AHAD 25 OKT 2009
Selepas berlari untuk Larian Quacky 2009 di PJ ..terus baik ke rumah dan bersiap nak ke Melaka pulak...janji dengan geng Skuad ERA dalam pukul 11 pagi...jumpa Ozet dan Fairuz serta Hani (PR AMP) kat Tol Sg Besi.
Sepanjang perjalanan ke Melaka hujan mencurah curah turun..tapi Alhamdulillah sampai kat Zoo Melaka dalam pukul 12 tgh hari ..cuacanya agak redup...Adi dan rombongan termasuk krew krew ERA TV dah bersemangat nak mengambil gambar dan membuat rakaman ERA TV kat Zoo Melaka.
Kehadiran Adi dan rombongan di sambut oleh Kak Suzilawati...yeah..terus set up camera dan pasang mic dalam perjalanan masuk ke Zoo Melaka kami berhenti di beberapa lokasi untuk membuat pengambaran ERA TV..
Zoo Melaka ni terletak kat Ayer Keroh..memang senang nak carik...yang berbeza tentang Zoo Melaka ialah Zoo ini menempatkan hanya haiwan tempatan . Kalau ada haiwan yang tercedera dan terpisah dengan kumpulannya ..Perhilitan akan membawa haiwan liar tersebut ke Zoo ini...sekiranya haiwan tersebut tiada lagi di dalam zoo ini...sekiranya haiwan yang biasa di selamatkan..ianya akan di lepaskan bila dah pulih.Itu yg membezakan Zoo Melaka dengan zoo-zoo yang lain...
Haiwan pertama yang Adi jumpa adalah seekor Orang Utan yang bernama SAM...comel giler dia...senang nak dukung...dan cukup manja.Tapi memiliki dan membela Orang Utan adalah salah di sisi undang undang yer...so jangan pulak nak seludup masuk Orang Utan dan bela di dalam rumah lak...
Memandangkan hari ini merupakan hari minggu maka penggunjung juga ramai sekali berkunjung ke Zoo Melaka ini. Kalau korang rasa risau dengan panas mentari...actually Zoo Melaka ni kebanyakkan kawasannya adalah di liputi oleh pokok pokok ..so memang tak panas la....agak nyaman kat dalam zoo ni.
Pic: Adi dan "Kakak"
Sahabat seterus Adi ialah seekor burung Kakak Tua yang namanya "Kakak"...macam Sam jugak.."Kakak" memang suka di usap dan manja. terutama kalau usap bahagian belakang kepalanya...."Kakak" boleh berkata HELLO!! Well korang boleh merasai beramah mesra dangan sebahagian haiwan haiwan di sini.
Pic: Sambil baca skrip
Sahabat Adi seterusnya adalah seekor ular sawa Albino...ular ni takde la besar sangat...actually Adi pernah di belit dengan ular sawa semasa melawat zoo negara beberapa tahun yang lepas ..dan ular sawa tersebut memang besar....gerun tu ada jugak la...tapi yang ini agak comel ..walau bagaimanapun kita kenalah hormati dan melayan dengan lemah haiwan haiwan ini ...wlaaupun mereka jinak..kadang kala kalau mood tak baik...susah nak jangka apa yang bakal berlaku...betul tak!?...
Pic: Sesi pengenalan Duta Perhilitan
Kunjungan Adi ke Zoo Melaka ini adalah sempena Minggu Hidupan Liar 2009 dan juga perlantikan secara rasmi Adi sebagai Duta Konservasi Hidupan Liar PERHILITAN . Adi memang sangat sangat berbesar hati dan terharu dengan perlantikan ini terutama dalam membantu untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai berkenaan tugas dan tanggungjawab kita untuk melindungi haiwan liar di negara ini.
Acara perlantikan di lakukan dengan ringkas sekali ..hanya dengan menyarungkan baju jaket Perhilitan secara rasminya Adi menjadi Duta Konservasi Hidupan Liar.
Majlis perlantikan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan iaitu Pn Misliah Mohamad Basir.
Sempena Minggu Hidupan Liar (ini pertama kali diadakan) pelbagai acara menarik seperti Cari Harta karun, peraduan mewarna dan juga peraduan fotografi...
Pic: Bersama pelako pelakon Tree Theater yang pernah mmebuat persembahan di seluruh dunia...diarang buat persembahan ala - ala wayang kulit...
Pic: Actually kesian kat Marina yang katanya dipress dan stress ..sebab tu bulu dia banyak gugur..harap harap lepas ni dia ok la yer...
Antara pengalaman menarik Adi dii Zoo Melaka ini ialah berinteraksi terus dengan gajah gajah di sini ada 3 ekor yang muncul untuk penampilan petang ini....Adi tak pernah memegang gajah..jadi perasaan gerun tu tetap ada. ..besar beb! Kagum juga dengan kehebatan pelatih yang melatih "makluk tuhan paling besar" ni..sejujurnya Adi agak gugup mulanya..malah semasa tgh buat rakaman ERA TV tetiba salah satu anak gajah iaitu Noni telah memasukkan tangan Adi ke dalam mulut dia..Adi pun tak perasan sebab tgh bercakap depan kamera....sekali bila dah habis..rupanya ..lengan Adi dah ada dalam mulut Noni, alahai kiutnya...hahaha....
Kemudian Adi di berikan kesempatan untuk menaiki gajah yang ada..sebetulnya Adi cuma menaiki anak gajah sahaja...satu pengalaman berharga . Ada cara cara tertentu untuk mengendalikan gajah ni....macam naik kuda juga...
Acara berakhir dalam pukul 5...dan Adi pulang ke KL selepas itu..Terima Kasih kepada Pihak Perhilitan, Zoo Melaka , Pn Misliah, En Burhanuddin , Cik Suzilawati , krew krew Perhilitan dan Zoo Melaka, Skuad ERA Myvii dan juga Krew ERA TV....terima kasih daun keladi..Sayangi haiwan liar di negara kita.....bertemu nanti di lokasi Perhilitan yang lain!
3 comments:
HAI ABG ADI!!!!
bestnyer Abg Adi kt Zoo melaka.Ruginyer Rusma x pi..hm...
barulah rusma tahu byk gak jenis2 harimau(rimau) ni yek!terutama rimau dahan tu....COMELNYER!!
amboi Abg Adi....manjer nyer ngan marina....siap kiss2 gitu!(hehehe....x der makner nyer nk jeles2 ngan marina tu!)
"Sayangilah Haiwan" kerana mereka juga adalah sebahagian makhluk Yang Maha Esa....
wah adi, tahniah tahniah!
waaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh best gile abg adi ni... zoo melaka mmg antara zoo paling best sekali, sebab byk interaksi dengan haiwan. pemuliharaan nya pun bagus.
Post a Comment