Saturday, September 22, 2012

Gathering keluarga Pak Juraimi. :D




Sabtu 16 Jun 2012

Agak lama juga tak jenguk family kat kampung, hari ni balik kampung selepas subuh, sebab nak kejar sarapan bersama keluarga. 

Sampai kat rumah Adi ternampak kubah kat depan rumah Mak kata , abah beli untuk pembinaan suarau yang abah tgh usahakan kat kampung. InsyaAllah sebelum raya ianya akan siap kot...rasa pelik lak ada kuah kat depan rumah..hahaha


Suasana yang best kat kampung pagi ni.!!

Lepas sarapan , Adi sempat merayau dengan motor masuk ke kawasan kampung , pagi pagi memang sunyi , macam takde orang pun. sejuk dan nyaman macam selalu..: ) 


Lama tak jumpa Pika...yeahh dah besar dah!!!

My hero! Abid dan Adam dah bersedia nak solat sama sama..:)

Ok sebetulnya family Adi nak buat gathering hari ni, sama sama solat jemaah maghrib dan isyak, lepas tu baca yasin dan juga bertahlil untuk ahli keluarga kami yang sudah tiada. Sambil sambil tu kami juga buat BBQ ala ala kampung la. hehehe...aktiviti ni kami buat sekurang kurangnya 3 bulan sekali . Nak buat tiap tiap bulan mungkin agak susah la. 


My mom and my sister with Pika and Aqil.

Yang seronoknya dapat kumpul sama sama dengan anak anak buah yang kecik kecik ni...haha, orang kata kalau anak anak buadah besar nanti susah nak bermanja manja..hehehe....lasak memang la lasak sekarang ni, tapi itulah yang best pasal anak anak buah Adi yang kecik kecik ni...hahaha...


Makan timeeee!! Yeaahhhh

lepas bersolat , kami makan beramai ramai di luar rumah , menunya sate, ikan bakar, dan juga yang paling best ialah durian!! hahaha.....kombinasi yang best...InsyaAllah next time buat lagi la....dan Adi takkan bosan buat cerita pasal gathering keluarga macam ni....:) Love my family ! 

lepas BBQ , kita layan durian, memang terbaiklah!!!


No comments: