alam. Adi tak pernah panjat dinding, rasa macam kurang mencabar pulak (pada mulanya...) Tapi disebabkan ini ada kaitan dengan kerja amal dan juga satu pengalaman baru bagi Adi, jadi Adi teruja nak sertai acara pada hari ini.
Ok, disebabkan Adi baru nak belajar memanjat, memang agak tinggi dinding yang nak di panjat ni..hmmm adalah dalam ketinggian bangunan 7 tingkat kot! Memang tinggi la...
Pic: Lepas warm up badan, terus warm up perut pulak!! Yum ! Yum!! Aiskrim 2 ringgit yang best! Hehehe...
Peluang untuk memanjat pun tiba, bila dah pakai abah abah...baru lah Adi siap sedia utk menaiki dinding ini, sambil seorang pegawai akan menjaga tali Adi , supaya Adi tidak jatuh!!Oh yer, laluan yang di berikan oleh penganjur kepada Adi adalah lauan untuk mereka yang dah expert...so jangan haraplah Adi akan sampai ke atas sekali...ketika mula memanjat , dah dapat rasakan otot tangan yang kuat di perlukan, lepas tu Adi banyak buang masa sebab tercari cari tempat nak memijat kaki....perghhhhh....sakit giler rupanya bila mula sertai sukan ni...Adi cuma dapat sampai setengah sahaja...lepas tu terjatuh dah....
Tengoklah aksi aksi Adi memanjat...amacam!?? ada macam pro tak?...hehehe
Ok..awal tadi Adi kata sukan ni macam senang jer...tapi kali ni Adi tarik balik....sebab sukan ni , actually memang memerlukan tenaga tangan yang kuat...cukup kuat....bila dah sampai kat bawah baru lah terasa otot tangan terasa sakit sekali...wowww....rasa yang pelik...
Adi perhatikan peserta peserta yang mahir...memerlukan masa kurang dari 20 saaat utk sampai ke atas...malah ada yang kurang daripada itu...pergh..bayangkan mereka seperti terbang ketika memanjat dinding ini....mereka tidak memijak atau berhenti lama pada satu satu tempat...kalau tak, mereka akan menggunakan tenaga yang banyak untuk berpaut...
Walaupun Adi adalah penyampai radio yang paling tinggi memanjat, tetapi rasanya untuk pusingan kedua nanti , mesti susah untuk Adi...
Sementara menunggu pusingan kedua untuk merebut RM5000, Adi dan kawan kawan yang lain tengok acara skate boeard...menarik jugak sukan ni..haha..tapi tak sesuai untuk Adi la....mahunya tergolek nanti!! Hahaha....
Ketika acara pusingan kedua untuk memanjat dinding ni...Adi rasa teruja , memandangkan Adi berjaya memanjat paling tinggi pada pusingan pertama tadi, malahan kali ni, kami diberikan dinding yang tak curam sangat...90 darjah !!! hehehe...Selepas penyampai radio My FM, Jason selesai memanjat...maka giliran Adi pula untuk memanjat dan mencatatkan masa terpantas....tetapi....yang terjadi.................
Pic: Ada juga acara Skate board!! Salah satu sukan yang paling Adi takut nak sertai!!! Sayang kaki beb!!
ADI TAK BOLEH MEMANJAT LANGSUNG!!!
What happen to me?!! nak tahu apa yang terjadi?
Semasa Adi nak mula naik, bila Adi memegang tapak pertama yang hendak dipanjat, Adi tak dapat memegang dengan kuat....malah terus jatuh ke bawah!! Memang takde deria memegang langsung!!! Orang ramai dah bersorak ni...Adi teruskan usaha utk memanjat...tapi still tak boleh naik jugak..sebab Adi tak dapat memegang dengan kuah pemegang pada dinding tersebut....alamak!!! panik jugak...apasal lak ni kan?...
Pic: Inilah Team Era, nampak diarang mcm rockers..tapi diaorang memang dasyat masa memanjat!! Hebat!! Thanks kat korang yang seret Adi sampai ke atas!! hahahha
Pic: Im flying!!! err..actually kena seret sampai ke atas ni...hehehe..see, kaki pun tak jejak dinding! hahaha
Apa - apa pun team MyFM telah memenangi cabaran ini dan mereka mendermakan RM5000 yg di menangi utk mangsa banjir di Kedah dan Perlis....terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini terutama sekali peserta yang mengambil bahagian!! It was fun event!!!..InsyaAllah lain kali kita buat lagi ok!!! Terima kasih Mountain Dew!!!!
2 comments:
kenapa ya abg adi tak boleh panjat, sakit otot ke?
selalu juga pergi extreme park shah alam, memang best sangat tempat ni. all-in-one.
tangan kremmm
Post a Comment