SABTU 10 APRIL 2010 ( Hari Pertama Karnival Taman Negara Pulau Pinang 2010)
Hari ini Adi di jemput untuk memeriahkan Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang . TNPP ialah taman negara terkecil di dunia dan yang paling hampir dengan airport ataupun seaport atau bandar di dunia...
Pertama kali ke sini, memang cukup mengujakan memandangkan daripada jadual yang diberikan kepada Adi memang agak padat kat sini dengan aktiviti aktiviti menarik...yeah!!
Adi bertolak dari KL pagi tadi dan sampai kat Penang dalam pukul 830 pagi, dan diambil oleh Ann dari Skuad Era Utara. Adi terus bergerak ke Kuala Sungai Pinang. Di sana Adi akan menyertai acara kenu menyusuri Sungai Pinang utk melihat haiwan haiwan yang ada kat sana dan tumbuhan tumbuhannya.
Sebelum ini Adi pernah berkenu di tasik jer la...tapi kali ini dapat peluang berkenu di kawasan sungai..yeah memang teruja la. Kenu ni boleh memuatkan 3 orang , tetapi disebabkan faktor keseimbangan , maka kami hanya naik berdua sahaja. Memang perlukan keseimbangan untuk menaiki kenu..kalau tidak, kenu boleh terbalik....tapi jangan lah risau sebab jeket keselamatan turut disediakan.
Adi memerlukan lebih kurang 15 minit untuk membiasakan diri dengan kenu dan juga cara mendayung yang betul.Mula mula agak kekok tapi pasti ok ..memandangkan co- pilot Adi memang agak berpengalaman...so sedikit sebanyak dia banyak membantu.
Kalau nak datang ke TNPP ni anda bolehlah dapatkan pembantu pelancong yang terlatih disediakan oleh pihak TNPP untuk membawa anda ke lokasi- lokasi menarik di sini.
Pic: Kenu kami diiringi dengan bot bot berenjin!
Pada mulanya kami hanya menyusuri Sungai Pinang jer,ketika dalam perjalanan tu kami ternampak Helang Laut yang sangat besar...memang besar...dan seolah olah dia menyambut kehadiran kami . Lepas tu kami membelok ke sebelah kanan dan masuk ke kawasan anak sungai .
Pic: Perjalanan pulang ke jeti
Di kawasan anak sungai ni banyak orang memasang perangkap untuk menangkap ketam. Ada juga nelayan yang baru pulang dari laut dan sedang mengeluarkan tangkapan masing masing.
Pic: Isyarat untuk berkumpul!
Seronok tau berkenu ni,rupanya dalam berkenu ni , ada juga isyarat isyarat yang perlu dipatuhi , cthnya seperti isyarat nak belok ke kiri atau ke kanan, ataupun isyarat berkumpul mcm yang Adi buat dalam gambar di atas..... walaupun penat tapi seronok bila dapat berkenu.Yer la kalau kat KL mana nak dapat pengalaman macam ni, nasib baik Adi aktif main badminton, so tangan tu tak terasa la penat sangat bila mendayung...hehehe..
Sebelum kami balik , kami berkumpul dan bergambar untuk kenang-kenangan la..Yeah!! Terima kasih TNPP kerana bagi Adi peluang untuk berkenu..:)
Pic: Bergambar kenangan di hadapan Pejabat TNPP di pintu masuk kedua TNPP.Terima kasih pada Pak Amin dan Pak Rahman..:)
Pic: Amacam?..ada cam dalam filem SEPET tak?..hehehe
Kami sampai ke jeti semula dalam pukul 12 tgh hari dan terus mengumpulkan kenu utk di cuci dan bersiap untuk pergi ke Pantai Kerachut dan Sungai Tukun untuk merasai pengalaman menaiki laluan kanopi di atas pokok...hehehe....
Perjalanan dari Kuala Sungai Pinang ke Pantai Kerachut mengambil masa 10-15minit sahaja dengan menaiki bot. Sampai di pantai ini dalam pukul 1230tgh hari...dan kami berjalan masuk ke kawasan perkhemahan yang ada di sini. Terdapat beberapa khemah masih terpasang menandakan ada orang sedang berkhemah la....rupanya diarang sedang buat BBQ di sini tak boleh buat unggun api atau memasak di atas tanah, cuma boleh memasak di atas dapur khas yang telah di sediakan oleh pihak TNPP.Ini adalah untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku dan menjaga kebersihan TNPP.
