Friday, August 20, 2010

Revkan Dunia bola!!!!

SABTU 7 OGOS 2010

Hari ni berlangsungnya acara "Revkan Dunia Bolasepak Anda" bersama Pepsi kat Bukit Kiara Equestrian Arena. Acarani melibatkan penyampai penyampai terpilih dari semua radio di bawah AMP .

Pic: Goodie Bags untuk pengunjung!

Adi bersama Burn mewakili Era berpeluang utk menjayakan permainan bolasepak yang unik ..iaitu 53 pemain lawan 53 pemain. Sempena dengan 53 tahun negara kita merdeka!

Pic: Para pemain berlatih fussball sebelum acara utama bermula!!


Permainan bola sepak kali ini agak berlainan, selain jumlah pemain yang mencecah 106 orang dalam satu pada..para pemain juga telah di ikat dengan tali yang diikat di antara dinding arena ni...dan juga ada 4 biji bola yang perlu di sepak dan perlu di masukkan ke dalam gol pihak lawan....memang unik dan menarik permainan ini.Lebih kurang macam permainan fussball la...tapi ini yang BESARRR punya!!!

Pic: Burn sedang beraksi!!! Nyanyi lagu "Ibu" lagi! hahaha...

Selain daripada tu ada juga konsert yang menampilkan Ferhad, Burn, Amy Mastura, Pop Shuvit dan ramai lagi!

Pic: Penyampai Radio AMP - Me, Anand (THR Raga) , RAM (THR Raga) Burn, dan Adam C (Hitz)

Selain kitarang, ada juga tokoh bola sepak yang datang utk turut serta dan memberikan sokongan , antaranya Dollah Salleh, Santok Singh, dan ramai lagi!!


Pic: Me with Dollah Salleh!!


Pic: Me and Amy Mastura satu team la!!! Huarghhh!!!


Perlawanan bermula jam 530ptg!! Mengambil masa 30minit untuk menyusun pemain dan mengikat mereka pada tali yang tersedia!! Pasukan Pepsi memakai jersey biru, manakala Pasukan Revive memakai jersey putih!! Amy Mastura pun main sekali dan dia sama team dengan Adi...hehehe...kelakar lah Amy ni...

Pic: Menyusun pemain-pemain!!

4 bola digunakan dalam perlawanan hari ini. separuh masa pertama berlangsung dalam jangka masa 20 minit! Rasa mcm sekejap jer...tapi bila main...perghh rasa lama gak la...terutama nak tunggu bola sampai kat kita...suasana memang gamat la....sebab semua memanggil bola...hahaha...Adi duduk bahagian tengah ..so tak boleh la nak shoot!! passing bola jer la...

Pic: Dah kena ikat!!!Cuma boleh bergerak sepanjang tali tu jer la...



Separuh masa pertama , Team Adi telah mendahului team Burn, dengan jumlah mata
PEPSI 23 - 19 REVIVE....lepas tu kitarang lepak jap dalam 10 minit....pastu kitarang sambung balik ...sampai lah team Adi memenangi perlawanan ini dengan mata .....


Dengan kemenangan team Adi ini, wang sebanyak RM10 000 telah diserahkan kepada Persatuan Kanser Malaysia. Kitarang pun dapat pingat!!!

Pic: Amy Mastura n me..kitarang tayang pingat yang kitarang menangi!!! Emas tu!!! hahaha

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan!!

Salam,

Adi nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua!! Jangan ponteng puasa ok!! kecuali uzur!!
1st time Adi berpuasa seorang diri di rumah sendiri...haha...persiapan puasa takde la apa sangat , cuma make sure dapur kat rumah siap sedia untuk bersahur jer la...sahur pun mungkin simple jer utk Adi kali ni...just makan oat jer...harap harap ok la...kalau tak ok...next day kena ubah menu la..hehehe....

Untuk korang semua..dengarlah lagu ini ..memang Adi suka lagu ni ....daripada Tompi -"Ramadhan Datang" ..best giler lagu ni!!




Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa

melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus

bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus

bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH


Harap harap tahun ni dapat lah buat sebanyak mungkin terawikh ...yup!!! InsyaAllah....apa apa pun Selamat Berpuasa dan beramal di bulan ramadhan ini ok!!! Take care semua!!!

Monday, August 9, 2010

Showcase KOTAK

Pic: Kotak sedang beraksi!!
JUMAAT 6 OGOS 2010

Hari ni Adi dan Dina pergi menonton persembahan dari kumpulan Kotak yang popular dengan lagu ""MASIH CINTA"....tahun lepas Adi terlepas menyaksikan persembahan mereka ...so kali ni Adi tak nak melepaskan peluang menyaksikan persembahan mereka sempena pelancaran album terbaru mereka....



Pic: Sama dengan Tantri (vokalis kotak)

Persembahan ini berlangsung di The Dragonflyz dari jam 9mlm hingga 10 malam...Kotak mempersembahkan beberapa lagu lama dan juga termasuk beberapa lagu baru yang "sedap" di dengar.....dan semestinya my fav song...wajib ada la....yang tak pernah dengar lagu "Masih Cinta" ...tengok la video ini...




Selain Adi dan Dina ..ada juga kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussein dan Estranged datang memberikan sokongan dan menyaksikan KOTAK beraksi...


Pic: Dengan Sera (guitaris KOTAK)

Kitarang kenal agak rapat memandangkan Adi bila jumpa diarang ni ...mesti cakap jawa...hahaha...diarang pu pelik cam mana ada budak KL cakap jawa...hahaha....dari situ kitarang kenal rapat la...

Pic: Yang paling jadi tumpuan ..Chua basist Kotak...

Adi pun tak sabar nak dengar album terbaru mereka...tgh tunggu la...Oh ya..kalau nak tahu..kumpulan KOTAK ni adalah gabungan daripada satu rancangan rialiti tv di Indonesia yang mencari vokalis, pemain gitar, drummer dan juga pemain bass dan menubuhkan satu band yang terbaik....maka wujud la KOTAK!!