Cimpanzi beri penghormatan terakhir
YAOUNDE - Satu keluarga cimpanzi bergegas berdiri di tepi pagar bagi memberikan penghormatan terakhir pada bangkai seekor tokoh haiwan itu, Dorothy di Pusat Perlindungan Cimpanzi Sanaga-Yong di Cameroon, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa ekor haiwan tersebut berpegangan tangan dan mendiamkan diri semasa melihat bangkai Dorothy yang berumur 30 tahun itu ditanam baru-baru ini.
Gambar itu dirakamkan oleh seorang pekerja di pusat itu, Monica Szczupider.
Menurut Szczupider, Dorothy yang mati kerana kegagalan jantungnya berfungsi merupakan tokoh terkenal di kalangan 25 ekor cimpanzi di pusat tersebut.* Laporan dari KOSMO (29 Okt 2009 Khamis)
5 comments:
kesiannye..
haiwan pon ade perasaan hoho
betul2 hebat cimpanzi ni sampai sumer meratapi pemergiannye...
HAI ABG ADI!!!!
wah....!!!!sungguh menarik artikel ni..cimpanzi pun tahu erti kasih sayang serta hormat menghormati....
"Sayangilah Haiwan"....(thanks Abg Adi for share info ni...)
98% dari otak cimpanzi adalah sama dengan manusia. tidak hairanla haiwan ini mempunyai sifat seperti manusia.
haiwan pun tau hormat, malu je pada manusia yg tak reti bahasa atau berperangai tak mcm manusia.
good ...good...
Post a Comment