Monday, October 11, 2010

10.10.10 Part 2 - Malaysia MotoGP 2010

10 Oktober 2010

Hari ni juga Adi dapat menyaksikan MotoGP , dan Adi dapat lepak kat area paddock, jadi tak la panas sangat, sebab ruangan tertutup..makanan pun di sediakan juga, Adi di jemput oleh pihak Ducati untuk memeriahkan ruang paddock mereka bersama 100 peminat Ducati yang lain. Hahaha..Adi ni takde la Ducati lagi...tapi kalau ada rezeki nanti, teringin jugak nak pakai Ducati.....kalau dapat Ducati 1198S ataupun Ducati Streetfighter...memang tak tido malam la....sebab motor masuk bilik...hahaha...(poyo sekejap + berangan)..InsyaAllah satu hari nanti!!

Pic: Ducati Desmosedici

Lepas jer habis acara larian kat KLCC , ADi balik ke rumah kat Puchong, sampai jer kat rumah, Vince (AF1) dah call dah, katanya dah on the way ke rumah Adi untuk pergi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk tengok MotoGP pulak...so dalam setengah jam tu, Adi bersiap la, mandi dan ambik Vince, sebab dia tak tahu rumah Adi.

Pic: Wohoooo tengok MotoGP jugak akhirnya!!

Adi tumpang kereta Vince sebab dia takde pass untuk masuk ke dalam kawasan litar nanti. Kitarang pergi dalam pukul 1130pagi dan Alhamdulillah jalan tajk jam sangat..dalam 15 minit dah sampai ke lokasi SIC. Tak jauh pun dari rumah Adi.


Seronok lak dapat parking kat dalam SIC ni, takyah jalan jauh jauh seperti yang pernah Adi kena suatu masa dulu, masa tengok F1...huhuhu...sedihh...but now ok lah...sampai sampai jer dah kedengaran bunyi moto yang sedang membuat latihan ataupun warm up...perghhh sedap bunyi motor ni weiii!!!


Pic: Mana la kunci motor ni?..nak try bunyi sikit!!

Selalu tengok kat tv macam slow jer motor motor ni kan..tapi bila tengok live...mak aii...berdesup perginya...kalau tengok macam tu jer..memang tak nampak bila motor tu lalu...laju sangat, terutama kat depan grandstand ni.

Pic: Peserta bertuah membonceng dengan Randy Mamola dan Ducati

Pic: Randy mamola beraksi dengan pembonceng bertuah

Masa Adi sampai kat paddock ni, kelihatan kat luar ada beberapa orang yang bertuah dapat membonceng motor Ducati di trek SIC ni..dan yang paling best..salah seorang yang menunggang motorsikal ni aialah Randy Mamola (perghhh giler ahh...agaknya mesti diarang mengigil masa naik motor tu dengan penunggang profesional..


Pic: Sekali pandang macam Casey Stoner...2 kali pandang..??

Kat dalam Paddock ni juga ada sebuah motorsikal Ducati Desmosedici, iaitu motor yang pernah digunakan oleh Nicky Hayden pada tahun lepas. Dengar citer versi jalanraya untuk Desmosedici ini ada sebijik kat Malaysia, harganya dalam RRM600 000....fuhhh....tak tahu la kalau ada yang beli...

Hmm apa lagi melaram la sekejap dengan Desmosedici ni...hehehe...ada gaya cam Casey Stoner tak?..hehehe


Pic: Casey Stoner tiba di paddock

Pic: Casey Stoner bersama Randy Mamola.

Cakap pasal Casey Stoner ni, dalam pukul 2 ptg dia singgah kejap dekat paddock ni bersama dengan lagenda motorsikal suatu masa dulu iaitu Randy Mamola..Casey Stoner meluangkan masa dalam 10 minit untuk peminat peminatnya di KL ni...dalam temubualnya dia berkata..

Pic: Casey Stoner sedang ditemuramah oleh Randy Mamola


"Saya kurang menggemari litar di Sepang ini, disebabkan permukaan aspal agak terjejas sedikit di sebabkan perlumbaan F1 di sini.."


