Monday, September 15, 2008

Buka Puasa di Alamanda

ISNIN 15 SEPT 2007

Pic: Kurma percuma yang diberikan ..Alhamdulillah!!

Hari ni ada rakaman Raya untuk Era , so tunggula nanti pagi hari raya pertama dan ke-3 ok..Di mana semua penyampai Era akan nyanyi lagu raya beramai-ramai. Hehehe..silap dan sumbang, harap di maafkan yer..

Ok - ok berbalik pasal nak berbuka ni, ptg ni rasa cam tak tahu nak makan apa..so tetiba member Adi kat UPM dulu ajak buka sama..ok gak, lama tak lepak ngan member lama, haha..so kitarang pun plan la pergi Alamanda.

Pic: 1/2 jam sebelum berbuka di Alamanda

Sebab utama Adi suka lepak kat sini, sebab tempatnya takde la ramai sgt org, dan lagi satu ianya bersih.so nak makan pun seronok. So Adi ambillah kawan Adi yang kerja kat UPM dalam hujan yang agak lebat juga turun. Sampai kat Alamanda dalam 1/2 jam sebelum berbuka.tetapi memandangkan orang beratur untuk membeli makanan agak ramai, maka kitarang beli kuih dulu, buat alas perut sebelum makan , makanan utama kami.


Pic: Kuih -muih yang menjadi mangsa Adi dan kawan-kawan.

Sebetulnya teringin nak makan Mee Sizling yg sedap..huhuhu kat food court Alamanda ni. Bestnya masa nak berbuka kat sini, pihak pengurusan food court kat Alamanda ni bagi setiap meja dengan 5 biji kurma percuma untuk berbuka puasa.Alhamdulillah.

Kitarang beli la dulu kuih muih macam karipap, buah melaka, kuih hijau ( apa ker namanya?) roti john dan juga buah nanas . Minum lak minum air kelapa..sedap dan manis..tapi bila dah beli barulah terperasan..Alamak dah terlebih beli la pulak...belasah jer la..huhuhu


Pic: Air kelapa dan Nanas , satu gabungan yang boleh menyebabkan perut bagai nak meletup!


Lebih kurang lepas 10 minit azan berkumandang, baru Adi beli Mee Sizzling Adi tu..haha..walau pun time tu kuih -muih tadi dah masuk perut..dah kembung dah..penuh..tapi sebab utama datang Alamanda nak makan benda tu..jadi teruskan juga hajat..hahaha...punya la kemaruk , sampai terlupa nak ambil gambar mee sizzling tu...sedar bila dah habis..alamak...

Pic: Mari berbuka sampai tak larat nak bangun..huhuhu..kawan Adi (Spend) ni berbuka sampai muka jadi blur..huhuhu

Bila habis berbuka terus kitarang solat kat surau kat Alamanda ni, dan terus pulang ke rumah..Masa on dway balik ke rumah, barulah Adi teringat...Hari ni rupanya 15hb Sept...Ada majlis buka puasa ASTRO kat KLCC....ciss....terlupa....Adakah aku dah tua?.!!!Cessss!!!

7 comments:

Edzlin said...

kuih seri muka kan namanya tu....lorr...tak pegila ye majlis astro tu.. bukan tua abg adi, tu tandanya perlukan suri hidup. hahahah...gurau je ye, jgn mare

Anonymous said...

seri muka ye, encik adi, nama kuih hijau tersebut.

faRah said...

hahaha mlps abg adi mkn free..tu r cari suri umh cpt sng ade org ley ingtkan....

ADIFASHLA said...

Ala, terlupa nak letak dalam jadual abg Adi, sebab selalu diarang hantar email..so senang ingat ..entah kali ni cakap mulut saja..huhuhu

Fizah said...

kesian...
jom la pi berbuka kat alamanda ahad ni.. best gak kan sizzling mee..

Fizah said...

klakar la tgk muka kawan adi tu, yg berbuka puasa sampai jd blur.. :)

ADIFASHLA said...

dia memang selalu blur..huhuhu