Sabtu 9 Okt 2010
Pagi ni Adi bertugas jam 7 pagi sampai pukul 11pagi, lepas on air terus balik ke Tg Karang , sebab hari ni mak Adi buat kenduri cukur jambul untuk cucunya yang ke-4 iaitu Haziq.
Haziq ni adalah anak kepada adik perempuan Adi yang last sekali dalam keluarga Adi .
Majlis kali ni buat santai dan sempoi jer...malah macam rumah terbuka hari raya pulak..hehehe..Bila Adi sampai kat kampung dalam pukul 2 ptg, saudara mara dah ramai yang sampai dan lepak kat beranda rumah....hehe...makan dan borak borak la..
Sebelah malam selepas Isyak, telah diadakan majlis berzanji dan juga memotong rambut Haziq...ataupun cukur jambul...time ni Adi sibuk la jugak, sebab jadi tukang ambik gambar dan juga video...
Menu hari ini ringkas sahaja, semua masakan kampung yang di masak oleh mak Adi dan juga jiran. "Kenot" tahan la bila tengok menu hari ini, antaranya, ayam goreng berempah, sup kambing, acar nanas, masak lemak , sambal belacan, sayur tumis , telur masin....arghhhhh...awesome!!
Lepas habis majlis dalam pukul 11 malam, Adi pun balik ke KL semula...esok ada event la...sambung citer nanti ok!
1 comment:
wahhh comelnya haziq!!!
Post a Comment