Hari ni adi kena jadi MC utk Showcase Anggun kat Hotel Istana KL, acara bermula jam 9 malam, tapi Adi dah terpacak kat hotel dalam pukul 4 utk rakaman ERA TV dan juga rehearsal. Hari ni hujan turun mencurah curah membasahi KL...nasib baik adi sampai awal..kalau bertembung dengan org balik kerja..habis la..hehehe
Honestly ini pertama kali Adi mengendalikan penonton yang berlatar belakangkan urban..terdiri daripada YAM Anakanda Sultan Pahang , VVIP hingga la peminat -peminat Anggun...gementar tu ada la jugak....hehehe....tapi bila dah keluar 2 kali ke pentas..gugugp tu pun hilang , Alhamdulillah.
sebelum Anggun beraksi, Imran Ajmain membuka persembahan terlebih dahulu dengan lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang" dan sebuah lagu daripada Anggun...sebuah lagu english...
Selepas Imran Ajmain, terus adi memperkenalkan Nurul yang memulakan persembahan dengan lagu dia sendiri dan juga seterusnya menyanyikan lagu Anggun yang bertajuk "KEMBALI"....yang juga merupakan salah satu lagu kegemaran Adi..
Selepas Nurul, adi naik kembali dann memperkenalkan Anggun yang sememangnya di nantikan ramai..hahaha...Anggun muncul dengan pakaian yang agak seksi dan nampak anggun la semestinya..
Pic: Jangan lupa beli album saya...ELEVATION
Dalam showcase ini Anggun mempersembahkan 5 buah lagu shj bersama iringan gitar oleh Eddrie hashim dann juga piano oleh Rozario. yup..persembahan secara akustik...boleh la dengar suara Anggun yang husky tu sejelas jelasnya....stau yang menrik berkenaan dengan Anggun ni..dia pandai berinteraksi dengan penontonnya..yup..tak perlu nak buat lawak...sebab apa yang hadir dari mulutnya akan membuatkan penonton ketawa dan tersenyum ...termasukla dia mempersendakan dirinya sendiri secara sinis...hahahaha..memang cute dan sempoi jer...tapi elegan..hehehe
Pic: Amy Search juga hadir memberi sokongan.
Ramai artis artis dan celebriti yang hadir seperti Amy Search, Nora, Johan Nawawi, Faradhiya, Zizie Izzeta, Tom Abang Saufi, Cikgu Siti Hajar dan beberapa lagi yang Adi tak perasan..tapi dia memang ada....
paling menarik ialah kehadiran Abg Imuda yang membawa lukisan 'tak siap' lagi wajah anggun..katanya dia baru perasan Anggun ada kat KL bila dia baca paper ptg tadi..dan dia terus melukis wajah Anggun di atas canvas bermula jam 3 ptg tadi..dan semasa di bawa ke showcase ini lukisan tersebut belum lagi siap....di sebabkan nak suruh anggun menandatanganinya..maka Abg Imuda bawalah lukisan itu utk ditandatangani oleh anggun sendiri..malah anggun juga kagum dengan lukisan wajahnya itu...wahhh abg Imuda..bila nak lukis muka Adi ni?..hahaha...mesti dia berkata di dalam hati.."lukis muka laki...apa baranggg?!!!"....hehehe...takdelah..abg Imuda ni sentiasa cool dan sempoi orgnya ...respek Abg Imuda la...!!!!
Pic: The Fabulous Catz pun ada...
Selepas sahaja habis showcase terus kami bergegas ke tingkat 20 Hotel Istana untuk temubual eksklusif bersama ERA TV. Hehehe..so Adi jugak la kena menemubual Anggun...Buat 2 kerja dalam 1.
Pic: Malu donggg ahhh!!!!!!!.
Satu pengalaman yang menarik bekerja dengan artis antarabangsa dan juga mengendalikan satu sagmen yang di hadiri daripada mereka yang berlatar belakangkan urban...terima kasih kepada Azhari, dan juga KC Ismail yang banyak tolong dan juga semua warga kerja Metadome.Terima kasih juga Anggun yang memberikan kerjasama walaupun khabarnya beberapa jam sebelum showcase bermula dia dikatakan "pengsan"!!!!
5 comments:
abg adi look nervous time snap pic wit anggun..hehehe..
Adi do u mean Zizie Ezette? Kalau gitu dh salah eja 'Zizie Izzeta' tu ... just my 2 cents ....
wahhh...cayalah abg adi. jd MC majlis macam tu. tabik2
i was there...boleh nampak u nervous sampai tersasaul masa permulaan showcase
perghhh anggun.. tak tahan adek adek hehehhe
Post a Comment