Friday, September 19, 2008

Berbuka Puasa bersama Sinar Harian.

JUMAAT 19 SEPT 2008


Arghh, hari ni lepas kerja ingat nak balik kampung, sebab rasa macam takde benda dan boring lak. Tapi rasa nak balik tu jadi 50-50 lak..huhuhu..tgh tengok tengok email yg masuk ptg Jumaat ni, ternampak lah pulak email berbuka puasa dengan ERA bersama suratkhabar Sinar Harian kat Damansara. Hah!! Alamak...kena pergi ni. Terus Adi call Fadd (Skuad Era) dan Adi terus bersiap nak ke lokasi berbuka puasa ptg ni. Jadi kansel lah balik ke kampung. Takpela esok pagi balik la. Masa Adi keluar rumah tu, jam dah menunjukkan 620 ptg..hmm sempat ker ni?..


Pic: Suasana sebahagian ruang di dalam restoren Shrimpz

Nama restoren tu ialah restoren SHRIMPZ, terletak kat Aman Suria Damansara berhampiran atau bersebelahan dengan Dataran Prima PJ. Jauh jugak ni dari Seri kembangan nak ke sana, lebih -lebih lagi jam -jam cam ni..LDP mesti jam giler punyer..Kalau boleh Adi nak kejar Lintasan Skuad ERA yang akan berlangsung pada pukul 640 ptg..tapi rasanya tak sempat..mana tak nya ..sampai jer kat Toll Sunway..memang jam giler la..kereta banyak ..so bergerak perlahan - lahan la..dalam kepala Adi dok fikir...

"Macam manalah diarang ni boleh hidup hari hari dengan jam macam ni...hmmm"

Garu kepala juga Adi masa duduk dalam kereta sensorang sambil -sambil dengar lagu raya dalam kereta dan melalak sensorang untuk menghilangkan rasa bosan dalam jam...hahaha.

Pic: Serbu Makanan!!!

Adi sampai ke lokasi dalam jam 710pm..lebih kurang 5 minit lagi nak berbuka..haha, semua dah bersedia duduk kat meja memasin dan ada 10 pemenang majlis berbuka ini sedang menerima hadiah mereka dari ERA. Terus Adi di berikan penghormatan untuk bagi ucapan sedikit bagi pihak ERA. Lepas tu..tanpa berlengah lengah lagi..terus serang makanan yang ada!! yeah!! huhuhu..restoren ni menyediakan makanan Thailand, Restoren ini baru jer di buka pada bulan 8 lalu oleh bekas PM kita iaitu Datuk Seri Dr Mahathir dan juga isterinya..haaa..bukan calang-calang orang yang merasmikannya....sedap atau tidak?..biar Adi citer..

Pic: Hidangan utama yg Adi ambik...Sedap gilerr!!


Ok, permulaan ADi makan nasi goreng seolah olah macam nasi goreng tom yam, lepas tu ambik telur goreng, telur masin, sotong, ayam yang di carik carik..dah..sorry la Adi tak tahu namanya..huhuhu...bila masuk mulut jer ..mak aiii..sedap giler...memang sedap! Kalau lapar sgt memang la masuk apa jer sedap kan?...

Tapi yang ni memang betul betul sedap! hahaha...samai tambah lagi ADi makan tanpa malu -malu..buat rumah sendiri..huhuhu. ( malu lapor la..). Lepas tu Adi makan bubur keledek atau pengat keledek...pun sedap jugak..takde la tawar atau manis sgt..memang kena dengan citarasa Adi la..(citarasa korang tak tahu la) . Sebetulnya ptg ni, bukan hanya ada yang Adi sebutkan, tapi ada 35 jenis hidangan yang di sediakan untuk pengunjung..hmmm...tapi tak larat la Adi nak cuba semua...tangki kecil maaa...walaupun dah boroi..huhuhu...Ok ok..stop makan dulu , gi solat dulu..nanti kalau penuh tak larat nak bangun..

Pic: Ming Kam...Ming Kam..nak cuba?

Lepas solat, sambung makan, kali ni Adi cuba pulak hidangan unik kat restoren ni yang namanya MING KAM..hmm..pelik namanya..tapi Adi cuba jugak la makan..Mingkam ni di makan dengan meletakkan hirisan bawang , halia, udang , serai ,cili dan sambal khas..dan kemudian di letakkan di atas daun Kaduk! Lepas tu bungkus dan makan macam makan sireh..tapi tak yah la tonyoh kat gigi dulu..terus makan dan telan..

Pic: Daun Kaduk

Ini 1st time Adi makan daun kaduk, menurut tokey restoren, daun Kaduk ni baik untuk mencegah kanser...dan Adi makan daun tu, mentah - mentah jer....hmmm...rasanya?...tgok lah video bawah ni...




Pic: Bersama org kuat Sinar Harian , Pn Rusmin dan En Taquiddin


Pic: Adi Bersama Skuad ERA!


tepat jam 8mlm Adi pun mengundurkan diri, apa -apa pun nak ucapkan terima kasih kepada pemenag -pemenag yang datang, Sinar Harian dan juga pemilik restoren SHRIMPZ yang menaja majlis berbuka puasa ini, InsyaAllah nanti Adi dtg lagi ke sini dengan kengkawan..huhuhu.Kalau korang nak dtg ke restoren ni..bawah ni Adi sediakan map dan juga alamatnya ok...Cubalah..mesti tak menyesal!


Pic: Alamat dan No. Tel.

**P/s...arghhh masa nak buat catatan ni..tengok food tu ..dah berbunyi perut...arghh..dugaan ---1030am

10 comments:

Edzlin said...

hahaha saya yg baca waktu petang ni pun perut berbunyi. hmm, nampak cam best je, thanks tuk info tu, nanti nak ajak family makan d situ la. jom second time abg adi.

PINATBATE said...

hehehe...abg adi..cayya lah makan ming kham...tak rasa macam sirih ker..
daun kadok tu rebus jer..pas tu cicah sambal belacan pun sodap...

Bila Miss E Bercerita said...

agak2 bila plak kita leh berbuka puasa skali..???

hehehe...

Fizah said...

adi, semlm fizah dah pi berbuka kat shrimpz ni. best tempat dia. ming kam tu mmg special la. x penah jumpa kat tempat lain. Dan paling best toilet kat sana bersih sgt2, mcm dlm spa.. :)

faRah said...

wah mcm bezz jer tgk tmpt nie..
lg2 daun kaduk tu daun sireh ke abg adi?

ADIFASHLA said...

Haha, daun kaduk dan daun sireh serta kodok..adalah benda yang berbeza..hehehe

Fizah said...

kodok pun join sekali.. hahahhah

faRah said...

abg adi nie nk jugak msuk kodok tu ye...hehehe..

Fizah said...

kingtel tak nak join sekali ke? hihihihih

Anonymous said...

Sawadee & Greetings..thanks for the comments :D, Jangan lupa datang lagi ke restoran kami ya :)