Sunday, September 30, 2012

Hari terakhir Kudsia Kahar di AMP Radio.

 Isnin 4 Jun 2012

Hari ni adalah hari terakhir Kudsia Kahar di AMP  Radio (Astro Radio). Adi memang respek dan suka tone suara Kudsia masa dalam radio..suara yang senyum...dan sebagai seorang boss pulak..dia adalah boss yang sangat kool. 

Antara kenangan kenangan manis Adi bersama Kudsia ialah , Adi pernah call dia direct terus ke office Kudsia ..kalau tak silap , pada tahun 2002...masa tu belum masuk Akademi Fantasia (AF) lagi.

Adi call Kudsia sebab nak menang jemputan  makan malam ekslusif  bersama Dewa 19 yang pertama kali datang ke Malaysia time tu....Actually Adi dah menang sepasang tiket dekat ERA.fm time tu utk menyaksikan konsert Dewa 19 "Mistikus Cinta" di Stadium Melawati Shah Alam. ..(Abg Najman yang bertugas kat ERA.fm time tu)...haha...tapi hanya 5 pemenang sahaja yang terpilih untuk pergi makan malam dengan Dewa 19 . 

Punyalah kecewa sebab tak dapat makan malam dengan Dewa 19....sebab tu Adi telefon terus ke office  Kudsia merayu rayu nak dapat jemputan makan malam dengan Dew 19 tu....hehehe..walaupun Adi macam agak mendesak...tapi Kudsia tetap layan Adi menerusi telefon dengan baik sekali ....dia memberi penerangan dengan sopan dan beritahu Adi bahawa  semua jemputan ke majlis makan malam bersama Dewa 19 tu dah penuh..walaupun sedih tak dapat nak jumpa Dewa19...tapi sekurang kurangnya Kudsia dah sejuk kan hati Adi time tu...:)

Tapi semasa hari utk makan malam eksklusif tu, tiba tiba bahagian promosi ERA.fm call waktu tengahari...dorang kata ada seorang pemenang makan malam eklusif tersebut tak dapat datang sebab dia tinggal kat Kelantan!! Jadi ERA.fm telah memilih Adiuntuk menggantikan pemenang yang asal tu..

Yippi!! ...perghhhhh melompat kegembiraan bila dapat berita tu, ..dalam hati Adi berterima kasih pada ERA.fm dan juga kepada Kudsia Kahar...ingat jugak dorang kat Adi...hahaha....lepas pukul 4ptg terus Adi bergerak ke rumah kawan Adi kan Subang Jaya dengan menaiki kereta abah ku untuk pergi ke KL ....sambil membawa gitar untuk di tandatangani oleh Dewa19...sukanya hati bila dapat jumpa DEWA19 time tu...masa tu Dewa19 tak femes lagi...lagu lagu dorang pun raai org yang tak tahu.... 

tgh mintak Ahmad Dhani dan Andra untuk tandatangan gitar Adi.

Kemudian Andra pinjam gitar Adi utk rakaman Melodi TV3 time tu...hehehe..

Lepas tu... Adi jumpa balik Kudsia Kahar semasa audition Akademi Fantasia...dan Adi cakap kat dia masa sebelum audition tu..

"Hai Kudsia, sayalah yg call awak mintak menang makam malam denan Dewa 19 dulu"

Kudsia terkejut jugak, dan dia tergelak sambil bercakap.."

oh...awak la yang kacau saya  time tu!! hahahaha

 Kudsia tergelak ....agaknya dia teringat kembali saat saat  Adi "mengejar" dia dengan menelefon officenya berkali kali....hahaha...rasa poyo la pulak...sorry Kudsia..

Lepas tu tak sangka pulak Adi terpilih untuk menyertai AF dan Kudsia Kahar menjadi salah seorang juri rancangan tersebut masa tu ....walaupun tak lama kat AF , tapi Kudsia tetap seorang yang baik dan bertimbang rasa dengan kitaorang...yang tak boleh lupa bila Adi muncul kembali dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 1...Kudsia pun mengalirkan air mata bila Adi menyampaikan lagu "Aku Cinta Kau dan Dia"......




