Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA!!!


RABU 1 OKT 2008


Selamat Hari Rayaaaa!!! Hey sedar tak sedar dah raya balik dah..rasa macam baru semalam jer raya tahun lepas dah berlalu. ...Ini tahun pertama ADi beraya sebagai salah seorang penyampai ERA! Hahaha..macam tak percaya lak. Tak pernah nak bermimpi akan bersama ERA tahun ni.Inilah namanya rezeki . Ehh..apa Adi melalut ni..

Ok..cerita pasal raya..Hahaha..sejujurnya..tahun ni Adi tak rasa nak raya sangat. sebab dari awal dah tahu kena kerja masa Raya. Yup..kat situ dah kill semangat raya Adi..hehehe..maksud kat sini..bukannya Adi tak suka kerja..malahan tak sabar nak kerja di hari raya..tapi in term nak berhari raya..tahun ni cukup berbeza dari raya raya 29 tahun yg lepas. Hehehe..



UCAPAN RAYA ADI UNTUK SEMUA

Raya tahun ni cuma cuti raya pertama la. Hehehe. Raya pertama biasanya memang Adi takde kat rumah, sebab balik ke rumah nenek kat Bt 23 Sg Nibong , kat Sekinchan.Huhuhu.. satu hari suntuk Adi akan kat sana, mengunjungi keluarga di sana. Makanan yang paling Adi tak sabar nak makan ialah ketupat dengan rendang serta kuah kacang yang sedap! Yeah...

Apa-apa pun Adi nak mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin, sepanjang perkenalan kita Adi ada terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa..setiap orang ada kelemahannya..InsyaAllah nanti Adi akan cuba update apayang berlaku kepada Adi sepanjang raya ini ok!! SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! SAYANG KORANG SELALU!!!!

Thursday, September 25, 2008

Berbuka Puasa bersama Pendengar Era - Shasha.

KHAMIS 25 SEPT 2008

Ok kali ni , kami berkunjung ke sebuah lagi rumah pendengar setia Era yang telah menjemput kami melalui telefon atau sms..ketika kami buat topik "berbuka bersama Anda" 3 minggu lepas. Minggu pertama kitarang berbuka dengan Lynda di Shah Alam.Minggu kedua pula, sepatutnya kami berbuka puasa di bangi, tetapi di sebabkan ada masalah , maka kami tak dapat pada minggu kedua. Tapi utk minggu ke -3 ini kami menerima jemputan dari Shasha dari PJ . Kalau orang lain menjemput menerusi talian telefon dan keudara On Air..beza pula cara si Shasha ini, apabila dia menghantar sms hampir 2 muka surat kepada Pagi@Era...wow..banyaknya. Demi menghargai kesungguhannya utk berbuka bersama kami, maka kami dengan berbesar hati..menerima jemputan dari Shasha di PJ.



Pic: Kereta bini Kieran..eksiden

kami berjanji nak jumpa kat steyen minyak kat depan Giant Kelana jaya..jam 6ptg. Bila Adi sampai kat sana, Kieran dah sampai dah..tapi yang mengejutkan kereta isteri Kieran yang di pandu oleh Kieran dah tersondol teksi la sebelum tu..aiyaaa...malang tak berbau. Nasib baik diarang berdua ok jer. So moral kat sini, memandu lah perlahan lahan dan berhati-hati ..terutama kalau jalan tu sesak ok..kekadang susah nak budget jarak antara kereta depan kita.


Pic: Kieran dan Yang(bini Kieran) yang masih dalam keadaan terkejut!

Nah, masa time ni LDP memang tg sesak giler, orang nak balik rumah dari kerja la kan..sementara tu kami tunggu nana dan Brian (boss Era) datang, kitarang lepak - lepak la sambil tengok tengok kereta Kieran. Nor(Penerbit Pagi@Era) dok membebel ajer kerja nya dari tadi...agaknya dah lapar sangat yer Nor...Hehehe

Pic: Inilah Nor, penerbit Pagi@Era yang brutal tu....sweet pulak ko pakai baju kurung Nor!!

