Monday, March 30, 2009

Habisla baju kuuuuuu...kisah di hujung minggu


Pic: Habis la baju ku!!!

2 minggu lepas, masa Adi kat rumah hujung minggu, macam biasala , kemas rumah dan basuh baju la...masa nak basuh baju tu.....tgh asing asingkan baju dan seluar...tetiba telefon berbunyi...apa lagi berlari la ambik telefon dalam bilik...sambil bercakap cakap dalam telefon tu..Adi pun masukkan lah baju dalam mesin basuh ni...huk huk..sambil borak excited giler la..sebab dapat job...terus Adi masukkan "sabun basuh" ke dalam mesin basuh sekali....sekali baru Adi perasan..."Sabun basuh" yang Adi bubuh tu rupanya adalah cacair cuci pinggan mangkuk yang ada kat sebelah cecair sabun basuh ....

Alahai..macam manalah boleh tak fikir..hahaha..last last Adi gelak sensorang ...nyanyuk duhh!!!! Punya lah banyak Adi tuang sebab seronok bercakap dalam telefon..sampai sabun basuh dengan pencuci pinggan mangkuk pun takleh beza...hahahaha....

Well kalau ada orang tanya serbuk pencuci apa yang harum seperti lemon ni?....pasti Adi akan jawab...."Pakai jer pencuci pinggan mangkuk cap #$^#%^&*...pasti harum tanpa berminyak!!!" hahahaaha.....moral kat sini...janganlah membasuh baju sambil menggunakan telefon...huhuhu

Pic: Inilah cecair pencuci pinggan yang "jahat" itu...!!!!


Sunday, March 29, 2009

Earth Hour di kampung ku....

SABTU 28 MAC 2009

Haa...korang matikan lampu atau tidak masa Earth Hour hari tu..yup rumah adi kat kampung pun bergelap masa Earth Hour selama satu jam...memang gelap la...gambar ni Adi ambil masa pukul 8:36 mlm....adi keluar rumah...tengok jiran sebelah menyebelah...hmmm terang benderang rumah diarang...hmmmm..no komen....

Showcase ANGGUN

27 MAC 2009 JUMAAT

Hari ni adi kena jadi MC utk Showcase Anggun kat Hotel Istana KL, acara bermula jam 9 malam, tapi Adi dah terpacak kat hotel dalam pukul 4 utk rakaman ERA TV dan juga rehearsal. Hari ni hujan turun mencurah curah membasahi KL...nasib baik adi sampai awal..kalau bertembung dengan org balik kerja..habis la..hehehe


Pic: Im not singing!!! im talking...hmmm


Honestly ini pertama kali Adi mengendalikan penonton yang berlatar belakangkan urban..terdiri daripada YAM Anakanda Sultan Pahang , VVIP hingga la peminat -peminat Anggun...gementar tu ada la jugak....hehehe....tapi bila dah keluar 2 kali ke pentas..gugugp tu pun hilang , Alhamdulillah.

Pic: Imran Ajmain beraksi

sebelum Anggun beraksi, Imran Ajmain membuka persembahan terlebih dahulu dengan lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang" dan sebuah lagu daripada Anggun...sebuah lagu english...


Pic: Nurul pun ada...nak lawan Anggun yer?...

Selepas Imran Ajmain, terus adi memperkenalkan Nurul yang memulakan persembahan dengan lagu dia sendiri dan juga seterusnya menyanyikan lagu Anggun yang bertajuk "KEMBALI"....yang juga merupakan salah satu lagu kegemaran Adi..

Pic: Anggun yang anggun!!

Selepas Nurul, adi naik kembali dann memperkenalkan Anggun yang sememangnya di nantikan ramai..hahaha...Anggun muncul dengan pakaian yang agak seksi dan nampak anggun la semestinya..


Pic: Jangan lupa beli album saya...ELEVATION

Dalam showcase ini Anggun mempersembahkan 5 buah lagu shj bersama iringan gitar oleh Eddrie hashim dann juga piano oleh Rozario. yup..persembahan secara akustik...boleh la dengar suara Anggun yang husky tu sejelas jelasnya....stau yang menrik berkenaan dengan Anggun ni..dia pandai berinteraksi dengan penontonnya..yup..tak perlu nak buat lawak...sebab apa yang hadir dari mulutnya akan membuatkan penonton ketawa dan tersenyum ...termasukla dia mempersendakan dirinya sendiri secara sinis...hahahaha..memang cute dan sempoi jer...tapi elegan..hehehe

Pic: Amy Search juga hadir memberi sokongan.

