Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa.


pic:Juadah berbuka puasa hari pertama di kampung ..

SABTU OGOS 2009

Hari ni dah mula puasa..Alhamdulillah masih lagi kita berkesempatan menyambut bulan yang mulia ini..for Adi puasa ni dah tak jadi masalah since kekadang waktu makan pun tak terjaga sangat..cthnya macam semalam bersahur dalam pukul 12 tgh malam...but masih bertahan sampai berbuka...bukan tak nak sahur lewat sikit..tapi biasanya kalau Adi terbangun pukul 430pg untuk sahur..masalahnya lepas tu Adi tak dapat tido lagi...terus terbeliak biji mata....hahha..bila sampai ofis ..baru la rasa ngantuk balik...so tak nak lah perkara cam tu berlaku..huhu...


Bulan puasa ni boss dah bahagi bahagikan cuti..memandangkan cuti kitarang banyak lagi..yang bestnya..boss paksa jugak ambik cuti..hahaha...time ni la kitarang (kat ERA) rasa macam rajin bekerja..tup tup...rupanya banyak lagi cuti ta ambik...Actually Adi tak suka sangat nak bercuti time puasa ni..yer la..tak dapat buat apa-apa..nak jenjalan pun..makan tak boleh...hahaha...yang ada kat kepala now..mungkin nak jenjalan kat Bandung...kenapa?

Sebab kalau pergi kat Bandung sekarang...memang seronok..sebab bulan Ramadhan kat sana meriah sangat...memang best la...cuba carik artikel yang Adi tulis kat blog ni 2 tahun lepas kot...hahaha..masa Adi berpuasa dan jenjalan kat Bandung..hahaha...and satu lagi yang menarik ialah waktu sahur..kalau kat sini sahur macam takde apa apa benda pun...tapi kalau kat sana...mak aiii....meriah giler..kebanyakkan tv ada rancangan LIVE masa sahur..untuk menggalakkan orang bangun sahur....diarang bagi hadiah yang menarik..termasuklah sebuah motorsikal setiap hari...hahaha...malah ada rancangan tv..bertajuk "Dasyatnya Sahur" turut diadakan....dasyat kan?!!!....Apa apa pun biila time time puasa ni..teringat kisah kisah zaman kecik kecik dulu..hahaha...banyak sangat nak citer.....tak yah la..lain kali jer..apa apa pun selamat berpuasa daan selamat menjalani ibadat ibadat yang lain ok...sampai jumpa lagi....:)

Thursday, August 20, 2009

Selamatkan Penyu....

Khamis 20 Ogos 2009

Hari ni tgh baca KOSMO....tertarik Adi dengan usaha 3 gadis untuk menyelamatkan penyu penyu yang ada di dunia ..terutama di Malaysia..mungkin usaha sekecil ini tidak la memberi impak yang besar ..tapi sekurang kurangnya diarang dah tolong serba sedikit utk menyelamatkan penyu penyu ....1st time Adi nampak penyu secara live kat Pulau Perhentian baru baru ni membuatkan Adi rasa dan teruja nak tengok penyu berenang di lautan..InsyaAllah ada masa nanti nak ambik lesen menyelam dan nak tengok hidupan yang lain...ok...yang tak baca lagi ..bawah ni ada peikan daripada KOSMO....selamat membaca dan Support usaha mereka..



SETIAP kali memandang ke arah haiwan marin prasejarah iaitu penyu, pastinya ia memberi gambaran yang cukup menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, haiwan ini turut mendapat perhatian umum setiap kali mendarat di pesisiran pantai untuk bertelur.

Ekoran bilangan penyu yang semakin diancam kepupusan, penyu telah diwartakan sebagai spesies haiwan yang dilindungi di bawah akta Perikanan 1985.

Haiwan yang dianggap istimewa ini didapati semakin berkurangan mendarat di pantai-pantai negara kita untuk singgah bertelur.

