Thursday, December 6, 2007

Anugerah TV Asia di Singapura


KHAMIS 29 NOV 2007

Hari ni berlangsungnya Asian TV Awards 2007 yang berlangsung di Singapura, Rancangan yang adi host kan iaiatu Breeze Padang Pintar tercalon untuk kategori Rancangan Kanak- Kanak Terbaik ...dan Adi juga kena menyampaikan Anugerah untuk kategori Natural History & Wildlife TV Programme.

Adi sampai ke Singapura sebelah pagi dengan flight awal kul 9pg ..sampai kat Singapura dalam jam 10pagi. Adi menginap di Hotel Mandarin Marina di sini. Hotel yang mengenakan rate yang paling murah iaitu S$ 500. Rate dengan duit kita ialah S$1 = RM2.30. Jadi kiralah...mahal giler harga untuk duduk kat hotel ni satu malam. Nasib baik malam pertama ni ATA yang menaja penginapan. Tapi Adi plan nak lepak sampai Sabtu..so satu malam extra tu bayar sendiri la..

Hotelnya memang cantik tapi semuanya kena bayar..malah nak pakai internet satu hari dalam bilik hotel kena bayar s$21...perghhh..mahal giler..dah terpaksa..pakai jugak la..


Pic : Kat Orchard Road..jalan jalan walaupun mengantuk giler.

Actually Adi mengantuk giler masa kat KLIA pun sempat tidur kat Lounge dulu. .dalam flight tak yah citer la , masuk -masuk jer terus tido..walaupun flight ambil masa 45 minit jer. Sampai Singapura terus Check In kat Hotel lepas tu Rafida(3R) ajak keluar ke Orchard Road untuk makan tengahari. Adi malas time tu..sebab tak cukup tidur..jadi ikut juga la jalan-jalan ngan Rafida ke Orchard Road ( tempat paling happening kalau nak shopping kat Singapura). Kitarang naik MRT jer ( LRT ) murah dan sangat efisen di sini. Ambik MRT dari City Hall pergi ke Orchard...Kat sini kenderaan awam memang cekap..so tak perlu risau.


Pic: Macam mana la mata tak tumbuh ketumbit...mengintai kerjanya...oppsss.

Maklumlah sekarang nak dekat Krismas..jadi jalan -jalan di sini telah di hiasi dengan hiasan-hiasan sambutan Krismas..

Walaupun hari ni hari Khamis, tapi shopping complexnya penuh dengan orang..Malah ada orang terpaksa beratur untuk masuk ke Butik LV kat sini. giler kan..sanggup beratur tu..Kitarang makan di Food Republic di Attria...nice place to eat here..dalam pukul 3 kitarang balik ke hotel untuk berehat dan bersiap untuk majlis ATA2007 mlm ini.

Ini adalah antara CD dan juga DVD yang Adi beli..CD dan DVD Roxette ni cukup istimewa terutama album TOURISM Roxette dah tak ada kat KL. Lama giler dah Adi cari album Tourism ni..baru sekarang bertemu..hahaha..Oh yer Selain daripada DEWA19...Adi memang minatt giler ngan ROXETTE ni..sebab muzik serta melodi lagu dia yang best - best la..Kiranya Dewa19 dan Roxette bagi Adi ada persamaan dalam muzik mereka. DVD Roxette tu lak menampilkan VC mereka dari tahun 1987 Hingga 2006..dari zaman lagu mereka yang meletup dalam filem "Pretty Women " iait u It Must Have Been Love!! ..Best oooo..



Pic: Pemandangan dari bilik penginapan Adi..mengadap Esplanade..memang cantik..

Sampai hotel balik..baru la Adi buka tabir balkoni...wahhh cantiknya pemandangan..rupanya bilik Adi mengadap Esplanade..tempat macam Istana Budaya kat KL..di mana banyak konsert konsert besar dibuat di sini. Patutla harga biliknya mahal..lagi pun hotel yang Adi duduk ni juga terlibat untuk jadi salah satu lokasi perlumbaan F1 Singapura tahun depan.



Ok ..kami bersiap dalam pukul 6 ptg..dan turun ke lobby untuk bersiap sedia ke Suntec Hall kerana ATA2007 akan diadakan di sana. rupanya selain Rafida..Ally Iskandar dan juga Anne (Hot FM) pun ada juga. diarang pun akan menyampaikan award malam ini. Hahaha..

Pic : Bersama Anne, Najwa (Indonesia) dan rakan kepada Najwa

Kami di bawa ke Suntec City Hall secara bergilir - gilir dengan limo yang di sediakan di mana upacara red carpet di adakan. Adi berpasangan dengan Najwa seorang pengacara dari Indonesia dan kami akan menyampaikan award yang sama malam ini. Sampai kat Suntec City Hall..ramai orang yang menantikan kami..alamak macam aktorHollywood lak..ramai yang terjerit jerit ( rasa cam diarang tu di bayar utk menjerit lak)..hahaha. Maklumlah nak masuk ke dewan kena lalu kawasan shopping mall dulu..so orang memang ramai la..hahaha terutama malam ni ramai pengacara terkenal dari seluruh Asia berkampung di sini termasuklah pengacara-pengacara MTV dan juga Channel V ..

Pic: Bersama Rafidah , mewakili Red Comunication.



Pic: Adifashla bersama Anne, Rafida Nicholas Saputra dari Channel V Asia dan Ally Iskandar.

