Thursday, August 30, 2012

Chiang Mai hari ke-2 - Zoo Chiang Mai


SABTU 12 Mei 2012



Pintu Masuk ke Zoo Chiang Mai

Hari kedua di Chiang Mai, pagi ni Adi merancang nak ke Zoo Chiang Mai seorang diri. Sebab hari ni memang aktiviti bebas. Jadi bolehlah Adi pergi ke Zoo Chiang Mai untuk melihat PANDA!

Flaminggo
Zoo Chiang Mai ni terletak lebih kurang 20minit daripada hotel penginapan Adi , jadi Adi decide ambil teksi yang mengenakan caj 200bath...lebih kurang RM20 jer. Lepastu kena bayar unuk masuk ke zoo dan juga ke pusat Panda tu jugak semuanya 250bath. 








Memang cantik Zoo Chiang Mai ni, nasib baiklah banyak pokok, jadi tak la panas sangat kat sini. Sebetulnya Adi ada bayar untuk menggunakan bas dalam  zoo ini tapi bila melihat laju sangat bas ni bergerak, jadi lebih elok Adi berjalan kaki sahaja sampai ke tempat Panda tu .  Tak jauh mana pun.



Perkhidmatan bas dalam zoo

Stesyen Monorel dalam Zoo Chiang Mai



Laluan monorel dalam zoo

Terdapat juga perkhidmatan monorel dalam Zoo Chiang mai ini, memang memudahkan untuk para pengunjung bergerak dalam zoo ini. Tapi nak naik monorel ni kena bayar lainlah ...


Gajah tengah di mandikan...





Setiap kali orang lalu lalang depan gajah ni, gajah ni mesti minta kita "belanja" dia dengan buah buahan yang terjual di
tepinya..RM2 jer..


Burung Emu dan Zirafah 




Kuda Belang yang pemalu


Memang tujuan utama Adi datang ke zoo ni adalah hanya untuk menyaksikan panda sahaja. Sebab haiwan haiwan yang lain tu dah biasa di lihat sebelum ni di zoo zoo kat Malaysia atau kat Singapura. 
Bangunan di mana panda panda berada.

Inilah satu satunya tempat di Asia Tenggara yang ada beruang Panda . Panda ini di letakkan di dalam sebuah komplek atau bangunan besar yang berhawa dingin sepenuhnya. Sebab Panda tinggal dalam suhu yang sejuk sahaja. Jadi bangunan ini seolah-olah "peti sejuk " besar yang di huni oleh 3 ekor Panda yang comel. 

Lin Ping dah ada passport la..so cute passport dia.

Asalnya sepasang panda telah di hadiahkan oleh kerajaan China kepada Thailand, dan akhirnya pihak zoo Chiang mai berjaya melahirkan baby panda yang lahir dalam tempat kurungan...


Beruang Jantan (bapa) bernama Chuang Chuang dan lahir di Wolong China pada 6 Ogos 2000. 



Manakala si ibu yang bernama Lin Hui di lairkan di dalam kandang pada 28 Sept 2001,  juga di Wolong , China.  



Manakala baby panda tu bernama Lin Ping dilahirkan pada 27 Mei 2007 di Zoo Chiang Mai...satu satunya Panda yang di lahirkan di Thailand.


  
Kandang Lin Ping


Di Zoo Chiang Mai ni ada program sehari untuk jadi sukarelawan  menjaga  panda panda ni...bestnyer.



Lin Hui sedang bersantai..
Si Bapa : Chuang Chuang.

Si Ibu ; Lin  Hui

Si ibu (atas) dan Lin Ping (baby) ....sedang bermain .




Hampir 2 jam lebih Adi meluangkan masa melihat aksi aksi Panda ini. terutama sekali baby panda LIN PING yang cukup aktif sekali . Ia berlari mengelilingi kandangnya dan cuba untuk menemui si ibu di kandang sebelah.....Comel sangat . Lin Ping adalah panda betina . 


Adi dan Lin Hui

Rasa seronok sekali untuk menyaksikan panda dengan mata kepala sendiri. Harap hap nanti Malaysia boleh belajar daripada Zoo Chiang mai, bagaimana untuk membiakkan panda di dalam kurungan. Sempat juga Adi membeli cenderahati Zoo Chiang Mai ini untuk anak anak buah Adi nanti. Dalam perjalanan keluar daripada zoo, sempa juga menjenguk beberapa kandang haiwan haiwan lain seperti..


Unta
Zirafah
Badak air Afrika.



Badak ni kuat makan dowhh.,..hehehe
Adi meniggalkan Zoo Chiang Mai dalam pukul 230ptg dengan teksi yang sama menghantar Adi pagi tadi. Sampai dekat hotel bukan terus masuk bilik, tetapi pergi jalan jalan tengok apa yang ada di sekitar hotel penginapan dan juga pergi buat refleksologi ataupun urut kaki. Syoknya lepas berjalan sakan tadi kat zoo, kini kaki yang penat tu diurut...perghhhh ....


Cuba teka apa ni?...rangup katanya...hehehe

Geli dowh bila tapak kaki kena urut!! Hahaha..

Balik berehat kat hotel sekejap lepas tu dalam pukul 7mlm dah mula makan malam bersama kawan kawan kerja , dan kami ada tema..iaitu ..CASINO ROYALE....tema James Bond la.....nice!!


Adifashla bersama Adiwati.


James Adi Bond
Bersama Shac ERA konon konon macam James Bond la ni...hehehe
Habis dinner hampir tengh malam, ada yang berjalan jalan balik , Adi pulak nak berehat lah, sebab esok nak pergi jalan jalan masuk hutan sambil naik gajah pulak...yeahhh...tunggu yer!!

2 comments:

Anisa Anuar said...

ni yang terasa nak pergi ni...

ADIFASHLA said...

Tunggu Panda yang nak di bawa ke Malaysia...:)