Friday, April 9, 2010

Pic: Sebelum On Air...meeting bawak pokok dulu..

Jumaat 9 April 2010

Semalam dapat sms daripada Rizal (Penolong Pengurus Era FM a.k.a Mini Boss) , dia bagitahu hari ni ada OB atau siaran luar ERA di Tapak Pasar Tani Bukit Sentosa Rawang untuk majlis jualan amal membantu keluarga Abg Din dan juga mereka yang memerlukan , anjuran bersama FAMA.


Setelah sekian lama terperuk dalam studio jer..bila dapat buat benda benda macam ni memang menarik hati...terutama sekali yang ada kaitan untuk kerja amal ....no hal la...

Adi bertolak ke Rawang dari ofis dalam pukul 230ptg, bersama dengan kawan engineer utk kitarang punya OB iaitu Wafiey... Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45minit . Reza pulak telah pergi dengan kereta baru Skuad Perodua ERA ....Perodua Alza...

Adi dan Reza ke udara dalam pukul 4ptg. Semasa kami tiba gerai gerai Pasar Tani telah didirikan dan orang ramai mula membanjiri lokasi jualan amal hari ini. Cuaca cerah, tapi takde la panas sangat sebab awan banyak...kira ok la...

Pic: Me and Reza menjadi MC Kejap sebelum On Air..:)

Sambil kitarang membebel , kami juga mencelah dalam acara acara yang sedang diadakan seperti pertandingan memasak, peraduan mewarna, mengubah buah buahan dan semestinya upacara jualan amal produk produk dari Agro Mas.


Anak anak Arwah Abang Din Beramboi pun ada juga memeriahkan acara pada hari ini, iaitu Along dan juga Shafiq....membuatkan kami lebih bersungguh sungguh untuk menjayakan acara pada hari ini....untuk membantu mereka berdua juga..Adi respek kat mereka berdua yang bersemangat dan cukup tabah terutama sekali si Shafiq ni....:)

Pic: Angah Raja Lawak tengah Usha awek tgh masak...:P


Pic: Pertandingan gubahan bunga

Memula kitarang jual la goodie bags yang ada produk produk Agro Mas dengan harga RM10..Alhamdulillah ianya habis terjual, semua duit di masukkan ke dalam tabung khas, di sebabkan sambutan yang hebat, pihak FAMA telah mengeluarkan produk yang lain pula iaitu kampit kampit beras yang di jual dengan harga hanya RM5 sahaja....hmmm sudah pasti ianya habis sekelip mata...

Pic: Reza, Angah, me and Mie kat gerai jualan amal..



Pic: Mie Raja Lawak tgh panggil pembeli...yeahhh

Pic: Jual..jgn tak jual...

Pic: Shafiq pun seronok tolong jual...:)

Lepas tu di sebabkan sambutan yang semakin best...kitarang di berikan buah buahan dan sayur sayuran untuk di jual....apa lagi kitarang pun berlagak macam jurujual la...oh yer...Angah Raja Lawak dan Mie Raja Lawak pun turut serta memeriahkan acara pada hari ini...diarang la yang paling banyak mengendalikan upacara jualan amal ini...:).Memang best la ..sebab sayuran sayuran dan buah buahan seperti kangkung, keladi, nanas , betik di jual dengan harga serendah 50sen jer...hahahaha....berebut la orang beli....

Pic: Kek yang dilelong dgn harga RM200

Hari ini juga merupakan ulangtahun ke25 Pasar Tani di Malaysia...maka ianya juga dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani iaitu YB Dato Seri Noh Hj Omar ...Adi telah berjaya mendapatkan temubual LIVE daripada Pak Menteri kita untuk ERA FM!!!! Yup!!...dan YB Dato Noh telah sudi singgah ke meja jualan amal kami dan memotong kek ulang tahun ke 25 Pasar Tani....dan kemudian kek tersebut telah di lelaong kepada para pengunjung...kek tersebut telah di bida dengan harga.

...RM70....RM80.....RM100....RM120....RM140....RM170....dan yang menang adalah seorang suri rumah yang membida kek tersebut dengan harga RM200...yeah...dan kakak yang pemurah itu telah membuat pengumuman yang sangat manis..

"Saya beli kek ini, dan mari kita makan sama sama!!!!!"

Alhamdulillah , baik sungguh hati kakak tu....:))....cayalah kak!!

Majlis kami tamatkan dalam pukul 7ptg, disebabkan cuaca yang semakin gelap , dan hujan yang mula turun...Alhamdulillah usaha kami paada petang ini cukup berjaya dan mendapat sokongan penduduk setempat dan juga pengunjung pasar tani Bukit Sentosa khususnya...Terima kasih......di harapkan serba sedikit ianya akan membantu mereka yang memerlukan...terima kasih pada semua yang menjayakannya..:)

habis dalam sekelip mata...hahaha.....:)

1 comment:

Edzlin said...

Alhamdullilah...seronok tengok jualan amal itu berjaya. harap dapat ringankan bantuan mereka yang memerlukan. syukur juga tengok dua anak arwah abg din tabah hadapinya.

akak yang beli kek tu sempoi lah...