Di sini juga ada di sediakan laluan kanopi di atas pokok, ianya di sambungkan antara pokok pokok yang ada . dan ianya di pasang tanpa menggunakan paku, semuanya di ikat sahaja. Tingginya lebih kurang 15 meter dan panjangnya adalah 250 meter.
Nak naik laluan kanopi ini kena bayar RM5.Tetapi pengalaman yang diperolehi memang berbaloi. Mungkin laluan kanopi ini tidak berapa tinggi berbanding laluan kanopi di FRIM atau di Taman Negara Tahan...tetapi ianya dah cukup tinggi dah.Kalau yang gayat tu..elakkan la dari memandang ke bawah aja yer...hahaha..
Pic: Menara untuk menaiki laluan kanopi..
Adi ambil masa dalam 15 minit jer kat atas ni, sambil tengok pokok-pokok dan haiwan yang ada di atas ni. Jangan risau , pertengahan laluan kanopi ini ada tempat berehat...
Dalam pukul 115ptg kitarang pun mula bergerak kembali ke bot untuk pergi ke Teluk Bahang untuk urusan makan tengahari...actually dari pagi tadi Adi tak makan la....berkenu , berjalan di laluan kanopi...sekarang ni nak menjamu selera pulak..yeah...
Kami naik bot dari Sungai Tukun ke Teluk Bahang dan mengambil masa lebih kurang 15 minit jer..wahhh...pejabat TNPP memang cantik..macam resort pulak...jetinya agak jauh juga..
Pic: Adi dan Shema (Skuad Era Utara) dengan ular sawa yang ada di Karnival.
Sampai kat Teluk bahang, rupanya ramai orang yang mengunjungi karnival Komuniti TNPP ni....wahhh meriahnya..ada macam macam aktiviti kat sini, baik yang berkenaan dengan haiwan atau pun pameran juga ada jualan jualan oleh penduduk setempat. Adi cuma jenguk jenguk sekejap melihat apa yang ada di sini...sebelum naik ke pejabat TNPP utk makan tgh hari dulu..
Pic: Helang Merah ini namanya "Rocky"...
Antara haiwan yang dibawa ke karnival ni ialah 3 ekor ular sawa, seekor burung Helang Merah yang bernama "Rocky" dan juga anak anak penyu yang akan di lepaskan petang nanti.."Rocky" telah di bela sejak kecil, jadi ia tidak pandai utk mencari makannya sendiri ..walaupun di lepaskan ia akan kembali ke tempat tinggalnya...
Lepas makan tengah hari, rehat dalam sejam..lepas tu kitarang keluar balik menuju bot utk ke Pantai Kerachut...Pantai Kerachut ini adalah lokasi untuk penyu penyu naik ke pantai dan bertelur..memandangkan kat sini kehadiran manusia adalah sangat minima...Pihak TNPP pun hanya membenarkan jumlah yang kecil saja sekiranya ingin mengunjungi Pantai ini. Pantai Kerachut ini hanya boleh kunjungi dengan menaiki bot dan berjalan kaki melalui laluan hutan.
Pic: Ini Koala Kerachut!!! Hahahaha....
Sampai di Pantai Kerachut dalam masa 15 minit....wah ..amannya kat sini...tak sangka kat P.Pinang masih ada lagi tempat macam ni..rasanya macam berada di pulau yang lain...masa Adi sampai ada satu keluarga sedang berehat dan juga satu kumpulan pelajar yang dah nak balik ke Teluk Bahang...
Pic: Bersama pelajar pelajar yang bercuti di Pantai Kerachut.
Agenda pertama kat Pantai Kerachut ini ialah untuk melihat salah satu keistimewaan kawasan di TNPP iaitu Tasik Meromiktik.
Agenda pertama kat Pantai Kerachut ini ialah untuk melihat salah satu keistimewaan kawasan di TNPP iaitu Tasik Meromiktik.
Tasik Meromiktik ni cuma ada 2 sahaja di benua Asia...Tasik Meromiktik terjadi bila air tawar dan air laut bercampur di dalam sebuah tasik.Akibat daripada ombak dan angin menyebabkan air laut memasuki kawasan tasik air tawar yang berhampiran dengan pantai..
