Saturday, January 8, 2011

Selamat tinggal tahun 2010!! Selamat datang 2011

Salam,

Selamat tahun 2011 kepada semua pembaca blog Adi ni...meninggalkan tahun 2010 agak emo sikit bagi Adi...banyak kejadian pahit manis berlaku dalam hidup Adi. Macam tahun tahun lepas, setiap kali tahun baru..Adi cuma sambut di rumah sahaja.
Ada la jugak lepak kat MidValley ,makan malam sambil layan kopi....but then pukul 10 malam dah balik rumah!!

Layan jiwa sentimental kat rumah! Ini adalah TOP TEN perkara yang Adi takkan lupakan utk tahun 2010 yang lepas!



10 - Dapat tengok konsert GREENDAY kat Singapore..malah dapat jumpa diarang kat Changi Airport lagi...rock!! (Jan 2010)


9- Dapat main bolasepak menentang Sarawak FA di Stadium Negeri Kuching..walaupun Era FM kalah (1-2) (Dec 2010)



8- Melepaskan anak anak penyu di Taman Negara Pulau Pinang _ Selamatkan penyu ok!!! Daripada beribu yg menetas mungkin hanya satu yang akan kekal hidup!! (April 2010)


7- Dapat bertemu semula dengan rakan rakan dari Sekolah Teknik Kuala Lumpur (TIKL) dengan bermain futsal di Shah Alam - semua dah jadi orang yang berjaya ! Alhamdulillah! (Mei 2010)





6 - Sama sama memeriahkan lagu Satu Malaysia dari penyampai penyampai radio AMP!! Suka kan lagu ini!



5- Abang Din Beramboi meninggal dunia - :( (April 2010)

4. Cubaan melakukan terjunan payung terjun dari helikopter di Slim River (July 2010)


3. Jadi Host untuk rancangan kanak kanak ChipsMoreLand musim ke-5!


2. Rancangan radio kendalian Adi bersama Reza di "Petang ERA" menjadi rancangan radio "drive show" no 1 Malaysia hasil bancian AC Neilsen ( April dan Sept 2010)




1. Adi menerima anak buah ke-4, bagaimanapun cuma 45hari sahaja , kerana tuhan lebih menyayangi Haziq ...:( Alfatihah untuk Haziq..... (Oktober 2010)


Itulah antara serba sedikit asam garam tahun 2010 bagi Adi....ada yang happy , ada yang duka....nak gembira selalu tak logik la kan,hadapi saja dengan tenang dan tabah ok!!... semoga tahun 2011 ini akan terus memberi "sinar" kepada kita semua! InsyaAllah...terima kasih kat semua yang sudi membaca blog Adi ini dan memberikan komen.....teruskan membaca di tahun 2011 ini ok!! ..............

Selamat tinggal 2010







No comments: