Sunburst kemabali...yup ini tahun kedua selepas kejayaan Sunburst 2008 di tempat yang sama iaitu di Bukit Kiara Equestrian Club. Cuba bezanya kali ni cuma ada 4 stages sahaja tidak seperti tahun 2008 yang ada 6 stage. Ada lebih daripada 30artis terlibat.
Pic: Me and Nidji
Sebelum Sunburst Adi dah menemuramah beberapa artis yang terlibat untuk Sunburst 2009 ini. Antaranya Maliq n d'estential, Butterfungers, Nidji, 21st Night, dan ramai lagi.
Adi sampai ke lokasi dalam pukul 4ptg, mencari cari tempat nak parking kereta...dan kena"pow" dengan brader parking tu yang meletakkan charge sampai RM15...aik....kalah hotel valet..uhuhuhu..
Adi: Aik! mahalnya brooo..kalah hotel punyer parking...
Brader parking: Setahun sekali....lagi pun sini selamat ada orang jaga...
Brader tu cuma senyum jer..malas nak layan dia lagi pun member tengah tunggu..bayar jer la RM15....janji kereta selamat..
Sampai kat main gate , suasana agak tenang walaupun ramai orang, tak macam tahun lalu..mcm kelam kabut sikit.Mungkin tahun lepas hujan lebat kot...
Lepas masuk jer , dah telefon berdering, krew untuk ERA TV dah cari untuk interview artis, wah dapat jumpa artis lagi..hehehe...so sebelah petang ni takde la nama besar.Yang ada band band baru dan jug aband band yang nak naik jer..
Adi jumpa DeadMushroom ni yang juga di anggotai oleh suami Vaneeda Imran iaitu Shidee sebagai pemain gitar..diarang ni dulu famous giler kat gig gig...now nak buat comeback...setelah 6 tahun tak buat show...hehehe...maklumla semua ada kerja memasing.
Kawan - kawan Adi tadii bagitahu semasa Adi belum sampai diarang nampak Jonathan Davis, iaitu vokalis KORN dengan selambanya berjalan -jalan di padang konsert....Huh?..alamak terlepas peluang la nak jumpa dia...aisyehh...nak intrview dia pun tak leh sebab diarang tak buat sidang media..tgok dari jauh jer la...santai gak konsert kali ni..macam berkelah la..sambil Adi membeli 10 ketul KFC dan makan bersama kawan -kawan....errr Adi habiskan 4 ketul..sebab terlalu lapar, dari pagi tak makan apa-apa..hehehe...makan sambil tengok persembahan dari artis luar ..
Nidji dan Estranged memulakan sesi sebelah malam dengan begitu bertenaga sekali..yeah..baru la rasa konsert..kalau tak duduk jer...hahaha...Estranged memberikan penonton warm up untuk konsert seterusnya dan Nidji menerusi Giring terus membuatkan penonton terhibur dengan aksi bertenaga diarang..kali ni Nidji muncul dengan costume yang di tempa khas ..seragam semuanya macam askar...Giring banyak bagi pesanan keamanan sepanjang persembahan mereka...cool.
Lepas Nidji terus berpindah ke pentas sebelah..Yeah ..Butterfingers la...tapi Loque takde sebab dia kat US lagi...hari tu dia balik untuk unplugged show kat Istana Budaya 2 bulan lepas. Persembahan pertama boleh tahan..tapi lepas tu persembahan Butterfingers agak slow la malam ni..mungkin jugak sebab takde loque..tapi pemilihan lagu pun agak macam tak kena..sebab banyak lagu moderate jer..lagu berhantu "Chemistry" pun takde...alahai...macam kurang perasa dalam persembahan Butterfingers malam ini...Tapi Emmet dah mengaku dah yang dia rasa tak seronok masa Adi interview dia untuk ERA TV.Lepas dia perform terus Adi kejar Emmet sebelum dia balik...Emmet dah nak berhijrah ke Canda dah lepas ni..duduk sana terus..dia pergi bulan May ni katanya..semasa interview Emmet ni la Adi terlepas nak tengok persembahan Maliq n d'Essential...
