Thursday, October 28, 2010

Makan Malam KAPMA


Sabtu 16 OKT 2010

Kalau ikutkan hari ni , memang takde mood sangat selepas apa yang terjadi semalam, macam mana pun, kita yang ada ni , kenalah teruskan hidup dan cari rezeki, Lagi pun dah lama janji, takkan nak kensel last last minit...kenalah profesional sikit....hari ni Adi ke Pulau Pinang untuk mengacarakan majlis makan malam Kelab Automatif Perodua Malaysia yang berlangsung di hotel Bayview Pulau Pinang.

Mungkin nak di jadikan ujian untuk Adi, sampai kat airport Subang , Ada masa sejam lagi sebelum berlepas, Adi ingatkan, Adi dah lambat sebab takde pun kaunter utk ke Penang di buka. Adi tanya pegawai yang bertugas, katanya kaunter tak bukak lagi...

Aik...dah nak sejam flyz , kaunter tak buka lagi?.!!

oklah Adi pun relaks la, sebab ada lagi penumpang yang nak ke Penang berlegar legar kat kaunter...

Tinggal setengah jam nak berlepas, kaunter tak bukak jugak....aik..ni macam tak best jer ni..sepatutnya flight berlepas jam 1230pm...ni dah pukul 12pm dah ni...pastu terus tanya pegawai yang bertugas balik...dia kata...

"Sorry bang , flight kensel....kita reschedule balik bang...pukul 4ptg nanti baru nak berlepas"

Mak aiiii....pukul 4pm?...terus rasa darah semua macam naik atas kepala....hehehe...hangin!!!..lambat sangat ni..takut tak sempat nak buat emcee Perodua ni.

Nasib baik la ada 2 orang wanita ni, satu dari Penang dan satu dari negara India, sudah bikin kecoh sama pegawai bertugas la, sebab mereka pun berkejar ke Penang, Apa lagi, Adi pun cucuk jarum la jugak, bukan apa, sebab kita dah janji dengan orang, tak elok la nak lengah lengahkan masa,

Pic: Dengan Kak Sue Perodua makan nasi kandaq!!

Akhirnya selepas hampir setengah jam membebel...kitarang di berikan teksi untuk di hantar ke KLIA...menaiki penerbangan ke Penang ..Akhirnya selepas mengharungi pelbagai drama, akhirnya sempat jugak Adi menaiki flight ke Penang dalam pukul 2ptg...aiyoo dah lambat ni....perut dah meragam ni..ingatkan sampai Penang awal, boleh makan nasi kandar awal la...hehehe...dalam flight diarang kasi 1 peket kacang...tapi Adi mintak 3!!! Lapor la...pedulik!!!hehehe

Sampai kat Penang jer dalam pukul 3ptg , terus pergi makan nasi kandar kat "Line Clear" dengan Kak Sue dari Perodua dan anak anaknya..wahhh...makan tak hingat alam...lapor la katakan, Kak Sue belanja...thank you kak Sue!!

Oh yer berbalik kepada makan Malam KAPMA ni...ini adalah kelab pemilik pemilik kenderaan Perodua, ini kali kedua Adi buat host utk Kapma ni...mereka telah mengembara dari KL menuju Penang dengan membuat tugasan tugasan yang di berikan...cabaran hebat tahun ini ialah makan 20biji bahulu dengan air Coke...hahaha....ada bran nak buat?....hehehe..

Majlis malam ini telah menjemput Tomok untuk membuat persembahan, Adi agak terkejut jugak bila pengurus Tomok beritahu bahawa ini adalah kali pertama Tomok buat persembahan makan malam secara solo....dia nampak segak dengan kot hitam dan kemeja putih mendendangkan 5 buah lagu, termasuklah lagu harijadi untuk peserta KAPMA yang menyambut hari jadi pada bulan Oktober ini....

Pic: Melepak dengan geng Perodua selepas majlis tamat!!

Adi pun dapat jugak mendendangkan 2 buah lagu (lepas gian) hehehe...dan selepas majlis tamat dalam jam 11 malam, Adi pergi jalan jalan ke Penang dengan pegawai pegawai Perodua , sampailah dekat pukul 2 pagi.....pastu apa lagi..Zzzzz..

Terima kasih kepada Perodua yang memberikan kepercayaan untuk Adi menjayakan KAPMA 2010 ini, Bagi Adi inilah acara makan malam yang paling sempoi dan seronok Adi lakukan.......Tq! Tq!!

No comments: