Tuesday, December 28, 2010

Final Piala AFF Malaysia vs Indonesia (1st Round)

Pic: Sesak menuju Bukit Jalil!!

AHAD 26 DEC 2010

Yeah hari ni final Piala AFF yang di nanti nantikan semua rakyat Malaysia . Belum pernah pasukan Malaysia menang kejohanan ini walaupun pernah layak ke akhir kejohanan ini pada tahun 1996! Iaitu tahun pertama permulaan kejohanan ini.

Ini adalah senarai pasukan yang pernah menggondol kejuaraan Piala AFF ini...

1996 - Thailand menewaskan Malaysia 1-0 di Singapura
1998 Singapura menewaskan Vietnam 1-0 di Hanoi
2000 Thailand menewaskan Indonesia 4-1 di Bangkok
2002 Thailand menewaskan Indonesia 2-2 (4-2 pens) di Jakarta
2004 Singapura menewaskan Indonesia 5-2
2007 Singapura menewaskan Thailand 3-2 o
2008 Vietnam menewaskan Thailand 3-2
2010- ?????????


Pic: Lengang lagi! Awal sangat Adi sampai?

Sebetulnya Adi tak merancang nak menyaksikan pusingan pertama final Piala AFF ini memandangkan tapak kaki Adi bengkak disebabkan salah landing masa bermain badminton beberapa hari lepas. Agak sakit dan menyukarkan untuk Adi bergerak, rasanya memang berdenyut denyut sakit! Sehari sebelum perlawanan Andrew dari Nike Malaysia menjemput Adi untuk menyaksikan perlawanan ini sebab dia ada tiket untuk Adi. Tapi Adi tak beri keputusan muktamad. Adi cuma akan bagi keputusan pada pagi Ahad itu sendiri..kalau kaki Adi mengizinkan, maka Adi akan pergi....

Pic: Penyokong Malaysia dan Indonesia sedang ditemuramah oleh TV!

Alhamdulillah pagi ini, kaki Adi agak kurang sakitnya walaupun masih bengkak di tapak kaki! Apa lagi Adi terus beritahu Andrew bahawa Adi akan datang juga ke stadium malm ini!! Hehehe.

Pic: Pemandangan dari tempat duduk Adi.

Jadi dalam pukul 4ptg Adi bertolak ke Bukit Jalil dari Tg Karang. Mak Adi bising jugak la...katanya kaki sakit pun masih nak ke stadium lagi. Sorry mak! anak mak ni memang degil sikit , kalau pasal bola!!! Hehehe...Sampai kat Bukit Jalil Adi letak kereta kat Taman Teknologi Malaysia (TPM). Jadi kena jalan agak jauh juga dari stadium dengan kaki yang terdengkot dengkot ni!

Pic: Serius menonton!! Jangan kacau!! hehehe

Jadi Adi berjalan perlahan lahan ke stadium dengan orang ramai yang semakin ramai menuju stadium. Agak lama juga Adi nak samoai ke stadium..maklumlah terdengkot dengkot!!! Hehehe..Sampai di stadium adi terus mencari pegawai Nike Malaysia untuk mendaptkan tiket Adi. Dapat jer tiket terus Adi bergegas ke tempat duduk Adi.Agak awal juga Adi sampai ke stadium ni..so banyak kerusi masih kosong! Tetapi Adi tidak pergi ke tempat yang sepatutnya , sebaliknya Adi berhenti di lokasi yang betul betul di belakang gol. Melihat dari sudut belakang gol ni rasanya lebih menarik !!!!Lagi pun takde lapisan atas yang memungkinkan ada orang membaling mercun atau makanan ke bawah nanti!

Stadium memang penuh malam ini! Fuhh memang ada 100 000 orang kat stadium hari ni. Suasananya memang hebat dan meremangkan dengan suara penyokong Malaysia mendominasi stadium.

Pic: Goallll!!!!!

