AHAD 3 April 2011
Hari ni dapat juga Adi berehat sepenuh hari, jadi hari ni Adi dedikasikan untuk pergi menyaksikan perlawanan badminton amal diantara Datuk Lee Choing Wei (LCW) dengan Juara olimpik serta bekas juara dunia dari Indonesia, iaitu Taufik Hidayat! Acara ini adalah untuk mengumpul dana bagi mangsa tsunami Japan. Sebetulnya Adi hanya tahu lokasi dan tarikh untuk perlawanan ini, tapi tak tahu pulak pasal pukul berapa perlawanan ini akan berlangsung. Jadi Adi peri ke Stadium Juara , Bukit Kiara di mana perlawanan ini akan berlangsung .
Bila dah sampai kat lokasi barulah Adi tahu bahawa perlawanan akan bermula jam 6ptg nanti...dan pukul 245pm Adi dah terpacak kat tepi gelanggang! hahaha...lagi 3 jam nak tunggu nampak gayanya...hahaha....
Bayaran masuk adalah RM10 jer, dan akan disumbangkan ke tabung dana Smile & Hope
Sementara nak menunggu tu, sempat juga Adi bedal nasi goreng Thai yang berharga RM8!! Mahal wei..tapi wang tu utk charity...takper la....bukan satu jer Adi beli...tapi 3 bekas sekali Adi beli...hahahaha...makan sama kawan kawan badminton Adi yang datang sekali. ..berkelah di tepi gelanggang yer...
Selain itu ada juga gerai gerai lain yang menjual barang barang mereka. Juga terdapat pameran yang menunjukkan sebahagian kejayaan daripda LCW yang boleh ditatap oleh orang ramai...wahh!!
Sebelum perlawanan berlangsung, telah berlangsung acara melelong barangan peribadi milik Datuk LCW. Antaranya ialah reket, kasut dan sepasang jersey yang pernah yang pernah di pakai oleh LCW ketika memenagi ALL England baru baru ketika menewaskan Lin Dan.
Sejujurnya dalam hati ada terdetik dalam hati Adi...
"Kalau takde sesiapa yang nak beli reket LCW ni...aku nak beli la..."
Betul!! dah standby RM1000 dah..hahaha....tapi kalau Adi beli, Adi takkan simpan reket tu..tapi pakai buat main la....hehehe...tapi malang nya ada tokey tokey yang banyak duit sudah berkampung kat dalam stadium ni...hahahaha....kejap lagi Adi citer...
Barang pertama yang di jual ialah sepasang jersey Lee Chong Wei yang berwarna kuning dan hitam . Harga pembukaan utk pembidaan ialah RM10 000!!!...hmm melopong la Adi nak memiliki reket LCW tu...hahaha....terjual dengan harga RM50 000!! Yawwww!!!
Kemudian kasut kuning milik LCW telah terjual dengan harga bidaan RM24 000....giler ahhh..
dan yang menjadi rebutan ramai ialah semestinya reket yang di gunakan oleh LCW ketika menewaskan Lin Dan. Memang menjadi perebutan ramai orang dalam stadium Juara pada hari ini..bayangkan harga jualannya dari RM10K, terus naik ke RM26K, naik ke 50K....naik lagi ke RM100K, terus di cabar sehingga RM154K......dan ketika orang merasakan reket itu akan terjual dengan harga tersebut...tetiba seorang pakcik dari Cameron Highland telah mengangkat tangannya dan membida reket Yonex Voltric80 tersebut dengan harga RM200 000!!!!.....SOLD!!!! yup!!
Adi punya lah melopong kekaguman (termasuklah melopong sebab tak mampu nak beli reket LCW) hahaha....mak aiiii!!! Adi rasa inilah reket badminton paling mahal kat dunia sekarang ini!!! Yeahhh...Actually LCW pun terkejut jugak dengan bidaan tertinggi ini.
Selepas itu barulah perlawanan amal itu bermula, Taufik di jemput khas untuk menjayakan acara ini kerana dia merupakan rakan baik LCW. Perlawanan ini sengaja dijalankan sehingga set penentuan iaitu 3 set. Yer la, utuk memuaskan hati peminat peminat badminton macam Adi ni jugak..hahaha
Perlawanan tersebut memang menarik bila kedua dua pemain dunia itu menunjukkan skill skill "mengarut mereka seperti memulukul dari celah kangkang, dan macam macam lagi la yang pelik , berskill tinggi , tapi menghiburkan. Perlawanan set ke-3 cukup menarik sebab , seolah olah perlawanan yang cukup serius..hahaha...best! Akhirnya perlawanan ini telah dimenangi oleh LCW dengan mata 22-20, 21-19, 22-20!!
Selepas perlawanan, Taufik telah naik ke bilik rehatnya dan LCW meneruskan acara menerima sumbangan daripada penderma penderma dan juga melelong reket yang baru sahaja digunakan sebentar tadi . Bukan reket LCW shj terjual, tetapi reket Taufik juga di lelong sekali..dan hasil bidaan untuk kedua dua reket ialah RM 85 000!!!! Gilerrr ahhhh...
Alhamdulillah , Adi berjaya bertemu dengan Taufik Hidayat secara personal dengan kerjasama daripada pegawai Yonex! Terima kasih banyak banyak!! Adi dapat jumpa Taufik selepas sidang akhbar yang diadakan kat dalam bilik persalinan shj..Hahaha...tak dapat berborak lama, terus bergambar dengan Taufik yang kelihatan agak letih sekali...hahaha....sayangnya gambar yang di ambil ni agak kabur...tapi takper la...sekurang kurangnya Adi dah jumpa salah seorang pemain yang hebat dalam badminton ni...perghhhh!! Taufik tu.....Dia pernah menjadi pemain no 1 pada tahun 1998...dan sampai sekarang dia still bermain lagi....punyer la lama!!!
Paling kelakar bila LCW di tanya soalan oleh wartawan berkenaan status Misbun Sidek..dengan selambanya si Taufik telah mencelah...
"Kalau LCW tak mahu Misbun...biar aya aja yang ambil dia sebagai jurulatih saya!!"..
Hahaha...semua org gelak time tu...pandai buat lawak si Taufik ni..hahaha
Pukul 8 malam Adi balik lah, time tu baru nak bermula sesi tandatangan bersama LCW..so itulah kisah reket bernilai RM200 000 dari LCW
p/s petang tadi (5/4) dapat call LCW dan dia kata jumlah sebenar kutipan semalam belum siap..tapi katanya dah dapat RM700K!! Wow!! Congrate Datuk LCW!!!
7 comments:
bestnya dapat jumpa taufik.. tahniah pd abg adi jugak sebab terlibat secara tak langsung... ^_^
fuhhh!!! hebat pengaruh LCW ni
dasyat!!...
adi...nk beli sampul cekelat LCW tu kat u bleh tak...huhuhu...pls...dapat satu pun jadilar...thanks
alamak, tak simpan lah..dah buang pun..hehehe..:)
tipu..takkan buang kot...kate favourite player...len kali..simpan ar..
alahai...kertas pembalut jer..hahhaa
Post a Comment