Nor: Adi!! Naper ngan Kieran tu...?...dia nyanyi lagu apa tu?..
Adi: Biarlah dia..tgh hiburkan hati yang susah la tu..
Nor: Lagu apa tu ha?..aku tak pernah dengar...
Adi: Ha ahla...Oooo ni lagu Elliza..yang tajuk A.E.I.O.U....cess mamat ni laju giler dah hafal lagu
tu..
Nor: Ooooo yer ker...

Kitarang pun terus tunggu Nana tiba sambil dengar Kieran nyanyi lagu Eliza tu ikut handphone dia..huhuhu...Bila Nana tiba jer..terus kitarang bergerak..sebab dah lambat sangat ni..hhuhu..jam dah tunjuk 6:45 ptg dah..

Pic: Tuan rumah..Shasha dan kawannya kat belakang tu..Liyana

Adi mendahului rombangan kami dan Alhamdulillah , dengan bantuan GPS , Adi berjaya menjejaki rumah pendengar setia ERA ni sampai la depan rumah dia...hehehe..senang jer...rasa kembang sikit la..mungkin diarang kat belakang tertanya-tanya..cam mana Adi tahu rumah pendengar ERA ni..huhuhu....rupanya bila sampai kat rumah pendengar ERA ni..Adi lak kena marah..sebab laju sangat...barulah sedar...bila sampai kat lokasi..adi dah tertinggal diarang agak jauh ...sorry kawan-kawan...takut nanti berbuka di dalam kereta lak..huhuhu...

Pic: Tengah tunggu waktu berbuka la ni.

Oklah , biarlah Adi kenalkan pendengar ERA yang sorang ni, nama dia Alysha..tapi nama manja nya Shasha..Kami di sambut oleh Shasha dan juga rakan baiknya Liyana ptg ni. Hehehe..perkara pertama yang Adi fikir masa ni ialah...

"Cantik dan besarnya rumah!!!!"

Kami di sambut dengan penuh mesra oleh Shasha dan Liyana serta keluarganya dengan penuh mesra. Ada ibu -bapa , abang , kakak ipar dan juga pembantu peribadi Ibu Shasha menyambut kami.Terima kasih.

Pic: Bergambar sebelum berbuka puasa dengan keluarga Shasha.

Oh yer, Kalau tengok gambar di atas mungkin ada yang kenal bapa Shasha ni....yup! gambar dia banyak keluar kat surat khabar dan juga kat berita TV 2 minggu lepas..hehehe..Yang menariknya Ibu-bapa Shasha cukup sempoi melayan kami..sampai kami lak naik segan dengan layanan mereka. Huhuhu..Sementara nak tunggu buka puasa, kami pun bergambar beramai-ramai dulu, nanti berbuka boleh lah borak - borak sikit. Masa nak berbuka Pak Tam dan Rizal pun tiba..diarang ikut jalan lain..tu yang lambat tu..

Pic: Adi bersama Shasha dan Liyana


Pic: Mari berbuka!! Meriah kan?!!

Menu hari ini yang di sediakan oleh keluarga Shasha ialah Nasi Beriani dan juga Nasi Dagang..perghhh sedapnya!!!Dah lah tgh lapor..dapat pulak nasi...hmm tambah 3 kali la adi..Kieran pun sama jugak..heehehe...sempoi.


Pic: Dah kenyang..hati pun senang

Sambil berbuka puasa , Kami berborak sedikit dengan bapa Shasha, macam -macam benda lah kami tanya kat dia..hehehe..takleh la citer kat sini..Puas hati juga bila kita dapat dengar sesuatu citer tu dari mulut orang itu sendiri...betul tak?..Yah!! Tapi ayah Shasha tak dapat lama bersama kami, selepas berbuka dia terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis di luar..