Menyedari hakikat itu, tiga gadis manis iaitu Grace Duraisingham, 26, Nelleisa Omar, 26, dan Chong Huey Meim, 29, mencapai kata sepakat untuk mengadakan kempen menyelamatkan penyu daripada terus 'dimamah' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, aktiviti seperti ini dapat mendidik dan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai agar melindungi penyu daripada ancaman kepupusan terutama kepada generasi muda yang tidak diberi pendedahan sepenuhnya mengenai habitat dan pembiakannya.


HAIWAN maritim ini mempunyai nilai yang tinggi sehingga menjadi barang seludup ke negara luar.

Menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Telur Rangers, skuad tersebut memilih untuk melawat 13 destinasi terpilih di seluruh negara dengan menaiki kereta Volkswagen.

"Penjelajahan kami mempunyai misi tersendiri iaitu untuk mengumpul 100,000 tandatangan bagi menyelamatkan penyu. Antara destinasi yang dikunjungi adalah Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kelantan dan Melaka.

"Keseluruhan perjalanan mengambil masa selama 13 hari dan sepanjang jelajah ini, kami mengumpul sokongan orang ramai terhadap usaha-usaha memulihara keselamatan penyu yang kian pupus," jelas Nelleisa ketika ditemui Kosmo! di Tropicana City Mall, Damansara, Selangor baru-baru ini.

Dalam penjelajahan selama 13 hari yang berakhir pada Sabtu lalu, misi mereka hanya mencapai sasaran 7,000 tandatangan sahaja. Ia jauh daripada angka yang disasarkan. Namun begitu, mereka tidak berputus asa kerana menganggap ia adalah satu permulaan yang baik.

Mengulas lanjut, Nelleisa berkata, setiap tandatangan yang diterima dalam kempen ini akan menyumbang kepada pembentukan perundangan melindungi penyu di Malaysia.

Katanya, menerusi penggubalan undang-undang yang holistik dan komprehensif serta penguatkuasaan, kehidupan penyu boleh dilindungi.

Nelleisa juga berkata, sehingga kini undang-undang melindungi penyu belum mencukupi manakala perundangan persekutuan yang sedia ada agak terhad.


Ditanya pula, bagaimana timbulnya idea untuk menjelajah ke serata negeri semata-mata untuk menyelamatkan haiwan tersebut, Nelleisa memberitahu, ia bermula sejurus kejayaan yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia iaitu kempen Egg=Life yang telah mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

Berikutan kejayaan itu, mereka bertiga merasakan sudah tiba masanya terutama golongan muda mengambil berat terhadap usaha-usaha pemuliharaan penyu dan ia boleh dilakukan dengan mendedahkan masyarakat berhubung bilangan penyu yang semakin merosot.

"Selepas ini, kami akan mendapatkan seberapa banyak tandatangan orang ramai untuk membanteras gejala haram mengambil telur penyu termasuk penjualan telur yang masih berleluasa serta penyeludupan telur penyu.

"Di samping itu, kami juga memberikan pengetahuan berkaitan penyu kepada seluruh penduduk kampung yang dilawati," beritahunya dengan penuh keyakinan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Grace melahirkan rasa bangga apabila penglibatan mereka di dalam kempen ini mendapat perhatian daripada WWF yang bersedia untuk bekerjasama dalam menjayakan sesi penjelajahan itu.

Meskipun telah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan mengambil berat berhubung masalah yang masih tiada penyelesaian ini, Telur Rangers merasakan inisiatif yang diambil itu mampu membantu dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemuliharaan penyu.

"Kalau kita lihat, memang kempen sebegini sering kali dilaung-laungkan. Tetapi sejauh manakah kesedaran masyarakat terhadap kempen tersebut dan adakah mereka tahu tahap kepupusan penyu semakin serius.

"Justeru, dalam masa yang sama, penjelajahan ini bertujuan menyebarkan maklumat penting berkaitan penyu," katanya yang juga merupakan kakitangan WWF.

Monday, August 17, 2009

Jelajah Era dah habis..

Pic: Berpiknik di Padang Dataran Pahlawan Melaka..