Ramai artis artis dan celebriti yang hadir seperti Amy Search, Nora, Johan Nawawi, Faradhiya, Zizie Izzeta, Tom Abang Saufi, Cikgu Siti Hajar dan beberapa lagi yang Adi tak perasan..tapi dia memang ada....

Pic:Imuda membawa hadiah kepada Anggun..lukisan wajahnya..

paling menarik ialah kehadiran Abg Imuda yang membawa lukisan 'tak siap' lagi wajah anggun..katanya dia baru perasan Anggun ada kat KL bila dia baca paper ptg tadi..dan dia terus melukis wajah Anggun di atas canvas bermula jam 3 ptg tadi..dan semasa di bawa ke showcase ini lukisan tersebut belum lagi siap....di sebabkan nak suruh anggun menandatanganinya..maka Abg Imuda bawalah lukisan itu utk ditandatangani oleh anggun sendiri..malah anggun juga kagum dengan lukisan wajahnya itu...wahhh abg Imuda..bila nak lukis muka Adi ni?..hahaha...mesti dia berkata di dalam hati.."lukis muka laki...apa baranggg?!!!"....hehehe...takdelah..abg Imuda ni sentiasa cool dan sempoi orgnya ...respek Abg Imuda la...!!!!


Pic: The Fabulous Catz pun ada...

Selepas sahaja habis showcase terus kami bergegas ke tingkat 20 Hotel Istana untuk temubual eksklusif bersama ERA TV. Hehehe..so Adi jugak la kena menemubual Anggun...Buat 2 kerja dalam 1.

Pic: Malu donggg ahhh!!!!!!!.

Satu pengalaman yang menarik bekerja dengan artis antarabangsa dan juga mengendalikan satu sagmen yang di hadiri daripada mereka yang berlatar belakangkan urban...terima kasih kepada Azhari, dan juga KC Ismail yang banyak tolong dan juga semua warga kerja Metadome.Terima kasih juga Anggun yang memberikan kerjasama walaupun khabarnya beberapa jam sebelum showcase bermula dia dikatakan "pengsan"!!!!

Pic: Bersama KC Ismail yang membawa Anggun ke Malaysia.

Thursday, March 26, 2009

EARTH HOUR


Jangan lupa gelapkan rumah anda atau bangunan anda...tapi pastikan juga keselamatan terjaga....kekadang dalam gelap ni ada pula yang mengambil kesempatan pulak..jadi berhati hatilah yer...Yup Adi memang menyokong EARTH HOUR ini dan kalau nak tengok video Adi dan rakan artis yang lain, yang menyokong EARTH HOUR ini...boleh la pergi ke

http://www.emedia.com.my/earthhourKL/index.html


Selamat bergelap demi bumi kita yang tersayang!!!!

Tuesday, March 24, 2009

SUNBURST 2009

21 Mac 2009 SABTU

Pic: me with 21st Night (sehari sebelum Sunburst)

Sunburst kemabali...yup ini tahun kedua selepas kejayaan Sunburst 2008 di tempat yang sama iaitu di Bukit Kiara Equestrian Club. Cuba bezanya kali ni cuma ada 4 stages sahaja tidak seperti tahun 2008 yang ada 6 stage. Ada lebih daripada 30artis terlibat.
Pic: Me and Nidji

Sebelum Sunburst Adi dah menemuramah beberapa artis yang terlibat untuk Sunburst 2009 ini. Antaranya Maliq n d'estential, Butterfungers, Nidji, 21st Night, dan ramai lagi.
Pic: Suasana di sebelah petang , tak ramai orang lagi..

Adi sampai ke lokasi dalam pukul 4ptg, mencari cari tempat nak parking kereta...dan kena"pow" dengan brader parking tu yang meletakkan charge sampai RM15...aik....kalah hotel valet..uhuhuhu..

Adi: Aik! mahalnya brooo..kalah hotel punyer parking...
Brader parking: Setahun sekali....lagi pun sini selamat ada orang jaga...