Pic: Tak tahu la diarang ni giler bergambar kot?..kat meja makan pun nak bergambar..hehehe

Habis berbuka dan lepas solat maghrib, kami ambil angin pula di luar rumah, dan sambung berborak sedikit..huhuhu..Adi lak pusing pusing ambik gambar dan tengok kecantikan rumah Shasha ni...Pak Tam pun ada jugak..Pak Tam adalah orang yang pertama lepak kat luar..Adi lak duk sibuk ambik gambar..tiba -tiba Pak Tam usha Adi...

Pak Tam: Oii!! Nak pergi mana tu..kolam depan tu..
Adi: : Mana?
Pak Tam: Tu depan ko tu..apa?!!..
Adi: : Ya ampun!!!...aku ingat lantai tadi..nasib baik..kalau tak aku kecebuss!!!!

Pic: Kolam renang menghadap lapangan golf!!! Nice view!!

Hahaha!! Duk sibuk ambik gambar, tak sedap depan Adi ada kolam renang, di sebabkan kolam ni adalah kolam renang infiniti..so tak perasan sangat..Bulatan putih yang kat atas tu ialah dasar kolam...hehehehe..aduss..sikit lagi nak masuk kolamm....ala..kalau masuk pun takde apa-apa...bertukar menjadi Kintel la..huhuhuhu..Kolam renang dia memang cantik sangat, sebabnya mengadap ke lapangan golf..huhuhu...kalau rumah Adi kat kampung , belakang rumah ada kebun sawit...tapi belakang rumah Shasha..ada lapangan golf...huhuhu..dasyat!!.



Lepak -lepak kat rumah Shasha..


Pic: Kad Raya dari Liyana yang ditulis sendiri pakai tangan..ini sampul suratnya..agaknya ni masa Liyana rajin kot..huhuhu..Thanks Liyana!!


Pic: Kad Raya yang Liyana buat untuk Nana, katanya tak sempat siap....hehehe..atau dah penat nak buat Liyana yer?..

Sambil kitarang lepak - lepak kat luar ni, Ibu Shasha pun ada jugak, dia pun bercerita tentang projek dia , nak membantu mereka yang susah di Kelantan. Banyak profile family orang yang memerlukan bantuan di tunjukkan kepada kami. Hmm..memang sedih juga la bila tengok gambar-gambar dan profile yang di tunjukkan oleh ibu Shasha..InsyaAllah ERA akan menyokong aktiviti kemasyarakatan yang ibu Shasha nak lakukan.

Tetiba kawan Shasha iaitu Liyana bagi kad raya kat kitarang, mak aiii..rajinnya dia ni..mana taknya , kat sampul surat kad raya dia..tertulis penuh dengan nama Adi..mak aiii...tulis tangan lak tu..pastu dengan pelbagai warna ..di buatnya..alahai..terima kasih lah Liyana..thanks atas kad raya ni...Abg Adi hargainya...agaknya berapa lama la Liyana ni habiskan masa untuk buat sampul kad raya ni...huhuhuhu...Tq! Tq!

Nana: Kenapa kad kak Nana tak macam Abang Adi punyer?..
Liyana: Tak sempat buat la kak Nana, tapi kat tepi -tepi tu ada nama Kak Nana...

Hahaha, Nana sudah jeles la pulak..terus muncung 14 inchi..huhuhu..



Kieran buat lawak!! huhuhu




Pic: Nana main PinBall

Lepas berborak, kami di bawa oleh Shasha dan abang nya meninjau ninjau sudut rekreasi kat rumah diarang kat tingkat atas...wallaweii ..macam -macam ada kat sini..Fuzzball ada, pinball ada, pool table ada, kuda kayu pun ada,!! Hmm kalau macam ni , tak yah keluar rumah pun takper..huhuhuhu...

Pic: Kieran tunjuk skill..boleh tahan dia main...huhuhu


Pic: Fuzz ball....teringat masa zaman kat akademi AF dulu...hari -hari main benda ni..

