AHAD 25 NOV 2007
"Selamat Pengantin Baru..selamat berbahagia" ...dah namanya pun musim cuti sekolah, maka ramai lah yg buat majlis kahwin, termasuklah kawan kampung Adi ni..HAWAII...hehee..sebab dia suka pakai seluar hawaii..tu yg kitarang panggil Hawai.. Actually Adi kerja semalam (Sabtu)...tapi lepas Fulus Mania balik ke kampung la..sebab dalam majlis macam ni la dapat jumpa kawan- kawan yang lain..hehehe.
Pic: Makan Tengahari bawah rumah pengantin...best ooo..
Lagi pun Adi dah lama giler tak "rewang" kat majlis kahwin..so kali ni buat - buat rajin la sikit...hehehe..Tapi tu lah sepanjang hari asyik makan benda-benda manis ni...hehehe..Adi cuba elakkan la..tak baik untuk kesihatan..baik kita mencegah sebelum terkena..hahhaa
Pic: DJ Kahwin dengan peminat-peminatnya....
Biasalah kalau kat majlis kahwin di Tg Karang ni ada DJ Kahwin..memutarkan lagu - lagu lama dan ada juga dangdut..hahaha..kekadang Adi tersenyum sensorang bila dengar diarang berceloteh..ambil idea la..hahaha..tetapi yang Adi perasan..DJ-DJ kampung ni kalau bercakap mesti ala-ala Dollah Chantek...stail radio-radio dewasa..hahahha..Tapi pelik gak la kan..sebab dulu pun Adi tak pernah nak cuba-cuba jadi DJ Kahwin ni, walaupun Adi suka muzik...segan lah...kalau kat radio tak nampak muka..hehehhee...
Pic: Mercun..biar betul?!!!
Yup yang menariknya kat majlis kahwin Hawaii ni, ada acara bakar mercun ketika pengantin baru nak datang..wahh dah macam raya cina lak..hehehe..tapi seronok gak..nampak macam meriah ..dengan bunyi kompang, bunyi mercun..Manalah ko dapat stok mercun ni Hawaii oii..
Pic: Bakar mercun..bakar jangan tak bakar...hehehe..Bising giler..
Pic: Saja ambik gambar ni, terasa aman dan cam nak tidur jer..sejuk bawah pokok tu..hahahha
Pic: Ambik gambar dalam "kombong" hahahaha..sorry la..studio takde..kombong pun kombong la...
Lepas tu bila pengantin dah habis layan tetamu kitarang tarik dia masuk dalam bilik stor atau kitarang jawa panggil "kombong" untuk bergambar dengan pengantin..hahaha...jadilah..buat kenang kenangan..hehehhe..apa - apa pun semoga berbahagia Asril ( Hawaii) hingga ke akhir hayat! Amin....
No comments:
Post a Comment