Ok kali ni , kami berkunjung ke sebuah lagi rumah pendengar setia Era yang telah menjemput kami melalui telefon atau sms..ketika kami buat topik "berbuka bersama Anda" 3 minggu lepas. Minggu pertama kitarang berbuka dengan Lynda di Shah Alam.Minggu kedua pula, sepatutnya kami berbuka puasa di bangi, tetapi di sebabkan ada masalah , maka kami tak dapat pada minggu kedua. Tapi utk minggu ke -3 ini kami menerima jemputan dari Shasha dari PJ . Kalau orang lain menjemput menerusi talian telefon dan keudara On Air..beza pula cara si Shasha ini, apabila dia menghantar sms hampir 2 muka surat kepada Pagi@Era...wow..banyaknya. Demi menghargai kesungguhannya utk berbuka bersama kami, maka kami dengan berbesar hati..menerima jemputan dari Shasha di PJ.
kami berjanji nak jumpa kat steyen minyak kat depan Giant Kelana jaya..jam 6ptg. Bila Adi sampai kat sana, Kieran dah sampai dah..tapi yang mengejutkan kereta isteri Kieran yang di pandu oleh Kieran dah tersondol teksi la sebelum tu..aiyaaa...malang tak berbau. Nasib baik diarang berdua ok jer. So moral kat sini, memandu lah perlahan lahan dan berhati-hati ..terutama kalau jalan tu sesak ok..kekadang susah nak budget jarak antara kereta depan kita.
Pic: Kieran dan Yang(bini Kieran) yang masih dalam keadaan terkejut!
Nor: Adi!! Naper ngan Kieran tu...?...dia nyanyi lagu apa tu?..
Adi: Biarlah dia..tgh hiburkan hati yang susah la tu..
Nor: Lagu apa tu ha?..aku tak pernah dengar...
Adi: Ha ahla...Oooo ni lagu Elliza..yang tajuk A.E.I.O.U....cess mamat ni laju giler dah hafal lagu
tu..
Nor: Ooooo yer ker...
Kitarang pun terus tunggu Nana tiba sambil dengar Kieran nyanyi lagu Eliza tu ikut handphone dia..huhuhu...Bila Nana tiba jer..terus kitarang bergerak..sebab dah lambat sangat ni..hhuhu..jam dah tunjuk 6:45 ptg dah..
Pic: Tengah tunggu waktu berbuka la ni.
Oklah , biarlah Adi kenalkan pendengar ERA yang sorang ni, nama dia Alysha..tapi nama manja nya Shasha..Kami di sambut oleh Shasha dan juga rakan baiknya Liyana ptg ni. Hehehe..perkara pertama yang Adi fikir masa ni ialah...
"Cantik dan besarnya rumah!!!!"
Kami di sambut dengan penuh mesra oleh Shasha dan Liyana serta keluarganya dengan penuh mesra. Ada ibu -bapa , abang , kakak ipar dan juga pembantu peribadi Ibu Shasha menyambut kami.Terima kasih.
Pic: Bergambar sebelum berbuka puasa dengan keluarga Shasha.
Oh yer, Kalau tengok gambar di atas mungkin ada yang kenal bapa Shasha ni....yup! gambar dia banyak keluar kat surat khabar dan juga kat berita TV 2 minggu lepas..hehehe..Yang menariknya Ibu-bapa Shasha cukup sempoi melayan kami..sampai kami lak naik segan dengan layanan mereka. Huhuhu..Sementara nak tunggu buka puasa, kami pun bergambar beramai-ramai dulu, nanti berbuka boleh lah borak - borak sikit. Masa nak berbuka Pak Tam dan Rizal pun tiba..diarang ikut jalan lain..tu yang lambat tu..
Pic: Adi bersama Shasha dan Liyana
Pic: Mari berbuka!! Meriah kan?!!
Menu hari ini yang di sediakan oleh keluarga Shasha ialah Nasi Beriani dan juga Nasi Dagang..perghhh sedapnya!!!Dah lah tgh lapor..dapat pulak nasi...hmm tambah 3 kali la adi..Kieran pun sama jugak..heehehe...sempoi.
Habis berbuka dan lepas solat maghrib, kami ambil angin pula di luar rumah, dan sambung berborak sedikit..huhuhu..Adi lak pusing pusing ambik gambar dan tengok kecantikan rumah Shasha ni...Pak Tam pun ada jugak..Pak Tam adalah orang yang pertama lepak kat luar..Adi lak duk sibuk ambik gambar..tiba -tiba Pak Tam usha Adi...