Tengah borak borak datanglak Nicholas Saputra ni, dia dtg sorang sorang jer and actually dia ni sempoi rupanya..hahaha..habis si Anne dan Rafida tak senang duduk..Ally Iskandar lagi best ..dia jerit kat Nikholas .." Nickholas..ini 2 orang (Rafida & Anne) ..sudah lama tunggu u!!" ...hahahhaa..Adi gelak jer..lepas tu DUSHH!! Rafida tumbuk manja Ally...dengan muka yang malu - malu kucing..hahahahha..

Pic: Only for Mr Adifashla....

Majlis bermula dalam pukul 9malam..agak lambat juga sebab nak tunggu seorang pak Menteri dari sana datang ke ATA2007. Anugaerah untuk Rancangan TV kanak-Kanak Terbaik adalah kategori yang pertama sekali dan ianya telah di menangi rancangan dari Thailand..hahhaa..takde rezeki..rasanya produksi dari malaysia kena cuba usaha lagi sebab teknologi yg negara lain gunakan sudah jauh ke depan..

Pic: Tengah bagi keterangan untuk kategori Natural History and Wildlife ...

Actually nak kasi award ni bukan kerja senang tau..nampak cam senang jer..cakap sikit sikit..lepas tu umumkan pemenang dah...tak sebetulnya ..kitarang kena hafal dialog yang di berikan dan juga masa tu sangat pendek..dan jangan lah tersalah announce..haru biru jadinya..hahaha..Oh yer Adi berpasangan dengan Najwa (Indonesia) dan juga Jade (Singapore). Jade ni adalah pengacara "Sehati Berdansa" versi Singapura la..hehehe

Pic: Tgh cari Ally Iskandar yang tolong ambik gambar..hahaha..muka tengah blur cari kamera sendiri..haaa..thanks Ally Iskandar yang tolong ambilkan gambar ni..hahahaha.

Pic: And the winner is...Adifashla..opsss..sorry ..wrong name! hahaha..menggigil hoo time ni...

Selain daripada penyampaian anugerah..ada juga persembahan dari artis artis yang mewakili negara masing masing seperti artis dari Taiwan ni, sorry la lupa namanya.

Dari Malaysia lak...persembahan penutup yang begitu bertenaga dari Faizal Tahir dengan lagu We Will Rock You. Satu dewan nyanyi sama la..hahaha...cayalah Faizal.

Pic: Esplanade berlampu biru...



Pic: Sebuah bangunan lama yang Adi nampak dari bilik hotel


Majlis ATA2007 tamat dalam pukul 11 malam..masih awal lagi..balik ke Hotel dan melihat pemandangan Singapura..memang menawan..dengan lampu - lampu dan juga neon neon berkelipan.

Jumaat 30 Nov 2007

Hari ni Adi stay untuk satu malam Xtra ..so kena bayar sendiri utk hotel..takpelah sebab suka sangat dengan viewnya..Maaflah hari ni tak ambik gambar sangat sebab sibuk berjalan kat Ochard Road ..bershopping la..haha..Adi cuma beli jam tangan baru, baju dan juga telefon .



Balik ke Hotel dalam pukul 7malam gak..haha..esok dah nak balik ke KL..ambik lah gambar kenangan dalam bilik hotel.

SABTU 1 Dec 2007

Hari ni Adi akan balik ke KL..pagi ni dah bersiap siap dan check out...

Pic: Di Lobby Hotel semasa check out.

Adi check out dalam kul 12 tgh hari..dan flight ke KL dalam jam 655ptg..so still banyak masa lagi, Kali ni Adi bercadang nak ke MUSTAFA..sebuah tempat membeli belah yang di buka 24jam sehari. Faizal Tahir yang cadangkan tempat ni..coz kelmarin dia dah pergi sana shopping jam 3 pg katanya..hahaha...Kali ni pergi sana dengan menggunakan teksi ..tapi Adi tak jadi masuk sebab kena tinggalkan beg kat luar la pulak..tu yang malas tu..sebab dalam beg Adi ada macam -macam termasuklah pasport..bahaya ooo..


Pic: Lepas makan..xcuse me , can u help me to take my pic please..

Lepas tu Adi ambik teksi lagi dan pergi ke VIVO shopping complex. dan makan tgh hari di Marche..Tapi nak ingatkan kat sesiapa nak makan kat restoren cam ni ..kenalah awas..sebab ianya adalah restoren yg non halal..Adi just makan buah dan air coke shj..tu pun dah kena charge $13..saja je nak rasa cam mana perasaan /suasana makan di restoren Swiss..hehehe.. Ok bahayanya kalau berjalan seorang ni ialah masa nak ambik gambar..kekadang kenalah minta tolong orang sekeliling untuk tolong ambil kan gambar Adi..tapi so far semuanya selamat bagi Adi..mungkin kamera Adi tu kecil..so org tak nak bawak lari..lainlah kalau kamera SLR ker..perghhh..jangan cari bala..


Pic: Bergambar berlatar belakangkan Pulau Sentosa...Nak gi melawat ke sana..tapi tak sempat, nanti tertinggal flight lak.



Takpe la, mungkin lepas ni lain kali boleh gi sana. pukul 3 Adi dah bertolak balik ke hotel , mengambil barang yang di tinggalkan di hotel dan terus ke Changi Airport untuk pulang ke KL. Satu pengalaman yang menarik terutama mengembara sorang sorang di tempat orang. Mungkin lepas ni kalau adarezeki Adi nak mengembara ke Eropah lak. ..InsyaAllah..

(P/s:ramai orang Singapura kata , kita rakyat Malaysia beruntung sebab kos hidup di Malaysia murah berbanding di Singapura...jadi marilah kita bersyukur!!!Alhamdulillah....)

1 comment:

Anonymous said...

hensemnye abg adi ni.. dri dulu sy suke