Sunday, June 8, 2008

Hari keluarga Adi...

Sabtu 7 Jun 2008

Lama tak buat hari keluarga ni..sepatutnya keluarga besar Adi akan buat majlis ni sebulan sekali. Tapi cuma kali ni sambung balik..kali ni majlis hari keluarga bulana ini di buat kat rumah keluarga pakcik Adi kat Sg Nibong , Sabak Bernam. Seronok juga la dapat bertemu dengan keluarga yang lain.

So kalau kali ni buat kat rumahpakcik Adi, so next time , InsyaAllah bulan depan akan buat kat rumah Adi lak..so bergilir gilir lah. Agenda utamanya ialah merapatkan hubungan keluarga kami dan juga selain itu antara tentatifnya adalah sembahyang berjemaah bersama-sama , membaca Yassin dan juga bertahlil serta makan bersama sama.



Pic: Aulia (anak buah Adi) bersama nenek saudaranya.



Pic: Makan Time!!


Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah,tiba masa makan malam, memang sedap la..walaupun makannya simple sahaja, tetapi dapat makan ramai ramai..ianya jadi sedap sangat! yeah!! Ada nasi ada pulut..yum yum..sedap!!!

Pic: Sebelum makan ,upacara borak borak mengambil alih. hahaha..





Pic: Adi , Nol dan Amin!

Ok inilah sepupu rapat Adi dari kecil..hahaha..dalam keluarga besar ni, kami lah yang paling nakal dulu dan lasak..mandi parit, jalan jalan tengah hari, masuk kebun, pergi mancing kat pantai dan banyak lagi benda benda nakal masa kecil yang kami buat. Sekarang Nol dah jadi cikgu kat Johor , manakala Amin dah buat bisness kereta sendiri. Sesekali jumpa kitarang gelak sendirik la bila kenang masa kecil kecil dulu..huarghhh!!! Banyak sangat kenangan manis yang tak dapat di lupakan!


Pic: Upacara makan - makan!



Pic: Makan sampai licin...err tulang tu takleh telan..kalau boleh..dah lama juga Adi bedal!! hahahhaa

Majlis ni tamat dalam pukul 12 tgh malam..hahaha...

6 comments:

Edzlin said...

bestnya family gathering adi. sebulan skali pulak tu...bagus2...contoh kehidupan keluarga yg baik. tak mcm family saya, sethn sekali pun susah.

PINATBATE said...

ehemm...sedapnya...

akugafi said...

wow, kain pelekat lalalala, kain pelekat lalalala,

Dah jarang aku tengok org pakai kain pelekat... so traditional eh :)

ADIFASHLA said...

Kitarang memang selalu buat cuma kekadang Adi jer yang tak sempat nak join...tapi seboleh bolehnya join la jugak..hehehehe...makanan malam tu sedap laa Iddin..paling sedap agar agar @ dadih tu,..huhuhu..makan berapakali pun tak jemu..kalau dapat masuk peti sejuk..alahai...hehehehe..wahh nampak sangat Akugafi dah lama tak pakai kain pelikat meh?..huhuhu

akugafi said...

Bekurun lamanyer dah tak pakai kain pelekatss.. muahaha.. dunno..

efa said...

cter abndg adi mcm best jer..nie yg jeles