Kami takde la main sangat, just tengok tengok jer...lepas tu Abang Shasha ajak tengok studio dia kat bawah..hehehe..pucuk di cita, ulam mendatang..yeah..seronok ni..hehehe. Masuk masuk dalam studio dia..wallaweiii ..Pak Tam terus sambar Les Paul Gibson ...Gitar ni harganya RM10 000 ke atas.. Adi lak tertarik dengan PRS...gitar ni di pakai oleh Santana..huhu..harganya..mestilah mahal!!!..Ada gak gitar -gitar lain yang Adi tengok..cthnya seperti ESP..yup..gitar yang selalu di pakai oleh Metallica...huarghhh ganas!!!Dalam studio ni semuanya lengkap dengan rack dan amplifier Marshall..wallaweii..rambang mata Adi..cuma drum setnya menggunakan drumelektrik untuk mengelakkan terlalu bising agaknya..yeah..but still nice!!!

Pic: Gitar PRS


Pic: Pak Tam dengan Les Paul Gibson..cess ..gitar idaman Adi ni!!


Pic: Rizal mencuba drum elektrik dari Roland!! Cool!!..ko main macam main kompang jer Rizal?..


Pic: Perghhh ..tak dapat beli..pegang pun ok lah ..Adi dan gitar PRS

Yup! kami takde la sampai nak jamming sebab waktu terawikh dah nak tiba..just pegang-pegang dan ambik gambar..kami pun mengundurkan diri..Thanks kepada Shasha sekeluarga dan juga Liyana yang sudi menerima kunjungan kami...dan Adi nak ucapkan , Thanks kat pendengar ERA yang sudi menjemput kami melalui topik hari tu..InsyaAllah kalau kami masih berada di Pagi@Era tahun depan..kami akan buat lagi cam ni yer...apa-apa pun thanks sesangat kat ibu -bapa, Abang , kak Sue dan keluarga Shasha yang sporting dan cukup mesra melayan kami..Kepada Shasha, jangan sedih sedih kalau lepas ni berbuka puasa bertiga sahaja kat rumah tu nanti yer....Kalau rindu..dengar lah ERA selalu!!!Thanks!!!!

P/s: Sedihnya ..Ramadhan dah nak berlalu...:(


Sentuhan Murni @Era bersama Planta

SELASA 23 SEPT 2008

Pic: Kami dah bersiap sedia nak hantar kuih raya!!!!

Hari ni Adi dan Nana di tugaskan untuk menghantar kuih raya yang telah di minta oleh pendengar Era kepada mereka yang di sayangi..cthnya macam permintaan seorang bapa ni kepada penjaga anak dia....jadi dia telah meminta Era untuk menghantarkan kuih raya sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

Nama segmen ini ialah Sentuhan Murni @Era bersama Planta. yeah!!



Video di lokasi...Sedang menantikan hamper tiba..


Pic: Nana dan Adi bersama pemenang 1 di Pandan Jaya

Adi dan Nana menghantar kuih ni pada pukul 11 pagi..Nak di jadikan cerita , apabila kami sampai kat Pandan Jaya untuk menghantar kuih raya yang pertama...rupanya..kuih raya tu tertinggal la pulak kat Astro...Adussss...terpaksa lah Fadd (Ketua Skuad ERA) bergegas balik ke Astro..Jadi Adi dan Nana serta beberapa krew Skuad ERA tunggu jer la kat lokasi..hahaa..setengah jam juga lah kami tunggu...huhuhu...

Pic: Adi dan Nana melopong sebab kitarang tak dapat kuih raya..bagi orang jer..huhuhu


Pic: Gembira sakan dapat kuih raya dan barangan eksklusif ERA.

Fadd sampai jer, terus kitarang bergegas ke rumah yang pertama, lepas tu cepat -cepat kami ke lokasi kedua, sebab dah kesuntukan masa menunggu kuih raya tiba tadi..Lokasi kedua , kami pergi ke Cheras, dekat sebuah IPTS...seorang adik ni , mengirimkan kuih raya untuk kakaknya yang tercinta..hehehe....Kuih raya tu semua di taja oleh Planta..itulah ceritanya..lepas itu Adi dan Nana pun balik ke Astro...habis!!!!