Then masa 2004 , Kudsia Kahar menjadi boss Adi selepas Adi menyertai AMP Radio sebagai penyampai radio Xfresh FM....hahaha...rasa kecik jer dunia ni kan?!...:P... tak sangka  pulak...dulu Adi salah seorang pendengar ERA.fm, tapi kini dah jadi salah seorang penyampai ERA.fm...sebab itu Adi akan cuba layan sehabis baik semua pemanggil pemanggil dan juga pendengar ERA.fm...seperti mana Kudsia pernah layan Adi walaupun time tu mungkin Adi ni sedikit menyusahkan...hehehe......itulah antara kisah Adi dan Kudsia Kahar...actually panjang nak citer...hehehe...tapi malas la nak tulis panjang panjang.

Kudsia telah menerima jawatan di kumpulan akhbar The Star dan dia akan menerajui radio radio yang bernaung di bawah The Star. Terima kasih Kudsia atas tunjuk ajar...good luck di tempat baru. Kami di AMP Radio akan selalu ingat dan merindui Kudsia Kahar selalu...:D

Me and Kudsia Kahar....thanks and good luck to you Kudsia..


Rakaman rancangan "Hello Bro, Tolong Masak"

Dina dan Zahid tgh menanti untuk shoot...bosan la tu! hehe

Isnin 25 Jun 2012

Lepas kerja kena duduk opis sebab hari ni ada shooting untuk salah satu episod untuk  rancangan "Hello Bro, Tolong Masak" yang menampilkan Nik Michael dan Zamir dan Fikri dari MasterChef Malaysia 1 menyediakan hidangan-hidangan istimewa di bulan  Ramadan ini 

Budak baik..hehehe aksi  tgh bosan menunggu..

Konsep rancangan ni ialah seolah olah Adi dan Zahid menelefon Nik Micheal dan kawan kawannya untuk tolong masak bagi hidangan berbuka puasa la..lebih kurang macam tu la...sebab tu nama rancangan ni "Hello Bro, Tolong Masak".

Geng lapaq...

Kawan kawan sekepala yg sempoi...sayang dorang!!

Lambat jugak kitaorang nak mula shoot , sebab katanya makanan yang dibuat oleh Nik Micheal dan Fikri tak siap lagi...khabarnya Karl Shafik pun menolong utk menyiapkan juadah utk rakaman rancangan ini ...hehehe..harap harap sedap la hidangan dia tu..hehehe..


Sudah bersedia untuk recording...buat buat lapar..hehe


Dekat nak pukul 10mlm barulah kami mula buat rakaman rancangan ni yang di rakamkan dekat cafe Astro jer...actually mata dah ngantuk giler time ni , sbb berbuka puasa tadi dah kan agak banyak..huarghhh. 

Dalam rancangan ini mereka menyediakan 2 hidangan , satu hidangan utama (mcm dlm gambar di bawah) dan juga manisan puding yag sedap giler!! 

Nasib baikla recording berjaya di buat tak sampai sejam...alhamdulillah...nak balik pun dapat jugak buah tangan daripada pihak produksi....terima kasih. 

So jenguk jenguklah kat Astro Ria menyaksikan rancangan "Hello Bro, Tolong Masak" ni ok..:) 

Antara makanan yg di buat utk rakaman hari ini...tak tahu nama  makanan ni.

Dina, Zahid, Nik  Micheal, Fikri , Ira and me...

hmmm hot tak kita orang?...hehehe...

Cuba cari apa yang tak kena kat sini?...

Saturday, September 22, 2012

Gathering keluarga Pak Juraimi. :D




Sabtu 16 Jun 2012

Agak lama juga tak jenguk family kat kampung, hari ni balik kampung selepas subuh, sebab nak kejar sarapan bersama keluarga. 

Sampai kat rumah Adi ternampak kubah kat depan rumah Mak kata , abah beli untuk pembinaan suarau yang abah tgh usahakan kat kampung. InsyaAllah sebelum raya ianya akan siap kot...rasa pelik lak ada kuah kat depan rumah..hahaha


Suasana yang best kat kampung pagi ni.!!

Lepas sarapan , Adi sempat merayau dengan motor masuk ke kawasan kampung , pagi pagi memang sunyi , macam takde orang pun. sejuk dan nyaman macam selalu..: ) 


Lama tak jumpa Pika...yeahh dah besar dah!!!

My hero! Abid dan Adam dah bersedia nak solat sama sama..:)

Ok sebetulnya family Adi nak buat gathering hari ni, sama sama solat jemaah maghrib dan isyak, lepas tu baca yasin dan juga bertahlil untuk ahli keluarga kami yang sudah tiada. Sambil sambil tu kami juga buat BBQ ala ala kampung la. hehehe...aktiviti ni kami buat sekurang kurangnya 3 bulan sekali . Nak buat tiap tiap bulan mungkin agak susah la. 


