Sunday, February 20, 2011

Selamat Hari Jadi ke -3 Aulia...dan pertama untuk Adam


SABTU 12 Feb 2011

Hari ni hari jadi Farah Aulia yang ke-3! dah besar dah anak buah "ayong" ni...hahaha...Aulia adalah anak buah pertama dalam keluarga besar Adi dan dia satu satunya cucu perempuan untuk mak dan abah Adi la...so manjanya lebih sikit..:)

Pic: Aik! Aulia nyanyi lagu birthday dia sendirik?! lol!!!..Tak sabar nak potong kek yer..haha

Hobinya suka bercerita dan mengajuk orang..haha..kalau berkata kata mengalahkan orang tua...boleh jadi penyampai radio gak satu hari nanti...haha..macam ayongnya.


Pic: Fuhhhh , sekali hembus jer...embah Edoknya bertepuk tangan untuk cucu kesanyangannya...

Selepas Konsert Rock N Riuh , Adi terus pulang ke Tg Karang untuk menyambut hari jadi Aulia. Dalam perjalanan pulang tu , sempat jugak Aulia call Adi...

Aulia: Ayong! Ayong balik tak?!!
Me: Ayong dah on the way ni...Yaya kat mana?
Aulia: Yaya dah kat rumah embah Edok( nenek) ni!! cepatlah Ayong!!
Me: Yer la..kejap lagi ayong sampai la ni...tunggu ok!!..
Aulia: Ok Ayong...Kek Birthday Yaya ada dalam peti sejuk dah...
Me: Ok!!!....


Pic: Peace!! dapat hadiah dari semua!! Terima kasih!!

Begitulah manjanya dengan Aulia ni..haha...nasib baik semalam Adi sempat beli hadiah untuk Aulia. Dua minggu sebelum tu anak buah Adi yang ke-3 iaitu Adam (Adik Aulia) pun baru sahaja menyambut hari jadinya. Jadi malam ni kitarang sekalikan dengan majlis birthday pertama Adam.

Pic: Hadiah daripada Ayong...hehe

Seronok bila dapat bersama anak anak buah yang membesar ni! Walaupun kerenah mereka agak ligat, tapi memang seronok di layan!!! oh ya, petang tadi sempat juga Adi rakamkan ucapan seleamat hari jadi kepada Aulia ketika keudara di Era..hehehe....dia pun sempat mendengarnya!!
Seronok bila dia dengar Ayongnya ucapkan selamat harijadi kat radio..hahaha

Pic: Adam menyaksikan kakaknya membuka hadiah. Aulia khusyuk bukak hadiah...


Pic: Adam punya hadiah, lebih besar dari badan dia..hehhee


Pic: Gaun bunga untuk Aulia dari ayong....cantik kan?!!

Majlis berlangsung dengan sederhana sahaja. Kami tak jemput sesiapa pun, cuma untuk keluarga kami sahaja...Selamat Hari jadi Aulia, dah besar ni, jangan nakal nakal, kena pandai belajar ok!! Sayang Aulia , Abid dan Adam and arwah Haziq!!! :))






4 comments:

Cik Miza said...

yang bab gaun bunga, masuk bakul angkat sendiri nampaknya ayong nih! hehe
(adi, bukan ayong tu selalunye utk pompuan ke?)

ADIFASHLA said...

hehehe...mestilah...dah itu yang panggil ..bukan Adi yang pilih..hehehe...

Edzlin said...

cantik dress aulia tu.

Al-Fatihah tuk arwah haziq

ADIFASHLA said...

Tq Edzlin!!