SABTU 15 OGOS 2009

Yawww.....akhirnya Jelajah Era berakhir juga di Melaka dengan jayanya.. Alhamdulillah setelah 10 lokasi sebelum ini, dan kami mengorbankan waktu hujung minggu kami ..akhirnya berbaloi juga..dapat juga kami menemui semua pendengar pendengar ERA yang di sayangi .

banyak kenangan pahit manis berlaku sepanjang Jelajah Era di laksanakan ...

Pic: Ketika sedang "on air" dengan para penonton di Melaka.

Kali ini di Melaka Adi dan Burn telah terpilih utk ke udara secara live dari padang Dataran Pahlawan ...hahaha...selalu on air kat studio ..kali ni..sambil duduk kat tengah padang pun boleh "on air"....(siaran luar)..best giler...Konsert bermula jam 5ptg..yeahh! Di sebabkan ini adalah lokasi yang terakhir..maka ada 2 sesi konsert di jalankan..iaitu sesi ptg yang bermula jam 5ptg dan sesi malam yang bermula jam 845mlm.

Konsert jam 5ptg di mulakan dengan Pop Shuvit...Adi suka giler hari ni sebab cuaca memang redup..boleh lepak kat padang ni tanpa rasa panas pun..macam picnic kat luar negara lak..haha..tak caya..tanya lah sesiapa yang datang ...hahaha..sedih gak bila tak dapat enjoy konsert sebelah petang ni sebab kena on air..tengok dari jauh jer kawan kawan Era yang lain duk sibuk menari dan menyanyi kat depan stage...hahahaha...adi on air sampai pukul 7....serentak habisnya konsert sesi ptg yang di akhiri oleh Tomok dan juga Newboyz.


Sebelah malam pula para penyampai Era telah mengenakan pakaian bertemakan 1Malaysia...Nana pakai Cheong Sam, Burn pakai ala-ala pak lebai, Ray dengan pakaian India, Sepah dan Dina pakai tradisional Melayu, Paknil pakai baju pengantin..hahaha..manakala Abg Din Beramboi pakai baju kungfu...hahaha..Adi lak..pakai jersey Bolasepak Kebangssan Malaysia..siap dengan seluar pendek dan stokin panjang!! hahaha...sempoi la...

Pic: Me and Burn...muka tgh serius sebab jadi "pemain kebangsaan" kejap!!

Actually pak Nil yang tampil dengan idea ni sebab dia sanggup nak bagi duit kat pemenang la...siapa yang dapat sorakan paling kuat akan menang la...hahaha...giler ahhh...last last yang menang ialah abg Din Beramboi...cesss....hahahaha..

Pic: Adi bersama Alexa..best!!

Adi nak ucapkan terima kasih kepada PERODUA yang menaja Jelajah Era 2009 ini..Thanks kepada Kak Sue (Perodua) yang sempoi dan cool...kat semua krew krew ERA yang bertungkus lumus, juga kepada semua pendengar pendengar ERA yang di sayangi yang meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Jelajah ERA kali ini!!! ..InsyaAllah kalau ada rezeki..kita jumpa lagi!!!

Monday, August 10, 2009

RAYA @ ERA TV.

Pic:Belum raya dah dapat makan ketupat!! Yahoooo!!!

AHAD 9 OGOS

Semalam baru habis konsert di Nilai utk Jelajah ERA bersama Perodua ....penat la ...lepastu pagi ni dah kena hadir ke Taman Rekreasi Bukit Jalil untuk sesi penggambaran ERA TV edisi Raya yang menampilkan kami ..penyampai penyampai ERA...hahaha...ini antara gambar gambar sepanjang sesi pengambaran tu...



Pic: Ray dan Nana tgh feeling dalam "percintaan"..


Sinopsis ringkas RAYA ERA TV ni ialah semua penyampai ERA berhari raya di rumah Adi..hahaha..kiranya Adi jadi teraju utama la dalam drama ERA TV ni..hahaha...yup...semua penyampai penyampai ERA kenalah berlakon sekali.

