Ahad 25 April 2010
Pic:Pemandangan dari pintu masuk.
Adi sedang bercuti seminggu , tak ke mana mana, hanya lepak kat rumah, sebab bulan depan ada cuti lagi seminggu, baru jenjalan jauh jauh la...So memandangkan Adi ada banyak masa terluang, hari ni ADi berkesempatan untuk mengunjungi satu lagi tarikan yg menarik yang ada di Menara KL iaitu "Zon Haiwan Liar"
Zon Haiwan Liar Menara KL ni memang terletak betul betul sebelah kanan pintu masuk Menara KL. Diarang buat satu bangunan untuk menempatkan haiwan haiwan eksotik yang ada sebahagian daripadanya habitatnya bukan di negara kita , tetapi haiwan ini dibawa masuk ke sini utk tatapan kita..
Antara yang menarik kat sini ialah ular sawa, ular albino, ular -ular dari Afrika dan juga benua Amerika, ada katak , kala jengking, burung burung, cicak, kura kura, musang , dan banyak lagi la..dan yang paling menarik perhatian Adi ialah rakun!!!
Pic: Gambar ini adalah Ular sawa yang sama dlm gambar di atas..
Bayaran masuk adalah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak kanak...tapi kalau sesiapa nak naik ke Menara KL sekali , korang kenalah bayar pekej RM38 untuk dewasa la.
Pic: Iguana yang besar...
Sorryla sebab ada nama haiwan haiwan atau raptelia ni Adi tak ingat sangat namanya, korang kena pergi sendiri dan lihat sendiri la yer....
Pic:Katak yang paling besar Adi pernah tengok..-Africa Bullfrog
Kalau kat Malaysia ni kita tengok katak lepas hujan semuanya besar besar kan?..tunggu la bila korang dtg sini dan dapat tengok Africa Bullfrog...mak aii besar sepasang telapak tangan Adi tau...hahaha...kalau disuruh pegang ni mahunya ambil masa gak nak sesuaikan diri...
Pic: Ular Kapak..(tak sure nama dia)
Yang bestnya kat dalam ni, iainya berhawa dingin, jadi tak panas la..hahaha...maklumla haiwan haiwan ni ada yang tak boleh tahan dengan suhu negara kita..hahaha... betul tak?...so kita boleh habiskan banyak masa kat dalam ni..
Pic: Ular pokok yang paling aktif, tak reti diam...huhuhu..so beautiful...
Kat sini korang boleh bergambar dengan haiwan haiwan yang di sediakan seperti burung kakaktua ataupun dengan ular sawa....ular sawa dia takde la besar sangat...tapi ok la jugak..hahaha...cubalah...tapi kalau nak ambil gambar dengan haiwan haiwan tu kenala bayar ...RM5...okla....but make sure kalau korang bawak kamera kat sini, pastikan jangan guna flash ok...kesian kat haiwan haiwan ni nanti...
Pic: Ular yg paling cute hidungnya..
Pic: Sangkar burung burung
Pic: Kala jengking
Pic: Gecko
Pic: Labi-labi..
Pic:Musang tgh tidur atas dahan.
Pic: Rakun
Pic: Rakun ni comel sgt!
Pic: Tak sangka Rakun ni suka selongkar sampah kalau kat benua Amerika .
Antara yang paling lama Adi tengok ialah Rakun, haiwan dari benua Amerika ini suka menyelongkar tong tong sampah di sana, haiwan ni agak aktif...dan bila tengok dengan mata sendiri memang haiwan ni agak comel la...
Pic: Rubah Merah yg tidur sahaja..tak dapat tengok mukanya...cesss..
Pic: Monyet kecil, sebesar telapak tangan sahaja...namanya..errr....err....lupa la...
Pic:Kera Albino
Pic:Kera albino sedang tido...hensem la...
Pic: Rakan kepten Jack Sparrow - Monyet Capuchin
Pic:Biawak
Pic: Adik beradik buaya- Cayman!!
Pic: Kura Kura Buaya..
Ular sawa tgh makan tikus, tinggal ekor tikus jer kelihatan...
Pic: Makan petang!!Tinggal ekor tikus jer yg kelihatan.
Semasa kunjungan Adi ke sini, Adi juga berpeluang menyaksikan ular sawa menangkap makananya iaitu tikus dan di telannya ....hehehe...satu pengalaman yang best bagi Adi...jadi kalau sesiapa nak tengok haiwan haiwan ni boleh lapergi ke "Zon Haiwan Liar Menara KL"
5 comments:
huhuhu..amit-amit jabang bayik..ngeriii....
Hahaha....jangan takut...cute cute semuanya...
suke binatang2.. adi xtry pegang ular ke?? siyok...
Banyak gambar dlm blog ni Adi pegagng dan peluk ular...huhuhu....
comelnyaaaaaa. tempat tu kecil je kan, cam tak puas pula. favourite saya ialah katak tu...besar dan nampak mcm berlendir..hehe
Post a Comment