Pic: Burn pun ambik gambar Casey Stoner


Pic: Peminat peminat Ducati dan Casey Stoner.

itulah antara kata kata Casey Stoner yang Adi dengar...macam tak konfident jer ...haha..Seepas itu Casey Stoner telah menyerahkan sebuah helmet "NOLAN" yang berharga USD2500..dan siap di tanda tangani utk pengunjung paddock yang bertuah , untuk peraduan kuiz berkenaan Ducati yang disediakan di dalam paddock ini....alamak..macam best jer helmet full face ni...kalaulah dapat!!!...hmmm

Pic: Casey Stoner menandatangani helmet untuk peraduan kuiz Ducati.


Pic: Wee betul semua soalan...weeee..


Pic: Mamat yang bertuah menang helmet ...geramnya!!!

Ohh kuiz tu memang agak senang untuk disertai..jawab seberapa banyak soalan dengan betul dan pantas...Adi berjaya menjawad soalan semua dengan betul dan agak pantas jugak...sebelum ada org lain yang dapat memotong masa yang Adi catatkan....hmmm melepas lah helmet ni...hahaha

Pic: Suasana dalam paddock!

Sementara menunggu pukul 4ptg untuk acara MotoGP..Kitarang melepak kat paddock ni sambil menonton perlumbaan 125cc dan juga Moto2, dimana utk kedua dua kategori ada melibatkan pelumba pelumba Malaysia.

Pic: Di tingkat atas paddock..

Bila acara MotoGP bermula, Adi telah keluar dari paddock , dan pergi ke tingkat 3, sebab kalau dalam paddock tak dengar apa apa. Kalau kat tingkat 3, memang boleh tengok dan feel bunyi MotoGP ni....hampir menyamai bunyi kereta F1....fuhhh!!!..barula syok!!

Pic: Peminat peminat Valentino Rossi memang ramai di SIC

Dari atas ni barulah dapat tengok peminat peminat Malaysia yang membanjiri litar SIC ini, boleh di katakan kebanyakkanya adalah peminat Valentino Rossi ...me too!!


Bila nampak jer kelibat Valentino Rossi jer ..mesti bergema sorakan peminat kat SIC ni...memang Rossi glamer giler kat Malaysia ni...


Dalam perlumbaan pada hari ini, Rossi telah berjaya memenanginya, bagaimana pun Rossi terpaksa menyerahkan takhta juara dunia kepada rakan sepasukannya sekarang dan musuh ketatnya musim depan...iaitu Jorge Lorenzo...Mulai tahun depan , Rossi akan menyertai pasukan Ducati...cayalah!!!

Habis perlumbaan, dapatlah cederahati daripada Ducati, antaranya beg kulit, topi dan juga jaket Ducati ...perghhhh...terima kasih...Bila nak balik jer yang rasa tak best..sebab jalan jam giler.....Adi sampai kat rumah pun dalam pukul 7ptg!! Harap harap la satu hari nanti Adi akan dapat Ducati Adi sendiri...hehehe...seronok sangat hari ini!!!!

Pic: Burn, Vince and me...ehh ...1Malaysia la...hehehe

Pic: Melaram jer la...walaupun Vince dan Burn tak pernah naik motor!! Hehehe


Pic: Desmosedici di luar garaj untuk di simpan

Pic: Kotak yang digunakan untuk menyimpan Desmosedici..

Pic: Ehem...ehem.....


P/s: Thanks to Burn yang sediakan semuanya untuk Asdi dan Vince!!! Tq ! Tq!













3 comments:

Edzlin said...

Pergh! best arr baca laporan abg adi ni...semoga abg adi dapat motor ducati tu satu hari nanti. ;)

suka pic abg adi dgn burn dan vince.

Amear92 said...

Gambar yang dengan motor tu pergh!! smart giler!!..

ADIFASHLA said...

angan angan dulu...hehehe