Pic: Burn dan Rizal...pun ada juga.


Pic: Ray happy di rumah Adi!!!

Sesi penggambaran bermula jam 10 pagi hingga la jam 1230 pagi keesokkan hari nya..kalau nak di tanya pada Adi yang dah lama tak berlakon ni...hahaha..memang seksa menunggu ..tapi yang pasti..kami lakukan dengan yang terbaik walaupun kepenatan dari konsert jelajah semalam di Nilai tak hilang lagi...perghhh..sekurang kurangnya kami seronok dapat berlakon sama-sama....hahaha...memang mencabar jadi pelakon sebab waktu menunggunya memang cukup lama...


Pic: bakar lemang


Pic: Masak rendang


Pic: Sesi penggambaran sedang di lakukan.

So Adi takleh nak citer lebih lebih...korang kena tengok sendirik la..boleh ker kitarang ni berlakon??..hahaha..korang nilaikan sendirik la...hehehe..kalau keras tu..mintak maaf awal awal la yer....hehehe.....Oh yer... ada satu adegan tu ..memang Adi kena mekap muka putih giler..hahaha..sorry la tak leh nak letak gambar adegan tu dan muka Adi time tu...sebab...memang tak boleh blah la.....hahahaha..korang tengok jer la sendirik..and jangan gelak kuat kuat masa tengok tu...tak manis orang tengok..hahaha.....InsyaAllah RAYA ERA TV ni akan di tayangkan pada raya kedua jam 930 malam! hahaha...Tungguuuuuuuuu....ok!!!

Jumaat 31 Julai 2009

Hari ni Adi kena pergi ke Final Anak wayang. Tergesa gesa juga sebab bos yang suruh..somemore kena on air gak..so dari ofis and nak ke Putrajaya Adi ada hanya 45minit jer..termasuk salin baju kat rumah...hahaha...sebab kena jalan kat Red carpet...lepas jer Red carpet..lepak kat belakang stage dengan Abg Din, pak Nil dan nazri(bos Era)...tapi dalam pukul 11mlm Adi balik ...sebab perut terlalu lapar...hahaha...Tahniah kepada Hairi yang menjadi Anak Wayang Musim pertama!!!!


Pic: Nazri, me and Pak Nil sebelum Paknil naik ke atas pentas.

Wednesday, August 5, 2009

Petikan dari MStar.com.my


Duta High5, Adi dan Burn teruja melawat muzium roti

Adifashla dan Burn dipilih sebagai duta High 5 bagi mempromosikan roti perisa tempatan terbaru ini. - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

SIAPA sangka anak muda yang suatu ketika dahulu pernah menyertai Akademi Fantasia 1 (AF1) ini mampu meniti kebangkitan di dalam industri hiburan tanah air kita.

Menjadi peserta awal tersingkir dalam pertandingan tersebut malah pembabitannya dalam bidang nyanyian juga agak kurang menggalakkan.

Namun bagi Adifashla Juraimi, 31, atau Adie, semua itu merupakan satu titik tolak buat dirinya menempuhi segala cabaran dalam bidang hiburan ini.

Terbaru penyampai radio Era ini telah dilantik menjadi duta roti High 5 bersama-sama Burn untuk mempromosikan roti terbaru keluaran High 5 yang berperisa tempatan.

Lebih membanggakan, gambar Adie dan Burn terpapar pada bungkusan roti tersebut yang telah mula dipasarkan hari ini.

Menurut Adie sendiri, High 5 dan Era telah bekerjasama dengan menghasilkan kempen bagi mempromosikan roti ini.

"Kempen tersebut hanya untuk mendapatkan pendapat dan pilihan dari para pendengar Era untuk memilih perisa tempatan mana yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Jadi selama sebulan undian dibuat bagi para pendengar membuat pilihan perisa mana yang sesuai.