Perlawanan bermula tepat jam 8mlm. Separuh masa pertama permainan agak menarik dengan Malaysia banyak menyerang , namun tiada gol yang dapat di jaringkan. Separuh masa kedua lebih hebat , bermula wisel ditiup, pasukan Harimau Malaya terus menyerang dengan pantas ke kubu Garuda . dan dengan serangan panta itu Malaysia mendapat 1 gol yang menarik sekali!! Wow bergema sorakan pasukan Malaysia...Adi pun melonjak sama huhuhu...memang best la. Akhirnya dengan permainan yang kemas dan menarik, Malaysia berjaya membalas dendam tewas 1-5 kepada Indonesia tempoh hari dalam peringkat kumpulan.

Pic: Main bom asap?..nak kagum ker atau macam mana?..

Walaupun seronok dengan kemenangan ini tapi sikap penyokong amatlah sedikit menggangu. Apa yang Adi perhatikan ialah disiplin ketika menonton bolasepak amatlah rendah. Ada yang membaling mercun, menyalakan bunga api,melemparkan minuman malah bekas makanan ke kawasan padang, bermain bom asap, bergaduh! dan juga yang paling dikritik ialah mengarahkan cahaya laser kepada pemain pemain di padang!! Mungkin laser itu tidak merbahaya, tetapi ianya kelihatan amat mengganggu kepada pemain , lebih lebih lagi kepada penonton yang menonton menerusi tv. Sejujurnya Adi malu la jugak dengan situasi ini. Malah ada mercun yang di lemparkan mengenai pemain Malaysia !!! Apa punyer *@%^* orang yang bermain mercun itu.!!!
Ketika sedang menonton tiba tiba ada tangkapan yang dilakukan berhampiran tempat duduk Adi, agak lama juga pergaduhan berlaku! Agaknya mamat tu di tangkap sebab bermain mercun. Semua orang di situ lebih memerhatikan "drama tangkapan" itu berbanding tengok bola...apa daaaa.....biasalah, yang main mercun tu bukannya budak budak, tapi bapak budak!!!

Pic: Pasukan Malaysia meraikkan kejayaan di tengah padang!

Tamat perlawanan pasukan Malaysia begitu bergembira dengan kemenangan 3 -0 yang tak disangka sangka ini. Pemain pemain Malaysia berarak mengelilingi stadium untuk mengucapkan terima kasih di atas kemenangan ini. Malah mereka berada di padang hampir 15 minit selepas permainan untuk meraikan kejayaan mereka!!


Adi terus duduk di stadium sehinggalah lampu tempat duduk di matikan , sebab malas nak balik awal pun , sesak lagi kat luar. lagi pun kaki Adi yang sakit ni, baik jalan time lengang jer...takut terpijak , mahunya Adi menjerit nanti! hahaha..

Pic: Penyokong Malaysia terus berpesta !!


Masa Adi keluar dari stadium selepas setengah jam tamat perlawanan, kat luar stadium masih lagi berpesta, masih sesak dengan orang ramai yang berlegar legar!! Adi jalan perlahan lahan di celah orang ramai . menuju kereta yang agak jauh. Dalam perjalanan tu Adi nampak penyokong penyokong Malaysia begitu seronok menyambung pesta mereka di jalan raya di hadapan stadium. Memang happening dan seronok. Dimana setiap penyokong Malaysia mengucapkan tahniah sesama mereka!!! Apa yang Adi lihat , ketika bas yang membawa penyokong Indonesia lalu, tiada sesiapa pun menunjukkan isyarat yang kurang menyenangkan, malah penyokong pasukan Malaysia melambai dengan senyuman kepada penyokong penyokong Indonesia dan bergitu juga sebaliknya! Macam nilah yang kita mahu...semangat kesukanan yang bagus!!

Pic: Suasana di Bukit Jalil selepas perlawanan, sesak!!


Apa apa pun harap pasukan Malaysia boleh bawa kecemerlangan ini ke Jakarta pada 29hb Dec ini untuk pusingan kedua final Piala AFF 2010. Harap ada perlawanan yang bersih daripada kontroversi! Malaysia Boleh!!!




2 comments:

Christie V said...

hrap2 mlm ni kita menang lagi..

Edzlin said...

Walaupun penyokong Malaysia dalam stadium masih tak berdisiplin, tapi saya bersyukur juga, di luar mereka sporting. Takde nak buat provokasi kat pihak lawan.

Rindu nak tgk bola mcm dulu2, di mana takde baling2 benda bahaya tu. botol pun boleh dibilang dgn jari aja.