Pak Tam: Oii!! Nak pergi mana tu..kolam depan tu..
Adi: : Mana?
Pak Tam: Tu depan ko tu..apa?!!..
Adi: : Ya ampun!!!...aku ingat lantai tadi..nasib baik..kalau tak aku kecebuss!!!!
Hahaha!! Duk sibuk ambik gambar, tak sedap depan Adi ada kolam renang, di sebabkan kolam ni adalah kolam renang infiniti..so tak perasan sangat..Bulatan putih yang kat atas tu ialah dasar kolam...hehehehe..aduss..sikit lagi nak masuk kolamm....ala..kalau masuk pun takde apa-apa...bertukar menjadi Kintel la..huhuhuhu..Kolam renang dia memang cantik sangat, sebabnya mengadap ke lapangan golf..huhuhu...kalau rumah Adi kat kampung , belakang rumah ada kebun sawit...tapi belakang rumah Shasha..ada lapangan golf...huhuhu..dasyat!!.
Sambil kitarang lepak - lepak kat luar ni, Ibu Shasha pun ada jugak, dia pun bercerita tentang projek dia , nak membantu mereka yang susah di Kelantan. Banyak profile family orang yang memerlukan bantuan di tunjukkan kepada kami. Hmm..memang sedih juga la bila tengok gambar-gambar dan profile yang di tunjukkan oleh ibu Shasha..InsyaAllah ERA akan menyokong aktiviti kemasyarakatan yang ibu Shasha nak lakukan.
Tetiba kawan Shasha iaitu Liyana bagi kad raya kat kitarang, mak aiii..rajinnya dia ni..mana taknya , kat sampul surat kad raya dia..tertulis penuh dengan nama Adi..mak aiii...tulis tangan lak tu..pastu dengan pelbagai warna ..di buatnya..alahai..terima kasih lah Liyana..thanks atas kad raya ni...Abg Adi hargainya...agaknya berapa lama la Liyana ni habiskan masa untuk buat sampul kad raya ni...huhuhuhu...Tq! Tq!
Nana: Kenapa kad kak Nana tak macam Abang Adi punyer?..
Liyana: Tak sempat buat la kak Nana, tapi kat tepi -tepi tu ada nama Kak Nana...
Hahaha, Nana sudah jeles la pulak..terus muncung 14 inchi..huhuhu..
Lepas berborak, kami di bawa oleh Shasha dan abang nya meninjau ninjau sudut rekreasi kat rumah diarang kat tingkat atas...wallaweii ..macam -macam ada kat sini..Fuzzball ada, pinball ada, pool table ada, kuda kayu pun ada,!! Hmm kalau macam ni , tak yah keluar rumah pun takper..huhuhuhu...
P/s: Sedihnya ..Ramadhan dah nak berlalu...:(
12 comments:
rajin nya kawan shasha tu, sampul kad raya tulis pakai tgn.. kagum nya.
Kagum!! KaguM!!
waaa tak salah rumah la u all pilih.. perghh menarik sekali.. kagum kagum jugak nihhhh
Nxt year fizah nak buat sampul kad raya mcm tu juga la utk Adi, tp ada addtional. Letak kingtel kat dlm kad raya tu.. hihihihihi..
Fuyyo..cayya lah abg adi makan kat rumah Zaid Ibrahim...nak tau jugak apa dia cerita pasal lepaskan jawatan,ISA.... meh bisik sikit...:P
Hahaha..no comment la..Datuk ada pendirian dia..I do respect him !
hi adi!! kad raya ku..hehehe..kena bayar royalti nie! hahaha. nanti balas tau!!
oh ya...jawab soalan adi..lepas sahur tak tidur beb! Dalam setengah jam kot buat sampul surat tu. Lepas tu tangan dah lenguh da...hehehe
fuyyoo...best gile rumahnya. tak rugi pegi. mmg kagum tgk dia buat sampul tu. kena banyak sabar tu nak buat.
Dunia dunia.. ramai lagi yang berbuka dengan air kosong dan tidur dalam kotak..
Itu yang paling sedih..
perrggghhhh...adi..
rumahnya besor siot..
ahahaha..
bape kali gaji pun payah benor nk dapek rumah gitu..
ahahahahah
Haha, yer..yg penting kami pergi ke rumah pendengar Era dengan ikhlas..tak pandang rumah besar ker kecil..sebab tu kami (Krew Pagi@Era) buat sendiri dengan wang poket kami sendiri..tanpa mengharapkan pihak pengurusan ERA..InsyaAllah tahun depan kami akan buat lagi...andai kata kami masih bersama!!
Post a Comment