"Lima perisa diberi iaitu pisang, kaya marjerin, bandung, coklat dan kacang. Namun setelah undian dikira, perisa bandung mendapat undian tertinggi dan saya rasa bandung juga adalah satu perisa asli rakyat Malaysia," jelas Adie.

Adie juga ada menceritakan dia dan Burn mengambil inisiatif sendiri bagi memberikan kerjasama mereka terhadap kempen ini dengan mencipta sebuah lagu dan menyanyikannya ketika sedang 'on air' di Era.

"Saja je cipta lagu tu, pihak High 5 tak suruh pun, kami saja nak buat gimik jadi kami ambil inisiatif sendiri," jelasnya.

Bagi Adie sendiri, pengalaman manisnya dipilih sebagai duta High 5 adalah apabila dia berpeluang melawat ke kilang High 5 di Bread Town, Shah Alam untuk melihat sendiri proses penghasilan roti tersebut.

"Memang best sangat... kilang tu bersih dan kawalan kebersihan pun ketat. Bukan senang nak masuk macam tu je.

"Masa tu Adie kena pakai uniform khas, sarung tangan, serkup rambut dan penutup mulut. Semuanya 'super clean' dan baiklah di sana.

"Di Bread Town tu pun ada muzium roti jadi kita boleh lihat sejarah roti, jenis-jenis roti di dunia dan macam-macam lagi," jelas Adie yang gembira dengan pengalaman dimilikinya.

Adie juga ada menggalakkan orang ramai untuk datang sendiri ke muzium roti tersebut kerana pelancong dari luar negara juga ramai yang telah mengunjungi muzium itu.

Sementara itu, rakan sekerja Adie, Rueben Thevandran a/l Ramanath atau nama glamornya, Burn menyifatkan pelantikannya sebagai duta High 5' sebagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Peserta Akademi Fantasia (AF) 1 itu tidak teragak-agak menerima tawaran menjadi duta tersebut memandangkan dia sememangnya suka makanan manis.

"Istimewanya roti High 5 perisa bandung ialah ia adalah sejenis makanan sedangkan kita biasa minum minuman air bandung," ujarnya yang mempunyai lagu hit 'Kasih Ibu'.

Itulah keistimewaan roti tersebut, kata DJ popular radio EraFM yang beroperasi dari 4 petang hingga 8 malam hari bekerja.

Penyampai radio EraFM itu berkata, dia telah menyertai stesen radio tersebut sejak 10 November tahun lalu.

"Sejak berakhirnya AF1, saya mengikuti aktiviti promosi dan aktiviti Astro selama setahun. Selepas itu, saya bekerja sebagai deejay di stesen radio X-Fm (yang dulu dikenali sebagai X-Fresh) selama empat tahun," katanya yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Kefasihan Burn berbahasa Melayu begitu menyerlah sehingga pendengar EraFM sukar membezakan lantunan suaranya adalah dari seorang lelaki India beragama Kristian.

Mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya, Burn berkata, dia dibesarkan dengan jiran-jiran berbangsa Melayu.

"Saya bermain wau dan gasing dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa. Kami berinteraksi dengan bahasa Melayu dan secara tidak langsung, saya fasih berbahasa Melayu," katanya.

Tuesday, August 4, 2009

Video High 5- adi dan Burn!




Haa...Inilah video di mana Adi dan Burn berkunjung ke Bread City , Shah Alam 2 minggu lepas..so enjoy lah yer...:P

Monday, August 3, 2009

Stress...

Pic: Stay away from me...coz i want to eat more...hahaha

Sepanjang beberapa hari dalam minggu lepas Adi agak stress skit..tak tahu pasal apa...tapi yang pasti mesti rasa macam nak marah orang jer..kalau org buat salah sikit ..mesti rasa cam nak marah jer orang tu..hahaha.....pernah tak korang rasa asyik nak marah orang jer..hahaha...tapi nasib baik la Adi elakkan dari cari pasal atau membenarkan org cari pasal dengan Adi..hahaha...kalau tak...memang dah kena hambur....tak tahu la..rasa macam serabut jer kepala.....