Pic: Petikan Iklan Planta di Harian Metro , Jumaat , 26 Sept 2008

Tuesday, September 23, 2008

AKU NAK HIDUP PERCUMA DI ERA BERSAMA SHELL

AHAD 21 SEPT 2008

Pic: Pentas untuk para peserta akhir beraksi!

Hari ni Adi pulang ke KL dari kampung kerana ada pusingan akhir untuk "Aku Nak Hidup Percuma di ERA" yang berlangsung di The Mall Kuala Lumpur.

Pic: "Island" atau replika mesin pam minyak yang akan mencari frekuensi 103.3FM

Upacara bermula jam 2.00 ptg, Tetapi di sebabkan hujan lebat, maka acara bermula jam 2.30pm. Masa Adi dah sampai semua dah ada..kira Adi terlambat sikit la..hehehe..masa Adi sampai hujan tak turun lagi...cuma dah start mendung la..hehee..macam biasa..bila semua dah ada maka bermula la sesi penerangan oleh Pak Tam tentang agenda hari ini...tapi sebelum tu..bergambar la dulu yer...

Pic: Ambik ambar dulu..barulah kerja.
( Dari Kiri:Rizal, Pak Tam, Nana, Adi, dan Ray)


Pic: Pose terseksi dari kami


Pic: Shah Rukh "Adi" Khan dan juga Salman "Kieran" Khan.


Pic: Goodie bags yang di sediakan untuk para peserta akhir.


Pic: Para peserta yang bersedia mendaftarkan diri.

Jam 2-30ptg kami dah bersedia, para peserta pun dah sedia, maka kitarang pun mulakan upacara. Nana dan Kieran ambil tempat dulu sebagai pembukaan. Tanpa banyak bicara mereka berdua bermula dengan 30 perserta yangpertama, jumlah keseluruhan peserta ialah 87 orang.

Pic: Peserta "Aku Nak Hidup Percuma@Era" berdebar menanti.

Pic: Tuan tuan dan Puan-puan..kita mulakan sekarang!

Macam mana nak cari pemenang?..senang sahaja..kami ada sebuah replika pam minyak Shell , di mana kat replika pam minyak tu ada 4 digit yang sentiasa berdetik dengan laju dan terdapat sebuah panel yang ada 4 butang yang mewakili setiap satu digit yang ada kat replika pam minyak itu. Jadi para peserta di khendaki menekan butang itu dan pastikan digit itu berhenti dan digit-digit itu mestilah menunujukkan nombor 103.3..mewakili frekuensi ERA di lembah kelang. Hehehe..ini memerlukan skill dan juga sedikit tuah!

Pic: En Mustaza merupakan peserta pertama yang dapat berhenti pada 103.3


Selepas Kieran dan Nana mengadili 30 peserta yang pertama, nampaknya masih belum ada yang berjaya berhenti pada nilai 103.3, Adi dan Ray meneruskan acara dengan 30 peserta seterusnya. Dan Alhamdulillah semasa sesi Adi dan Ray ni, terdapat 3 orang peserta lelaki yang berjaya mendapat nilai 103.3 . Perghhh mestilah perasaan mereka teruja. Syarat menyatakan kalau sesiapa yang mendapat nilai yang tepat akan menjadi juara, tetapi jika ada lebih dari satu peserta yang berjaya mendapat nilai 103.3 itu..maka pusingan penentuan terpaksa di lakukan dengan para peserta yang berjaya tadi akan menekan butang sekali lagi...hehehe

Pic: Lat Ta Li Lat, Laili Tam Lung...hahaha..dah tua -tua pun tetap main Lat Ta Li Lat!

Untuk memulakan kembali pencarian Juara untuk "Aku Nak Hidup Percuma" , Maka kami terpakas bermula semula dengan buat undian secara "tradisional"...hehehe...dan En Mustaza telah memulakan cabaran, disertai 2 peserta yang kemudian. huhuhu.

Pic: En Mustaza menang!!!