Brader tu cuma senyum jer..malas nak layan dia lagi pun member tengah tunggu..bayar jer la RM15....janji kereta selamat..

Sampai kat main gate , suasana agak tenang walaupun ramai orang, tak macam tahun lalu..mcm kelam kabut sikit.Mungkin tahun lepas hujan lebat kot...

Pic: Bersama DeadMushroom

Lepas masuk jer , dah telefon berdering, krew untuk ERA TV dah cari untuk interview artis, wah dapat jumpa artis lagi..hehehe...so sebelah petang ni takde la nama besar.Yang ada band band baru dan jug aband band yang nak naik jer..

Pic: Sharon dan Kireen (krew Era TV)


Adi jumpa DeadMushroom ni yang juga di anggotai oleh suami Vaneeda Imran iaitu Shidee sebagai pemain gitar..diarang ni dulu famous giler kat gig gig...now nak buat comeback...setelah 6 tahun tak buat show...hehehe...maklumla semua ada kerja memasing.



Pic: Artis pun bukak gerai cenderahati..

Kawan - kawan Adi tadii bagitahu semasa Adi belum sampai diarang nampak Jonathan Davis, iaitu vokalis KORN dengan selambanya berjalan -jalan di padang konsert....Huh?..alamak terlepas peluang la nak jumpa dia...aisyehh...nak intrview dia pun tak leh sebab diarang tak buat sidang media..tgok dari jauh jer la...santai gak konsert kali ni..macam berkelah la..sambil Adi membeli 10 ketul KFC dan makan bersama kawan -kawan....errr Adi habiskan 4 ketul..sebab terlalu lapar, dari pagi tak makan apa-apa..hehehe...makan sambil tengok persembahan dari artis luar ..

Pic: Nidji memulakan kehangatan konsert di sebelah malam!!

Nidji dan Estranged memulakan sesi sebelah malam dengan begitu bertenaga sekali..yeah..baru la rasa konsert..kalau tak duduk jer...hahaha...Estranged memberikan penonton warm up untuk konsert seterusnya dan Nidji menerusi Giring terus membuatkan penonton terhibur dengan aksi bertenaga diarang..kali ni Nidji muncul dengan costume yang di tempa khas ..seragam semuanya macam askar...Giring banyak bagi pesanan keamanan sepanjang persembahan mereka...cool.
Pic: Giring dari Nidji sedang beraksi


Pic: Tersenyum kepenatan...kaki dah gigil ni sebab lama sangat berdiri.


Pic: Butterfingers beraksi..


Lepas Nidji terus berpindah ke pentas sebelah..Yeah ..Butterfingers la...tapi Loque takde sebab dia kat US lagi...hari tu dia balik untuk unplugged show kat Istana Budaya 2 bulan lepas. Persembahan pertama boleh tahan..tapi lepas tu persembahan Butterfingers agak slow la malam ni..mungkin jugak sebab takde loque..tapi pemilihan lagu pun agak macam tak kena..sebab banyak lagu moderate jer..lagu berhantu "Chemistry" pun takde...alahai...macam kurang perasa dalam persembahan Butterfingers malam ini...Tapi Emmet dah mengaku dah yang dia rasa tak seronok masa Adi interview dia untuk ERA TV.Lepas dia perform terus Adi kejar Emmet sebelum dia balik...Emmet dah nak berhijrah ke Canda dah lepas ni..duduk sana terus..dia pergi bulan May ni katanya..semasa interview Emmet ni la Adi terlepas nak tengok persembahan Maliq n d'Essential...

Pic: Emmet- Vokalis Butterfingers.

NERD!!!! ( No one Ever Really Dies)Heyyy!! ini adalah salah satu band yang menarik perhatian ramai..di terajui oleh Pharrel..walau pun Pharrell ni banyak buat kolebraasi dengan ramai artis hip hop..tapi actually music asal dia untuk NERD ni adalah Funk Rock!!!..Pharrell ni memang kreatif, jadi tak heran la kalau dia banyak bekerja bersama Mariah Carey, Justin Timberlake, Gwen Steffani...perghh nama besar semua..

Pic:Pharrell in action.

