Thursday, March 10, 2011
Melawat Hairuman (mangsa kejutan elektrik)
Selasa 1 Mac 2011
Pagi ni Adi telah meluangkan masa untuk melawat adik Hairuman yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Hairuman ni adalah orang kampung Adi, dan kitarang duduk kat kampung Sg Tengi Kanan Darat.
Adik Hairuman ni baru berusia 22 tahun dan baru baru ini dia mendapat liputan meluas kerana terkena kejutan elektrik ketika mengait kelapa sawit di kampung . Khabarnya ketika itu wayar tersebut telah terkena daun kelapa sawit yg basah.
Adi memang teringin sangat nak bertemu dengan Hairuman selepas mendapat tahu tragedi yang berlaku kepada dia. Rombongan melawat Hairuman ini dianjurkan oleh majalah Media Hiburan yang diterajui oleh editornya iaitu Cik Meen..
Ketibaan kami di HKL di sambut oleh pegawai HKL dan juga kakak kepada Hairuman iaitu Ayuni. Ayuni ni merupakan rakan sekelas dengan adik Adi kat sekolah di kampung. So , Adi kenal kenal jugak la.
Hairuman masih diletakkan dalam Wad Unit Rawatan Kebakaran. memandangkan bahagian badannya masih luka dan tidak boleh terdedah dengan kuman. Bila kami nak jumpa Hairuman ni pun kami kena basuh tangan dan memakai baju khas yang bersih .
Masa pertama kali Hairuman nampak Adi , terus dia berkata..
"Eh..orang kampung!!"
Dia tersenyum , Adi pun tersenyum jugak...:)
Lega sikit tengok senyuman dia ...walaupun dalam hati..kita pun tak tahu...kata Ayuni, selepas tangannya terpaksa dipotong , Hairuman telah menangis beberapa hari...yerla siapa yang tak sedih bila kedua dua tangan dan kaki kiri dipotong...:(
Risau jugak nak tanya macam macam dengan si Hairuman ni...takut emosinya terganggu, Adi pun cuba cuba tanya jugak macam mana keadaannya, dia kata kaki sebelah kananya tak rasa apa apa lagi..bila di picit baru rasa sakit. Dia kata dia telah tercampak beberapa meter daripada tempak kejadian dan kawan nya yang sama sedang mengait sawit telah menyelamatkan dia dengan melakukan CPR!! Hairuman tidak sedarkan diri ketika itu...
Adi tak boleh bayangkan macam manalah kesakitan yang di tanggung oleh Hairuman ni..memang satu dalam sejuta kes kes macam ni ...dan dia terselamat!!
Apa yang pasti Hairuman sudah boleh tersenyum dengan kehadiran orang ramai yang melawat dan memberikan sumbangan kepada dia. Malah dengar citer ramai lagi personaliti terkenal akan melawat Hairuman yang gemar berkaraoke ni..hehehe...
Hari ini juga pihak Media Hiburan telah menyumbangkan sedikit wang kutipan derma yang kami lakukan tempoh hari iaitu dalam acara basuh kereta amal di Shah Alam yang turut Adi sertai...Alhamdulillah...semoga dapat meringankan sedikit beban pihak keluarga hairuman...Apa apa pun Adi doakan semoga Hairuman akan terus tabah dan akan pulih sepenuhnya, kalau sesiapa nak membantu, Adi galakkan lah, sebab kesian dengan Hairuman ni..:(
p/s : Susahnya nak carik parking kat HKL ni...kritikal sangat!! last last parking kat Grand Seasons Hotel..menapak la sikit..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kesian tgk dia bila kena potong kaki dan tangan .. kena byk bg sokongan pada dia.. alhamdulillah dia selamat dlm kejadian tu..
Kuasa Allah!!! Subhanallah!!!
kesian die kann... sedih tgk !__!) isk3...
berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..:)
abg adi kalau g jumpe die sampaikan 'assalamualaikum' kat di ehh... slam ikhlas dari rakan blog. smoga dia cepat sembuh :)
InsyaAllah....:)
Post a Comment