Dengan penuh yakin dan tenang, En Mustaza memulakan cabaran dengan penuh bergaya apabila sekali lagi dia berjaya mendapatkan nilai 103.3 berturut...wow..kitarang macam terkejut giler bila ke upayaan En Mustaza mendapatkan nilai itu dalam jangka masa tepat 10 saat! Cayalah. Manakala 2 peserta lagi gagal untuk mengulangi kehebatan mereka dalam pusingan awal tadi....maka dengan ini, pemenang mutlaknya ialah En Mustaza dengan RM60 000 masuk ke poketnya..cayalah!!!!

Pic: Pakcik Kayoooo!!!!


Pic: Upacara penyampaian hadiah


Pic: Ambil berkat..mana tahu satu hari nanti Adi lak dapat Rm60 000! hehehe

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa di Rumah Cikgu Siti Hajar

ISNIN 21 SEPT 2008

Pic: Meriah!!..adus..macam mana nak diet ni?...

Petang ni Adi pergi ke rumah Cikgu Siti Hajar kat Ampang. Cikgu Siti Hajar ini adalah salah seorang cikgu kesayangan Adi masa AF1. Actuallysayang semua..yeah ..tapi Cikgu Siti Hajar ni agak rapat sikit sebab dia ni pun orang jawa..so senang la Adi borak ngan cikgu...hehehe..tahu tak , masa kat AF1 dulu , selalu kitarang cakap jawa kalau nak cakap agak - agak rahsia..walaupun ada mic dan kamera..tapi krew tak paham..hehehe..betul tak?..hehehe..Tapi bukan cakap buruk pasal orang..tapi pasal itarang la..student AF masa tu...hehehe...

Pic: Adi di samping 3 orang mak budak..dan bakal mak budak..hehe.
(Dari Kiri: Cikgu Siti Hajar, Atie, Adi dan Rosma)


Memang sejujurnya Adi dan rakan AF yg lain memang manja dengan Cikgu Siti Hajar ni..hahaha...mengaku jer la...ok ok berbalikpasal berbuka kat rumah Cikgu siti Hajar ni, Adi bertolak dari rumah dalam jam 6ptg. Dalam hati,rasa mcm tak sempat jer nak berbuka ni, sebab kena lalu highway MR2..Biasala time time cam ni memang jam gila. Nasib baik la tak jam sangat...cuma slow jer la. Sampai rumah Cikgu siti Hajar dalam jam 7ptg. Sama sampai dengan Atie dan suaminya. Rasanya kami yang terlambat..tak sabar nak jumpa kawan-kawan AF1 yang lain.
Pic: Senyum semua!!!
(Dari Kiri Duduk: Saiful(suami Atie), Atie, Cikgu Siti Hajar, Rosma dan Khai.)
(Berdiri dari Kiri: Adi dan Sahri
)

Ingat kan ramai yg dah sampai...rupanya hanya ada Khai, Rosma, dan Sahri..campur Atie dan Adi..cukup 5 orang jer yg sampai....hmmm geng AF1 yang lain ..hmm jangan tanya la...malas Adi nak citer...huhuhu..mungkin memasing sibuk atau tak lapang kot.

Bukan apa , Adi pun sanggup tak menghadiri jemputan berbuka yg lain semata-mata nak jumpa kekawan lama yg sama-sama dalam AF1 dulu..huhuhu..nampaknya hampa lagi la kali ni..hehehe...sedikit kecewa..:(

Pic: Dah besar panjang pun nak Cikgu suap!! Cess!! Tak malu!!..huhuhu

Tapi takpelah , yang penting Adi nak berbuka puasa dengan Cikgu Siti Hajar, masuk masuk rumah dia jer , nampak bayangan Cikgu..terus tersenyum..hmmm rindu kat Cikgu, lama tak jumpa..yeah!! Anak cikgu yang kecil , Afiq pun ada juga menyambut kami..hehehe..lepas salam-salam ngan Cikgu dan suaminya..terus anaknya yang kecil tu seret Adi ..ajak main badminton..hahaha..buleh?!...tinggal beberapa minit jer nak buka..demi tak nak hampakan Afiq..sempat juga Adi main badminton sambil pakai baju Melayu..alahai ...