Beting pasir akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian terjadinya Tasik Meromiktik ...... dan yang menariknya air laut dan air tawar itu tidak akan bercampur...maksudnya lapisan atas ialah air tawar..manakala lapisan bawah ialah ait laut....
Jadi kalau kita berendam dalam tasik ini kita akan rasa sejuk di bahagian atas dan agak hangat di bahagian bawah kita....:)
Pic: Di Tasik Meromiktik
Selepas acara melawat Tasik Meromiktik ialah acara minum petang dengan karipap..tak tahu la sebab lapar atau karipap tu terlalu sedap....Adi ngap beberapa keping...nyum..nyum..(makan lagi!!).Petang ni ada acara perlawanan bola tampar antara ERA dan juga staff TNPP...hahaha...perlawanan ni berkesudahan seri ...kitarang sempat main 2 game jer..sebab nak kejar masa bagi sesi utk melepaskan anak anak penyu Agar lepas ni..
Pic: Ini bukan penyu..cuma perbandingan saiz sarang penyu bertelur dengan manusia..(demo oleh Eddy Skuad Era...hehe)
Pic: Signboard paling cute !!!
Di Pantai Kerachut ni memang menjadi persinggahan penyu Agar dan juga Penyu Lipas yang aktif bertelur sepanjang tahun...yup!! Itulah yang paling menarik sekali berkenaan pantai ini. Biasanya mereka akan naik ke pantai di waktu malam untuk mengelakkan pemangsa dan juga manusia. Dengar citer malam ni ada sekor penyu akan naik ke pantai...macam mana pihak TNPP tahu?..sebab penyu yang nak naik tu telah di "tag" dengan alat penentu kedudukan.
Dalam perjalanan ke Pusat Konservasi Penyu yang ada kat sini, Adi ternampak pemancar isyarat satelit...rupanya di pantai ini ada alat utk memberi amaran awal sekiranya ada gempa buni atau tsunami.
Tujuan utama Adi datang ke sini adalah untuk melihat sendiri bagaimana penyu menetas dan , bagaimana penyu bergerak ke laut....Sebetulnya telur telur penyu yang ada di Pusat konservasi ni di kutip di sepanjang pantai Kerachut...utk mengelakkan ianya di makan musang, maka ianya di pagar dengan cukup ketat.
Barulah Adi tahu bahawa...kalau nak penyu jantan, sarang telurnya haruslah lebih sejuk suhunya berbanding sarang yang nak majoritinya adalah penyu betina. Jadi kalau nak penyu jantan ..telurnya akan di letakkan di bawah khemah ..manakala telur penyu betina di letakkan di luar khemah...
Pic: En Mansor sedang memberi taklimat untuk mengutip anak anak penyu yg dah menetas
Adi tak menyangka akan dapat melihat anak anak penyu keluar menetas dari dalam sarangnya....ya Ampun..memang terharu dan seronok sangat sangat bila dapat lihat bila anak anak penyu ini keluar dari lubang sarangmya. En Mansor iaitu pegawai pusat konservasi penyu telah menggali sarang penyu yang dijangkanya telah menetas...sebetulnya anak anak penyu ni dah menetas...tetapi ia tetap berada di bawah tanah ..dan akan mula keluar dari sarangnya bila malam menjelma....
Adi tak menyangka akan dapat melihat anak anak penyu keluar menetas dari dalam sarangnya....ya Ampun..memang terharu dan seronok sangat sangat bila dapat lihat bila anak anak penyu ini keluar dari lubang sarangmya. En Mansor iaitu pegawai pusat konservasi penyu telah menggali sarang penyu yang dijangkanya telah menetas...sebetulnya anak anak penyu ni dah menetas...tetapi ia tetap berada di bawah tanah ..dan akan mula keluar dari sarangnya bila malam menjelma....
Pic: Tu dia!!! nampak seekor anak penyu yang muncul di celah celah pasir..
Adi punyala excited bila nampak bayang bayang penyu yang pertama keluar...
"Tu dia!!"...."Tu dia!!!"
Hahaha....terover excited lak...comel sungguh bila nampak baby penyu ni . Subhanallah!!
"Tu dia!!"...."Tu dia!!!"