My mom and my sister with Pika and Aqil.

Yang seronoknya dapat kumpul sama sama dengan anak anak buah yang kecik kecik ni...haha, orang kata kalau anak anak buadah besar nanti susah nak bermanja manja..hehehe....lasak memang la lasak sekarang ni, tapi itulah yang best pasal anak anak buah Adi yang kecik kecik ni...hahaha...


Makan timeeee!! Yeaahhhh

lepas bersolat , kami makan beramai ramai di luar rumah , menunya sate, ikan bakar, dan juga yang paling best ialah durian!! hahaha.....kombinasi yang best...InsyaAllah next time buat lagi la....dan Adi takkan bosan buat cerita pasal gathering keluarga macam ni....:) Love my family ! 

lepas BBQ , kita layan durian, memang terbaiklah!!!


Wednesday, September 19, 2012

Cerita bekas air.....



Korang bawak bekas air sendiri tak? Adi memang selalu bawak bekas air kalau pergi mana mana , termasuklah dalam bilik meeting sekalipun. Air itu penting, jadi kita kena minum banyak banyak...

Masalahnya kat sini, bekas air Adi selalu sangat hilang, ada yang tertinggal lah, lepas tua ada yang hilang sebab lupa letak kat mana....gambar kat atas ni adalah bekas air yang ke-3 untuk tahun ini....baru setengah tahun , dah 3 bijik botol dah....benda benda lain takde la tercicir ...tapi bekas air ni selalu lak tercicir....hmmmm...harap harap yang ini akan kekal lama la....

*Walau bagaimanapun bekas air dalam gambar di atas hilang jugak akhirnya selepas 2 minggu di pakai oleh Adi.....duhhhh... tercicir kat dewan badminton...kena cari botol yang ke-4 pulak...

Jom join Shell One in A Million

Adi tengah tunjukkan voucher Shell pada semua peserta peserta.

Sabtu 9 Jun 2012

Pagi ni bangun awal untuk menyertai permainan online game "Shell Target One Milion" di The Curve yang berlangsung jam 10pagi . Adi dan Ean daripada Hitz.fm berada di sini untuk memeriahkan lagi acara ini. Senang sahaja nak main permainan online ni dengan hanya mengawal kereta anda dengan kelajuan yang tepat dan sampai kedestinasi yang di tetapkan tanpa lewat atau tidak kehabisan minyak...kira kena pandai main minyak kereta dan tahu macam mana nak jimatkan penggunaan petrol. 


Terima kasih korang yang sporting pada hari ini..:)
Team ERA vs Team Hitz.fm pada hari ini nampak gayanya..setiap team mempunya 10 org pemain...dan setelah semua peserta habis mencuba permainan ini..terbukti team ERA.fm telah berjaya menewaskan team Hitz.fm dengan kiraan mata ...yahooo... sorry Ean...hehehe

Setiap pemenang untuk cabaran pada hari ini telah memenangi voucher isian Shell bernilai RM20 setiap seorang. Sebetulnya cabaran untuk "Shell Target One Milion" ini masih lagi berlangsung sampai bulan Oktober 2012 ini...dan acara kemuncaknya akan berlangsung pada awal bulan Oktober ini...sesiapa yang nak jadi team mate Adi boleh lah sertainya dengan klik di sini -> Shell FuelSave5 Target One Milion . Sesiapa yang terpilih jadi team mate Adi akan mendapat RM1000 dan juga kalau team Adi yang menang dalam jabaran ini nanti menentang team daripada Hitz.fm dan juga My.fm....team yang menang akan mendapat RM5000 lagi. Ok..selamat mencuba !! Terima kasih juga pada peserta peserta yang sporting menyertai permainan kita pada hari ini!! :D 

Jumpa lagi nanti bulan Oktober..:)

Monday, September 17, 2012

Menonton pertunjukkan 3D dan bunga api di KLCC


RABU 6 JUN 2012

Lepas kerja malam ni Adi terus bergerak ke KLCC untuk menyaksikan pertunjukan visual 3D , muzik dan juga bunga api sempena World Gas Conference 2012 kali ke 25.