Pic: Lepas makan , hati pun senang...

Hahaha, citer pasal menu lak..Suami Cikgu Siti Hajar , memang terer masak, yup..antara menu utama ptg ni ialah laksa asam dan juga masak asam pedas...wallaweiii..laksa!! Lama tak makan Laksa cikgu!! ..Kalau nak citer kesedapan dan kenikmatan serta kepekatan kuah laksa Cikgu siti Hajar..hmm susah nak gambarkan..korang cubalah sendiri..Adi kalau kat rumah Cikgu Siti Hajar , mesti tak malu nyer...tambah makan sampai 3 kali!!! hahaha..errr...lapar campur sedap...hehehehe..Disebabkan Adi memang "hantu laksa" ..maka tak sempat nak cuba masak asam pedas cikgu la..sebab perut dah penuh sangat...Tapi tengok gaya si Sahri dan Khai..diarang pun kuat juga melantak..hehehe...sedap la gamaknya tu..

Pic: Murid-murid! Ini namanya piano...bukan bongo!!!- Baik Cikgu!!!

Lepas makan , kami pun borak borak la sikit pasal diri memasing..hehe..sambil sambil makan kuih raya cikgu yang dah tersedia atas meja..alamak..kuih raya!! Layanlah!! ..

Atie, Rosma dan Khai dah kawin, so tahun ni ..diarang menyambut syawal dengan keluarga memasing la..huhuhu..seronok la gamaknya yer..huhuhu..Kata Khai dan Rosma , bulan 11 nanti diarang akan beraksi dalam Sehati berdansa....so undilah diarang nanti yer..huhuhu..ok kot..sebab Rosma dan Khai pun pandai menari..takde la macam Adi..keras..mcm lidi!!..huhuhu.

Atie lak katanya sedang berusaha untuk dapat baby...yeah!!Baby AF pertama la nanti..insyaAllah Atie..kalau ada rezeki nanti...ada lah tu...hehehe...Sahri, mcm biasala..nyanyi jer kerjanya..

Masa nak balik, cikgu bekalkan dengan laksa yang lebih..huhuh..rezeki..rezeki...dan laksa itu bertahan selama 2 hari oo..punyer la sayang nak makan....Adi buat makan sahur dan berbuka keesokkan harinya..hehehe...sedap oooo!!!Terima kasih la kat Cikgu...InsyaAllah nanti raya..kami serang lagi rumah cikgu..HUHUHU!!
Publish Post

Friday, September 19, 2008

Berbuka Puasa bersama Sinar Harian.

JUMAAT 19 SEPT 2008


Arghh, hari ni lepas kerja ingat nak balik kampung, sebab rasa macam takde benda dan boring lak. Tapi rasa nak balik tu jadi 50-50 lak..huhuhu..tgh tengok tengok email yg masuk ptg Jumaat ni, ternampak lah pulak email berbuka puasa dengan ERA bersama suratkhabar Sinar Harian kat Damansara. Hah!! Alamak...kena pergi ni. Terus Adi call Fadd (Skuad Era) dan Adi terus bersiap nak ke lokasi berbuka puasa ptg ni. Jadi kansel lah balik ke kampung. Takpela esok pagi balik la. Masa Adi keluar rumah tu, jam dah menunjukkan 620 ptg..hmm sempat ker ni?..


Pic: Suasana sebahagian ruang di dalam restoren Shrimpz

Nama restoren tu ialah restoren SHRIMPZ, terletak kat Aman Suria Damansara berhampiran atau bersebelahan dengan Dataran Prima PJ. Jauh jugak ni dari Seri kembangan nak ke sana, lebih -lebih lagi jam -jam cam ni..LDP mesti jam giler punyer..Kalau boleh Adi nak kejar Lintasan Skuad ERA yang akan berlangsung pada pukul 640 ptg..tapi rasanya tak sempat..mana tak nya ..sampai jer kat Toll Sunway..memang jam giler la..kereta banyak ..so bergerak perlahan - lahan la..dalam kepala Adi dok fikir...