Adi takde lah mengikuti music NERD ni..tapi nama NERD ni cukup gah gak la kat sini..haha..so layan jer la...budak budak pompuan suka la...hahaha


Masuk lagu yang ke empat..baru jer mula dalam 15 saat..Pharrell dah jerit..."stop the music !! Stopp!! .. Alamak ...kenapa ni?...laaa rupanya si Pharrell marah kan penonton yang ada kat depan stage tolak menolak orang lain ..dia naik hangin la kot...terus dia tuding mamat yg buat hal tu...lepas tu dia siap sound lagi mamat bodyguard yang ada kat depan stage....

"You are not a bodyguard!! u just stand there and take photos...u dont care bout the ppl...ppl come here pay their ticket and wanna enjoy ..if like that than hold them..just let them in if thats they wanna do!!"

Penonton terus bersorak menyokong Pharrell...hahaha....betul betul marah dia dengan bodyguard tu...terus peminat dia masuk dan berdiri depan stage ..betul betul di hadapan tangga stage..hahaha.....bodyguard tu blah la kot boss dia dah panggil mengaadap...hahaha

Pic: Pharrell mengamuk!!!

NERD terus sambung persembahan...hadus..ingatkan dah habis dah....sekali lagi Pharrell mengamuk lepas habis menyanyikan satu lagu..dia menjerit kat seorang mamat ni(penonton)

"You!! You!! Stop pushing other ppl!!! If u gnot stop it , i warn u , im gonna stop the show!!!"

Hahahaa..marah lagi si Pharrell ni..hahaha...actually dia buat cam ni sebab nakkan peminat dia tengok konsert dengan selesa dan juga enjoy..kalau dah bertolak tolak nanti ada yang jatuh atau terpijak..kesian la...dan dia kata dia bertanggungjawab ke atas semua peminat dia yang dtg untuk menonton persembahan NERD malam ni.....hmmm betul tu Pharrell...lepas tu persembahan di teruskan termasukla Pharrell menjemput hampir 50 orang penonton naik ke pentas untuk menari dengan dia...wahhhh meriah....

Pic: Malaysia!! Make some noise!!!

Persembahan NERD berlangsung selama 1 jam ..memang puas hati dengan persembahan NERD..terutama aksi Pharrell dan suaranya yang unik..hahaha

Pic: KORN!!!!!!!

Arghhhhh inilah tujuan utama Adi dtg ke Sunburst 2009..sebba nak tengok KORN!!! Yup...band Nu Metal yang banyak peminatnya di seluruh dunia..actually diarang dah 6 bulan tak buat persembahan....takde show la tu kot....jadi diarang datang kat KL ni nak pulun habis habisan la...hehehe

Nampak jer bayangan anggota KORN dah semangat dah!!..takde nak say hello ...terus mereka memulakan persembahan ..yeah....habis satu lagu Jonathan Davis sedut oksigen yang di sediakan di atas pentas...semout sebab panas kot Malaysia ni ..hahaha...habis satu lagu mesti dia sedut oksigen ni...

Pic: Jonathan Davis yang dah gemuk..hehehe..tapi suara tetap power!!

Hallamak..memang berbaloi lah dapat tengok KORN ni...sebelum ni tgok kat TV atau CD jer...sekarang depan mata....Adi layan sensorang jer...penyamai ER A yang lain tak nampak batang hidung....hahaha..sampai kaki melecet dua dua belah....hahaha..harap harap lepas ni Sunburst boleh la bawak RHCP, Coldplay, Metallica, SOAD(boleh ker?..hahaha) ..tak pun paling koro....Jonas Brothers...hahaha...no no tidakkkk!!!!!! hahaha...

Main Badminton..

Pic: Nak lawan kami?..boleh...hehe..(Roslin, Farouk , me and Budy)

Alhamdulillah sekarang ni Adi dah bergiat aktif balik main badminton setelah beberapa tahun tak pegang reket..kalau ada pun dalam setahun tu dua tiga kali jer main..but now dah main lagi..setiap minggu sekali ataupun 2 kali seminggu...bukan apa..inilah sukan yang Adi boleh main dengan baik dan senang nak turunkan berat badan...huhuhu...memua Azhari(PA Meta-Dome ) yang ajak main, so Adi turun la..sekarang ni ahli terbaru kami ialah Mawi..haha..boleh tahan gak la mamat ni main...ada strok jugak la...