World Gas Conference 2012 Kuala Lumpur




Ini pertunjukkan yang pertama kali yang pernah diadakan seperti ini di KL. Sebelum ni Adi pernah tengok pertunjukkan 3D yang di pancarkan ke dinding bangunan ni melalui Youtube. So kali ni biarlah tengok dengan mata kepala sendiri...hehehe , cuba korang tengok video kat bawah ni...












memang cantik sekali teknologi persembahan untuk pencahayaan 3D ni . Persembahan diselang seli dengan persembahan kesenian (nyanyian) dan persembahan bunga api dan juga air pancut yang menarik . Persembahan keseluruhan ini mengambil masa lebih daripada 1 jam lebih..memang puas. Korang tengok jer lah gambar gambar yang Adi sempat ambil dengan menggunakan telefon sahaja...:) 



Tiba tiba tumbuh kon daripada dinding KLCC. 

Colourfull dengan efek guli berwarna warni ni..

efek 3D yang paling Adi suka, 


Rasanya kalau efek 3D ni di pancarkan ke bangunan yang lebih besar selain KLCC ni..mungkin lebih menarik kot...:)





Pentas utama yang ada persembahan nyanyian.

Kehadiran orang ramai pada malam ini cukup ramai. Malah ada para pelancong  seronok berjoget dan lepas tu makin ramai orang tempatan yang sporting berjoget sama dengan pelancong tersebut. Ada persembahan band band jazz dan juga etnik yang pernah membuat persembahandi merata dunia. 

Persembahan air pancut +cahaya+bunyi


Persembahan bunga api selama 10 minit.

Terdapat juga persembahan bunga api yang menutup persembahan keseluruhan pada malam ini. lenguh juga berdiri di satu tempat dan menikmati semua persembahan yang julung kali diadakan di KL ni ataupun di Malaysia. Best!!



Suara Adifashla dalam THE SMURFS versi Bahasa Malaysia

Me with Lisa Surihani dan Yusri KRU

 SELASA 5 Jun 2012

Bulan lepas Adi dapat tawaran daripada wakil HBO untuk menggunakan suara Adi dalam filem Animasi THE SMURFS. Adi memegang watak sebagai Handy Smurf (Smurf yang rajin bertukang dan membina ). Selain Adi , pelakon pelakon utama The Smurfs yang lain ialah Aznil Hj Nawawi (Gargamel); Yusri KRU (Brainy Smurf); Lisa Surihani (Smurfette); Hafiz AF (Clumsy Smurf0; Hafizuddin Fadzil (Papa Smurf)  dan ramai lagi. Dalam The Smurfs ini juga ada menampilkan beberapa orang wartawan , bloggers dan juga rakan penyampai ERA.fm yang laian iaitu Ray dan Haniff yang turut meminjamkan suara mereka. 


Tayangan untuk filem The Smurf ini adalah pada hari AHAD 19 Ogos jam 8mlm bersamaan dengan hari raya pertama ler...
Adi bersama Elfira Loy (Odile)

Suara untuk watak Handy Smurf ni taklah banyak sangat digunakan dalam filem ini, jadi semasa sesi rakaman memasukkan suara tu , tugas Adi berjaya diselesaikan dalam jangka masa yang singkat jer. lagi pun sebelum ni Adi sudah beberapa kali membuat tugasan alih suara ni termasuklah untuk filem "CAMP ROCK". Lebih kurang macam nak buat rakaman komersil di radio juga, cuma kali ni ada gambar dan kena ikut pergerakkan mulut karakter filem tersebut. 


Adi bersama  watak utama Abg Fish (Papa Smurf)

Harap korang terhibur la  bila menyaksikan THE SMURFS kelak ok..:) Terima kasih kepada HBO yang mengajak Adi untuk turut serta dalam projek ini. :)


Adi bersama krew krew ketika sesi rakaman suara The Smurfs.

Thursday, September 13, 2012

Misai?...

Setiap hari ada satu utk sepanjang minggu...kalau nak pakai ler..hahaha 

Khamis 31 Mei 2012

Hari masuk ofis ada kawan opis dari MIXfm  bawak koleksi misai palsu  yang dia dapat daripada Sweden katanya. Menarik sekali...macam macam style ada ..haha..sejujurnya Adi memang tak suka bela misai, sebab nanti muka nampak tua dan kalau tak di jaga akan jadi serabut sahaja...so better takayah bela misai...

Kelakarlah muka Adi bila ada misai..hahaha...kalau lah dapat misai palsu ini awal..mesti ada awek yang sangkut ni....hahaha...anyway no misai for me la...no thanks..

I look  too old with mustache...:P