Wednesday, August 22, 2012

Bawak mak dan Abah jalan jalan ke Akuaria KLCC

Pic: Amboi...lajunya mak dan abah berjalan  nak sampai Akuaria...hehe

KHAMIS 26 April 2012

Ok, kalau semalam Adi dah bawak mak dengan abah pergi jalan jalan kat Pantai Jeram, hari ni Adi bawak mak dan abah jalan jalan ke KLCC pulak. Kiranya balik ke KL la dari Tg Karang. Hajat hati nak bawak mereka pergi Akuaria KLCC. Memandangkan hari ni hari bekerja, mestilah tak ramai orang kan?!


Pic: Anak buaya.

Tapi jangkaan Adi salah belaka, masa sampai kat kat AKUARIA dah ramai rupanya pelajar pelajar sekolah sudah bersedia untuk masuk ke AKUARIA. Ramai betul! dah macam cuti sekolah pulak..hehehe.



Bayaran masuk untuk Adi (dewasa) ialah RM35 dan warga emas pula RM25. Oklah tu. Total masuk AkuariaKLCC  hari ni RM85 utk 3 org.





Ini pertama kali mak dan abah sampai ke sini. Seronok juga tengok mak yang kagum dengan hidupan laut ni. Abah pada mulanya buat buat biasa sahaja. Tetapi bila abah ternampak penyu agar agar sedang berenang berhampiran, dia jadi excited pulak...hehehe...so tengoklah aksi aksi mak dan abah Adi kat AKUARIA KLCC ni...




Pic: mak kata "comelnya penyu ni"

Pic: Abah tiba tiba excited dapat tengok penyu! Hehehe

Pic: JAWS !!

 Pic: Mak: Ehhh ikan apa ni?..

 Pic: Besarnya ikan tuuuuuu!!! Tuuuuu!!


 Pic: nak sentuh ikan ni , kenalah masuk dalam akuarium...berani tak mak?..

 Pic: dengan JAWS lagi!! 

 Pic: Abah tengok melihat ikan Kerapu Gergasi.

 Pic: Bagusss!!!

Sempat juga kami menyaksikan upacara memberi makanan kepada hidupan Akuaria ini. Best la agaknya yer bila di kerumuni ikan ikan yang ada dalam akuarium ini. 


Pic: Tengok ikan ikan air tawar.


Pic: Lunch time dulu....

Selama satu jam setengah juga kami berada di Akuaria KLCC . Lepas tu bawak mak dengan abah makan tengahari kat salah satu restoren di KLCC. Lepas lunch kami pun bertolak balik ke Tg Karang. Seronok dapat bawak mak dan abah jalan jalan ...next time nak bawak dia orang pegi mana pulak yer? 

Pic: Peneman on the way balik Tg Karang...yummy!! Tapi abah yang habiskan!! Hahaha

No comments: