Tuesday, August 28, 2007


Selasa 28 Ogos 2007.

Akhirnya gambar yang kitarang ambil kat studio 4 Astro hari tu siap juga akhirnya. terima kasih kepada En Bustamam yang mengambil gambar - gambar saya dan rakan -rakan yang lain . Hehe, nasib baiklah Adi pilih warna cerah, kalau tak , macam malap jer gambar..


Hehehe..korang boleh bayangkan tak, betapa besarnya mamat Shaz ni( my producer) .hahaha..dia "bising" gak pasal rambut dia tak cantik katanya...hahaha..oklah tu..


Ni gambar kitarang dengan baju yang berbeza.,,ala - ala matang la ..haha (walaupun tak berapa sebetulnya...)

Ni gambar yang kitarang ambik suka suka jer ngan Noor..hehehe..pose ala-ala cucuk langit namanya ni.

Friday, August 17, 2007


KHAMIS 16 Ogos 2007

1st time dapat interview dengan salah seorang pelakon kegemaran Adi, Kak Ellie Suriati sekarang sedang hamil anak dia yang ke-dua. Actually petang tadi ada shot untuk URTV bagi edisi hari raya, tu yang bawak songkok tu.hahaha..Kak Ellie sangat profesional orangnya. Dia kata dia agak memilih skrip dan drama yang dia nak lakonkan...dan katanya kalau dia nak buat remake pasal filem lama..katanya dia nak buat kembali filem BATU BELAH BATU BERTANGKUP...alasannya..budak-budak sekarang makin kurang ajar jadi biarlah di makan batu katanya...buat lawak la...

Wednesday, August 15, 2007


RABU 15 Ogos 2007

Hari ni boss telefon awal pagi suruh masuk ofis la, kena buat skrip untuk Promo Krill, sampai kul 12:30 tgh hari dan lepas tu kitarang semua bergegas ke Empire Collage kat Bandar Seri Mahkota , Bangi..dekat ngan Nilai dan buat XFSS (kunjungan Xfresh Street Surfers) ke sana. Tamat jer dalam pukul 2ptg terus balik ke rumah, tapi on d way balik ke KL tu sempat lagi beracing dengan Boss ngan Beyoncit (shazz) ..mak aiii hampir cecah 180km/j ..1st time lenjan "my baby" sampai ke tahap tu..hahaha..tobat la..lepas ni tak nak bawak laju laju lagi sebab tadi pun hampir hampir sondol lori...hahahaha...tobat..tobat!! Berhati - hati di jalan raya guys!!!

Saturday, August 11, 2007



SABTU 11 OGOS 2007


Hari ni ada sesi pengambaran untuk Xfresh di Studio 4, Astro. Semua penyampai terlibat termasuklah yang penyampai baru Xfresh iaitu Krill, Noor, Dina dan Olie. Gambar - gambar telah di ambil oleh En Bustamam yang banyak mengambil gambar VIP dan artis artis terkemuka untuk cover inlay album mereka. So nanti bila gambar dah siap Adi letak lah kat sini.

Penyampai - Penyampai baru Xfresh FM
dari Kiri: Krill, Adi (me la) , Noor dan Olie

Thursday, August 9, 2007

RAT RACE 2007



Selasa 7 Ogos 2007


Hari ni Adi menyertai RAT RACE 2007 yang berlangsung di BSKL.
Adi mewakili Astro dan ramai juga yang terlibat , antaranya Ebi AF5 , Mawi, Mila dll. Kitarang takdela nak lari sangat sebab ini pun merupakan larian utk selebriti sahaja. Ingatkan lari dalam 5km. Rupa rupanya cuma lari dalam 1km sahaja bersama CEO-CEO yang ada pada ptg tu..Tapi masa nak lari tu hujan turun dengan lebatnya. Redah saja la. nak buat macam mana...
Senyum sebelum kepenatan....