Pic: Mawi bagi "peace" sebelum main...

Selain itu ada bebrapa selebriti yang main antaranya Abg Farouk, Azrul Raja Lawak, Kumpulan 6ixth Sense, dan kekadang Pretty Ugly dan yang paling best...pemain negara Roslin Hashim pun main jugak...walaupun sebelah pagi dia dah ada latihan kat Bukit Kiara..tapi sebelah malam dia sudi gak main ngan kitarang..walaupun kitarang n takde la teror mana pun...hehehe...


Pic: En Farouk berbangga dapat beregu bersama Roslin dan menggunakan raket yang sama seperti Roslin...tag team nampak?!!! Huhuhuhu

Hari tu kitarang ada lawan dengan team WINGS...hahah..untuk amal Palestine..kitarang kalah satu perlawanan..tapi takper la...just suka suka...hehehe...

Wednesday, March 18, 2009

Sehari di hari jadi


My new netbook..hadiah untuk diri sendirik...hahaha...senang nak bawak kehulu kehilir..

Ramai yang nak tahu apa Adi buat sepanjang hari jadi semalam..hahaha..ada yang tanya buat makan makan kat mana?..parti kat mana?..lepak mana?..haha...selepas kerja semalam Adi jalan jalan kejap ke Midvalley , ingat nak beli barang...tapi barang tu takde lagi..so balik dengan hampa..balik rumah kodek kodek Netbook Adi yang baru beli..terus main games kejap...

Nougat yang sedap giler...

Ada kawan adi bagi nougat ni sebagai hadiah..dia bagi satu beg kecil la..ada dalam beberapa bar nougat ni.....nougat yang berupa susu pejal dan dalamnya ada kekacang...agak liat tapi rasanya lebih sedap dari coklat yang biasa..dan agak mahal sikit la..sesiapa pergi Turki atau Iran, jgn lupa beli nougat ni yer..sebab kat sana banyak dan murah...kat Australia pun ada jugak..ada kawan ofis adi belikan Adi nougat masa dia pergi Spain..sedap giler...dari situlah adi jadi giler dengan nougat ni...so petang lepak la kat rumah dan tido...hahaha,,Malam ni ada Parti kat USJ...hehehe


Eman tgh menahan kesakitan..tapi boleh tersenyum jugak..sian dia

Haaa..inilah parti harijadi Adi..iaitu bermain futsal dengan member Era dan juga pendengar Era yang biasa datang ke lokasi lintasan skuad Era Avanza..yup..seronok dan semangatnya untuk bermain..tengah kitarang main... sekali seorang member kitarang iaitu Eiman terjelepuk kat tengah padang la...alamak...naper lak ni..dah semua kerumun dia...hmmm rupanya kecederaan yang pernah Adi alami beberapa tahun lepas kena kat Si Eiman ni...lutut dia terkeluar dari soket dia...adusss sakit lah...terdiam si Eiman ni menahan sakit ..tapi tengok muka tahu dah dia dalam sakit teramat sangat ...dah kenalah usung dia keluar...uikss..dulu lutut adi kena cam ni jugak masa berlatih bola...sekali lutut Adi "meletup" dan terus karier bola pun berakhir..sedih tau...

Pic: Bersama pendengar ERA yang turut serta main Futsal dengan Adi.

main futsal sampai pukul 1130 malam 2 jam jugak la..dan balik ke rumah....mandi mandi dan siap sedia untuk tengok games Piala FA England Arsenal Vs Hull City..itulah citer seharian Adi masa hari jadi semalam, actually Adi tak suka sangat sambut harijadi ni..yang penting mak Adi ucap hari jadi kat Adi dah cukup dah...hehehe...dapat sms subuh semalam dari mak Adi..

"Bangun2! mak dah ada baby besar, subuh lagi dah buang air, ha ha ha . Selamat hari Jadi yang ke.....semoga jadi anak yang soleh dan anak yang cemerlang dan di berikan kekuatan dan rezeki yang banyak, AMIN! "


Senyum dan seronok dapat SMS dari mak!! terus Adi balas SMS mak Adi ...

