Sunday, November 29, 2009

Terima Kasih Nana dan Imej Baru


Semua dah tahu Nana sudah berhijrah ke stesyen radio lain di bawah AMP iaitu XFM....radio yang pernah Adi naungi satu masa dahaulu. Memang Nana agak sedih untuk berhijrah sebab dia sayangkan sangat sangat ERA ni. Walau macam mana pun Adi percaya dia boleh membantu untuk menaikkan lagi rating di XFM..Selamat maju jaya kepada Nana....InsyaAllah....Adi pula sekarang ni dah ada partner baru...REZA...Burn pulak buat shift "honeymoon"...iaitu 10pagi - 1ptg..Walaupun banyak perubahan berlaku di ERA , di harapkan perubahan ini dapat memberi impak yang positif kepada semua...

Hari tu jumpa Nana yang bertugas buat pertama kali kat XFM...dia datang dengan pekej terbaru..ala - ala budak remaja lak...and kebetulan Adi pun baru je meng"gonjengkan" kepala ni..Sebab dah lama simpan cita cita nak botak ni....setelah hampir 10 tahun ..ini lah pertama kali Adi botakkan kepala...oklah..not bad...and kalau tidur ...dulu cuma tutup badan dengan selimut...tapi sekarang..kepala pun kena selimut juga la....sejuk rupanya...hahaha...

Friday, November 20, 2009

Kisah Polis dan Kitty

Kadangkala bila kita kena kacau dengan kucing kat mana sahaja...adakah korang tetap sabar dan melayan karenah kucing tersebut?..hehehe..Adi terjumpa video cute ini melibatkan seorang anggota polis yang sentiasa sabar walau pun sedang menjalankan tugas dan di asak oleh seekor kucing yang nakal..hahaha...

Wednesday, November 11, 2009

Pemain Bolasepak wanita paling ganas sepanjang zaman?...

Main bolasepak kadang kala boleh mendatangkan perasaan marah..bagaimanapun perasaan marah tu kenalah di kawal untuk mengelakkan dari terkena kad kuning atau kad merah dari pengadil..tetapi Elizabeth Lambert ni banyak kali buat kesalahan yang sepatutnya dia dikenakan kad merah..tapi nasib dia cukup baik sebab pengadil katanya tak nampak perbuatan beliau...aik?..pengadil duk sibuk tengok apa la tu?.

Tapi tak sangka pulak bila tengok video ni....banyak banyak pemain bolasepak kat dunia ni...Elizabeth Lambert ni jadi famous sebab permainan ganasnya di atas padang?...kalau korang kena buli macam player lain tu..apa korang nak buat?..hahaha...tgk sendiri video ni ok!!

Bermainlah bola sepak...bukan sepak orang!!


Petikan cerita Adi kat KOSMO.

Adi bijak tarik pendengar

Adifashla pada mulanya mencuba menjadi penyampai radio sekadar untuk mengembangkan bakat. Bagaimanapun, dia merasakan kerjaya sebagai penyampai radio sangat menarik.


ADI mengakui menjadi penyampai radio memberinya banyak pendedahan dan komunikasi yang berkesan.


MULA dikenali ketika menyertai Akademi Fantasia musim pertama, Adifashla Juraimi, 31, atau lebih dikenali sebagai Adi mula mengorak langkah sebagai penyampai radio (deejay) di stesen radio X-Fresh dan kemudiannya Era FM.

Pada mulanya, Adi menerima tawaran sebagai penyampai radio sekadar untuk mengembangkan bakat yang ada dalam dirinya.

Siapa sangka jejaka yang berasal dari Tanjong Karang, Selangor itu memiliki bakat luar biasa sebagai penyampai radio serba boleh.

"Tidak sangka kerjaya sebagai penyampai radio sangat menarik, kita bukan sahaja perlu bijak berkomunikasi, malah perlu bijak menarik minat pendengar," kata Adi yang berganding bahu bersama seorang lagi pelajar AF iaitu Burn dalam Petang di Era dari pukul 4 sehingga 8 malam.

Paling menarik ialah anda juga boleh mendengar segmen baru kelolaan Adi dan Burn iaitu Hikayat Mak Nani. Melalui segmen itu, anda boleh mendengar cerita lucu yang dimulakan oleh Adi dan Burn kemudiannya disambungkan oleh para pendengar sendiri.

Di samping itu juga Adi dan Burn membuka talian untuk pendengar-pendengar menelefon mereka dan berbincang pelbagai topik yang menarik.

Untuk mengenali Adi dan kerjaya pilihannya, GenK ajukan empat soalan kepadanya:




Boleh Adi ceritakan pengalaman sebagai penyampai radio?

Saya sudah sertai Era FM selama dua tahun. Sebelum ini saya bertugas sebagai penyampai radio di X-Fresh selama tiga tahun. Namun, selepas mendapat tawaran sebagai penyampai radio di Era FM daripada pihak AMP Radio Network, saya menerimanya.

Ternyata keputusan untuk menjadi penyampai radio berbaloi kerana mendapat banyak pendedahan dalam bidang muzik dan komunikasi.

Apakah cabaran Adi sebagai penyampai radio?

Kerjaya sebagai penyampai radio nampak senang tetapi sebenarnya tidak. Ia memerlukan seseorang penyampai radio mempunyai banyak idea ketika bercakap. Saya lakukan penyelidikan dan mencari banyak maklumat supaya apa yang dibincangkan tidak merapu dan berpandukan fakta.

Selain itu, seorang penyampai itu kena pandai menarik minat pendengar dan berbual dalam dalam keadaan santai.

Boleh ceritakan rutin harian Adi?

Walaupun akan ke udara pada pukul 4 petang, namun saya akan pastikan sampai ke pejabat setiap hari pada pukul 12 tengah hari. Saya akan memeriksa e-mel, mengemaskini blog, membuat penyelidikan atau mencari maklumat tambahan.

Selain bergelar penyampai radio, apa yang anda lakukan?

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran sebagai duta Perhilitan dari Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara. Tidak sangka tawaran itu muncul selepas Perhilitan membaca blog saya yang berkaitan lawatan-lawatan ke beberapa zoo sebelum ini dan projek projek alam sekitar yang pernah saya lakukan.

Sekurang-kurangnya, dengan tawaran tersebut saya boleh berbakti untuk membantu dan menjaga kelangsungan hidup haiwan-haiwan liar dan Taman Negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perhilitan, anda boleh layari laman web www.wildlife.gov.my

*Petikan daripada KOSMO (Selasa 10 Nov 2009)