"Macam manalah diarang ni boleh hidup hari hari dengan jam macam ni...hmmm"

Garu kepala juga Adi masa duduk dalam kereta sensorang sambil -sambil dengar lagu raya dalam kereta dan melalak sensorang untuk menghilangkan rasa bosan dalam jam...hahaha.

Pic: Serbu Makanan!!!

Adi sampai ke lokasi dalam jam 710pm..lebih kurang 5 minit lagi nak berbuka..haha, semua dah bersedia duduk kat meja memasin dan ada 10 pemenang majlis berbuka ini sedang menerima hadiah mereka dari ERA. Terus Adi di berikan penghormatan untuk bagi ucapan sedikit bagi pihak ERA. Lepas tu..tanpa berlengah lengah lagi..terus serang makanan yang ada!! yeah!! huhuhu..restoren ni menyediakan makanan Thailand, Restoren ini baru jer di buka pada bulan 8 lalu oleh bekas PM kita iaitu Datuk Seri Dr Mahathir dan juga isterinya..haaa..bukan calang-calang orang yang merasmikannya....sedap atau tidak?..biar Adi citer..

Pic: Hidangan utama yg Adi ambik...Sedap gilerr!!


Ok, permulaan ADi makan nasi goreng seolah olah macam nasi goreng tom yam, lepas tu ambik telur goreng, telur masin, sotong, ayam yang di carik carik..dah..sorry la Adi tak tahu namanya..huhuhu...bila masuk mulut jer ..mak aiii..sedap giler...memang sedap! Kalau lapar sgt memang la masuk apa jer sedap kan?...

Tapi yang ni memang betul betul sedap! hahaha...samai tambah lagi ADi makan tanpa malu -malu..buat rumah sendiri..huhuhu. ( malu lapor la..). Lepas tu Adi makan bubur keledek atau pengat keledek...pun sedap jugak..takde la tawar atau manis sgt..memang kena dengan citarasa Adi la..(citarasa korang tak tahu la) . Sebetulnya ptg ni, bukan hanya ada yang Adi sebutkan, tapi ada 35 jenis hidangan yang di sediakan untuk pengunjung..hmmm...tapi tak larat la Adi nak cuba semua...tangki kecil maaa...walaupun dah boroi..huhuhu...Ok ok..stop makan dulu , gi solat dulu..nanti kalau penuh tak larat nak bangun..

Pic: Ming Kam...Ming Kam..nak cuba?

Lepas solat, sambung makan, kali ni Adi cuba pulak hidangan unik kat restoren ni yang namanya MING KAM..hmm..pelik namanya..tapi Adi cuba jugak la makan..Mingkam ni di makan dengan meletakkan hirisan bawang , halia, udang , serai ,cili dan sambal khas..dan kemudian di letakkan di atas daun Kaduk! Lepas tu bungkus dan makan macam makan sireh..tapi tak yah la tonyoh kat gigi dulu..terus makan dan telan..

Pic: Daun Kaduk

Ini 1st time Adi makan daun kaduk, menurut tokey restoren, daun Kaduk ni baik untuk mencegah kanser...dan Adi makan daun tu, mentah - mentah jer....hmmm...rasanya?...tgok lah video bawah ni...




Pic: Bersama org kuat Sinar Harian , Pn Rusmin dan En Taquiddin


Pic: Adi Bersama Skuad ERA!


tepat jam 8mlm Adi pun mengundurkan diri, apa -apa pun nak ucapkan terima kasih kepada pemenag -pemenag yang datang, Sinar Harian dan juga pemilik restoren SHRIMPZ yang menaja majlis berbuka puasa ini, InsyaAllah nanti Adi dtg lagi ke sini dengan kengkawan..huhuhu.Kalau korang nak dtg ke restoren ni..bawah ni Adi sediakan map dan juga alamatnya ok...Cubalah..mesti tak menyesal!


Pic: Alamat dan No. Tel.

**P/s...arghhh masa nak buat catatan ni..tengok food tu ..dah berbunyi perut...arghh..dugaan ---1030am