"Abang sayang mak dengan bapak!!!!"

perasan tak..mak Adi tak tulis umur pun Adi dalam SMS dia.....hahaha...naper yek?...apa apa pun terima kasih kepada yang hantar ucapan dan hadiah dan terima kasih juga sebab mengingati Adi selalu.......terima kasih kawan kawan!!

Monday, March 16, 2009

17 MAC datang lagi.....happy birthday to me!!!


Macam biasa..usia dah bertambah....usia dah bertambah...usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....adakah semuanya dah lengkap di usia 30an ini??...belum lagi...ada 3 benda besar lagi yang Adi tak capai lagi..hahaha...apa dia tu..?..takleh citer lagi la..tapi Alhamdulillah, masih lagu bernafas di bumi fana ini..terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan kepada Adi...masih ada juga yang ingat kat budak dari Tg karang ni.....cuma semalam semalaman asyik berfikir.....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....usia dah bertambah....Alhamdulillah!!!

Sunday, March 15, 2009

Drama Sebabak ERA

SABTU 14 MAC 2009


Pic: Din Beramboi VS APek....???!!Kalau jadi mesti gamat!!

Assalamualaikum, hahaha lama jug atak update blog ni...sorry la sebab sibuk dan takde masa yang betul betul nak diluangkan..alhamdulillah sekarang boleh la..Ok..majlis Kemuncak Drama sebabak Era yang diadakan sepanjang 2 minggusejak awal Mac lagi..telah menemukan 10 peserta yang bertarung drama sebabak dengan Din Beramboi

Pic: Pak Nil dan Ray yang kepanasan...sebelum hujan turun dengan selebat- lebatnya..

Acara bermula jam 2 ptg..Tapi pukul 1ptg Adi dah terpacak dah kat Maju Juntion mall ni..sebab Adi dan Nana merakamkan program untuk ERA TV. Hahaha..so kenalah tengok Khamis ni (19Mac)..

Pic: Abg Din, Saiful Apek and me...upacara bergambar kenangan..

Apabila masuk jer peserta yang ke 8..hujan turun dengan lebatnya..betul betul lebat la...walau macam mana pun acara kena di teruskan..yang respeknya...masih ada juga yang tak berganjak dari depan pentas ...ramai yang sanggup berhujan...pelik kan?..tapi itulah kenyataan yang kitarang nampak sendiri...perghh

Pic: Peace!!! Pakej..kasut dan baju matching!!!Bersama Lan P.A Paknil

Antara artis yang membuat persembahan ialah Reshmonu, Mila, Dina, 6ixth Sense, dan juga Bunkface..Mila dan Bunkface adalah artis yang membuat persembahan ketika hujan turun dengan lebatnya..alhamdulillah semuanya baik belaka dan penonton pun ramai juga yang memberikan sokongan kepada Mila dan Bunkface.

Pic: Resmonu...tersenyum puas selepas buat persembahan..Anok Anok!!!


Pic: Sementara ada peserta yang sedang beraksi..peserta Drama Sebabak yang lain pula menonton dari belakang stage untuk ambil ilham..hahaha


Pic: Inilah juri-juri kami...Fasha Sanda, Norman KRU dan juga Apek!! Ni masa mereka buat sidang akhbar selepas pertandingan dah habis...Apek tetap pose!!




Pic: Bunkface sedang membuat persembahan di hadapan peminat dan dalam hujan lebat!! Giler ahhhh!!!



Pic: Bersama Pemenang Masyudi dan Hafiz(kanan Adi)

Yup...pemenangnya ialah Faiz dengan lakonan sebagai anak tiri dan Din Beramboi sebagai Mak Tiri....Faiz memang menghiburkan mengundang gelak ketawa penonton..dan berjaya membawa pulang RM30 000...wow!! Bayangkanlah!!Inilah namanya rezeki di hari Hujan..Manakala naib johan milik Masyudi dari Kem Sg Besi berlakon dengan Din Beramboi sebagai banduan yang lepas lari....Masyudi berjaya membuatkan Din Beramboi terdiam..hahaha...buku bertemu ruas...dan Masyudi membawa pulang RM10 000.Tahniah diucapkan pada yang menang....InsyaAllah lain kali kita buat lagi!! hahaha