Thursday, October 28, 2010

Petikan Akhbar dari UTUSAN MALAYSIA

Chipsmore Land 5 lebih mencabar


FAIZAL Abdul Malik (berdiri empat dari kiri) bersama-sama peserta Chipsmore Land 5, krew dan ahli keluarga ketika ditemui pada sidang akhbar baru-baru ini.

SELAMA empat musim bersiaran di TV3, penonton rancangan realiti kanak-kanak Chipsmore Land sentiasa bertambah musim demi musim.

Rancangan yang menduga fizikal dan mental kanak-kanak dalam mengharungi rintangan yang disediakan ini bukan sahaja diminati golongan itu bahkan ibu bapa kerana pengisiannya yang bersifat kekeluargaan ini.

Kini, Chipsmore Land kembali lagi buat musim yang kelima dan bersiaran di saluran yang terkenal tagline Di Hatiku, TV9.

Musim kali ini menjanjikan lebih banyak lagi aktiviti mencabar yang bakal dihadapi oleh peserta-peserta bertuah yang terpilih.

Program enam episod yang diacarakan oleh Adi Fashla ini disiarkan selama setengah jam pada setiap Rabu, pukul 7.30 petang.

Menurut Ketua Penjenamaan TV9, Faizal Abdul Malik, walaupun ia merupakan pertama kali disiarkan di TV9, dia yakin Chipsmore Land 5 masih diminati seperti musim yang lalu.

“Purata penonton rancangan ini di TV3 pada musim lalu mencecah lebih daripada sejuta penonton. Ia merupakan pencapaian yang hebat.

“Kami berharap Chipsmore Land 5 yang lebih mencabar dan menarik ini akan turut berjaya kerana ia merupakan rancangan yang memberi banyak nilai positif terutama kepada kanak-kanak an menggalakkan semangat berpasukanan, sifat berdaya saing dan saling tolong-menolong antara satu sama lain,” katanya pada sidang akhbar Chipsmore Land 5 baru-baru ini.

Tambahnya lagi, program ini boleh dikategorikan sebagai program yang bertujuan membangunkan jati diri serta memupuk nilai moral yang tinggi pada diri kanak-kanak.

Apa yang paling utama kata Faizal, program ini juga banyak membantu kanak-kanak dalam mempertingkatkan keyakinan diri dan secara tidak langsung mereka dapat menimba banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman diluar bidang sekolah yang dapat diterapkan dalam diri masing-masing.

Beberapa uji bakat telah diadakan di Giant Hypermarket di seluruh Malaysia untuk mencari 12 kanak-kanak yang bakal menyelami pengalaman penuh cabaran di Chipsmore Land.

Antara ujian yang perlu mereka rintangi ialah ujian bagi mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama mereka, ianya bukan sahaja mencabar fizikal malah mental mereka.

Peserta uji bakat telah meningkat kepada 20 peratus dari tahun-tahun lepas membuktikan bahawa program Chipsmore Land dinantikan oleh kanak-kanak dan ibubapa.

Setelah pelbagai uji bakat diadakan, 12 peserta telah dipilih dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diberi nama Red Hunters, Blue Troopers dan Green Warriors. Setiap kumpulan mewakili empat orang peserta.

Peserta-peserta yang dipilih akan mengharungi pelbagai rintangan yang dilakukan sekitar negeri Perak yang mencabar kelasakan mereka.


*Petikan daripada UTUSAN ONLINE 20 Oktober 2010







No comments: