Cimpanzi beri penghormatan terakhir
YAOUNDE - Satu keluarga cimpanzi bergegas berdiri di tepi pagar bagi memberikan penghormatan terakhir pada bangkai seekor tokoh haiwan itu, Dorothy di Pusat Perlindungan Cimpanzi Sanaga-Yong di Cameroon, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa ekor haiwan tersebut berpegangan tangan dan mendiamkan diri semasa melihat bangkai Dorothy yang berumur 30 tahun itu ditanam baru-baru ini.
Gambar itu dirakamkan oleh seorang pekerja di pusat itu, Monica Szczupider.
Menurut Szczupider, Dorothy yang mati kerana kegagalan jantungnya berfungsi merupakan tokoh terkenal di kalangan 25 ekor cimpanzi di pusat tersebut.* Laporan dari KOSMO (29 Okt 2009 Khamis)