Hahaha....terover excited lak...comel sungguh bila nampak baby penyu ni . Subhanallah!!
Pic: Anak penyu terus merayap menuju arah laut..
Yang menariknya..walau di mana kita arahkan kepala anak penyu ini...ia tetap akan bergerak menuju ke arah laut..macam ia boleh bau laut dan merayap ke arah laut..
Pic: Embrio anak penyu yang tidak menjadi.
Dalam satu sarang ni ada lebih kurang 120 biji..dan yang berjaya menetas ialah dalam 100 biji...ada juga telur yang rosak di sebabkan oleh faktor faktor semulajadi...Ada juga anak penyu yang berjaya menetas..tetapi lemas di dalam sarang di sebabkan tersangkut , tertindih atau tak boleh keluar dari sangkar...
Pic: Telur telur penyu yang dah menetas dan yang rosak.
Setiap telur yang menetas dan yang tidak menetas akan direkodkan. Manakala telur yang ok dan belum menetas..akan ditanam kembali di tempat lain untuk mengelakkan jangkitan kuman seandainya di tempat atau di sarang yang sama.
Pic: Ni anak penyu yang Adi namakan "Planet"
Pic: Bersama Skuad Era Utara dan anak anak penyu..
Pic: Bersama Skuad Era Utara dan anak anak penyu..
Hampir satu jam juga Adi menyaksikan satu demi satu anak penyu di bawa keluar dari sarangnya. Kami masukkan ke dalam bekas dan di bawa ke tepi pantai utk dilepaskan...
Pic: Anak anak penyu di masukkan dalam bekas dan di bawa ke pantai.
Pic: Hati hati di perantauan....!!
Pic: Hati hati di perantauan....!!
Pic: Upacara melepaskan anak anak penyu...
Sebelum melepaskan anak anak penyu ini...kami pastikan pantainya bebas dari sampah dan di ratakan untuk memudahkan anak anak penyu ini merayap ke pantai...yeah!! Yang seronoknya kitarang excited bila ada anak anak penyu yang sampai ke gigi air..seolah olah memberi semangat dan ucap selamat kepada anak anak penyu tu...
Tahukah anda bahawa jangka hayat penyu Agar ini boleh mencecah sehingga 150 tahun!! Lamanya mereka hidup kan?!!
Tahukah anda bahawa jangka hayat penyu Agar ini boleh mencecah sehingga 150 tahun!! Lamanya mereka hidup kan?!!
Pic: Sampai baring atas pantai masa nak lepaskan anak penyu..
Pic:Anak penyu yang terakhir menuju ke gigi air...
Pic:Anak penyu yang terakhir menuju ke gigi air...
Sejujurnya sesuatu yang agak EMOSI bila melepaskan anak anak penyu ini , memandangkan nisbah peluang utk ia membesar sehingga dewasa amatla tipis..Daripada 1000 ekor anak penyu yang di lepaskan ke dalam laut , mungkin hanya satu atau dua ekor sahaja yang akan berjaya hidup sampai dewasa.Semoga ada antara anak anak penyu Agar yang kami lepaskan hari ini akan berjaya hidup sehingga dewasa...:)
Biasanya setelah berusia 25 tahun ...penyu penyu ini akan kembali ke tempat di mana ia menetas...tetapi penyu jantan tidak akan pulang dan terus kekal di dalam laut sampai akhir hayat. Lepas jer tamat melepaskan anak anak penyu kami pun pulang ke Teluk Bahang untuk berehat!! Esok sambung lagi!!!!
Malam takde aktiviti lain, just rehat jer..Adi dgn rakan Skuad Era , Shema, Indi, Eddy dan Wani makan kat Batu Ferenggi dan lepas makan kitarang ronda ronda penang sampai tertido dalam kereta....sekor sekor...hahahaha...penat weiii....sambung esok yer.....Gnite!!
4 comments:
waahhh baguslah penulisan abg adi ni. saya suka sangat. tak pernah lagi sampai pantai kerachut. teringin nak tgk tasik meromiktik.
cuti sem akan datang pasti nak pergi tempat ni semua.
siyok... x bawak balik sekor ker bby turty tu??
Mana boleh bawak balik...nanti kena cekup la..:)
cantik ar gambar2 penyu nie..abg adi, sya nk copy bleh? hhaa
Post a Comment