NERD!!!! ( No one Ever Really Dies)Heyyy!! ini adalah salah satu band yang menarik perhatian ramai..di terajui oleh Pharrel..walau pun Pharrell ni banyak buat kolebraasi dengan ramai artis hip hop..tapi actually music asal dia untuk NERD ni adalah Funk Rock!!!..Pharrell ni memang kreatif, jadi tak heran la kalau dia banyak bekerja bersama Mariah Carey, Justin Timberlake, Gwen Steffani...perghh nama besar semua..
Pic:Pharrell in action.
Adi takde lah mengikuti music NERD ni..tapi nama NERD ni cukup gah gak la kat sini..haha..so layan jer la...budak budak pompuan suka la...hahaha
Masuk lagu yang ke empat..baru jer mula dalam 15 saat..Pharrell dah jerit..."stop the music !! Stopp!! .. Alamak ...kenapa ni?...laaa rupanya si Pharrell marah kan penonton yang ada kat depan stage tolak menolak orang lain ..dia naik hangin la kot...terus dia tuding mamat yg buat hal tu...lepas tu dia siap sound lagi mamat bodyguard yang ada kat depan stage....
"You are not a bodyguard!! u just stand there and take photos...u dont care bout the ppl...ppl come here pay their ticket and wanna enjoy ..if like that than hold them..just let them in if thats they wanna do!!"
Penonton terus bersorak menyokong Pharrell...hahaha....betul betul marah dia dengan bodyguard tu...terus peminat dia masuk dan berdiri depan stage ..betul betul di hadapan tangga stage..hahaha.....bodyguard tu blah la kot boss dia dah panggil mengaadap...hahaha
NERD terus sambung persembahan...hadus..ingatkan dah habis dah....sekali lagi Pharrell mengamuk lepas habis menyanyikan satu lagu..dia menjerit kat seorang mamat ni(penonton)
"You!! You!! Stop pushing other ppl!!! If u gnot stop it , i warn u , im gonna stop the show!!!"
Hahahaa..marah lagi si Pharrell ni..hahaha...actually dia buat cam ni sebab nakkan peminat dia tengok konsert dengan selesa dan juga enjoy..kalau dah bertolak tolak nanti ada yang jatuh atau terpijak..kesian la...dan dia kata dia bertanggungjawab ke atas semua peminat dia yang dtg untuk menonton persembahan NERD malam ni.....hmmm betul tu Pharrell...lepas tu persembahan di teruskan termasukla Pharrell menjemput hampir 50 orang penonton naik ke pentas untuk menari dengan dia...wahhhh meriah....
Persembahan NERD berlangsung selama 1 jam ..memang puas hati dengan persembahan NERD..terutama aksi Pharrell dan suaranya yang unik..hahaha
Arghhhhh inilah tujuan utama Adi dtg ke Sunburst 2009..sebba nak tengok KORN!!! Yup...band Nu Metal yang banyak peminatnya di seluruh dunia..actually diarang dah 6 bulan tak buat persembahan....takde show la tu kot....jadi diarang datang kat KL ni nak pulun habis habisan la...hehehe
Nampak jer bayangan anggota KORN dah semangat dah!!..takde nak say hello ...terus mereka memulakan persembahan ..yeah....habis satu lagu Jonathan Davis sedut oksigen yang di sediakan di atas pentas...semout sebab panas kot Malaysia ni ..hahaha...habis satu lagu mesti dia sedut oksigen ni...
Hallamak..memang berbaloi lah dapat tengok KORN ni...sebelum ni tgok kat TV atau CD jer...sekarang depan mata....Adi layan sensorang jer...penyamai ER A yang lain tak nampak batang hidung....hahaha..sampai kaki melecet dua dua belah....hahaha..harap harap lepas ni Sunburst boleh la bawak RHCP, Coldplay, Metallica, SOAD(boleh ker?..hahaha) ..tak pun paling koro....Jonas Brothers...hahaha...no no tidakkkk!!!!!! hahaha...
2 comments:
jonas brothers? hahaha.... wah enjoy sakan abg adi sampai melecet kaki. isk2... sayangnya tak dapat gi tgk sunburst ni... last year pegi tp ujan lak, this year cuaca elok tak pegi pula.
Salam..
hye abg adi, aritu..eha ada jumpa NERD kat airport KLIA.. masa tuh dia baru sampai.. :) tapi, iha tak tahu pon dorang memula, samapailah ternampak board yang tertulis nama NERD!.. huhuh
Post a Comment